BAB 7

Romance Series 39528

Sebaik turun dari kereta, Alia sengaja melanggar bahu Afina dan dia sempat memberi amaran pada gadis itu sebelum meninggalkan Afina.

“Petang nanti, jangan harap dapat naik satu kereta dengan aku faham!”

Afina mengeluh berat. Adakah setiap hari aku terpaksa menghadapi situasi ini? Ah! kenapalah nasib aku sentiasa begini? Afina melangkah masuk ke dalam kelas. Sebaik kaki mencecah lantai kelas, suara ejekan mula kedengaran.

“Tengoklah baju dia tu, baru kan? Aku dah cakap korang tak percaya! Sekarang tengok sendirilah!” sindir Emma, rakan sekelas Afina juga merupakan anak kepada salah seorang daripada pelanggan ibu Afina, dengan wajah jijik memandang ke arah gadis itu. Dialah kaki gosip di sekolah itu. Dia jugaklah yang menyaksikan kejadian Afina dan Tuan Haris di Pasar Raya Ekonomi semalam.

“Aahlah, baju baruu.. semalam baju lusuh kuning macam air longkang je aku tengok. Sekarangg..Fuh! Merelip-relip kau!” tokok Faima, satu geng dengan Emma.

“Wey, tak hairanlah sebab dia sekarang ada bapa ayam yang boleh tanggung dia sekarang! Korang ada ke?” ejek Emma lagi.

Afina tersentap. Bagaimana mereka boleh tahu dia tinggal dengan Uncle Haris? Siapa yang bagi tahu mereka?

“Hrmm... memang tak boleh nak elak, mak dia dulu pun pelacur. Sekarang dia pula yang ambil alih. Jaga ayah korang baik-baik wey, aku takut nanti dia jadi perempuan simpanan ayah-ayah korang pula,” sambung Emma lagi, yang lain turut sama mengata.

Haydar terkebil-kebil memandang kawan sekelasnya asyik menghina seseorang. Dia mencuit rakan di sebelahnya. “Mereka cakap pasal siapa?” soalnya dengan wajah berkerut.

“Itu budak tu. Saya ingatkan dia nak berubah, tapi tengoklah sekarang gaya berjalan pun dah ala-ala model gitu, maklumlah pakaian, beg serba baru...” tambah Yasman, ketua kelas itu.

Haydar tersentap. “Afina?” Sebutnya perlahan.

Afina memekakkan telinga. Dia melangkah tanpa menghiraukan ejekan itu, bila terpandang wajah Haydar dia tiba-tiba teringat key chain kepunyaan lelaki itu. Dia mengubah langkah, dari menapak ke tempat duduk kepada ke tempat lelaki yang bernama Haydar Firdaus.

“Haydar! Hati-hati, nanti dia goda kau. Masaklah kau!” jerit Emma bila melihat Afina melangkah ke arah lelaki itu.

Haydar serba salah. “Jangan dekat dengan saya!” Jerit Haydar tiba-tiba, yang lain tergelak.

Langkah Afina terhenti. Dia memandang wajah Haydar. Key chain di tangannya digenggam kuat. Lalu dimasukkan kembali ke dalam kocek bajunya, tidak jadi memulangkan kembali pada lelaki itu. Hatinya terguris, dia sangkakan lelaki itu tidak seperti yang lain tapi sangkaannya silap!

Afina berundur semula lalu menuju ke tempatnya. Haydar mengekori setiap langkah Afina dengan ekoran anak matanya. Jahatnya dia, tak padan dengan muka nonsense tapi pembohong!

Afina perasan ada seseorang sedang memerhatinya, dia berpaling. Haydar lantas memandang kearah lain. Malu tertangkap oleh gadis itu.

Hah, semuanya sama! Ingat Fina, jangan nak berangan ada yang mahu berkawan dengan kamu! Afina cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.

Di kantin sekolah....

“Alia, datuk awak nama Haris kan?” soal seorang pegawas perempuan yang satu kelas dengan Alia.

Alia yang baru mahu menyuap nasi ke mulut berhenti sesaat. “Aah, kenapa? Awak kenal ke dengan datuk saya?”

“Siapa tak kenal Tuan Haris pemilik syarikat automobil dekat Temerloh malah ketua PIBG dekat sekolah kita ni. Hmmm... betul ke saya dengar datuk awak jadi bapa ayam pada budak tingkatan 3 yang nama Afina tu?” jelas pengawas itu sambil melabuh duduk di hadapan Alia.

Alia terpempan. “Awak tahu dari mana ni?” soalnya.

“Dah kecoh satu sekolah. Semalam ada budak sekolah kita nampak datuk awak bawa budak tu pergi shopping. Nampak gayanya awak bakal ada nenek tiri muda dari awaklah ya?” sindir pengawas itu sambil tergelak.

“Kalau awak nak tahu, ayah budak itu kaki judi mak dia pula pelacur. Jadi kami tak hairanlah kalau dia ikut perangai macam mak itu. Melanggan jantan sebab mahukan wang untuk hidup. Yang kami hairan kenapa dengan datuk awak bukan orang lain?” sambung itu lagi teragak-agak dihujung bicaranya.

Alia mendengus geram. Ceh, tak guna punya budak tak sampai seminggu aku masuk sekolah ni, dia dah conteng muka aku!

Alia bangkit nasi di depan tak jadi di makan. Dia melangkah dengan laju mencari kelibat Afina.

“ Afina! sini sekejap!” jerit Alia dari luar kelas.

Afina yang kusyuk mentelaah buku terkejut, terus dia menoleh. Terpandang Alia sudah tercegak di depan pintu kelasnya.

Alia geram melihat wajah Afina seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sambil mendengus dia menerjah terus masuk ke dalam kelas itu lalu mengheret tangan Afina keluar dari kelas itu dengan kasar.

Tiba di atas bumbung bangunan sekolah Alia melepaskan tangannya dengan kasar, Afina hampir tersungkur.

“Haa… benci betul aku dekat kau! Kau dah buat maruah aku jatuh, tahu tak?!” pekik Alia sambil mencekak pinggangnya.

“Apa Kak Lia cakap ni? Fina tak faham...?” soal Afina perlahan. Lengannya digosok sedikit terasa pedih akibat cengkaman kuat dari Alia tadi.

“Kau... memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan?! Di rumah kau dah rampas segala yang sepatutnya jadi milik aku, di sekolah pula kau nak jaja cerita yang kau tu perempuan simpanan atuk aku pula! Memang muka tembok betul kau ni. Muka nampak suci tapi perangai... Oh, God! Sesuai sangat kau ini anak penjudi dan anak pelacur,”

“Kak Lia!” jerit Afina dengan mata berair tiba-tiba.

“Kenapa, tak betul ke apa yang aku cakap?” sinis kata-kata Alia sambil tersengih mengejek.

Afina senyap sambil mengesat air mata yang mengalir dari hujung tubir matanya.

Dalam pertelingkah di antara mereka ada sepasang mata sedang memasang telinga. Haydar baru selesai di kantin sengaja melewati kawasan itu sebelum loceng masuk kelas berbunyi. Tiba-tiba dia terdengar ada suara pekikan, dia cuba mengintai. Matanya membulat bila melihat Afina dengan seorang budak perempuan yang dia tidak kenal sedang bertengkar. Dia cuba menyorot di sebalik pintu stor untuk mencuri dengar.

“Aku dan mamy memang dah agak kau ni memang ada niat jahat terhadap atuk aku!” sambung Alia lagi.

“Apa yang Kak Lia cakap ni? Uncle jadikan saya anak angkat dia sebab dia kesaiankan saya!” cantas Afina, intonasinya berubah menjadi kasar.

“Kau ingat atuk aku tu baik sangat ke nak ambik anak hina seperti kau buat anak angkat? Sedar diri sikitlah. Kau tahu di sebabkan kau, atuk bencikan aku tahu!” amuk Alia pula.

“Tuan Haris sayangkan saya sebab Kak Lia dan mak cik tak pernah ambil peduli tentang dia!” tengking Afina. Sama-sama menggunakan nada yang kuat. Tak mahu mengalah!

“Tak guna punya budak. Nah! kau...”

PANG!

Satu tamparan yang agak kuat singgah di pipi Afina. Afina terpanar dan berundur ke belakang sedikit. Begitu juga dengan Haydar yang sedang menyaksikan perbalahan di antara mereka.

“Rasa kau, itu tak cukup apa yang kau dah rampas segala hak aku! Aku benci kau! Baru dua hari aku sekolah kat sini kau dah conteng maruah aku dengan cerita murahan aku tu. Kau rasa bangga sangat ke kalau semua warga sekolah tahu, kau tu perempuan simpanan atuk aku?! Tuih! Puas hati aku..” amuk Alia sambil melundah ke muka Afina lalu beredar dari situ.

Afina menyapu air liur yang melekat di dahinya, pipinya masih terasa pijar. Perlahan-lahan dia berjalan untuk turun sambil mengesat air mata yang merembes keluar. Haydar mengesot ke tepi sedikit untuk mengelak dari di kesan oleh Afina. Malang nasibnya dia terpijak batang penyapu, lalu jatuh.

Afina memandang ke belakang. Dia melihat Haydar sedang menepuk dahi sendiri.

Haydar perasan akan itu, cuba menelan air liur bagaikan terlekat dikerongkong. “Err… saya...”

Afina tidak berkata apa-apa. Dia menyelup poket baju sekolahnya dan mengeluarkan key chain lalu dihulurkan kepada Haydar. “Ini awak punya. Tercicir semalam,”hulurnya.

Haydar teragak-agak mahu menyambut. Afina tahu Haydar takut untuk berkawan dengannya, lalu dia meletakkan key chain itu ke dalam tangan Haydar sebelum berpaling untuk beredar dari situ.

“Kenapa awak tipu saya?” laung Haydar sedikit bila Afina mahu melangkah pergi.

Afina berpaling semula. Dia ditenung wajah Haydar sebelum bersuara. “Semalam saya ada tanya awak sama ada kenal saya atau tak? Awak tanya saya balik saya ini anak raja ke, anak Datuk, Tan Sri yang perlu diinterview sebelum hendak berkawan tapi awak tak kesah,” sindir Afina, wajah masih tidak beriak.

Haydar senyap, tidak mampu membahas balik.

“Saya tak kesah sebab awak masih baru di sini dan tak kenal siapa saya lagi. Jadi lepas ini sayang nasihatkan awak, jangan mudah menghulurkan salam persahabatan sekiranya awak tak yakin ingin menjadi seorang kawan yang betul-betul mahu bersahabat,” sinis sekali Afina bersuara lalu meninggalkan lelaki itu termelongo sendirian.

Petang itu, Afina balik seorang diri selepas berkali-kali diberi amaran oleh Alia jangan nak naik satu kereta dengannya. Dia malas hendak bertengkar dengan gadis itu jadi dia mengambil keputusan ingin pulang sendiri tidak kiralah dengan apa-apa pun, kerana dia sudah mengingati jalan untuk ke rumah Tuan Haris . Di pertengahan jalan dia tiba-tiba teringatkan arwah ibunya. Memandangkan rumah dia dahulu di Kampung Batu Satu tidak jauh dari sekolahnya jadi dia mengatur langkah ke sana.

Kata-kata Afina tadi benar-benar menusuk kalbunya. Haydar baru sedar yang dia bersalah terhadap gadis itu lalu dia cuba mengekori gadis itu.

“Ke mana Afina nak pergi tu?” bebel Haydar sendiri.

Dengan hati-hati dia mengekori Afina supaya tidak di kesan oleh gadis itu. Haydar ingin meminta maaf dengan gadis itu. Dia yakin Afina bukan seperti yang diperkatakan oleh rakan sekelasnya.

Afina masuk ke kawasan perkampungan rumahnya yang dulu, jiran tetangga yang sibuk bergosip tiba-tiba diam bila melihat kelibat Afina.

“Hey, anak jahanam buat apa kau ke sini lagi?! Dengar-dengar dah ada bapa ayam senanglah kau ya? Mana ayah kau? Lepas curi duit aku terus lesap!” jergah Mak cik Faridah bekas jiran dulu, emak kepada Emma.

Afina berhenti. “Mak cik Faridah…” ujarnya perlahan.

“Eh, hidup lagi! Aku ingat dah mampus macam mak dia dah,” tokok Mak cik Som lalu bangkit, baju di selising ke lengan mendekati Afina.

“Hey Fina! Kau ni kau boleh tak jangan jejakkan kaki kau ke sini lagi? Aku dah naik menyampah tengok muka kau? Tiap kali aku tengok muka kau, aku teringat perangai mak kau yang ketangih jantan! Sampaikan laki aku pun nak kebas!” marah Mak cik Som sambil menenyeh-nenyeh kepala Afina.

“Mak cik, mak saya dah tak de. Ampunkan dia, jangan dihina-hina lagi,” rayu Afina cuba melarikan diri dari dipukul oleh wanita itu.

“Ewah budak ni sekarang pandai menjawab! Hoi, mak kau tu pelacur! Dekat kubur tu dia tengah diseksa. Apa? Kau ingat jadi pelacur ni mulia sangat ke?” sambung Mak cik Som lagi, kali ini dia memukul Afina dan menolak gadis itu sampai tersungkur.

“Habis mak cik ingat mak cik duduk mengata orang ni mulia sangat ke?!” jawab Afina balik, cuba melawan.

“Budak ini memang kurang ajar!” Hati Mak cik Som membara di tarik rambut Afina sekuat hati.

Mak cik Faridah serta yang lain turut terasa lalu menghampiri Afina untuk membelasah gadis itu secukupnya. Rambut yang terikat rapi menjadi serabai.

“Puas hati aku dapat balas dendam! Dah jom pergi,”ujar Mak cik Som geram, serentak itu juga dia melangkah pergi meninggalkan Afina diikuti dengan yang lain.

Haydar memekup mulutnya terkejut dengan kejadian yang disaksikan dengan kepala matanya sendiri.

Afina yang terduduk terbaring, air mata menjuntai turun dengan laju. “Mak….” rintihnya

Haydar perlahan-lahan mendekati Afina, dia menghulurkan sapu tangan kepada gadis itu. Afina mendongak lalu mencapai sapu tangan itu. Dia kesat air mata yang keluar dengan sapu tangan itu. Haydar menghulurkan tanganya sekali lagi, kali ini ingin membantu gadis itu untuk bangun.

“Awak tak de apa-apa ke?” soalnya.

Afina tersenyum kelat lalu menggeleng. “Terima kasih,”

“Sama-sama, jom saya hantar awak balik,” pelawa Haydar tersenyum manis.

“Hah?” Afina kaget.

“Hari ni, saya datang dengan basikal. Jadi saya boleh hantar awak balik rumah,” jawab Haydar lagi dengan senyuman masih melekat di bibir. Afina mengangguk lemah.

Haydar membonceng Afina ke Sungai Pahang, bukannya ke arah jalan rumah Afina. Sebaik tiba di tebing dia meletakkan basikalnya di bawah sebatang pokok besar.

“Inilah tempat yang saya suka datang mula-mula saya sampai di Temerloh,” cerita Haydar tanpa dipinta.

Afina mengikuti langkah Haydar dari belakang. Haydar memanjat sebuah batu besar lalu mendepakan kedua belah tangannya sambil menyedup angin petang.

“Cantikkan? Tenang je rasa. Tapi tak mustahil air yang tenang tak de buaya tambah-tambah ini sungai,” canda Haydar tanpa menoleh kearah Afina.

Afina tersenyum pendek. “Awak masih nak berkawan dengan saya?”

Haydar yang asyik dengan ketenangan air sungai menoleh Afina. Di tatap wajah redup itu sejenak. “Kenapa, tak boleh ke?”

“Awak tak malu?” soal Afina cuba menduga Haydar, wajah lelaki itu ditatap.

“Kenapa, awak tak pakai baju ke?” balas Haydar sambil tersengih.

“Haydar! Saya serius ni...” getus Afina geram.

“Hrmm... cuaca sangat terang tapi tiba-tiba mendung ke hari nak hujan atau ada orang yang sedang bersedih sekarang ni?” Haydar cuba mengubah topik berbualan.

“Haydar…”

“Dah! Afina mulai sekarang awak sahabat saya dunia akhirat. Biarpun orang lain menghina awak, mengeji awak saya tak kesah. Itu mereka. Bagi saya awak seorang gadis remaja yang cukup tabah menghadapi cabaran hidup awak. Saya kagum dengan awak. Awak Afina kawan saya sekarang!” ikrar Haydar, dia mencapai tangan Afina itu lalu memaut jari kelingking Afina dengan jari kelingkingnya menjadi satu.

Afina terpempan kemudian mengoret senyuman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience