BAB 9

Romance Series 39528

Afina berguling-guling di atas tilam empuk. Hatinya cukup senang sekali bila memikirkan Haydar. Hari-hari dia rasa mahu saja ketemu dengan lelaki itu. Pertama kali dalam hidupnya ada insan yang mahu menghulurkan salam perkenalan dengannya tanpa mengira usul gala sejarah kehidupannya.

“ Afina!” jerit Puan Halisa. Daun pintu dikuak kasar dari luar.

Afina terkejut lantas bangkit dan duduk bersila. “Err.. ada apa mak cik?” soal Afina gagap.

“Mak cik?” Berani kau ya?” Puan Halisa mengejek pertanyaan Afina, dia menghampiri gadis itu sambil bercekak pinggang. Rambut gadis itu di tarik kasar. Tubuh Afina yang berada di katil terdorong mengikut langkah Puan Halisa.

“Sakit mak cik...sakit,” rengek Afina cuba menghalang Puan Halisa merentak rambutnya bagaikan mahu tercabut dari kepalanya.

“Mak cik! Mak cik! Siapa mak cik kau, hah?! Kau jangan ingat papa aku bagi kau duduk sini, kau boleh berlagak seperti tuan puteri Cinderella sangat! Sekarang aku nak kau pergi tolong Mak cik Imah dekat dapur sekarang!” arah Puan Halisa kasar serentak menolak Afina keluar dari bilik itu.

Afina meniti anak tangga dengan lemah. Air matanya berjuntai-juntai turun membasahi pipinya. Perlukan dia pertahankan kedudukan yang dikecapi sekarang sedangkan dia sering diseksa oleh Puan Halisa dan juga Alia. Jika dia tinggalkan rumah ini bermakna dia juga akan tinggalkan persekolahannya. Dia buntu.

“Fina, kenapa ni?” Soal Mak cik Imah bila melihat wajah mendung Afina memasuki ruang dapur.

Afina menggeleng lemah. “Ada yang perlu saya bantu mak cik?” soal Afina, tersenyum kelat.

“Semua dah siap cuma tinggal nak hidang saja,” balas Mak cik Imah sambil mengacau air di jag.

Afina mengangguk. “Saya bantu ya,” pohonnya. Dia mencapai pinggan mangkuk untuk mengisi lauk pauk yang sudah siap dimasak oleh Mak cik Imah.

Alia menapak masuk ke dapur. Dia tersenyum jahat bila melihat Afina sedang menyenduk kuah ikan patin masak tempoyak yang masih berasap panas. Dengan sengaja dia berjalan mendekati Afina lalu melanggar bahu gadis itu.

Mangkuk di tangan Afina terlepas dari tangan dan segala isi dalam mangkuk itu tumpah menimpa kakinya. Afina menjerit kesakitan sambil terlompat kecil. Alia tersenyum sinis.

Mak cik Imah yang sedang mengacau air terkejut bunyi mangkuk jatuh ke lantai lantas berpaling. “Kenapa ni Afina?” Soalnya hairan, Alia di sebelah dipandang sekilas.

“Kaki…kaki Fina mak cik.. sakit..”adu Afina dalam sendu.

“Itulah, cuai sangat! Dah tahu gulai panas, mangkuk tu pegang elok-elok,” sindir Alia sambil memeluk tubuh dengan wajah sinis.

“Mari mak cik sapukan ubat.” Mak cik Imah memapah Afina masuk ke biliknya. Dia yakin Alia punca kejadian itu, siapa tak tahu Alia memang menyimpan dendam terhadap Afina.

Afina menyapu air mata yang mengalir keluar sambil memandang Mak cik Imah yang sedang mengurut kakinya. Nasib balik tidak melecur, kerana Mak cik Imah cepat mencumur ubat gigi jenama colgate di tempat yang terkena tadi.

Kenapa Alia selalu mencari pasal dengannya sedang dia tidak pernah menganggu hal kehidupan gadis itu. Untuk tinggal di sini memang dia tak pernah terlintas tapi uncle Haris yang baik hati membenarkan dia tinggal di sini. Kenapa Alia nak marahkan dia, padahal datuknya yang membenarkan dia tinggal di sini?! gerutu Afina dalam diam.

“Fina… sabar ya,” suara Mak cik Imah tiba-tiba. Wajah yang sentiasa redup itu ditatap dengan penuh belas kesian.

“Kenapa Kak Lia layan Fina macam tu mak cik? Afina tak pernah buat salah dekat dia. Fina tahu kehadiran Fina kat rumah ini tidak disambut dengan baik. Fina tak inginkan harta uncle malah tak pernah nak bermimpi untuk hidup mewah seperti sekarang... Fina cuma ingin menumpah kasih, kasih sayang seorang ayah yang belum pernah Fina rasai sepanjang hidup ini mak cik,” luah Afina yang terbuku dihati kecilnya. Tangisannya semakin galak.

Mak cik Imah menyapu air mata yang menitis keluar dengan hujung lengan bajunya tersentuh mendengar luahan gadis yang masih mentah itu. Kepala Afina ditarik lembut ke dalam dakapannya. Dia mengusap rambut gadis itu cuba memujuk hati seorang remaja yang baru hendak mengenal dunia.

“Fina… mak cik simpati pada Fina. Tuan Haris bukan seperti Afina fikirkan. Ya, mak cik tahu Tuan Haris memang sayangkan Fina tapi bukan sebagai...”

“ Afina!”

Tuan Haris tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik itu.

“Fina okey ke sayang?” serbu Tuan Haris lantas menghampiri Afina lalu tubuh gadis itu di rangkul erat.

“Uncle…”panggil Afina cuba membolos dari di rangkul. Dia lemas kerana rangkulan itu sangat kuat.

Mak cik Imah bangkit. Dia hanya menggeleng. Tidak sempat dia mahu menceritakan hal sebenarnya kepada Afina. Kesian Afina bebas dari ayah yang jahat masuk ke dalam dakapan Tuan Haris yang bapak segala kejahatan, gumam mak cik Imah sedih.

“Imah! Kenapa jadi macam ni?” soal Tuan Haris , wajah pekerjanya direnung tajam.

“Err....” lidah Mak cik Imah terkelu. Takkanlah dia mahu menceritakan perkara sebenar yang cucu Tuan Haris membuatnya, tambahan pula dia tidak nampak dengan matanya sendiri yang Alia lakukan hal itu.

Afina bagaikan mengerti situasi Mak cik Imah ketika itu. Dia memegang lembut lengan Tuan Haris . “Uncle, Afina cuai tadi. Tak pegang betul-betul mangkuk tu.”

Tuan Haris menghembus nafas perlahan. Wajah Afina ditatap lembut. “Hrm, Fina... lain kali jangan buat kerja semua itu. Biar Imah yang buat. Uncle suruh Fina tinggal dekat sini bukan nak suruh buat kerja rumah. Uncle nak Fina jadi anak uncle,” tuturnya lembut.

Afina mengangguk kecil. Dia bersandar di bahu lelaki tua itu. Mak cik Imah mengeluh kecil kemudian dia beredar dari situ.

Malam itu mereka menjamu selera di meja makan. Masing-masing menghayati makanan yang terhidang. Tiba-tiba Alia bersuara.

“Fina, hulurkan aku air tu,” arah Alia tegas.

Afina yang asyik menyuap nasi ke mulut terus mendongak memandang wajah bengis Alia. Dia mahu bangkit dari kerusi tapi dihalang oleh Tuan Haris .

“Duduk Fina,” bantah Tuan Haris kemudian mengalih pandangan pada cucunya. “Kau tak boleh ambik sendiri? Ke kaki kau dah tempang sampai nak berjalan tak boleh?” sindir Tuan Haris pedas kedengaran di telinga Alia dan juga Puan Halisa.

Hati Alia panas tiba-tiba. Dia mengigit bibir bawah cuba menahan api kemarahannya. Puan Halisa pula memandang wajah Afina seperti singa betina kehilangan anak. Dua beranak itu sangat membenci gadis di hadapan mereka itu.

“Mak cik Imah!” laung Alia kuat. Dia memang sengaja.

Mak cik Imah dari dapur terkonco-konco keluar mendapat Alia yang menjerit memanggilnya. “Ya, Cik Alia.”

“Tuangkan aku air. Cepat sikit,” arah Alia sengaja menekan katanya.

Tuan Haris buat pekak badak. Malas melayan kerenah cucunya. Lantaklah mahu menjerit melolong bak Pontianak Sundal Malam pada orang gajinya asalkan bukan pada Afina, bakal menjadi teman tidurnya nanti.

Usai makan malam, Tuan Haris mengajak Afina menemannya di bilik rehatnya. Dia memimpin tangan gadis itu untuk masuk ke bilik sederhana besar itu. Afina hanya menurut sahaja. Di fikirannya Tuan Haris seorang ayah yang baik tak pernah terlintas dek akalnya yang Tuan Haris mahu menjadikan dia sebagai perempuan simpanan. Emma hanya tabur fitnah. Fitnah yang mengatakan dia adalah perempuan simpanan Tuan Haris. Tuan Haris bukan macam tu, dia baik. Baik sangat, gumam Afina dalam hati.

Selesa di bangku Afina membalikkan tubuhnya mengadap Tuan Haris . “Uncle..uncle sayangkan Fina kan?” soalnya lurus tanpa berselindung sambil menatap wajah tua yang masih kacak itu dengan senyuman nipis di bibir.

“Kenapa Fina tanya soalan macam tu?” soal Tuan Haris kehairanan. Takkan lah Afina sudah tergilakan dia. Walaupun usiaku mencecah angka 60-an tapi wajahku masih maskulin. Harta bertimbun tidak hairanlah ramai gadis-gadis diluar sana masih tergila-gilakan aku. Tuan Haris perasaan sendiri.

“Fina tanya betul-betul ni, uncle memang sayangkan Fina ke?” soal Afina lagi dengan pandangan menagih harapan memandang Tuan Haris .

“Ya Fina, uncle sayangkan Fina. Terlalu sayang…” ucap Tuan Haris hujung katanya agak perlahan. Sayang dengan maksud penuh persiratan. Tuan Haris senyum dalam hati. Wajah Afina betul-betul mirip dengan arwah isterinya. Senyumannya membuatkan hati lelakinya mudah goyah. Ingin diragut kesucian gadis itu belum tibanya tambahan pula dia akan mengangkat darjat gadis itu sebagai isterinya yang sah. Bila? Tunggu dan lihat saja.

Afina turun dari kerusi. Dia duduk bersimpuh di kaki Tuan Haris . “Terima kasih uncle. Fina dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ini. Hanya uncle saja yang sayangkan Fina. Fina bersyukur sebab Allah temukan Fina dengan uncle. Kalau tak entah macamana kehidupan Fina sekarang. Mungkin Fina akan ikut jejak langkah ibu.Fina taknak semua tu terjadi pada Fina,” Afina berkata panjang lebar. Air mata yang ditahan airnya menitis juga.

Tuan Haris mengosok kepala Afina berkali-kali. Senyumannya menjadi lebar. Kedudukan mu tidak seperti ibumu sebab ibumu pelacur murahan tapi kau perempuan simpanan aku yang aku bakal nikahi bila usianya cukup matang untuk melayan aku nanti, Afina.

“Uncle,” panggil Afina seraya mendongak mencari wajah Tuan Haris.

“Ya Fina,” Tuan Haris sempat mengawal senyumanannya takut diketahui.

“Terima kasih sekali lagi sebab sudi menjadikan Fina sebagai anak uncle,” luah Afina jujur.

“Kita bercuti nak?” soal Tuan Haris tanpa menghiraukan kata-kata Afina. Dia tidak suka mendengar perkataan anak. Baginya Afina haknya bukan hak sebagai anak tapi sebagai pendampingnya.

“Bercuti?” soal Afina balik dengan nada terkejut.

“Ya, pagi esok kita ke Cameron highlands. Afina tak pernah ke sana lagi kan?”

Afina mengangguk laju. “Fina nak unlce.” Afina teruja terus memeluk kaki Tuan Haris tanpa terselit rasa ragu-ragu di hatinya.

Kau akan jadi hak aku, Fina..bukan sebagai anak tapi sebagai … Tuan Haris mengaris senyuman jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience