BAB 14

Romance Series 39528

Afina menongkat dagunya dengan ke dua belah tangan sambil termenung melihat kerusi dan meja kosong yang tanpa penghuni di sebelahnya. Tanpa Haydar di sisi, hatinya terasa kosong. Hari-hari ibarat tidak bermakna, tiada kawan untuk dia ketawa, tiada teman untuk dia berbicara. “Haa…” dia mengeluh. Terlalu bosan untuk datang ke sekolah. Apa yang disampaikan cikgu di hadapan pun satu habuk tidak meletak di kotak pemikirannya.

KRING!!

Loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu rehat, bila semua keluar barulah Afina bangkit dengan malas untuk ke kantin. ‘Buat apa keluar awal-awal lagipun aku bersendirian juga,’ gumamnya dalam hati. Semasa dia berjalan di kaki lima tiba-tiba satu suara ejekan diterima.

“Hai, sorang nampak? Mana cik abang, tak datang ke? Opss lupa cik abang kena gantung sekolahla,”ejek Emma hujung jari kanannya melekat di bibir sambil tersenyum sinis.

Afina kalih ke belakang. Emma and the gengs datang menghampiri. Dia menjeling pada manusia-manusia di hadapannya sebelum meneruskan langkahnya. Layan mereka semua bertambah sakit hati!

“Hoi, anak pelacur! jangan nak tayang muka macam tulah, aku benci!” herdik Emma bahu Afina ditolak kasar.

Badan gadis itu terdorong ke belakang sedikit. Dia mendengus. “Emma, kau ni kenapa? Aku tak pernah ganggu kau. Kau tak penat ke asyik ganggu aku?” soalnya, mata tepat menikam wajah Emma di hadapannya.

“Aku? Penat ganggu kau? hahaha dunia tak kiamat lagilah Fina. Jadi aku akan terus kacau hidup kau selagi aku mahu,”jawab Emma berlagak, mukanya menghampiri Afina seraya mengangkat tangan kanannya lalu menolak kasar kepala Afina.

Sekali lagi tubuh Afina terdorong ke belakang. “Emma!”jeritnya.

“Kenapa? tak puas hati dengan aku ke?” Soal Emma kembali sambil menolak bahu Afina. “Nak lawan ke?” Bahu gadisi itu di tolak lagi. “Kenapa senyap, tak berani ke? Geng ada hati nak melawan,” Emma kalih ke belakang sambil tergelak sinis bersama yang lain.

Afina ketap bibir menahan geram. Tanpa berfikir panjang dia terus menerpa ke arah Emma, tudung gadis itu di tarik kuat.

“Argh! Tak guna punya perempuan!” Marah Emma sambil membaiki kedudukan tudung sekolahnya selepas itu dia menapak seinci lalu menolak tubuh Afina. Afina pula kebetulan berdiri dekat dengan anak tangga, sekali ditolak terus badannya terasa melayang.

Emma the gengs terkedu bila melihat situasi itu tanpa rasa bersalah diorang terus cabut lari dari situ, takut dipersalahkan.

“Ya ALLAH tolong hambaMU ini,” rintih Afina sambil memejamkan mata perlahan-lahan, dia berpasrah dengan nasibnya sekarang.

Haydar yang sedang meniti anak tangga terkejut bila melihat sekujur tubuh Afina melayang turun dan mahu tersungkur, dengan cepat dia berlari untuk mendapatkan gadis itu. “Fina awak okey?” Soalnya sebaik tubuh gadis itu berjaya ditangkap. Cengkaman kakinya pada tangga dikuatkan agar mereka berdua tidak terjatuh.

Afina cuba membuka mata perlahan-lahan bila terasan badannya disambut oleh seseroang. Sebaik mata tercelik,dia tergamam melihat wajah Haydar begitu menghampirinya. “Fir!” panggil Afina, cepat-cepat dia betulkan kedudukannya. “Macamana awak boleh ada sini?” soalnya, wajah sudah berubah ceria.

“Saja datang nak jenguk awak, sebab rindu.” Balas Haydar sambil tersengih.

“Cikgu tahu tak awak datang sekolah ni?” Soal Afina kembali cemas, bila terpandang pandang Haydar baju yang tersarung di badan lelaki itu bukannya baju sekolah tapi hanya baju T-shirt biasa.

“Syh..saya curi-curi datang. Masuk ni pun sebab minta ehsan dari jaga dekat pondok depan sana,” balas Haydar seraya jari telunjuknya menghala ke arah pondok yang berhampiran dengan pintu pagar utama. “Eh, jap! macamana awak boleh terjatuh? ada orang tolak awak kan?” tebak Haydar, wajahnya yang tersengih bertukar serius.

Afina tundukkan pandangannya sambil mengemam bibir.

“Fina.. betulkan? Ada orang tolak awak tadi, siapa bagitahu saya, Emma? Yasman?” Desak Haydar dengan wajah tidak puas hati.

Afina angkat muka. “Dahla Fir, jom saya belanja makan nak?” Afina cuba mengalih topik.

“Hurm..” Haydar mendengus geram. “Tak payah nak belanja saya tapi biar saya yang belanja awak, jom,”. Bila dengan Afina perasaan marahnya terus hilang, hebat sunggug penangan cinta Afina terhadap dirinya. Lengan Afina di tarik untuk mengikutinya bila tidak ada orang di sekeliling.

“Kita nak ke mana ni Fir?” Soal Afina cuak

“Adalah,” balas Haydar pendek tanpa menoleh ke arah Afina. Sampai di pintu pagar belakang, Haydar membuka pintu itu dengan berhati-hati, tangan satu lagi masih kemas memegang tangan Afina.

“Eh, Fir kita nak ke mana ni?” Soal Afina lagi dengan cemas, suaranya kuat sedikit sebaik mereka keluar dari kawasan sekolah.

Haydar menoleh ke belakang seraya mengangkat jari telunjuk lalu di bawa ke bibir mulutnya. “Syyh.. senyaplah sikit nanti orang dengar. Hrmm, hari ni saya nak culik awak. Kita keluar berdating, hanya kita berdua,” sambung dia lagi sambil tersengih panjang. Afina menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Blur dengan apa yang dirancang oleh Haydar.

Masa mereka keluar dari pintu pagar, Alia sempat terpandang kelibat mereka kebetulan dia keluar lewat untuk ke kantin. Dahi berkerut untuk mengecami wajah pelajar perempuan itu. “Eh, itu nampak macam si Fina, dia dengan siapa tu? Hmm mesti dengan Haydar, berani ya dia ajak Afina dalam waktu sekolah? Si Afina pun satu gatal nak ikut sama, uf!” Bebel Alia sendiri dengan mata tajam memandang ke arah mereka dari jauh. “Tak pe aku akan lepaskan kau kali ni Fina tapi selepas ini aku akan pastikan kau akan berambus dari rumah atuk seperti seekor kucing kurap!” Sambungnya lagi, dengan niat jahat di hati. Wajah ke mereka berdua itu di pandang sehingga hilang dari pandangannya.

Afina masih terpinga-pinga. Basikal yang terparking di bawah pokok mereka hampiri. Sebaik mendekati basikal,Haydar mengangkat tongkat basikal itu lalu mengarah Afina naik.“Cepatlah naik, nanti ada orang nampak pula. Saya tak pela awak tu tak boleh,”

Afina garu kepala sekali lagi. “Nak naik macamana, belakang tak de tempat duduk.”

Haydar menepuk dahinya sendiri sambil tersengih. “Ya Allah lupa pula saya, heee..hrm kalau tak de duduk di belakang awak duduk di depan sini boleh tak?”

“Uish, tak naklah. Segan.” Tolak Afina sambil tarik muka.

“Dengan kekasih sendiri pun nak segan juga ke? Usik Haydar, lucu dengan telatah Afina.

“Tak nak!” Afina silang tangan tanda protes.

“Fina! cepat mak cik guard datang sportcheck line.” Haydar cuba mengusik. Hanya cari itu saja yang boleh membuat Afina bersetuju untuk naik basikal.

Kelam kabut Afina dibuatnya tanpa berfikir dia terus melompat lalu duduk di palang depan badan basikal. Haydar terkekek ketawa, usikannya terkena.

“Kita nak date dekat mana Fir?” Soal Afina, rambut yang ditoncang ekor kuda sedikit mengerbang ditiup angin. Pandangan di hala ke hadapan seronok pula bila ada orang memboncengnya biasanya dia membonceng basikal duduk belakang kali ini dia di hadapan.

Haydar yang sedang mengayuh basikal, tersenyum bahagia memanjang. Lama tidak menatap wajah gadis itu, rasa rindu membuak-buak di dada. “Kita ke taman. date dekat situ, ya.”

“Ish, tak takut kena tangkap dengan polis ke?” soal Afina, cemas. Pandangan masih di hala ke hadapan.

“Bukan taman rekeasi tapi taman belakang rumah mak cik saya, la. Awak pasti seronok, bila sampai dekat situ.”

Sampai di halaman belakang kawasan rumah mak cik Haydar, mak cik Anis, Afina turun lalu sambil memerhati sekeliling. “Wah cantiknya kawasan belakang rumah mak cik awak Fir,” puji Afina teruja dengan mulut terlopong luas.

“Cantikkan, sesuai untuk kita berdating hahaha,” balas Haydar, tergelak besar sambil menongkat basikalnya di bawah pohon.

Afina memcemik. Dia menghampir buaian yang dibuat menggunakan tayar jentolak tergantung cantik di bawah pohon selagi. ‘Kreatif sungguh mak cik Fir ni, tayar jentolak pun kitar semula buat buaian.’

Melihat Afina duduk di buaian itu Haydar melangkah ke sana lalu menghayun buaian itu perlahan-lahan. “Seronok?” Soalnya.

Afina yang terhayung-hayung terus menjawab.” Hrm, seronok! Laju lagi Fir,” arahnya pula. Seronok bila terhayung begitu, seolah perasaan sedihnya terbang di bawa angin.

Haydar menurut perintah. Dia tersenyum. ‘Baguslah awak nampak gembira sikit berbanding tadi,’desis Haydar perlahan.

“Fir, saya nak naik basikal tu boleh tak?” Suara Afina tiba-tiba sebaik buaian terhenti sambil menundung jari ke arah basikal Haydar.

“Hah? Hrm awak pandai tak naik?

“Er.. saya tak pandai naik basikal,”jawab Afina sambil tersengih.

“Uish kuno rupanya kekasih aku. Habis apa yang awak pandai naik?” Haydar cuba bercanda dengan kenigng terangkat sebelah.

“Naik, semua pandai tapi nak bawa je tak pandai,” bidas Afina sambil menjelir kecil. Dia bingkas bangun lalu menapak ke arah basikal. “Saya nak cuba, awak tolong ajar ya Fir,” rengek Afina manja.

Haydar mengangguk. Untuk gadis itu dia sanggup lakukan apa saja asalkan gadis itu bahagia. Cinta di alam remaja katakan. Haydar memegang handle basikal untuk menahan, Afina dari terjatuh. “Boleh tak ni?”tanya Haydar meragui kebolehan gadis itu.

“Boleh, awak lepaslah. Macamana nak kayuh kalau awak duk pegang handle itu,” bebel Afina. Geram Haydar tidak percaya akan semangatnya.

“Betul ke ni?” soal Haydar sekali lagi, risau kalau gadis itu cedera.

“Betul, lepasla,” jawab Afina sambil berdecit kecil.

Haydar melepaskan handle basikal itu secara perlahan-lahan. Afina tersenyum. Dia mengayuh basikal perlahan-lahan seolah kanak-kanak baru belajar kayuh basikal, handle sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Bila tengok Afina semakin selesa mengayuh mengelilingi pohon selagi, Haydar melabuh duduk di buaian sambil memerhatikan gadis itu sambil memberi kata semangat.

“Kayuh laju lagi Fina, laju lagi.”

“Tak nak nanti jatuh,”bantah Afina. Entah macammana tiba-tiba dia boleh terlanggar sebiji batu, dia tidak dapat mengawal handle basikal itu lalu jatuh gedebuk. “Argh,Fir!!”pekik Afina,cemas bila tidak dapat mengawal handle basikal.

“Fina!” Jerit Haydar serentak bangun lalu berlari mendapatkan gadis itu. “Awak tak de apa-apa?” soalnya cemas.

“Sakit,” adu Afina, sambil mengesat air mata menitis turun.

“Tulah, kan saya dah kata, biar saya pegang awak tak mahu. Dah tahu diri tu tak pandai lagi berlagak juga, degil!” Bebel Haydar.

“Fir.. saya tipu sajalah. Tak sakit mana pun, tengok mana ada luka,” ujar Afina lalu tersenyum, sengaja mahu menguji hati lelaki itu.

“Haa menjawab! ish, dah tak payah nak naik basikal lagi. Saya culik awak bukan sebab nak cari masalah tapi nak senangkan hati awak,”

“Fir, dah la tu saya okey. Jangan marah-marah. Awak marah saya nangis nanti,” Afina cuba mengugut.

“Iyala-iyala,” Haydar mengalah,

“Haa macam tulah Haydar Iskandar, lelaki Dhia Afina, senyum sikit”pujuk Afina dengan senyuman di bibir. Pipi Haydar di cubit sedikit.

Haydar menepis. Lama-lama bibirnya mengukir senyum. “Ish, tak baik sentuh saya tanpa berlapik,” sempat lagi Haydar memberi nasihat pada gadisnya itu.

Opss! Lupa, balas Afina balik lantas tersengih.

Mereka menghabiskan waktu bersama-sama sehingga ke petang. Sebaik sampai di pintu pagar rumah Tuan Haris , Haydar sempat berjanji dia akan membawa gadis itu lagi untuk meluangkan masa bersama selagi gadis itu bahagia dengannya.

“Bye Fir, hati-hati kayuh basikal tu,” laung Afina sebaik turun dari basikal sambil melambai tangan ke arah Haydar.

Haydar kalih ke belakang sekilas kemudian dia melaung sama. “Okey sayang.”

Afina tersenyum meleret sehingga kelibat Haydar dari pandangan serentak itu dia terus melangkah masuk.

“Ingatkan dah lupa jalan balik ke rumah,” sergah Alia dari muka pintu sambil bersandar tangan di silangkan memeluk tubuh.

“Kak Lia!”Afina terkejut.Wajah gadis itu di pandang seketika sebelum dia meminta Haydarin untuk masuk ke dalam. “Saya masuk dulu,”

“Eh, aku tak habis cakap dengan kau lagi ni,” suara Alia kasar sambil menarik lengan Afina kuat.

Terdorong badan Afina ke belakang sedikit. “Ada apa?”

Alia tersenyum sinis kemudian menyilangkan tangannya semula. “Kau tanya aku ada apa? Jawapannya bila kau nak keluar dari rumah atuk aku?!” Jerit Alia tiba sambil menonjal kepala Afina. “Bodoh!”herdiknya pula.

“Kenapa kak Lia benci sangat dekat Fina? Apa salah Fina dekat kak Lia?!” Afina tidak mahu mengalah lagi, cukuplah selama ini dia hanya bertahan saja. Dia juga terpekik sama memarahi Alia yang tidak habis-habis mencari pasal dengannya.

“Aku benci kau! benci sebab kau perempuan tak tahu malu! Sanggup jual badan sebab nak hidup senang!” Herdik Alia semakin menjadi-jadi. Dia geram sebab Afina berani melawan.

“Kak Lia!” Api kemarahan Afina semakin membara dia menerkam Alia dengan kasar rambut gadis itu ditarik kasar.

Alia membalas, rambut Afina juga di tarik. Sesi tarik menarik rambut berlaku dengan tegang. Habis kusut masai rambut mereka tidak diambil peduli asalkan amarah di hati dilepaskan.

“Sampai mati pun aku tak akan terima kau sebagai nenek aku Fina!” Sembur Alia kasar sebaik berhenti menarik rambut Afina. Bahu gadis itu di tolak kasar sehingga Afina terdorong ke belakang.

“Kak Lia ingat Fina nak sangat ke hidup macam ni? Jika Fina boleh memilih Fina tak akan pilih untuk tinggal dalam rumah ini, tak pilih untuk kenal Uncle Haris, Mak cik Lisa dan juga Kak Lia. Fina rela hidup merempat dari tinggal sini!” Tempelak Afina, wajah Alia ditatap dengan setia.

“Dramalah sangat. Kau ingat aku terharu dan kesian dekat kau? sorrylah tak layan,” bidas Alia sinis.

“Kak Lia nak cakap apa cakaplah Fina tak kisah. Tapi Kak Lia kena terima yang Fina bakal jadi nenek akak.”

Alia menahan bibir yang bergetar hebat. Perkataan nenek membuatkan hatinya bertambah hangat.

“Alia, Afina kenapa dengan korang ni?” suara Tuan Haris dari belakang. Dia yang baru turun dari kereta terus meluru ke arah Afina dan Alia sedang bertengkar. Mungkin ke duanya tidak perasaan kereta yang dipandu oleh Pak cik Salleh memasuki perkarangan rumah itu.

“Atuk!”

“Uncle!”

Jawab mereka serentak.

“Apa lagi yang tak kena ni? nak gaduh saja kerja kamu ni. Apa hal ni Alia?” soal Tuan Haris suaranya masih keras. Alia dan Afina di pandang silih ganti.

“Tanya bakal isteri atuk itu, Lia cuma nak nasihatkan dia tapi dia pula tarik rambut Lia!” Marah Alia dengan wajah menyinga.

Tuan Haris merenung wajah Afina yang tertunduk itu. “Afina…” panggilnya dengan suara keras.

Afina angkat muka sedikit, wajah Tuan Haris dipandang sambil menelan air liur. “Ya uncle.”

“Bagitahu apa hal sebenarnya? Soal Tuan Haris lagi, kali ini tonasi suaranya sudah berubah.

Afina gigit bibir bawah, wajah Alia dipandang sekilas. “Kak Lia suka sangat cari pasal dengan Fina. Fina sakit hati juga,” Afina berterus terang.

Alia mendengus kasar. Bila Tuan Haris jelling ke arahnya. “Lia bukan sengaja nak cari pasal dengan dia ,atuk. Tapi Lia nak nak jaga nama baik atuk dekat sekolah. Kalau atuk tak percaya cakap Lia cuba tanya dia sendiri, waktu sekolah tadi dia pergi mana dengan budak laki yang nama Haydar tu?” Alia membongkar cerita sebenar. Dia tahu dalam bab ini dia akan kalah sekiranya dia tak bongkarkan hal Haydar dengan Afina. ‘Siaplah kau Afina pasti atuk mengamuk nanti.’

“Fina betul ke?” soal Tuan Haris dengan wajah berkerut.

Afina terkedu. Wajah Alia dipandang tajam. ‘Macamana kak Lia boleh tahu ni?’

“Alah atuk tak akan dia nak mengaku pula. Nasib baik Lia yang nampak tadi, buatnya pengetua nampak tak ke atuk yang menanggung malu?” Alia terus menghasut.

“Fina, bagitahu abang sekarang betul ke apa yang Lia cakap?” Tuan Haris terus mendesak.

Afina tidak duduk lama di situ, dia berlari terus memanjat anak tangga terus ke bilik. Masuk saja ke bilik dia merebahkan dirinya ke tilam sambil menangis.

Alia tersengih. Tuan Haris meraup wajahnya berkali-kali masalah di pejabat masih belum selesai, ingat balik rumah boleh bermanja dengan Afina alih-alih lain pula jadinya.

“Fina..” lembut saja bunyi suara Tuan Haris . Dia melangkah masuk dengan niat mahu memujuk gadis itu.

Afina terus bangun lalu duduk bersila di tilam dengan air mata berlinangan, sebaik suara Tuan Haris kedengaran.

Tuan Haris menapak ke tilam lalu melabuh duduk di sebelah Afina.“Syh..abang bukan nak marahkan Fina. Abang cuma tanya betul ke?”

“Fina tak de kawan. Hanya dia saja yang mahu berkawan dengan Fina. Dekat sekolah, yang lain selalu buli Fina, tiada siapa nak bertahankan Fina kecuali dia. Salah ke uncle kalau Fina berkawan dengan dia?”adu Afina dalam sendu.

Tuan Haris menarik tubuh gadis itu ke pangkuannya. “Dah jangan nangis lagi, abang tak suka lihat Fina menangis. Kalau itu yang Fina cakap abang percaya,” ujar Tuan Haris , air mata gadis itu dikesatnya. “Jangan menangis lagi,” sambungnya lagi belakang Afina diusap lembut.

‘Aku tak boleh biarkan perkara ini berlanjutan. Afina masih mentah dan tak mustahil dia akan bercinta dengan budak itu. Aku akan hubungi pihak sekolah untuk menangani masalah Afina ini,’ desis Tuan Haris

“Fina,” suara nya setelah beberapa detik membisu.

“Apa?” Jawab Afina sambil mengenyeh matanya.

“Fina jangan risau, abang akan hubungi pihak sekolah suruh mereka ambil tindakan ke atas mereka yang buli sayang tu, ya,”

“Boleh ke macam tu uncle?”

“Kenapa tak boleh pula uncle salah seorang penyumbang untuk sekolah tu,”

“Terima kasih uncle.”ujar Afina cuba mengukir senyum.

“Tapi satu syarat.” Tuan Haris meletak syarat.

“Apa dia?”soal Afina cuak.

“Fina kena ingat 2 tahun dari sekarang Fina akan jadi isteri abang jangan sesekali bercinta dengan lelaki lain faham? Kejadian pagi tadi abang harap tak akan berulang lagi.” Tegas saja kedengaran suara Tuan Haris .

Afina tersentap kemudian dia mengangguk lemah. Dia tahu dia tak bolejh berjumpa dengan Haydar lagi selepas ini. Walaupun Tuan Haris hanya berkias tahu dia faham maksud tersirat itu.

“Bagus, hrm abang keluar dulu sekejap lagi kita makan sama-sama. Abang sayangkan Afina.” Tuan Haris bangkit, sebelum menapak keluar dia sempat mengucup kepala Afina. “

Afina menghantar Tuan Haris keluar melalui ekoran matanya sahaja. “Apa aku nak buat ni? lepas ni aku tak boleh keluar dengan Fir macam selalu.” Rungutnya sendirian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience