BAB 32

Romance Series 39528

USAI membersihkan badan, Afina keluar dari bilik air hotel. Mata memandang sekeliling. Penghawa dingin tidaklah sesejuk mana menjadikan dia membeku secara tiba-tiba. Malam pertama bagi sang mempelai itulah menjadi igauannya. Sungguh dia tidak suka akan perkara itu. Peristiwa lampau membuat dia terlalu fobia dengan lelaki.

“Kak Ruby!” Nama Kak Ruby terlintas di benak fikirannya. Telefon bimbit dicari lalu mendail nama wanita itu.

“Kak! Tolong Ann….” Dia merengek sedikit sebaik orang sebelah sana menyahut.

“Ya, ya kak nak tolonglah ni. Okey sekarang Ann pakai apa?” soalan Kak Ruby membuat mata Afina memandang batang tubuh sendiri.

“Tuala mandi.”

“Waw!Nak menggoda suami ke?”

“Kak Ruby! Mana ada Ann baru lepas mandi. Kepala pun masih bergulung ni. Tolonglah Ann. Sungguh kepala dah serabut. Jantung pun dah tak senang duduk. Lagipun Adry takde ni dia cakap ada perjumpaan keluarga Ann tak ingat, malas!”

Bunyi gelak disebelah sana.Afina masih kuat merengek.

“Kamu ni memang Ann serba serbi malas kalau berkait dengan Hadry. Okey sayang sekarang benda tu ada dengan kamu kan?” Tanya Kak Ruby sebaik tawanya hilang.

“Ada.”

“Bagus sekarang Ann pergi sediakan kopi atau tea untuk dia kemudian masukkan benda tu sekali. Kak Ruby dah call tok bomoh tu dia sudah siap sedia membaca jampi. Lepas Hadry minum nafsu dia akan mati serta merta. Ann goda banyak manapun keinginan dia akan tersekat jadi Ann jangan risau sangat ya sayang. Bertenang jangan gelabah nanti Hadry akan perasaan.

“Saya cuba kak.”

“Ya itulah adik kak. Tenang dan jangan nak kalut. Orang yang bertenang kerjanya pasti memuaskan.” Kata-kata semangat masih diberi.

“Ummm…” Afina mengangguk tanda faham.

“Kak Ruby letak dulu ya ada hal nak buat. Ann jangan risau semua kak dah rancang dengan sebaik mungkin. Bila dendam terlunas kita balik dengan hati tenang. Ingat kak sayang Ann sampai bila-bila. Bye sayang.”

Klik!

Panggilan dimatikan. Hujung bicara kak ruby menyentuh hati Afina. Hidup dia sekarang hanya ada wanita itu. Dunia menjadi indah kerana wanita itu. Dia tidak boleh nak bayangkan kalau wanita itu pergi meninggalkannya.

“Ann pun sangat sayang Kak Ruby. Sayang sangat-sangat.”

Afina sedang melumur losyen di badan pandangan langsung tidak lari memandang jam di telefon. Jam 12 malam kelibat Hadry masih belum muncul. Lama sangat perjumpaan keluarga, ngomelnya.

Sesaat kemudian kedengaran orang membuka pintu dari luar.

“Maaf sayang abang lambat.”

Suara dari Hadry secara automatik Afina yang duduk terus berdiri tegak. Bagaikan terkaku sendiri. Badan bagaikan mengigil. Ini kali pertama dia berduaa-duaan dengan seorang lelaki. Lelaki itu bukan orang lain sudah tapi lelaki halalnya.

Hadry menyedari hal itu hanya membiarkan saja. Dia terus meluru lalu mengucup ubun-ubun gadis itu.

“Papa, mak usu dan Elman kirim salam dia cakap jaga sayang elok-elok. Dia tanya kenapa sayang tak dapat join sama abang cakaplah sayang penat.” Kali ini tubuh gadis itu dipeluk erat.Seakan tidak mahu melepaskannya.

“Awak nak minum apa? Teh atau kopi?” Laju Afina memotong langsung tidak mendengar apa yang diberitahu oleh Hadry. Dia cuba melepaskan dirinya dari terus dirangkul. Sungguh hatinya berdebar hebat.

Sebaik rangkulan dilepaskan dia bergerak ke sebelah sedikit,“awak pergi mandi dulu saya panaskan air dan buatkan minuman untuk awak.” Habis bicara terus dia bergerak ke meja.

Hadry tersenyum. Lama dia menatap wajah hiba itu.Seraup wajah ayu yang pandai menipu reaksi wajah sendiri.Wajah yang nampak sedih ketika bersendirian. Kadangkala terpancar kesedihan tanpa disedari.

“Sayang, abang janji akan jaga sayang.” Tiba-tiba ungkapan itu terpancul dari bibir tebalnya dan dia berlalu masuk ke bilik air.

Afina semakin gelisah bila kedengaran pili paip di bilik air dimatikan. Ini bermakna Hadry bila-bila masa akan keluar dari bilik itu. Tapak tangan sejuk. Nafas berkali-kali ditarik dan dihembus.

Krek!

Pintu bilik air dibuka dari dalam.Melihat separuh tubuh Hadry mahu melangkah keluar dengan tuala di bawah pusat dengan tangan ligat mengeringkan rambut dengan tuala kecil terus Afina terkaku.

Hadry keluar dari bilik sudah tersengih. Melihat isterinya seperti mayat hidup, kaku seperti patung terus berkerut dahinya.

“Sayang, kenapa ni?”

Wajah Afina semakin pucat. Hanya mata terkebil-kebil melihat tubuh hadry yang separuh bogel itu.

Hadry sudah tahu punca sang isteri begitu. Akal jahat memula menerjah.

“Sayang nampak hantu ke?” Hadry cuba mengusik. Afina semakin dia rapati. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk. Betul-betul rapat dengan Afina.

“Sayang…” Suara menggoda dituturkan. Bibirnya semakin di cuping telinga Afina. Sengaja!

“Arghh!” Afina terkejut terus menolak tubuh sasa suaminya.

Pantas dia mahu lari. Tak sempat hendak membuka langkah seribu tangan kanan Hadry pantas menangkap pergelangan tangannya.Tidak semena tubuh kecil Afina jatuh terduduk di paha Hadry.

“Sayang nak ke mana? Sekarang kita sudah halalkan.” Suara Hadry semakin menggoda. Kedua belah tangannya kemas memeluk pinggang gadis itu.

“Tak nak…Hadry tolong saya…” Suara Afina semakin mengendur. Kedengaran sendu.

Hadry mengeluh dan meleraikan pelukan itu. Tubuh Afina diletakan dan dia bangkit menuju pada beg yang terletak di bucu katil mencari baju untuk dipakai malam ini tanpa sebarang bicara.

Afina menitis air mata. Peristiwa hitam seakan menghimpit dirinya. Badan terhenjut-henjtu menahan tangisan.Usai mengenakan pijama Hadry berdiri tegak betul di hadapan Afina. Kedua belah tangan jatuh pada bahu gadis itu.

“Maafkan abang, sayang. Abang terlalu gelojoh. Abang tidak boleh nak halang perasaan abang sendiri. Belum kahwin abang boleh tahan sekarang sayang sudah halal bagi abang jadi tidak boleh mengawal perasaan abang. Abang penting diri sendiri, maafkan abang… abang tahu sayang perlukan masa untuk menerima abang dalam hidup sayang abang akan tunggu masa itu.”

Afina perlahan-lahan angkat muka. Menatap wajah Hadry. Tampak wajah lelaki itu sangat ikhlas menutur setiap bait bicaranya tapi, dia tidak mampu.Tidak mampu untuk membalas cinta lelaki itu. Matlamat dia satu. Membalas dendam.Itu saja.

Hadry senyum. “Jom kita tidur sayang tentu penatkan sepanjang hari asyik melayan tetamu.” Habis bicara Hadry merangkak naik ke katil.

“Abang, air abang.” Afina bersuara. Dia bangkit mengambil secawan air di meja.

“Ya, abang lupa.” Dari berbaring Hadry bangkit sedikit.

Sebaik cawan beralih tangan Hadry menghirup tanpa teragak-agak. Habis secawan air terus dia menghulurkan cawan itu kembali pada Afina. Selimut ditarik dan terus membaringkan tubuhnya. Afina pada mula agak terkejut. Sesaat kemudian bibirnya mengoret senyuman.

Harap-harap menjadilah. Desis bisikan hatinya.

“Sayang jangan berjaga tidurlah abang janji tak akan kacau sayang.” Sempat lagi Hadry mengusik isterinya.Dengan mata dikenyitkan sebelah.

Afina tayang muka kosong.

Dua minggu mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam tempoh itu juga Afina tidak pernah lupa memberikan ubat itu kepada Hadry. Hadry pula seakan sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia terkena.Setiap kali dia mahu mendekati Afina seakan nafsu disekat dan mati serta merta. Afina semakin gembira rancang dia menjadi.

“Sayang, lunch nanti abang jemput sayang di butik ya? Maaf pagi ni tak hantar sayang ke butik.” Suara Hadry. Afina yang membontot dari belakang hanya mengangguk.

“Takpe saya faham awak ada hal. Nah, ini beg awak. Hati-hati memandu kereta.” Beg kerja dihulur sebaik dia menunduk mengucup tangan sang suami.

“Terima kasih sayang. Pesanan sayang sentiasa tersemat dalam hati abang. Abang taknak sayang janda muda.” Dahi Afina dikucup dengan penuh rasa cinta.

Sebaik pintu rumah diselak dan kaki mahu melangkah Hadry terkejut. Sebuah bungkusan yang berbalut cantik betul-betul di hadapan muka pintu rumah.

“Sayang ada buat surprise untuk abang ke?” soal Hadry. Hatinya menjadi tidak sedap.

Afina berkerut dahi. Dia mendekati suaminya untuk melihat.

Hadry dengan pantas membuka kotak yang berbalut hitam putih siap bereben lagi. Sebaik kotak dibuka.

“Arghh!” Afina menjerit kecil. Muka dipalingkan ke belakang. Seram!

Bungkusan hadiah yang berisi seekor bangkai ayam jantan yang telah disembelih sampai putus lehernya. Darah masih berbau hanyir. Ada sebuah nota dititipkan.

‘HUTANG DARANG HARUS DIBAYAR DENGAN DARAH.’

“Gila! Siapa punya kerja ni?” Amuk Hadry. Bungkusan itu dilempar ke bawah.

“Awak ada musuh?” Soal Afina.Wajah Hadry ditatap.

Hadry kalih.

”Sebelum ni saya tak pernah menerima ugutan tapi tak tahulah ada orang dengki dengan awak.” Senyuman nakal mula terbit dibibir tebal lelaki itu.

“Apa kaitan dengan saya pulak?” Afina berdalih. Hati mula cuak takut rancangan dapat dihidu.

Hadry senyum.Tangan kanan sudah naik pada kepala bahu Afina lalu menarik rapat ke dada.

“Mana tahu ada secret admirer abang, cemburu dengan sayang sebab abang pilih sayang bukan dia jadi dia buat ugutan lagipun abang kahwin mendadak dan tak jemput pihak media mana tahu ada yang dengki dengan sayang kali!” Sebelah mata dikenyit.

“Eee…perasannya saya rasa bertuah sangat awak tak jemput pihak media nanti bertambah penat mult nak menjawab pertanyaan mereka!” Tidak semena Afina menolak tubuh lelaki itu. Hadry gelak besar.

“Sudah awak dah lambat nak ke pejabat.”

“Iyalah abang pergila ni.” Langkah diatur.

Tidak sampai seminit dia berpaling semula.“Sayang nanti minta tolong ayah hantar ke butik. Abang tak izinkan sayang pandu sendiri sebab Kak Ruby cakap saya dapat lessen cabut jadi ini memanglah salah dari segi undang-undang jalan raya. Selepas ini nak ke mana-mana pakai abang atau ayah!” Amanat terakhir sebelum dia berangkat ke pejabat.

Afina jungkil mata tajam. Sempat lagi lelaki itu perli dia. Bila kereta Hadry menghilang dia mengeluh kecil. Bungkusan hadiah tadi dipandang lama.Bibir bawah digigit kejap.

“Mesti kerja mereka. Ini bermakna perang telah bermula tapi, kenapa harus Hadry yang kena?” Bebelnya sendiri.

“Bos tadi ada Datin Rosnah ada call. Dia nak berjumpa dengan bos untuk bincang fasal rekaan baju kahwin anak dia nanti.” Bagitahu Ayu sebaik melihat majikan masuk ke butik.

“Baiklah. Nanti kamu tetapkan tarikh temu janji.” Balas Afina sebelum melangkah masuk ke biliknya.

Tiga hari yang lepas perasmian pembukaan butiknya diadakan besar-besaran oleh Hadry. Ramai kenalan Hadry turut hadir menjayakan pembukaan butiknya.Setakat ini perniagaannya berjalan dengan lancar dengan bantuan 4 orang pekerjanya semuanya wanita memandangkan dia isteri kepada Hadry salah seorang jutawan di Temerloh jadi ramai yang datang berkunjung. Pelanggan tidak putus-putus mahu mengenakan rekaannya. Ana Diana A&D pereka fesyen yang terkenal dari Rusia siapa tidak mahu mengenakan rekaan gadis ini.

Beg kerja diletak. Pensel dan buku lakaran dicari sebaik punggung mencecah kerusi. Sejak berkecimpung dalam dunia pereka fesyen ini kehidupannya sentiasa dengan buku lakaran dan pensel. Sibuk mencari ilham untuk rekaan terbaru setiap masa.

Ralit dia melakar ciptaan terbarunya sampaikan waktu rehat langsung dia tidak sedar. Telefon bimbit berbunyi.Menandakan ada satu pesanan ringkas masuk. Dia mencapai dengan tangan kiri manakala tangan kanan masih ligat melakar terhenti seketika. Afina membuka mesej.

#Sudah terima hadiah istimewa dari kami? =)

Mesej dari Kak Ruby.

Sudah diagak itu kerja mereka.Afina menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil melepaskan lelah.

Hadry terus masuk ke dalam kereta sebaik dia selesai berurusan dengan client di Mentakab. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan buah hatinya. Sebaik kereta meluncur pergi ada sebuah kereta saga bewarna hitam mengekori dari belakang. Samping dipersimpangan jalan yang sunyi dan sepi dari kenderaan lain masa itulah kereta Saga itu mengambil peluang dengan melanggar bonet belakang kereta Hadry beberapa kali dengan kuat sebelum meluncur pergi. Hadry tidak sempat mahu mengelak dan dia gagal mengawal stereng kereta. Situasi semakin cemas Hadry membelokkan stereng kereta ke kiri bahu jalan malangnya dia terbabas sedikit. Nasib takde apa-apa kecederaan berat hanya kepala terhantuk sedikit pada dashboard.

Tapi kenapa Hadry yang disasarkan?Afina bingung sendiri. Dia harus mencari jawapan dengan Kak Ruby. Hanya wanita itu yang tahu fasal rancangan yang tidak ada dalam perancangan dia. Sebaik jari jemari mahu menaip tiba-tiba.

“Sayang….” Hadry sudah muncul di sebalik pintu biliknya.

Afina terkejut dengan kedatangan suaminya secara tiba-tiba. Datang tidak dimaklum. Bertambah kaget bila melihat dahi lelaki itu berdarah.

“Kenapa dengan dahi awak tu?”

“Excident sikit.”Jawab Hadry seraya melangkah masuk ke dalam.

“Macam mana boleh excident?” soal Afina lagi. Dia masih duduk santai di kerusi.

Hadry mendekati Afina. Kerusi Afina dipusing mengadapnya.

“Percaya tak kalau abang cakap abang dilanggar dari belakang secara sengaja?”

“Dilanggar secara sengaja? Awak nak buat lawak apa pulak ni?”

Hadry tiba-tiba gelak. “Betullah abang tak buat lawak pun. Entah siapa yang dengki dengan suami sayang ni dia langgar belakang kereta abang. Tak sempat abang nak kawal stereng terus terbabas dan kepala abang terhantuk sedikit.”

Afina bangkit terus mendorong tubuh Hadry untuk duduk. Laci meja ditarik mengambil first aid peribadinya.

“Awak ni kan ushawan muda yang terkenal dato lagi senang cakap jutawan muda berpangkat dato jadi keselamatan diri tu perlu diutamakan. Dah tahu excident sepatutnya awak jumpa doktor dulu bukannya saya."Bebel Afina.

Tangannya ligat melekatkan plaster di dahi Hadry. Usai kerjanya terus dia melabuh duduk di birai meja.

"Abang datang cari sayang bermakna sayang nombor satu dalam hidup abang. Sebut fasal abang ni jutawan rasa macam tak masuk akal, di Temerloh ni berlambat yang jutawan sayang jika dibandingkan abang dengan orang lain abang ni ibarat ikan bilis yang baru merangkap nak jadi ikan jerung. Abang pelik sebelum ni abang tak pernah dapat nota ugut, orang mahu bunuh abang. aman saja hidup abang tapi sejak…”

“Sudah-sudah tak payah nak serabutkan kepala awak tu. Awak datang sini nak ajak saya lunch kan jadi jom kita keluar!” Bantah Afina laju.

Dia tidak mahu soal itu dilanjutkan dia. Kuat hatinya mengatakan rancangan itu sudah dimulakan oleh Kak Ruby dengan Izzue.

Hadry bangkit sambil tersenyum manis. “Jom sayang.”

“Abang keluar dulu bagi saya 5 minit untuk siapkan kerja penting.”

Hadry menghampiri afina yang masih bertenggek di birai meja.Tanpa sebarang amaran sebuah kucupan lembut singgah di dahi wanita itu.

“Terima kasih untuk rawatan cinta ini sayang dan cepat-cepat sikit habiskan lakaran tu masa nak masuk sini tadi Mina cakap sayang langsung tak keluar dari bilik untuk siapkan benda ini. Kerja-kerja juga kesihatan tolong jaga demi abang.” Hadry sempat membebel sebelum dia melangkah keluar.

Afina terkelu untuk seketika. Kegilaan dia terhadap designer sudah biasa baginya. Minum dan makan bila terasa lapar. Kalau tak langsung tak makan dan minum. Hilang saja kelibat Hadry dari pejabatnya terus Afina mendapatkan telefon bimbit. Nombor Kak Ruby didail.

“Kak yang buat semua ni pada Hadry?” Afina terus menerjah dengan soalan sebaik panggilannya disambut.

“Ya. Kenapa Ann? Ada apa-apa yang tak kena ke?” tanya Kak Ruby bertubi-tubi di corong sana.

“Takde tapi kenapa melibatkan dia? Dalam perancangan kita hanya Puan Halina dan Alia sajakan.Hadry sebagai orang tengah untuk memudahkan kita hancurkan perempuan tua itu dan anak dia.”

“Ann marahkan Kak Ruby buat semua tu pada suami Ann? Ann sudah mula sayangkan dia?”

“Bukan macam tu kak. Sasaran kita bukan Hadry.Dia tak bersalah langsung pada Ann. Cuma dia hanya jadi kambing hitam bagi rancangan kita.”

“Dengar sini ann. Kita buat Hadry rasa dirinya terancam dan dia akan berjaga-jaga untuk selamatkan dirinya jadi bila Hadry leka menjaga dirinya kita mula masuk untuk balas dendam pada wanita itu. Senang sajakan.”

Afina mengeluh berat. Dalam sehari macam-macam berlaku. Sekelip mata. Mahu puji atau tidak dengan tindakan Kak Ruby dengan Izzue dia sendiri tidak tahu. Apa yang dirancangkan sebelum ini sasarannya adalah Puan Halina bukan Hadry.

“Kalau itu yang Kak Ruby mahukan Ann ikut aje tapi, tolong jangan bahayakan nyawa Hadry. Ann tak mahu …”

“Ann… jangan cakap Ann dah jatuh cinta dengan dia?”

“Tak akan sesekali. Ann cuma mahu balas dendam terhadap orang yang buat salah dengan Ann itu saja tak lebih dari itu.”

“Sayang!” Hadry memanggil dari luar.

“Kak, Ann undur diri dulu. Nanti Ann call balik.”

Klik.

Beg tangan dicapai dan terus mendapatkan Aadry yang sudah menanti dia di luar. Wajah lelaki itu ditatap lama. Seorang lelaki yang kini sah menjadi suami hanyalah dianggap kambing hitam dalam misi balas dendamnya.

Maafkan aku Hadry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience