BAB 39

Romance Series 39528

“TAK reti nak balik ke?” Soal Afina pada Elman yang turut membolos keluar dari kereta.

“Saya nak keadaan Hadry sekejap lepastu saya baliklah.” Jawab Elman tersenyum.

“Suka hatilah!” Afina terus melangkah masuk.

Sebaik kaki mencecah lantai rumah. Matanya membulat dan mulut terlopong luas

“Kak Ruby! Izzue!” Afina terus meluru memeluk tubuh wanita itu yang bersembang dengan suaminya. Kaget dengan kedatangan mereka berdua secara mengejut.

“Bila sampai ni?”

“Baru aje sampai.” Ujar Kak Ruby sebaik pelukan dileraikan.

“Kenapa tak telefon dulu nak datang sini boleh Ann balik awal tadi?”

“Berpuluh kali telefon sayang berdering di rumah tapi takde tuannya.” Celah Hadry di sofa sebelah sana.

Afina kalih terus tersengih. “Opss… saya tak bawa telefon eh?”

“Cuai betul isteri abang ni. Nasib baik Elman ada untuk jejak sayang.” Omel Hadry sebaik Afina mendekati dia. Wajah Elman yang baru masuk ke dalam dipandang sekilas.

“Hari ni aje pun Ann cuai. Ann selamat juga nikan tak payahlah risau.”

“Kau okey abang?” Soal Elman sebaik bersalaman dengan Izzue. Hadry dia dekati.

“Aku dah okey sikit kau janganlah risau. Kau tu perlu jaga diri kau sendiri.”

“Aku baik-baik aje. Kalau macam tu aku balik dulu saja singgah sini nak tengok keadaan kau macam.” Bahu Hadry ditepuk lembut.

“Tak minum dulu ke?”

“Tak payahlah dah janji dengan mak usu nak ke bandar sekejap. Balik dululah.”

“Balik terus tak payah datang-datang takpe tuan inseptor.” Tiba-tiba Afina bersuara dengan riak menyindir. Namun di sebalik wajah itu ada sinar di matanya.

Elman kalih seraya tersenyum manis malas nak bertelingkah lidah dengan wanita kepala angin, sebelum dia melangkah pergi.

Kelakuan dia dapat ditangkap oleh Kak Ruby dan juga Mak cik Imah.

“Sayang ke mana? Risau abang tahu.” Hadry bersuara. Wajah isteri di sebelah dicari. Sungguh dia agak risaukan keadaan isterinya.

“Takde ke mana-mana pun saja nak ambil angin. Hmmm Kak Ruby dan Izzue dah makan?” Afina mengalih topik. Sengaja nak mengelak dari disoal siasat sang suami.

Hadry pandang tajam wajah isterinya. Tahu wanita itu sengaja nak mengelak.

“Sudah sebelum sampai sini kami singgah di kedai makan.” Jawab Kak Ruby.

“Sayang berbuallah dulu mereka abang nak ke atas.” Kedengaran nada berjauh hati. Hadry bangkit perlahan-lahan sambil pegang dadanya. Sakit masih belum kebas lagi. Dia dibantu oleh Mak cik Imah.

Afina memerhati langkah Hadry yang meniti tangga sehingga hilang dari pandang.

“Ann…” Seru Kak Ruby.

Afina kalih, “ya kak.”

“Kamu memang layan dia macam tu eh? Hmmm jahatnya kamu dik!”

Afina sengih.

“Kenapa dengan Hadry Ann?” Izzue mencelah.

Afina kerut dahi. “Bukan Izzue yang buat ke?”

Kali ini lelaki itu pulak kerut dahi seraya menggeleng.

Afina kemam bibir. Wajah Kak Ruby dengan Izzue dipandang silih berganti.

“Kita bincang dalam bilik sana. Lebih privasi.” Afina bangkit untuk melangkah ke bilik rehat arwah Tuan Haris yang dulunya kini diubah suai menjadi ruang rehat untuk semua.

“Apa yang sebenarnya terjadi ni Ann?” Kak Ruby terlebih dahulu bersuara sebaik mereka masuk ke kamar itu.

Betul bukan Kak Ruby dan Izzue yang buat?” sekali lagi dia menyoal.

“Kami? Takdela! Bantah Kak Ruby laju.

Afina gigit bibir. “Kalau bukan Kak Ruby dengan Izzue yang lakukan habis kerja siapa?”

“Sebenarnya apa yang dah berlaku ni?” Celah Izzue.

“Hmmm dia kena pukul. Agak parahlah Ann sangkakan rancangan korang.”

“Bukan. Ni kamu sengaja datang menjenguk kamu nak bincang fasal inilah memandangkan Izzue sedang bercuti sekarang. Kami baru plan nak upah orang nak cederakan suami Ann tapi tak sangka pula dia sudah cedera.”

“Habis siapa yang buat?”

“Tak payah fikirlah Ann. Mungkin nasib menyebelahi kita kecederaan dia pun nampak tak seterruk yang akak mahukan. Kalau akak yang buat harus Hadry tu jadi lumpuh seumur hidup bolehlah kamu minta cerai dengan dia nanti. Ann…sebenarnya Kak Ruby ada sesuatu nak cakap ni.” Wajah Kak Ruby sudah berubah serius.

Afina jungkit kening. “Apa kak?”

“Abang Mike. Semalam dia telefon akak dia cakap dia dan anak-anak sangat rindukan akak jadi Kak Ruby terpaksa terbang ke Rusia secepat yang mungkin. Ann ikut Kak Ruby balik ya.”

“Bila akak akan balik ke sana?”

“Lusa. Jomlah dik ikut kak balik Rusia. Tinggalkan semua di sini. Urusan kita sudah selesaikan. Puan Halina pun sudah dapat pembalasannya.

Afina membisu.

“Ann taknak ikut akak kan?”

Afina masih membisu.

“Sebab Elman?”

Mata Afina membulat. Mulut terkumat kamit masih berkata sesuatu.

“Kak Ruby tahu hati Ann masih pada dia. Ann bukan berat hati nak tinggalkan suaminya tapi Ann tak sanggup nak berpisah dengan Elman kan? Wajah Ann tampak bahagia bila dengan dia. Kak Ruby perasaan hal itu. Sudahlah dik, tinggalkan dia kita balik Rusia. Tak payah kesah fasal dia mahupun Hadry ikut kak balik Rusia dan kita failkan cerai pada Hadry ya sayang. Izzue sudah booking tiket ke rusia untuk kita berdua.”

Afina bangkit seraya memeluk tubuh. Dia membelakangi Kak Ruby dan Izzue. pandangan jauh ke luar. Melihat sepasang burung berkejaran sama sendiri.

“Maaf Kak Ruby… Ann tak dapat nak ikut akak. Hati Ann tak dapat nak menafikan yang Ann masih cintakan dia.”

Kak Ruby senyum. Dia turut bangkit untuk mendapatkan adiknya. “Kak faham jiwa Ann di sinikan? Baiklah Kak Ruby akan balik Rusia sendiri tapi Kak Ruby harap Ann fikirkan balik kemahuan Ann tu. Kak Ruby akan menanti Ann di sana. Ingat Ann masih ada keluarga di sana saya. kami masih perlukan Ann dalam hidup kami. Kita memang bukan datang dari darah daging yang sama tapi kita berkongsi kasih pada orang yang sama. mama dan papa membesarkan kita sama-sama

Afina kalih pada wanita itu dengan senyuman tawar. Sesaat kemudian tubuh Kak Ruby dirangkul erat.

“Ann tak akan lupakan semua itu. Orang yang telah melahirkan Ann semula menjadi Ann yang sekarang. Hmmm…alang-alang dah ni sini apa kata bermalam di sini saja?”

“Tak kot dik kami balik terus. Izzue ada temu janji dengan kekasih hatinya.” Mata Kak Ruby melirik pada Izzue yang selesa di sofa.

Izzue hanya tersengih bahagia. Mata Afina sudah membulat.

“Wah, dalam diam-diam Izzue bercinta ya! Bila nak kenalkan dengan Ann ni?”

“Nanti bila tiba masanya Izzue akan kenalkan juga.”

“Kita kena selesaikan cepat uruskan sebelum orang tu kahwin nanti takde yang nanti bantu kita.” Kak Ruby bercanda. Bahu Afina dipeluk rapat ke tubuh. Pandangan setia pada wajah Izzue.

Mereka bertiga gelak berjemaah.

Petang itu Afina dan Hadry bersantai di halaman rumah. Mereka mencuci kereta bersama-sama.

“Sayang!” Panggil Hadry di sebelah sana.

Afina yang ralit menggosok badan kereta terus memanjangkan lehernya mencari wajah Hadry.

Pap! Span yang penuh dengan buih sabun yang dilemparkan oleh Hadry terkena tepat pada wajah Afina.

“Hadry!” Jerit Afina dan terus melemparkan span di tangannya ke arah Hadry.

Hadry pantas bertindak dia berjaya mengelak serangan itu sambil melepaskan tawa besar.

“Mentang-mentang luka dia sudah sembuh dia nak kenakan kita ya? Baik.” Afina berlari mendapatkan Hadry dengan membawa gayung yang berisi air sabun.

“Siaplah awak saya akan siram awak dengan air ni!”

“Cubalah kalau dapat kejar abang!” Hadry berlari anak keliling kereta.

Langkah Afina yang laju itu tidak dapat dikawal oleh tubuh sendiri bila dia terpijak span yang dia lempar tadi. Serta merta tubuhnya melayang dan mahu mencium tanah.

“Sayang!” Hadry dengan pantas menyambut tubuh isterinya dari terjatuh.

“Sayang okey?” Soal Hadry. Sebaik menegakkan tubuh Afina.

Afina senyum. Dia kalih sebelah. Gayung di tangan selamat. Serentak itu juga dia mencurahkan air sabun itu pada kepala Hadry.

“Sayang!” Jerit Hadry yang sudah kuyup itu.

Afina membolos dari pelukan Hadry dan terus berlari.

“Ann!” Seru Mak cik Imah di muka pintu bersama telefon bimbit milik Afina.

“Padan muka!” Jelir Afina seraya berlari mendapatkan Mak cik Imah.

“Ada panggilan untuk Ann.” Serah Mak cik Imah.

Afina senyum seraya mencapai telefonnya sebaik tangan dikesat pada baju. “Terima kasih mak. Hello.”

“Ann…Kak Ruby… Kak Ruby dah takde…”

“Sayang…” Hadry yang basah kuyup terus menerpa tubuh Afina lalu dipeluk dari belakang.

Afina terkejut. Dia diam tidak terkutik.

“Kak Ruby sesat nafas semasa atas flight. Jasad dia akan disambut oleh suami dan anak-anak dia di Rusia.”

“Tidakkkkk!!” Afina tiba-tiba menjerit.

“Sayang, kenapa?” Hadry terkejut terus mencapai telefon dari tangan isterinya.

“Hello…Allah…baiklah saya akan jaga dia elok-elok. Kalau ada apa-apa bantuan telefon saya. Terima kasih Izzue.”

Klik.

“Sayang.” Hadry menyentuh lembut bahu isterinya.

Afina memandang wajah Hadry bersama air mata berlinangan keluar.

“Kak…Kak Ruby dah takde…” Habis bicara dunianya menjadi gelap serta merta dan dia tumbang dalam pelukan suami sendiri.

“Mak jaga Ann ya. Saya takut emosi dia terganggu lagi.” Hadry setia di samping Afina kerling pada Mak cik Imah yang setia berdiri di sebelah.

“Ya Hadry janganlah risau mak tahu nak jaga dia. Adry pergilah pejabat.”

“Sayang abang pergi pejabat dulu. Kalau sayang perlukan abang telefon abang.” Ujar Hadry. Sebuah kucupan singgah di dahi wanita itu yang langsung tidak memberi respon.

“Mak kalau ada apa-apa terus hubungi saya ya mak.” Pesan Hadry sebelum dia bangkit melangkah keluar dari bilik itu.

“Ann…makan sikit. Mak cik Imah duduk sambil menyua bubur nasi kepada wanita itu.

Afina yang terbaring lemah hanya memandang siling bilik tanpa berkerdip. Dunia tidak lagi bersinar. Berita kematian Kak Ruby betul-betul mengugat nyawa. Dua hari dia begini. Menyepi tanpa bicara. Tiada lagi keceriaan pada wajah itu. Hanya wajah suram menghiasi.

Mak cik Imah mengeluh lembut.

“Kalau Ann terasa nak makan Ann amek aje ya. Mak letak di meja.” Mak cik imah bangkit sempat lagi dia menyentuh lembut bahu Afina sebelum dia melangkah pergi.

“Jomlah dik ikut kak balik Rusia. Tinggalkan semua di sini. Urusan kita sudah selesaikan. Puan Halina pun sudah dapat pembalasannya.

“Ann taknak ikut akak kan?”

“Sebab Elman?”

“Kak Ruby tahu hati Ann masih pada dia. Ann bukan berat hati nak tinggalkan suaminya tapi Ann tak sanggup nak berpisah dengan Elman kan? Wajah Ann tampak bahagia bila dengan dia. Kak Ruby perasaan hal itu. Sudahlah dik, tinggalkan dia kita balik Rusia. Tak payah kesah fasal dia mahupun Hadry ikut kak balik Rusia dan kita failkan cerai pada Hadry ya sayang. Izzue sudah booking tiket ke rusia untuk kita berdua.”

Kata-kata Kak Ruby terngiang-ngiang di telinga. Kata-kata pengharapan seorang kakak pada adiknya untuk pulang ke tempat asal, untuk hidup bersama-sama demi sebuah kebahagiaan. Namun satu kecewaan yang diberikan kini…dia ditinggalkan bersendirian. Tiada lagi ahli keluarga yang rapat. Tiada lagi teman untuk berbicara. Semuanya hanya tinggal kenangan.

“Kak Ruby…maafkan Ann…maafkan Ann…Ann keseorangan… Ann takde siapa nak bergantung lagi kak… kenapa kak tinggalkan Ann…” Air mata bercucuran turun membasahi pipinya. Satu perasaan kekesalan kekecewaan menghimpit dirinya.

“Hadry! Ann…dia tiada di bilik!” Sergah Mak cik Imah sebaik panggilan disambut.

“Apa?! Dia ke mana mak?”

“Mak tak tahu! Mak masuk bilik bawa makanan untuk dia mak tengok katil kosong.

Mak dah cari satu rumah?”

“Sudah Adry. Semuanya takde. Sekarang ayah keluar cari dia.”

“Baiklah mak. Adry telefon Elman sekarang. Adry di Kuantan ni harap Ann tak buat perkara pelik-pelik.”

Baiklah adry. Kita doa semoga dia selamat saja.”

Mak cik Imah menangis teresak-esak. Usai menyiapkan keperluan Puan Haslina dia masuk ke bilik Afina, membawa makanan tengah hari untuk gadis itu. sebaik kaki mencecah lantai bilik, katil kosong. Afina sudah tiada dalam bilik itu. bagaikan nak gila terus didail nombor Hadry untuk memberitahu masalah ini.

“Ann…ke mana kamu nak?”

Afina terhuyung-hayang bagaikan orang tidak waras. Rambut yang tidak terurus mengerbang di tiup angin dengan pakaian tidur masih berbalut di tubuh. Dia melangkah dan terus melangkah tanpa arah tuju. Kaki yang membawa dia langsung tidak sedar yang kini dia tiba jambatan di sungai Temerloh yang terbentang luas.

“Kak Ruby… Ann nak pergi pada kak sekarang…”

“:Kak tunggu Ann… Ann akan ikut kak…Ann nak pergi sama-sama dengan akak…kita akan hidup bahagia bersama-sama.”

Afina panjat tebing pondok. Berdiri untuk terjun ke bawah. Dia lihat arwah mak, ayah, arwah mama dan papa angkatnya dan dia juga lihat arwah Kak Ruby sedang melambai-lambai ke arahnya. Air sungai yang terbentang luas dia pandang kosong. Dia pejam mata sudah bersiap-siap mahu mencabut nyawa sendiri.

“Ana!” Jerit seseorang dari belakang dan cepat memaut tubuh Afina dari terjun ke bawah.

“Awak dah gila ke?” Pekik Elman sebaik mereka mendarat ke bawah.

“Lepaskan saya! Saya nak ikut Kak Ruby..kak tunggu Ann…” Afina meronta cuba untuk memanjat semula.

“Ana! Bawa mengucap!”Sergah Elman kuat. Kepala bahu Afina mengoncang kuat.

“Semua dah tinggalkan saya. Saya takde apa lagi untuk hidup di dunia ni, Elman… semua yang sayang telah pergi…awak pun benci dekat saya… Hadry pun pasti akan tinggalkan saya. Tak guna saya hidup lagi…lepaskan saya pergi, tolongla…”

“Tak Ann…kami semua ada dengan awak. Awak bukan keseorangan. Kami ada di sini untuk awak.” Elman cuba memujuk.

“Awak tipu Elman…saya tak akan percayakan awak lagi…saya benci semua orang di sini…semua jahat pada saya… awak janji awak tak akan tinggalkan saya lagi. Awak akan jaga saya tapi awak tak pernah tunaikan…awak pembohong!” Marah Afina. Sekarang dia sudah dapat berfikir dengan siapa dia sedang bercakap.

Elman mengeluh. Nak memujuk yang tertekan dia perlu bersabar dan mengikut rentak orang itu.

“Tak saya janji saya akan jaga awak…akan pastikan awak tak keseorangan lagi. Percayalah… saya akan…”

“Elman…” Afina terus menerpa Elman lalu dirangkul tubuh sasa itu. Tak sempat lelaki itu menyambung bicara.

Elman terkedu dan hanya terkaku dengan perbuatan Afina yang tiba-tiba itu.

Elman mematikan enjin kereta sebaik mereka sampai di rumah Hadry. Dia kalih ke sebelah. Lihat Afina sudah terlena dalam sendu yang panjang.

“Ana…”

Bahu wanita digoyang lembut tapi langsung tidak memberi tanda mahu terjaga. Akhirnya Elman bersandar di kerusi dengan dua belah tangan menjadi pelapit lepaskan lelah.

“Kes ini semakin rumit. Siapa sebenarnya musuh mereka? Mula-mula Hadry lepastu Puan Haslina kemudian Kak Rubiah sekarang mesti Ana pula menjadi sasaran penjenayah itu.” Elman mula berfikir tentang kes ini. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya untuk menatap wajah Afina yang masih terlena dengan rambut habis berserabai.

‘Ana… walaupun aku tak kenal sangat kau tapi cara kau…ah! Elman tolong buka mata kau. Mana mungkin dia gadis kau.’ Elman berperang dengan hati sendiri. Tidak mahu menyerabutkan kepala dia terus keluar dari kereta dan berlari ke pintu sebelah lalu dicempung tubuh Afina untuk dibawa masuk.

Terima kasih Elman.” Ujar Mak cik Imah kepada lelaki itu.

“Sama-sama mak cik.” Tubuh Afina yang dibaringkan dan diselimutkan. “Saya balik dulu.” Elman minta izin untuk beredar dari situ.

Saat Elman mahu keluar dari bilik itu, Afina tersedar dan terus merangkul lengan sasanya.

“Tolong…tolong jangan tinggalkan saya…tolongla…”

Elman terkedu terus dia kalih sesaat kemudian wajah Mak cik Imah dipandang. Wanita tua itu hanya terdiam.

“Elman…awak janji tak akan tinggalkan saya lagi jadi tolong jangn tinggalkan saya…” Rengek Afina erat lengan Elman dipeluk.

Mak cik imah seakan memahami keadaan Afina terus dia keluar dari bilik itu.

Elman mengeluh lembut. Dia duduk di birai katil dan melepaskan pegangan tangan Afina pada lengannya. Tapi tidak berjaya kerana kuat wanita itu merangkul.

“Ana awak terlalu penat awak perlukan rehat. Jangan ikut sangat emosi nanti jiwa awak akan terseksa.”

“Tolong jangan tinggalkan saya…kali ini saja saya minta tolonglah…”

“Baiklah saya akan temankan awak.”

Afina senyum dalam lemah. Dia mula baringkan tubuhnya dengan selesa. Dipejam mata perlahan-lahan dengan tangan masih memeluk lengan lelaki itu. Keadaan begitu membuatkan jiwanya kembali tenang dan selamat.

Akhirnya Elman membiarkan saja lengan dipeluk oleh wanita itu sehingga terlena baru dia keluar meninggalkan Afina tidur sendiri. Perasaan tika ini sudah bercampul gaul. Nak percaya atau tidak sama banyak. Ana Dahlia dan Dhia Afina adakah gadis yang sama ataupun orang yang berlainan? Itulah yang menjadi permasalahan padanya.

“Mak cik saya balik dulu.” Suara Elman pada Mak cik Imah yang berada di luar bilik.

“Dia sudah tidur?” Soal wanita cemas.

“Sudah. Dia perlukan rehat dan seseorang untuk dia luahkan apa yang terbuku di hatinya. Jiwa dia kosong. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Tanpa sengaja Elman menutur begitu. Dia mula mengatur langkah untuk keluar dari rumah itu.

Mak cik Imah mengangguk, faham akan maksud lelaki itu. Ya. Wanita itu perlukan seseorang untuk meluah barulah jiwanya tidak tertekan. Tapi siapa seseorang yang diperlukan oleh gadis itu sedangkan suami sendiri dia tidak pernah bercerita apa masalahnya apatah lagi nak berkongsi perasaan sedih.

“Mak macam mana dengan Ann?” soal Hadry sebaik menerjah masuk ke bilik.

Mak cik Imah tersentap terus mengangkat jari ke bibir. Memberi isyarat agar lelaki itu tidak membuat bising.

“Ann masih tidur Adry.” Mak cik Imah bangkit mendekati anak asuhanya.

“Adry mak ada sesuatu nak bagitahu kamu, nak.” Suara Mak cik Imah sebaik mereka ke ruang tamu.

Hadry masih menanti.

“Sebenarnya Elman adik sepupu kamu tu… kekasih kepada isteri kamu 12 tahun yang lalu. Dialah budak lelaki yang datang mencari Afina sudah masa dahulu. Mak baru perasaan hal ini. Tiap kali Afina jumpa dengan Elman mak lihat wajah dia bersinar bahagia wajah itulah yang mak pernah lihat suatu ketika dahulu. Wajah ceria, wajah gembira bila berjumpa dengan kekasih hati. Dia memang kenal dengan Elman tapi Elman tak kenal siapa sebenarnya identiti Ann.”

Hadry sudah terngadah. Dia bagaikan tidak percaya langsung apa yang dia sedang dengari sekarang.

“Kalau kamu sayangkan isteri kamu dan tidak mahu dia kembali pada Elman semula jagalah dia nak. Hatinya sedang rapuh sekarang. Kosong dan sepi. Dia telah kehilangan orang yang dia sayang orang yang paling rapat dengan dia sekarang. Jiwa dia sangat terseksa. Tinggal sebumbung dengan orang yang pernah menyeksa dia macam mana dia tenang? Memang dia tidak pernah nak tunjuk apa yang dia rasa tapi reaksi wajahnya mak tahu sangat.”

“Mak… Adry sendiri tak tahu nak buat dengan Ann…Adry memang cintakan dia sepenuh hati adry. Kisah silam dia… kisah cinta antara dia dengan Elman walaupun pernah terjalin langsung tidak mengugat perasaan Adry pada dia. Adry terima dia sepenuh hati Adry. Adry sangat cintakan dia tapi, tiap kali Adry mahu mendekati mahu menakluki dia Adry rasa tak mampu… seolah ada sesuatu yang menghalang.”

“Maksud Hadry?” dahi Mak cik Imah berkerut.

“Nafsu Adry seakan disekat bila mahu bersama dia.”

Mak cik imah terkejut. Kejadian malam itu di mana malam yang Hadry kemalangan. Dia ternampak bungkusan yang tertumpah di sinki masa itu Afina sedang membancuh air.

“Mak?”

“Adry kalau mak cakap Adry janji jangan marahkan Ann ya?”

“Kenapa?”

“Mak rasa Ann guna-gunakan kamu nak.”

Hadry masuk ke bilik sambil menguak rambut ke belakang. Tangan kiri bercekak pinggang. Dua berita yang disampaikan oleh Mak cik Imah membuatkan kepalanya semakin binggung. Elman Furqan adalah kekasih lama Afina dan dia diguna-gunakan oleh Afina.

“Kak Ruby…Kak Ruby…” Afina yang masih terlena di katil mula meracau-racau.

Hadry tersedar dari mengelamun terus mendapatkan isterinya. Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Afina. Ditarik tubuh Afina rapat ke dadanya.

“Syhhh…abang di sini sayang…abang di sini…” Hadry memujuk lembut. Diusap bahu Afina berkali-kali.

Tanpa dipinta Afina memeluk erat tubuh suaminya dan dia kembali terlena. Hadry mengucup lembut ubun-ubun Afina.

“Aku lelaki normal tapi nafsuku disekat dengan ilmu hitam. Kenapa sayang? Kenapa…? Hati sayang masih ada dia? Atau sayang masih takut dengan bayang-bayang arwah atuk?”

Hadry pejam mata rapat. Air mata lelakinya menitis turun.

“Abang sayang…terlalu sayangkan Ann…Dhia Afina….” Tutur Hadry penuh dengan kesyahduan akhirnya dia terlena.

Afina tersedar dari lena yang panjang. Matanya terkebil-kebil. Dia sedang memeluk seseorang di sebelah dan tubuhnya juga turut dipeluk sama.

“Hadry…” Afina menyeru lembut.

Hadry tersedar tapi mata masih terpejam. “Hmmm…”

“Bila awak balik?” Wajah Hadry ditatap.

“Petang tadi sayang.” Jawab Hadry dengan mata masih terpejam

“Hadry…”Afina menyeru lagi. Kali ini kedua belah tangannya memaut wajah Hadry

“Ya sayang.” Hadry hanya membiarkan saja. Matanya terlalu berat untuk dibuka. Penat memandu dari Kuantan ke Temerloh dengan tergesa-gesa masih terasa.

“Kak Ruby dah tinggalkan saya…” rengek Afina.

“Ya sayang abang tahu…”

“Saya takde sesiapa lagi dalam dunia ini…saya sendirian…semua sudah tinggalkan saya. Siang tadi saya nampak mereka semua pergi tinggalkan saya seorang demi seorang…saya taknak bersendirian lagi.. saya takut…” air mata Afina mencurah-curah.

Hadry buka mata. Anak mata Afina yang sedang memandangan dia saling bertaut lama. Teringat akan cerita Elman petang tadi melalui panggilan telefon Afina dijumpai di sungai Temerloh mahu bunuh diri.

“Sayang…dengar sini sayang masih ada abang. Abang janji akan jaga sayang sampai bila-bila. Tolong janji dengan abang jangan buat perkara yang bukan-bukan lagi ya, sayang.” Tubuh Afina dirangkul. Ubun-ubun isterinya dikucup lama.

Dalam sendu Afina memeluk erat tubuh Hadry. Walaupun tiada cinta untuk lelaki itu tapi sekarang dunia dia hidup dia hanya ada lelaki itu sahaja. Lelaki yang begitu mengambil berat dan cintakan dia. Hanya pada Hadry tempat dia bergantung tempat dia menumpang kasi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience