BAB 15

Romance Series 39528

Selepas kedatangan Tuan Haris ke sekolah, kes buli semakin kurang. Namun begitu berita ni bukan dapat menyenangkan hati si gadis itu malah bertambah terseksa, adalah! Semua warga sekolah telah memandang serong terhadapnya termasuklah mak cik kantin. Dia ingatkan hidup mewah boleh menjamin ketenangan dan kebahagian pada diri. Tapi semua itu hanya mimpi buruk. Sekarang dia ada label baru. Label perempuan muda Tuan Haris . Beratnya ujian yang perlu digalas seorang diri.

“Fir awak buat kat sini apa lagi? kan saya dah cakap kita tak boleh jumpa macam selalu dah,” ujar Afina pada Haydar yang setiap menanti di luar pagar sekolah. Mata melilau sekeliling. Kot-kot Tuan Haris telah datang menjemput dia untuk pulang ke rumah.

“Awak tak rindu saya?” soal Haydar berterus terang.

“Rindu..tapi apa yang boleh saya buat. Datang dan balik saya kena kawal, macamana saya nak jumpa awak? tolonglah Fir, awak kena pergi sebelum uncle nampak awak. Nanti dia akan apa-apakan awak,” ujar Afina jelas kerisauan.

“Saya tak kisah Fina, yang penting saya dapat jumpa awak. Jom ikut saya,” bantah Haydar. Tangan gadis itu ditarik agak menegikuti langkahnya.

“Fir, saya dah janji dengan uncle!” bentak Afina. Dia takut jika Tuan Haris dapat tahu yang Haydar ada di sini. Haydar akan diapa-apakan. “Fir!” jerit Afina tanpa pedulikan kewujudan para pelajar lain di situ. Haydar berhenti melangkah.

“Lupakan saya... cinta kita tak mungkin bersatu,” suara Afina. Sayu kedengaran. Dadanya sesak untuk melafazkan kalimah itu.

Haydar membisu seketika. Dia kalih ke belakang sebelum dia bersuara. “Fina, awak cintakan saya kan? apa lagi cepat ikut saya!” Tanpa menunggu jawapan Afina, Haydar pantas menarik lengan gadis itu menuruti langkahnya.

“Fir! awak nak bawa saya ke mana ni?!” Jerit Afina dalam termengah. Haydar tidak menjawab malah menambahkan kelajuan pada langkahnya. Afina kebingungan ke mana lelaki itu mahu membawanya.

Sampai di satu kawasan semak, Haydar memperlahankan langkah. Pegangan di lengan afina dilepaskan. “Saya rasa kita dah selamat sekarang,” ujarnya sambil melepaskan lelah. Dia membongkakkan tubuh sedikit sambil memegang kedua belah lututnya. Cuba mencari oksigen baru mengantikan karbon dioksida baru dilepaskannya.

Afina pun sama. Dia melepaskan lelah di dada sambil mengelap titisan peluh yang sudah membasahi dahinya. “Awak nak bawa saya ke mana ni?” soalnya sebaik lelahnya beransur hilang.

Haydar mengukir senyum yang cukup manis sebelum bersuara. “Ke mana saja... asalkan hanya ada awak dan saya.”

“Nakal ya!” Afina cuba mencubit lengan Haydar tapi Haydar sempat mengelak sambil tayang sebaris gigi yang cantik tersusun.

“Fina... lepas ni saya tak nak tengok air mata awak jatuh. Walaupun setitik di tubir mata awak. Saya nak awak hidup bahagia dengan saya, janji ya?” suara Haydar, serius.

“Fir...” Afina terharu. Masih ada lagi insan yang menyayangi dirinya.

“Saya akan jaga awak. Cukup umur kita daftar kahwin! saya nak jaga awak selagi hayat saya dikandung badan. Berdoalah agar jodoh kita kuat.”

Air mata Afina gugur, terharu dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata hanya sebuah anggukkan diberikan.

“Fina!”

Seseorang menjeri memanggil nama Afina dari belakang dengan kasar. Keduanya terus menoleh ke belakang.

“Fir! itu uncle Haris. Habislah kita kalau dia dapat tangkap kita,” ujar Afina cemas dan kalut bila melihat sebuah kereta yang dipandu pak cik Salleh berhenti beberapa meter dengan mereka. Mata Tuan Haris cerun memandang kelibat mereka berdua disebalik tingkap kereta di belakang. Mana taknya, dia sudah memberi amaran kepada gadis itu. Jangan berjumpa dengan budak yang bernama Haydar itu lagi tapi gadis itu tetap dengan dan telah melanggar syarat itu.

“Fina, jom lari!” Haydar pantas bertindak. Sekali lagi dia menarik lengan Afina memasuki kawasan semak untuk melarikan diri.

Tuan Haris keluar dari keretanya lalu menjerit kuat. “Afina! nak lari ke mana tu? cepat balik dengan abang!”

Afina dan Haydar semakin jauh dari pandangan.

“Cis tak guna punya budak!” marah Tuan Haris sambil berdecit. Tangannya merentap tali leher dengan kasar. Telefon bimbit di poket diseluk laju lalu mendail nombor seseorang. “Hello! aku nak kau cari budak aku dengan kekasih dia sekali, sekarang jugak!” Arahnya dengan perasaan marah membuak-buak.

“Tak pe Fina, kau lari-lari dulu dengan budak laki tu... bila penat nanti aku akan bermain dengan kau pula.” Tuan Haris berbicara sendiri dengan senyuman sinis terukir di bibir tuanya.

Haydar dan Afina masih berlari. Takut dapat dikejar oleh Tuan Haris , mereka merempuh masuk ke dalam semak yang penuh dengan bahan buangan. Mereka berlari tanpa menoleh ke belakang, tiba-tiba Afina menjerit kesakitan.

“Adus, sakitnya!” rengek Afina, langkahnya terus mati. Dia terduduk sambil mengurut belakang kakinya.

“Kenapa ni Fina?” Soal Haydar, dia mendekati gadis bila pegangan gadis itu terlepas dari tanganya. Dia mendekati lalu duduk mengcangkuk.

“Kaki Fina, Fir..sakit,” rengek Afina lagi, dalam sendu.

“Ya Allah Fina! Kaki awak berdarah!” Haydar kaget.

“Fina... tersepak zink buruk,” adu Afina sambil menunjuk ke arah zink buruk yang tersandar di batang pokok.

“Macamana boleh cuai ni?” Haydar cemas, dia membelek kaki yang berdarah itu. Stoking yang masih tersarung di kaki afina dibuang untuk melihat kesan luka. Ya Allah! dalam juga ni Fina, tahan sikit ya?” Haydar membaca ayat Quran surah al-Lahab ayat pertama untuk menghentikan pendarahan sebelum meludah ke tempat luka itu dan memekup dengan tapak tangannya.

Afina menahan sakit. Lengan Haydar dicengkam kuat. “Sakit, Fir. Argghh!”

“Okey, semuanya dah beres,” ujar Haydar sambil tersenyum. Melalui pengamatannya sukar untuk Afina berlari mahupun berjalan. Tanpa berfikir panjang, baju yang tersarung di badannya terus di buka.

Berkerut-kerut dahi Afina bila melihat kelakuan Haydar itu. “Er..Fir kenapa awak buka baju tu? Soalnya dengan wajah cuak.

Haydar hanya tersengih. Dia membentangkan t-shirtnya lalu mengangkat kaki kaki Afina yang terluka ke pahanya. Dia membalut kaki Afina untuk menghentikan pengaliran darah. Usai mengikat, dia melekatkan kembali kaki Afina ke bawah. “Boleh jalan tak ni?” Soalnya. Wajah gadis itu dipandang dengan wajah risau.

Afina gigit bibir bawah, menahan malu. “Er.. boleh kot.”

“Kalau macam tu cuba berdiri,” arah Haydar seraya bangkit.

Afina cuba berdiri dengan perlahan-lahan. Bila dia mahu melangkah terasa perit dan ngilu di kakinya. “Adus!”

“Saya dah agak. Dah, tak payah jalan. Cepat naik belakang saya. Biar saya gendong awak.”

“Hah?” Terlopong mulut Afina. Dia ingatkan Haydar mahu apa-apa dekat dia. Tapi rupanya Haydar hanya mahu membantu menghentikan pendarahan di kakinya saja.

“Cepatlah kita masih dalam zon tak selamat lagini. Tuan Haris masih mencari kita,” ucap Haydar.Afina masih teragak-agak.

Dengan pantas Haydar menarik ke dua belah tangan Afina lalu di angkat ke belakangnya. “Pegang bahu saya,” arah dia. Langkah yang terhenti diteruskan.

Afina masih terpinga-pinga dengan tindakan spontan Haydar itu kemudian dia mengukir senyuman. “Terima kasih Fir, saya sayang awak,” ujar Afina sambil menarik senyuman panjang. Pautan di leher Haydar dikemaskan lagi.

Senyuman Haydar juga tercarik sama. Gembira dengan luahan hati sang kekasih tadi.

“Saya rasa kita dan selamat sekarang.” Haydar menurunkan Afina di batu besar yang bersebelahan dengan sepohon kayu besar di tebing sungai Pahang.

Perlahan-lahan Afina turun dari belakang Haydar kemudian dia berjengket-jengket untuk melabuh duduk di batu besar itu. “Fir, tolong bawa saya dari sini. Saya dah tak tahan nak hidup macam pelarian,” suara Afina dalam sendu.Wajah Haydar ditatap lembut.

Haydar mengeluh berat sambil menguak rambut yang berjuntai turun di dahinya. Pandangan dilontarkan pada air sungai yang mengalir tenang. “Insya-Allah Fina, saya akan cuba. Minggu dengan parents saya akan ke sini, saya cuba berbincang dengan mereka. Cukup umur nanti kita daftar kahwin saya akan jaga awak untuk selama-lamanya. Dan tak akan biarkan awak menangis lagi,” tutur Haydar dengan ikhlas. Wajah Afina dicari lalu ditatap. “Awak perlu bersabar sedikit je lagi,” sambungnya.

Afina mengangguk.”Ya, Fir. Saya akan sabar untuk itu.”

Mereka membisu seketika. “Kenapalah kita tak jumpa sejak dulu lagi kan? kalau tak saya tak akan kena jual dengan uncle haris dan tak akan hidup macam ni,” keluh Afina memecahkan kebisuan di antara mereka.

“Jangan kata macam tu. Kalau awak tak duduk dengan uncle Haris, awak tak akan kenal dengan saya kan?” Haydar cuba bercanda. Bibir tercarik senyuman manis.

“Tapi saya...saya dah tak sanggup nak tinggal rumah uncle Haris lagi. Saya rasa rumah itu ibarat nereka buat saya. Tolong bawa saya dari sini ya?tolonglah!” Afina terus merayu. Mata terus menatap wajah Haydar tanpa jemu.

“Awak jangan risau Fina. Saya janji saya akan lindungi awak dari uncle Haris dan bawa awak ke tempat lain. Kita akan bina istana cinta kita sendiri.” Janji Haydar.

“Nak bina istana cinta korang dekat mana? dekat kubur?”

Suara yang tiba-tiba mencelah mengejutkan mereka berdua.

“Uncle!” Afina tersentap.

“Ya, sayang... abang datang nak bawa sayang balik dan nak kubur budak tak guna ni dalam sungai sana!” ujar Tuan Haris dengan wajah menyinga.

“Korang tercegak apa lagi? belasahlah!” sambung Tuan Haris lagi. Mengarahkan anak buahnya mengerjakan Haydar secukupnya .

“Fir!” Afina menjerit dia cuba untuk mendekati Haydar tapi Tuan Haris terlebih dahulu menangkap tubuhnya.

Tubuh Afina dipeluk dari belakang. “Sayang... nak pergi mana? abang ada dekat sini,” bisik Tuan Haris di telinga Afina. Nada suaranya seakan mengejek.

“Lepaskan saya uncle!” Afina meronta-ronta.

“Fina!” panggil Haydar. Dia cuba mendapatkan gadis itu tapi dia terlebih dahulu dibelasah.

Dush!dush!

Teruk Haydar dibelasah tanpa ada rasa belas. Kudrat dia yang baru 15 tahun tidak mampu untuk melawan orang-orang Tuan Haris . Dia terus dibelasah bertubi-tubi tanpa belah kasihan. Orang ramai yang menjadi saksi tidak berani masuk campur. Kerana Tuan Haris sangat kuat pengaruhnya di sini.

“Uncle... tolong jangan pukul Fir lagi tolonglah....” Afina merayu dengan esakkan kuat sambil menatap wajah Tuan Haris .

Tuan Haris kalih memandang Afina. “Aku bagi kau dua syarat. Pilih mana satu yang kau nak? Pertama putus hubungan dengan budak ni dan jangan pernah berjumpa lagi. Kedua, kau akan saksikan budak ni akan mati di depan mata kau!”

Afina tersentap kedua syarat itu sukar buatnya untuk memilih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience