BAB 34

Romance Series 39528

INTAI siapa tu?” sapa Mak cik Imah dari belakang. Masuk saja ke rumah gadis itu tertinjau-tinjau di sebalik langsir tingkap. Apa yang diintainya tak tahulah.

“Eh, mak!” Afina tersengih kambing.

Malu ditangkap kering oleh ibu asuhan suaminya. Mana tak malunya. Dia mengintai kereta Elman sampai hilang dari pandangan sehingga tidak menyedari kelakuaanya dapat dihidu oleh wanita tua itu.

“Mana Adry?Tak nampak pulak dia.”

“Dia ada meeting dia suruh saya balik dengan Elman . Mamy mana mak dari pagi tadi Ann tak nampak dia?” Soal Afina.Wajahnya masih mengukir senyuman manis. Rasa sangat bahagia kerana Elman masih menanti dia.

“Dia cakap nak naik KL dalam dua tiga hari ada urusan. Ann sudah makan?” Mak cik iImah kerut dahi. Afina seperti orang berkhayal. Senyuman manis menghiasi bibir gadis itu. Senyuman yang cukup dirindui olehnya.

“Fina…”

“Ya mak.” Balas Afina masih tersenyum manis.

Mak cik Imah membulat mata. Dia tahu gadis itu tidak menyedari akan hal itu cepat-cepat dia ubah panggilan. Sungguh dia rindukan gadis ini. Mahu sekali dia merangkul seeratnya tapi dia tahu gadis itu mengesyakinya.

“Ann, nak mak sediakan makanan untuk Ann?”

“Tak. Ann sudah makan dengan Hadry dan Elman tadi. Oh, ya mak tahu tak fasal Elman Furqan? Dia tu rupanya sepupu Hadry. Hmmm kecil betul dunia.” Cerita Afina tanpa dipinta. Wajahnya sangat teruja dan terlalu bahagia. Dia melangkah perlahan-lahan meninggalkan wanita itu di belakang.

“Elman Furqan?” Hati Mak cik Imah mula galau sendiri.

Afina naik ke bilik. Saat punggung mencecah katil telefon bimbit berdering nyaring. Nama Kak Ruby tertera di skrin. Lantas disahut dengan hati berbunga riang.

“Ya Kak Ruby.”

“Haih suara bunyi macam orang tengah bahagia saja ni. Haaa jangan cakap yang Ann sudah jatuh cinta dengan Hadry!” Sergah Kak Ruby di sebelah sana.

Afina tergelak kuat. “Mana ada Kak Ruby. Takdenya Ann nak jatuh cinta dengan dia.”

“Baguslah macam tu. Kak Ruby bukan nak halang Ann dari menggapai kebahagiaan sendiri malah tak kesah kalau Ann jatuh hati dengan suami Ann sendiri tapi, kak taknak Ann menderita kalau terikat dengan keluarga itu. Ann ada sejarah hitamkan dengan keluarga mereka.”

“Kak Ruby jangan risaukan Ann. Ann tahu apa yang Ann lakukan ini. Matlamat kita hancurkan Puan Halina dengan Kak Alia. “Oh, ya sebut fasal Alia kita tak tahu dia di mana sekarang kan?”

“Aah. Itulah. Mungkin dia takde di Malaysia. Jangan risau kita setelkan satu persatu. Habis di sini dengan Puan Halina kita akan usahakan dapatkan si Alia dengan bantuan Izzue. Selagi mereka tak rasa apa yang Ann pernah rasa Kak Ruby tak akan duduk senang.”

“Kak…” Afina menjadi sayu.

“Dah. Tak payah nak emosi.”

“Kak, Puan Halina turun ke KL. Ann rasa dia mahu jumpa Dato Malik rasa ini masa yang sesuai untuk kenakan dia.”

“Serius? Cantik! Kak akan hantar Izzue untuk siasat keberadaan dia. Kak sendiri akan hubungi isteri Dato Malik dan done! Semuanya akan selesai. Kalau nyawa dia tidak terpisah pasti jasadnya menderita.” Kak Ruby bersuara riang.

“Okey kak nanti apa-apa roger-roger dekat Ann ya?

“Ya sayang jangan risau. Cukuplah Ann menanggung semua penderitaan ini kali ini lepaskan pada kak. Kak akan urusankan semuanya untuk Ann. Ann taknak ke sini nak saksikan sendiri saat dia disakiti?”

“Taknak rasa menyampah nak tengok muka dia.” Selamba Afina menjawab.

“Kak letak dulu bye sayang jaga diri di sana.”

“Ya kak. Sayang akak.”

Skrin telefon ditatap seketika.

Apa yang dirancangkan oleh Kak Ruby untuk Puan Halina ya? Afina…wake up! Jangan nak jadi baik sangat. Ingat matlamat kau ke sini. Membalas dendam bukan nak belah kasihan. Kau tak pernah nak dapat kasih sayang walaupun dari keluarga sendiri. Ibu saja yang memahami kau. Ayah kau? Pernah dia layan kau macam anak kandungnya? Afina berperang dengan hatinya.

“Ayah…” Perkataan itu menutur di bibir.

“Pak usu saya sudah meninggal.” Ayat yang keluar dari bibir Elman.

Hati Afina seakan diragut satu perasaan hiba. Dia pegang dada kiri. “Syukurlah ayah dah mati. Tak perlu Fina balas semua perbuatan ayah pada Fina. Tengok dunia pun tidak mahu ayah hidup lama sebab ayah bukannya seorang manusia tapi seorang iblis! Iblis yang sanggup merosakkan zuriat sendiri! Benci ! Benci! Aku benci ayah!” Afina melepaskan geram dengan memukul-mukul tilam katilnya. Dengan air mata merembes keluar tanpa henti. Akhir dia menghempaskan tubuhnya ke katil dengan tangan kanan naik menutupi wajah sendiri.

“Kenapa aku harus lalui semua ni…”rintihnya dalam sendu.

Sementara di rumah Izzue dekat ruang tamu yang sepi…

“Izzue mulakan rancangan kita. Ann bagitahu tadi mak mentua dia naik ke KL Ann rasa tak lain tak bukan pasti dia akan jumpa kekasihnya. Kau perhatian setiap langkah, di mana lokasi mereka lepastu Kak Ruby akan hubungi isteri Dato Malik bongkarkan siapa sebenarnya perempuan simpanan suaminya itu. Kita pastikan dorang akan berjumpa. Puan Halina dan Dato Malik akan ditangkap oleh Datin Rosella sendiri, fahamkan?” Ujar Kak Ruby tentang perancangan dia pada adik sepupunya. Kertas kosong yang terlakar tentang corak perjalanan perancang dia ditunjuk dengan lebih jelas agar adik sepupunya itu memahami.

“Kak Ruby jangan risau penyiasatan tidak berbayar ini kacang saja bagi Izzue. Bidang penyiasatan sudah sebati dalm diri Izzue. Fasal Puan Halina, Izzue sudah tahu dia naik ke KL mata-mata Izzue sudah awal lagi inform dekat Izzue cuma kita tinggal bongkarkan pada isteri dia saja.” Lelaki yang berusia 32 tahun bekerja sebagai anggota polis Interpol.

“Tak sia-sia Kak Ruby minta bantuan kamu izzue. Kamu memang ada kepakaran dalam penyiasatan ini. Kak Ruby tak dapat nak balas jasa baik kamu pada kami tapi Kak Ruby bersyukur kerana dapat bantuan dari kamu Izzue.”

“Kak janganlah fikir sangat fasal itu. Kak ruby bukan orang lain keluarga Izzue juga. Arwah pak long dan mak long selalu bantuan kami kali ini saya akan bantu Kak Ruby pulak. Saya sudah hantar orang saya untuk jejak Puan Halina di mana sekarang mungkin sekejap lagi kita akan tahu mereka akan berjumpa di mana.” Jelas Izzue seraya tersenyum.

“Terima kasih banyak-banyak Izzue.” Kak Ruby tersenyum dengan penuh rasa syukur. Dia berharap agar perancangan dia dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Di Temerloh, satu pagi…

“Sayang nanti Elman akan hantar dua orang pegawai dia untuk escorp sayang.” Ujar Hadry, usai menghabiskan sarapannya. Mulut di sapu dengan kain.

Afina yang masih menikmati roti bakar berkerut dahi. “Kenapa saya pulak yang kena?” Balas dia dengan nada tidak puas hati.

“Wajib kena guide! Sayang isteri abang jadi abang taknak apa-apa terjadi pada sayang nanti.”

“Wait! Yang kena ugut siapa? Awak kan!”

Hadry angguk.

“Yang kena ancaman bunuh siapa? Awak jugak kan?”

Hadry angguk lagi.

“Look. Siapa yang sepatutnya diescorp? Saya atau awak?” Kening Afina terangkat.

“Sayang, awak isteri abang jadi tak mustahil tempiasnya kena dekat sayang nanti. Abang taknak nanti abang yang menyesal kerana tak jaga sayang. Tolong, tolong jangan bantah setiap keputusan dari abang.”

“Hadry, saya tidak suka diawasi, rimas! Saya bukan orang ternama di sini sampaikan nak ke mana-mana orang ikut kiri kanan. Di sanapun saya bebas ke mana-mana takde juga ada apa-apa.”

“Sayang please… sayang sekarang tanggungjawab abang. Jangan bandingkan Malaysia dengan Rusia. Apa yang penting sayang sentiasa selamat itu saja abang mahu. Sekejap lagi dorang yang akan hantar sayang ke mana sayang nak pergi balik tak payah sudah ayah menghantar. Titik!” Tegas suara Hadry. Habis bicara dia bangkit secara mengambil brief casenya sebelum dia beredar dari situ. Kedegilan Afina kadang kala membuat dia pening kepala. Dia jenis yang bersabar tapi bila keputusan dia diingkar naik angin juga!

Mata Afina membulat besar sebelum dia berdecit kecil. Hatinya juga panas. Langsung tidak menghantar lelaki itu ke muka pintu. Dia meneruskan sarapannya. Hadry sangat mengongkong dia sehingga dia merasa rimas dan lemas. Dia tidak suka Hadry terlalu mengambil berat fasal dia, dia tidak suka.

“Ann, kenapa dengan Adry tu? Jarang mak dengar dia tinggi suara ada sesuatu berlaku ke?” Tegur Mak cik Imah yang kebetulan baru keluar dari ruangan dapur.

“Entahlah mak kadang kala Ann terlalu rimas dengan anak asuhan mak tu. Terlalu mengongkong, Ann tak suka!” Tanpa sengaja Afina meluahkan perasaan.

Mak cik Imah senyum nipis. Dia melabuh duduk di hadapan gadis itu.

“Biasalah bila kita dah terlalu cintakan seseorang semua benda nak dijaga. Mak kenal Adry bila dia sudah sayang memang dia akan sayang sungguh-sungguh. Mak harap Ann jangan rimas dengan kasih sayang dia tu.”

Afina mengeluh kecil. Mak cik Imah senyum tawar. Dalam hati si tua berharap agar jodoh mereka berdua kekal. Kemuncalan Elman pegawai polis merangkap adik sepupu Hadry mengundang rasa kegusaran dalam hatinya. Mana taknya Mak cik Imah kenal siapa Elman Furqan itu. Tahu sejarah percintaan Afina dengan Elman.

Tepat jam 9 pagi, Afina dijemput oleh 2 orang pegawai polis lelaki. Dia melangkah keluar dengan rasa tidak puas hati.

“Assalamualaikum datin. Saya Iskandar dan ini Amir kami ditugaskan untuk menjaga datin atas arahan Tuan Elman Furqan. Harap datin akan beri kerjasama pada kami nanti untuk keselamatan datin” Salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri. Sorang lagi hanya menunduk. Masing-masing berpakaian t-shirt dan berseluar jeans lusuh.

Afina pejam mata rapat seraya melepaskan lelah. Datin oh tidak sungguh sangat formal! Bebelnya dalam hati. Sesaat kemudian dia mengukir senyuman tawar dan terus memasuk ke dalam perut kereta yang sudah tersedia dibuka dari tadi.

“Datin izinkan kami menjaga datin ya? Saya tahu dari gaya datin, datin tidak selesa dengan kami.” Suara anggota polis yang bernama Amir manakala Iskandar yang menjadi pemandu hanya mengintai dari cermin hadapan.

“Bukan saya tak sukakan kamu. Saya faham kamu hanya jalankan tugas kamu tapi saya sangat tidak selesa bila nak ke mana-mana ada orang guide kiri kanan macamlah saya ni artis. Lagi satu tolong jangan panggil saya datin saya rasa macam duduk di dewan parlimen pulak. Panggil saja nama saya takpun puan macam orang lain.” Sela Afina.

Mereka tergelak lucu.

“Yalah puan. Hmmm puan kena ingat puan sekarang pegang status isteri kepada Dato Elmy Hadry seorang hartawan di Bandar Temerloh jadi keselamatan puan dan dato perlu diawasi selalu.”

“Sebelum saya kahwin dengan dia memang dia sentiasa diawasi ke?”

“Tak.” Jawab Amir yang lebih ramah berbanding Iskandar hanya diam dari tadi.

“Habis kenapa sekarang perlu diawasi kenapa tak dari dulu?”

“Erk!” Amir sudah hilang kata.

“Dulu dato diawasi secara jauh bukan tidak langsung cuma sekarang ancaman ke atas dia menjadi-jadi sampaikan nyawa dia terancam pengawasan akan diketatkan lagi tambah-tambah dato sudah ada puan lagilah dato risau.” Tiba-tiba Iskandar mencelah. Menjawab bagi pihak rakannya.

“Apa-apa jelah!Lupa yang suami saya tu dato mesti perlukan bodyguard untuk ke sana ke mari. Afina tidak ada perasaan mahu mendengar. Sungguh dia terasa hidup di dalam kurungan penjara oleh suami sendiri. Tiada kebebasan langsung.

Bila diperhatikan Hadry walaupun ada pangkat dato kehidupan dia sama seperti masyarakat awam biasa. Tidak terlalu mewah dan berlagak. Dia sangat merendah diri. Lelaki itu lebih selesa memandu sendiri daripada menggunakan khidmat pemandu kecuali dalam hal-hal tertentu. Harta dia pun banyak dihabiskan oleh Puan Halina.

“Nanti berhenti depan sana saya nak kedai tu.”

“Kedai? Puan taknak masuk butik ke hari ni?” Iskandar menyoal. Amir memandang.

“Saya rasa macam nak cari barang sikit.”

“Baik!” Balas Iskandar.

Sampai di kedai runcit yang berderet, Iskandar memarkir kereta. Afina terlebih dahulu membuka pintu dan terus membolos keluar dan masuk ke kedai kain. Amir cepat-cepat turun untuk mendapatkan gadis itu.

“Boleh tak biarkan saya bebas memilih barang?” Kening Afina naik sebelah. Kedua belah tangan memeluk batang tubuh sendiri.

“Maafkan kami puan, tak boleh.”

Afina julingkan mata ke atas, “eee..!” Dia melepaskan geram.

Afina sengaja melambat-lambatkan masa. Padahal dia langsung tidak mahu membeli tapi mahu lari. Semakin lama semakin ramai pelanggan berkunjung Afina mengambil peluang yang ada. Dia mencelah dari orang ramai untuk ke belakang kedai itu.

Dik maafkan akak ya. Dua orang lelaki itu pengawal peribadi akak 24 jam asyik nak pantau akak. Rimas tau! Boleh tolong akak larikan diri dari mereka, nah hadiah untuk tutup mulut!”

Afina menghulurkan duit bernot 100 sebanyak 2 keping kepada remaja perempuan. Tangan telunjuk jari kanan naik ke bibir serentak dengan kenyitan mata sebelah kanan sebelum dia beredar dari situ. Budak remaja itu hanya mengangguk tanpa sebarang bantahan. Dengan mudah Afina berjaya melarikan diri dari Iskandar dan Amir dengan bantuan pekerja kedai itu.

Afina mengatur langkah dengan laju. Nasib dia berkasut sneaker mudah untuk dia bergerak ke sana ke mari. Walaupun dia seorang designer yang terkenal pemakaian dia lebih kepada pakaian orang biasa. Kasual bertshirt besar dan berseluar jeans lusuh. Rambut yang panjang diikat ekor kuda saja. Cuba simple dan mudah. Dia lebih selesa begitu tidak mahu dikenali oleh masyarakat awam. Maklumlah sekarang dia pegang dua title besar. Seorang pereka fesyen terkenal dari Rusia dan sebagai isteri kepada seorang hartawan Dato Elmy Hadry bermakna pangkal nama dia akan ada Datin Ana Dahlia.

“Akhirnya berjaya juga aku larikan diri mereka. Bebas dan tenang.” Ujar Afina sambil membongkok sedikit, menghelakan nafas yang tercungap-cungap. Sebaik dia menegakkan tubuh matanya tertancap pada satu batang pokok besar.

“Elman…” Tiba-tiba nama itu meniti di bibirnya. Rasa kerinduaan singgah dipangkal hatinya. Siapa sangka dia akan lari sampai ke sungai Temerloh. Tempat yang penuh dengan kenangan.

Afina bertenggek di batu besar melemparkan pandangan jauh ke sungai yang mengalir tenang.

“Datin Ana.”

Satu suara datang menegur.

Pantas Afina kalih ke belakang. Matanya terbeliak luas.

Macam mana aku boleh ditangkap oleh dia? Gumamnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience