BAB 33

Romance Series 39528

KERETA milik Elman terparkir di perkarangan hospital besar Temerloh, menurunkan Mak usu El Zahranya. Itulah rutin harian lelaki itu sejak suami ke dua ibu saudaranya meninggal dunia. Dulu kalau ada arwah mak usu berbonceng dengan motorsikal kalau dia tak sempat nak jemput mak usu di hospital. Sekarang mak usu hilang tempat bergantung jadi dialah yang bertanggung jawab ke atas wanita yang banyak berjasa padanya.

“Elman kalau mak usu cakap sikit Elman marah tak?” Wajah Mak usu Elzahra tampak serius.

“Cakap apa mak usu?” Elman kehairanan.

“Elman tolak Suria sebab budak perempuan itukan? Apa yang Elman duk tunggu lagi dia. Tolonglah Elman jangan hidup dengan bayang-bayang. Suria tu doktor bukan tak cantik, sopan menutup aurat malah masakan dia pun menyelera cukup pakej untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu untuk kamu. Ramai datang merisik dia tapi dia taknak mak usu rasa dia memang tunggu kamu tu. Buka mata hati kau tu Elman. Percayalah dia sudah takde kamu perlu teruskan kehidupan kamu sayang. Tengok macam abang sepupu kamu Hadry yang langsung kita tak pernah bertegur sapa padahal satu bandar diam-diam dah kahwin isteri dia tu siapa…budak yang pernah tinggal dengan kita kan? Allah takdir yang sangat kita tak menduga, dia duduk dengan kita walaupun sekejap rupanya nak jadi keluarga kita. Nanti senang-senang ajak dia dengan Hadry makan rumah kita. Mak usu nak jumpa dengan dia nak minta maaf dengan kata-kata mak usu dulu.” Wanita itu mengungkit cerita yang baru diketahui bila teringatkan anak lelaki abang sulungnya. Hebat aturan Allah orang yang berjaya dan berharta di Bandar ini adalah anak buahnya. Mahu dia cerita satu hospital tentang hal ini.

Elman hanya senyum langsung tidak ambil hati dengan kata-kata Mak usu Elzahra.

“Kamu terima Suria ya?” Suara Mak usu Elzahra lagi bila lelaki itu membisu.

“Tak mak usu.”

Mak usu Elzahra sudah mengeluh panjang.

“Elman tahu dia masih hidup cuma Elman belum dapat jejak dia lagi. Apa yang Elman tahu dia masih hidup.” Ingat masa dia jumpa dengan Hadry, lelaki itu ada cakap Afina masih hidup tapi sampai sekarang mereka masih gagal menjejak di mana wanita itu. Hadry pun senyap takde lagi mendesak pihak polis meneruskan misi itu.

“Kamu cakap benda yang sama pada mak usu. Sampai bila kamu nak terus menjejak dia tengok sekarang hasil siasatan kamu apa?”

“Mak usu kerja dan tugasan Elman di sini membataskan penyiasatan terhadap kes ini. Dia mungkin di luar negara.”

“Tengok kamu sendiri tahukan dia bukan di Malaysia. Elman entah dia sudah beranak pinak di sana berbahagia tapi kamu di sini menderita menunggu dia. Sudahlah tu terimalah Suria yang ada depan mata kamu ni!” Cantas Mak usu Elman laju.

Belum sempat Elman mahu membuka mulut telefon bimbit miliknya berdering.

“Wa’alaikumussalam ya Abang Hadry?”

Mak usu Elzahra berdecit kecil. Geram. Saat begini ada saja yang menganggu. Isyarat mulut dibuat untuk mengatakan dia mahu turun sekarang dan kirim salam sama lelaki yang membuat panggilan itu.

Elman cepat-cepat menunduk untuk menyalami tangan ibu saudaranya dan mengangguk.

“Err... maaf abang boleh kau ulang lagi sekali?”

“Tak macam ni Elman abang ada hal nak jumpa dengan kau. Waktu lunch nanti kita makan sama-sama tempat yang kita jumpa dulu restoran dekat Tunas Manja boleh?”

“Rasanya boleh nanti apa-apa saya bagitahu balik. Mak usu kirim salam dekat abang.”

“Oh, ya kirim salam pada dia. Kita jumpa petang nanti ya.”

Telefon diletak. Elman kerut dahi sedikit.

“Apa hal ya? Dia sudah jumpa dengan Fina? Elman tolong kembali ke alam realiti. Kalau ya Afina kembali itu satu keajaiban. Di mana pun dia berada dia tetap di hati aku, Dhia Afina, gadisku.” Elman sudah berperang dengan perasaan sendiri.

“Hadry!” seru Afina sebaik menerpa masuk ke restoren sebaik melihat kelibat lelaki itu melambai-lambai ke arahnya.

“Kenapa ni? Tiba-tiba telefon saya nak jumpa awak kena ugut lagi ke?” Ada nada cemas kedengaran.

“Sayang, tenang dulu. Duduk nanti abang cerita.”

Afina mengeluh berat.

“Hah, itu pun adik sepupu abang yang abang bagitahu tempoh hari.” Ujar Hadry sebaik melihat kelibat seorang lelaki yang baru keluar dari tandas dan menuju ke arah mereka.

Afina kalih ke belakang.

“Ana.” Lelaki itu menyapa dan terus tersenyum. Sungguh dia tak sangka gadis itu menjadi isteri kepada abang sepupunya.

“Elman Furqan?!”

“Sayang kenal dengan Elman?” Soal Hadry turut berdiri sama.

“Ya saya kenal dia.Kenal sangat...” Ayat terakhir begitu perlahan ditutur. Wajah Elman masih ditatap.

“Kami kenal masa….”

“Kami kenal masa saya sesat di Temerloh.” Cantas Afina laju seraya memandang ke arah suaminya.Tidak mahu segalanya terbongkar.

Elman kerut dahi. Cuba mengingati sesuatu

“Maksud sayang?”Hadry semakin cuak.

Afina senyum nipis. Tangan menarik kerusi sebelum dia melabuh dudukdi hadapan suaminya. Elman pula mengambil tempat di sebelah Hadry

“Awak masih ingat pertama kali saya jejak kaki keTemerloh untuk buat kejutan untuk awak tanpa diduga saya hampir di…”

“Abang Hadry saya ada di sana masa kejadian itu berlaku. Isteri abang kehilangan beg tangan dan segala barang dan dokumen penting hilang memandangkan dia tiada saudara mara jadi saya bawa dia ke rumah saya. Saya pun tak tahu yang dia dengan abang ada hubungan kalau tahu dari awal saya bawa dia jumpa abang.” Tanpa diminta Elman menjelaskan kedudukan sebenar. Dia berlagak biasa dengan renungan lama dan dalam perempuan di hadapannya. Faham wanita itu mahu merahsiakan sesuatu pada suaminya.

Elman... Kenapa Elman... Kenapa awak masih membela diri saya. Kenapa awak baik sangat dengan saya, Elman. Macam mana saya lupakan awak Elman. Awak pergi.. awak muncul tanpa saya minta. Awak masih tak kenal saya orang awak cari tapi kenapa awak melindungi perkara sebenar pada Hadry.

“Sayang...” Hadry menyapa lembut. Kedua belah tangan isterinya yang kebetulan ada di meja digenggam erat. “Jangan ingat lagi ya perkara tu. Lagi satu abang taknak sayang buat kejutan yang pelik-pelik untuk abang ia akan mendatangkan bahaya pada sayang juga. Tolongla sayang…”

Afina yang asyik menatap wajah Elman terus kalih pandangan. Wajah sang suami ditatap tanpa ada rasa sedikit rasa cinta sebelum dia mengangguk kecil. Senyuman cuba diukir walaupun agak payah untuk dia lakukan di depan Elman.

“Patutlah masa abang tunjuk gambar kita kahwin pada Elman dia nampak terkejut tapi tak pula kau bagitahu abang fasal ini, Elman.” Dari wajah Afin, Hadry mencari wajah Elman.

“Haha… tak sempat nak bagitahu abang. Malam tu pak long dan mak usu rancak sangat berbual maklumlah lama tak jumpa mana dan saya nak mencelah.” Jawab Elman bila teringatkan pada malam mereka berjumpa lapan mata. Balik ke rumah terus dia cerita pada Mak usu Elzahra tentang hal ini.

“Iyalah kan. Hmmm memang tak sangka apa yang berlaku pada keluarga kita macam drama aje.” Hadry turut tergelak.

Afina langsung tidak memberi respon. Hatinya panas. Tajam matanya tatap wajah Elman.

Jadi dia sudah tahu isteri kepada Hadry? Elman kau memang tak guna!

“Encik ini makanan yang diorder tadi.” Suara pelayan restoren.

Afina mengambil kesempatan yang ada, terus menarik tangan lalu dijatuhkan ke bawah meja.

“Sayang abang orderkan kueh tiew untuk sayang.” Hadry menyua pinggan yang berisi kueh tiew basah ke arah isterinya.

Afina sudah buat muka.

“Saya taknak kueh tiew. Saya tak boleh nak telan. Loya tekak.” Nada manja sedikit merengek terkeluar. Terus pinggan ditolak

“Habis sayang nak makan apa?” Hadry sudah cuak. Tidak pula dia tahu yang isterinya alah benda ni.

Mata Afina pandang pinggan Hadry. Menu yang sama dengan dia. Dia menjuih sedikit. Sesaat kemudian pandangan jatuh pada pinggan orang di sebelah. Tengok mee basah goreng mata dia bersinar-sinar.

“Nak yang tuu.. Boleh!” Suara Afina dengan suara keriangan. Sekali pandang sudah macam kanak-kanak ribena.

Gaya dan tingkah laku Afina menarik perhatian Elman. Hatinya terusik sedikit.

“Elman, Fina taknak makan kueh tiew... Fina nak makan mee goreng basah.”

“Kenapa tak cakap awal-awal sudah diorder ni.”

Siapa suruh awak pandai-pandaikan orderkan untuk saya jadi tukar dengan awakla. Gadis itu tersenyum.

“Abang suap nak?”

Suara Hadry menyedarkan Elman dari terkenang cerita lama. Dia terus tersenyum melihat gelagat pasangan baru itu.

“Tak nak! Tak suka makan ni.” Mulut muncung sedepa.

“Takpelah ambil yang saya punya.” Tanpa diminta Elman terus mengangkat pinggannya dan mengambil pinggan Afina.

“Wah, terima kasih Elman!” terlalu teruja Afina terus baca doa dan makan tanpa menghiraukan dua orang lelaki yang pandang dia dengan mata terkebil-kebil sebelum melepaskan gelak. Perwatakan macam kanak-kanak!

“Elman sebenarnya abang panggil nak bincang fasal kes yang abang bagitahu hari tu macam mana ya?”

“Oh, fasal itu abang jangan risau. Saya akan pastikan keselamatan abang sekeluarga selamat di bawah jagaan pihak kami. Saya sendiri yang akan jaga abang. Esok saya dan orang bawahan saya akan ke rumah abang dan ikut ke mana saja abang pergi.”

Hadry mengangguk faham. Dia kerling pada isterinya di sebelah langsung tak hirau orang sekeliling enak menikmati hidangan itu.

“Abang risau kalau dia apa-apakan isteri abang.” Luah Hadry setia melihat wajah Afina.

Elman senyum nipis. Faham perasaan abang sepupunya itu.

Saat mereka menikmat makanan tiba-tiba telefon bimbit Hadry berdering dan terus dia menyahut untuk seketika.

“Sayang nanti ke butik Elman tolong hantarkan ya abang ada meeting dengan Encik Zaki.” Ujar Hadry sebaik memasukan telefon ke poket seluar.

“Takpe saya datang dengan teksi balik dengan teksi jugalah. Saya nak balik terus sebab dah selesai kerja di butik.” BalasAfina sebaik menghabiskan mee goreng basah kegemarannya.

“Takpe saya boleh tolong hantarkan kebetulan saya ada urusan di Temerloh Jaya.” Elman bersuara.

Afina mengeluh kasar. Tidak lagi bersuara.

“Masuklah maaf kereta saya biasa-biasa aje tak semewah kereta Abang Hadry.” Elman cuba berjenaka untuk membangkitkan suasana harmonis.

Afina masih berpeluk tubuh. Sungguh saat ini dia tak suka dihantar oleh lelaki itu.

Elman yang sudah masuk ke dalam kereta terus menurunkan cermin kereta di bahagian penumpang.

“Datin Ana tak sudi ke?” Ada nada sindiran disitu.

Sambil mendengus Afina masuk ke dalam dan menghempas kuat daun pintu kereta, tanda dia sedang protes.

“Kot ya pun nak marahkan suami tak dapat hantar balik ke rumah janganlah rosakkan harta yang paling berjasa pada saya ni. Takde dia tak gerak ke mana-manala saya Datin Ana hoi…” Omel Elman sebelum dia menghidupan enjin kereta.

Aku bukan marah sebab Hadry tak dapat hantar aku. Aku lagi suka adalah! Aku geram dan bencikan kau Elman Furqan. Kenapa dalam ramai-ramai umat nabi kau juga terpilih menjadi adik sepupu dia? Yang paling panas hati kau hadir masa majlis kami tapi kenapa kau tak heret aku keluar dari situ? Aku benci kau! Kalau kau muncul depan aku haritu aku pasti akan batalkan majlis itu. Tak perlu aku jadi isteri kepada lelaki yang aku tak cinta! Afina mengamuk dalam diam. Dia sedang bayangkan dia mencekik batang leher lelaki itu dengan sekuat hatinya.

“Pak usu saya sudah meninggal.”

“Baguslah!” Laju afina menjawab. Dia tak sedar apa yang Elman tuturkan itu.

Elman kerut dahi. Biar betul minah ni. Bukan nak ucap takziah malah siap ucap tahniah lagi.

“Tak tahu pula saya yang hati awak ni hati kering. Setahu saya binatang kalau anak dia mati pun dia rasa sedih inikan pula manusia. Memanglah pak usu saya tu bukan siapa-siapa pada awak tapi awak sekarang sudah jadi isteri abang sepupu saya. Mak usu, arwah ayah saya dengan papa suami awak tu adik beradik jadi secara automatik awak sudah jadi sebahagian dari keluarga ini.” Tegas dan keras suara Elman. Langsung tidak kalih ke sebelah. Tumpuan ke hadapan.

Afina menikus senyap. Sekali Elman bersuara tegas kecut perutnya. Langsung tidak berani mencelah. Sebaik mendengar berita kematian ayah kandungnya dia tidak ada idea untuk mencelah.

Melihat gadis di sebelah menyepi, Elman mengeluh kecil.

“Maafkan saya Ana bukan niat saya nak marahkan awak cuma saya pelik dengan awak emosi tiba-tiba. Sebelum awak kahwin dengan Abang Hadry awak sudah kenal dia. Orang bisnes memang selalu busy adatlah tu kena tinggal. Awak sepatutnya jangan pentingkan diri sendiri.”

“Pak usu awak… dia sudah meninggal betul ke?” Bicara Elman langsung dia tidak ambil endah.

“Ya. Dia meninggal masa awak pergi tinggalkan kami tanpa sebarang petanda. Arwah meninggal sebab langgar lari. Saya nak tanya awak sesuatu boleh Ana?”

Afina menanti pertanyaan dari Elman.

“Masa awak pergi haritu awak ada jumpa anak arwah pak usu tak?”

“Maksud awak?”

“Masa tu sebelum arwah menghembus nafas terakhir dia sempat pesan dekat saya jaga anak dia Dhia Afina dia minta ampun dari anak dia jadi saya nak tanya awak. Awak ada jumpa mereka masa tu? Rasanya mereka berjumpa waktu itu.”

Dhia Afina! Jantung afina bagaikan disentap kuat. Cepat-cepat dia kawal perasaan sendiri.

“Dhia afina, siapa dia? Masa tu saya terpisah dengan kamu semua saya takde arah tuju nak pergi nasib saya terjumpa dengan Hadry tika itu. Takziah dari saya untuk arwah pak usu awak dan saya nak minta banyak-banyak pada awak sekeluarga sebab tak sempat nak khabarkan saya pergi. Nak hubungi saya takde nombor telefon,maafkan saya Elman.”

Elman mengangguk lemah. Kecewa sangat. Sangkakan gadis ini ada masa situasi itu. Dia pasti arwah pak usu ada berjumpa dengan perempuan dia Dhia Afina kalau tak mana mungkin arwah boleh memberi amanah itu.

“Maafkan saya yang tak tahu kejadian itu Elman.”

“Takpe.” Itu saja jawapan Elman.

Masing-masing menyepi melayan perasaan sendiri.

“Elman siapa Dhia Afina pada awak?” Soal Afina tiba-tiba.

Elman baru menarik hand brek tersentap seketika. “Kenapa awak tanya macam tu?”

“Takdelah. Awak sendiri yang bangkit soal perempuan tu kan jadi saya tertanya-tanyalah. Kekasih awak ke? Hmmm boleh tahan juga awak ni ada Suria pun masih teringatkan perempuan lain.” Sengaja Afina menjerat hati lelaki itu.

“Suria bukan sesiapa pada saya. Biasalah bila orang tua masuk campur nampak rapat sikit ingatkan couple.”

Mata Afina bersinar. Dia bersyukur hati lelaki itu masih miliknya. Dia yakin Elman masih menantikan dia.

Elman saya… gadis di sebelah awak adalah perempuan awak Dhia Afina. Itulah dia nak bagitahu lelaki itu.

“Hmmm… Ana taknak turun ke? Kita sudah sampai ni.” Elman tersenyum manis.

“Err… aah saya nak turunlah ni!” Kalut sedikit suaranya.

Macamlah orang nak mengurat dia lama-lama dalam kereta. Sempat lagi dia mengomel. Muka nampak masam siap pakej jelingan maut lagi. Cepat-cepat dia buka pintu kereta. Dengan tangan kosong.

Elman simpan senyum. Sabar jelah melayan perempuan pasang surut ni. Sekejap sejuk sekejap panas sekejap manja. Nasiblah kau Abang Hadry dapat isteri macam ni. Bebel Elman sendiri.

Saat mahu menghidupkan enjin kereta matanya tertangkap pada satu benda yang ditinggalkan oleh Afina. Segera dia keluar dari kereta.

“Ana!” Panggil Elman. Sebelah tangan naik sambil menayangkan beg tangan milik gadis itu sambil tersengih panjang.

Afina mendengus sedikit. Segera melangkah mengambil beg di tangan lelaki itu. Tajam mata memandang wajah lelaki itu.

“Terima kasih!” Ujarnya kasar sebelum melangkah masuk ke dalam.

Elman sudah garu belakang kepala.

“Oh lupa saya minta maaf sekali sebab pergi hari tu tak sempat nak bagitahu.”

“Takpe Ana kami faham walaupun agak terkilan sedikit.” Elman ukir senyuman manis.

Afina masih panas hati terus menjeling maut dan seraya masuk ke dalam.

Elman jungkit bahu. Tak faham dengan perangai perempuan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience