BAB 4

Romance Series 39528

“Papaaa!!”

Jerit Puan Halisa kuat, merangkap anak sulung Tuan Haris meleret sebaik menguak daun pintu.

“Papa!Papa!” jerit Puan Halisa berkali-kali bila panggilannya tiada sahutan.

“Lisa!” Mak cik Imah terkejut dengan kepulangan wanita itu. Dia di dapur terus berlari ke ruang tamu sebaik mendengar suara Halisa menjerit. Segera dia mendapatkan Halisa lalu memeluk erat wanita itu.

“Mak cik Imah! Wah, rindu betul dekat mak cik! Mak cik sihat ke?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada pembantu rumahnya.

“Macam nilah mak cik, Lisa. Alia mana?” soal Mak cik Imah sebaik rangkulan mereka terlerai sambil tertinjau-tinjau mencari anak Halisa.

“Biasalah budak sorang tu, mak cik. Jejak saja kaki ke bumi Malaysia terus nak melencung ke tempat lain. Mana papa? Dari tadi duk pekik-pekik tak muncul juga?”

“Kamu ni, macam tak kenal dengan papa sendiri. Masa-masa gini kat syarikatlah. Yang kamu ni pula takde ribut taufan melanda tup-tup muncul pulak hari ni, ada apa ke?”

Puan Halisa tersenyum tawar. “ Mike tinggalkan saya...” suara Puan Halisa penuh sayu.

Mak cik Imah tersentap. “Betul ke? Macammana boleh jadi macam tu,” soal mak cik Imah sambil mengusap lembut bahu anak majikannya.

“Saya tak tahu, masa tu saya keluar pergi kerja. Bila saya balik dan saya buka pintu bilik, saya tengok dia tidur dengan perempuan lain...” luah Puan Halisa sambil memekup mukanya.

“...Saya tak sangka dia sanggup curang di belakang saya. 15 tahun saya hidup dengan dia tak pernah berlaku apa-apa sebab dia janji akan setia dengan saya seorang. Tapi kenapa sekarang dia buat saya macam tu? Dia ingat saya tak de perasaan ke? Dia dah lupa ke janji-janji dia? ataupun ini mungkin hukuman atas balasan apa yang saya telah lakukan pada Hadi dulu?” sambung Puan Halisa berjeda seketika.

“Mom! Lia dah balik!” pekik si anak dara yang masuk tanpa memberi salam terlebih dahulu.

“ Nangis lagi ke? Buat apa nak bazirkan air mata untuk lelaki yang sudah tak setia lagi?!” rengus Alia.

Puan Halisa masih tersendu-sendu menahan tangisan.

“ Haaaa…” Alia mengeluh kasar. “Mom! Pleaselah Lia dah bernanah telinga nak dengar tangisan mom setiap hari.”

“Lia! Kamu diam. Kamu memang tak pernah faham perasaan mama!” jergah Puan Halisa dalam sendu.

Mak cik Imah hanya terkebil-kebil bila melihat pertelingkahan anak beranak itu.

“Momm... Lia bukan bermaksud nak biadab. Tapi Lia tak nak mom terus macam ni. Nampak lemah sangat. Lia tahu mom seorang wanita yang tabah,” suara Alia semakin mengendur. Dia menghampiri ibunya lalu meraih kedua tangan Puan Halisa, dikucup lama.

Puan Halisa mengusap kelapa anaknya. “Maafkan mama sayang...” Diangkat tubuh kecil anak gadis lalu merapatkan ke dalam pelukannya.

“Lia sayang mom,”luah Alia turut menangis sama.

“Ya Lisa, apa yang anak kamu cakap itu betul. Jangan terlalu fikir tentang perkara ini. Kamu kena terus hidup,” tambah Mak cik Imah. Dia mengusap lembut bahu anak majikan itu.

Mak cik Imah meminta izin untuk ke dapur mahu memasak makan tengah hari kerana sebentar lagi Tuan Haris akan pulang. Dia meninggalkan dua beranak itu yang masih berpelukan.

“Mom...janji dekat Lia jangan sedihlah lepas ni,” pinta Alia sebaik meleraikan rangkulan kemas dari ibunya.

Puan Halisa senyum tawar. Diusap lembut ubun-ubun anak gadisnya yang berwarna keperangan itu sebelum berbicara. “Mamy janji dear.”

“Ini baru mama Lia,” suara Alia riang. Sebuah kucupan singgah di pipi kanan ibunya.

“Dahlah pergi angkat barang-barang kamu masuk bilik sana,” arah Puan Halisa. Pipi anaknya dicubit lembut.

“Okey boss!” Alia buat gaya tabik spring sambil tersengih. Gembira melihat wajah ibunya sudah kembali cerah daripada terus mendung.

Alia menyanyi kecil ketika meniti anak tangga. Bila tiba di biliknya, dia memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam. Sebaik terkuak daun pintu matanya membuntang luas bila melihat ada sekujur tubuh manusia sedang menyarung baju t-shirt ke tubuh.

“Argggggggh!” Alia menjerit kuat.

Afina yang tidak sedar kedatangan Alia lantas berpaling kemudian dia turut menjerit sama. “Argggggh!”

“Hey! What are you doing here? And who are you?!” Soal Alia kasar dan tegas.

Afina lantas menekup mulut. Kemudian dia menggelengkan kepala. Tidak faham bahasa yang dituturkan oleh orang dihadapanya.

Alia bengang lalu masuk ke dalam. “Siapa awak? Suka hati masuk bilik aku!” jergah Alia.

“Sa...saya….” Afina tergagap-gagap.

“Sayang, what happen?” soal Puan Halisa tercungap.

Dia dari bawah terkejut bila mendengar anaknya menjerit lantas berkejar ke atas diikuti Mak cik Imah sedang memasak di dapur. Dia juga turut terkejut sampai tinggal masakan di atas dapur.

“Mom! Ada orang yang Lia tak kenal dalam tidur bilik Lia,” adu Alia dengan nada merengek.

Afina gelisah dan tidak tahu nak buat apa. Dia kalih pada Mak cik Imah.

“Mak cik, siapa budak perempuan ni?” soal Puan Halisa. Pandangannya masih tidak beralih memandang gadis yang asing baginya.

“Err...” lidah Mak cik Imah kelu. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu perkara sebenar kepada Puan Halisa itu.

“Cakap mak cik, siapa ni?” soal Puan Halisa lagi kali ini intonasinya keras.

“Sebenarnya dia...”

“Jangan nak bagitahu saya, yang dia ni perempuan simpanan papa?” syak Puan Halisa sambil menatap tepat ke arah Mak cik Imah.

Mak cik Imah tidak mampu menjawab lantas menundukkan pandangannya ke bawah.

“Oh! No..papa memang tak pernah serik!” keluh Puan Halisa bila mengenang sikap papanya yang masih tidak mahu bertaubat. Cakap dekat orang, dia sendiri sama saja. Bapa borek anak rintik.

“Mom! Lia tak nak dia duduk dalam bilik Lia. Hey! Kaau... keluar sekarang!” jergah Alia kasar. Dia menarik rambut Afina kasar supaya gadis itu keluar dari biliknya.

“Sakit….” jerit Afina perlahan. Dia tidak kuat untuk melawan kerana badannya masih lemah.

Puan Halisa hanya melihat saja. Dia juga tak suka ada gadis asing tinggal di dalam rumah itu.

Mak cik Imah tidak berani menghalang berbuatan Alia terhadap Afina kerana dia tiada hak mahu kuasa untuk membantah.

Alia menarik Afina keluar dari biliknya kemudian dia menolak gadis itu dengan kasar. Belum sempat Afina mahu tersandung tubuhnya disambut oleh sesorang.

“Uncle….”seru Afina lemah, sebaik dia mendongak.

Tuan Haris mengangkat tubuh Afina perlahan-lahan supaya gadis itu dapat berdiri dengan elok.

“Fina okey ke?” soalnya, lembut sekali.

Afina mengangguk.

Sebaik dapat jawapan dari Afina, Tuan Haris kalih pandanganya memandang anak dan cucunya yang hampir 3 tahun tidak pulang ke Malaysia dengan mata yang cerlung mahu marah.

“Papa siapa budak ni?” Soal Puan Halisa belum sempat Tuan Haris bersuara.

“Hey Lia! sekali lagi kau buat Afina macam tadi. Aku tak akan teragak-agak buat kau macam tu juga walaupun kau cucu aku!” ugut Tuan Haris kasar tanpa mempedulikan pertanyaan dari anaknya.

Alia takut dengan ugutan datuknya lantas menyorok diri di belakang ibunya.

“Papa! Alia tu cucu kandung papa. Sanggup papa cakap macam tu?” Bentak Puan Halisa tidak puas hati.

“Aku peduli apa? Selama ini ada korang pedulikan aku? Takde kan? Jadi jangan nak bantah apa keputusan aku. Sekarang bilik ini akan jadi bilik Afina selamanya, anak angkat aku. Jadi bilik anak kau dekat hujung sana,” suara Tuan Haris sambil memuncungkan mulutnya dan serentak itu dia menarik tangan Afina untuk beredar dari situ.

Puan Halisa tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience