BAB 38

Romance Series 39528

“HADRY tengok apa yang buat pada diri awak sendiri? Awak terlalu mengawasi saya sampikan nyawa awak sendiri yang terancam.” Omel Afina sebaik Hadry sedarkan diri. Sepanjang malam dia dengan Elman berkampung di hospital.

Hadry yang masih kesakitan hanya tersenyum nipis. Wajah sang isteri kemerahan menahan marah padanya sangat membuaikan hati lelaki itu. Itu tanda wanita itu risaukan dia.

“Hadry! Orang cakap bukan nak dengar malah ketawa lagi.” Afina bengang terus menampar lembut dada suaminya.

“Aduh, sayang sakitlah!” Hadry mengaduh kesakitan. Badan yang masih sakit dengan lebam-lebam masih lagi terasa.

“Padan muka. Siapa suruh tak dengar cakap saya? Mulai sekarang saya tak nak orang-orang elman awasi saya termasuklah elman sendiri. Wajah Elman yang setentang dengannya dikalih sekilas.

“Saya nak awak diawasi 24 jam. Berkali-kali saya cakapkan mereka aim awak bukannya saya, Hadry. Tengoklah keadaan sekarang lebam sana sini nasib tak cedera teruk kalau patah kaki atau tangan macam mana? Elman saya nak minta tolong sesuatu boleh?” Afina mendongakkan pandangan pada Elman yang tegak berdiri.

Elman jungkit kening. Hadry yang terbaring di katil turut berkerut dahi.

“Tolong awasi abang sepupu awak yang keras kepala ni. Dia yang perlukan perhatian dari pihak polis bukannya saya. Saya selamat kalau tidak diawasi dan lagi satu kalau abang sepupu awak ni tetap berdegil gari saja di katil tak pun saya sendiri yang tembak kaki dia biar tak pergi ke pejabat buat selamanya.”

“Rela abang ditembak asalkan sayang tak tinggalkan abang kan, Elman.”

Elman tersenyum. Hadry sudah terkekek sambil menahan sakit. Afina jungkil mata, geram!

“Eee… benci tahu dengan kamu berdua ni! Malaslah nak layan.” Afina bangkit dan terus keluar dari situ.

“Sayang nak ke mana tu?” Soal Hadry.

“Saya nak ke tandas kenapa nak suruh Elman temankan ke tandas ke?” Nada perlian diberi.

Hadry ketawa begitu juga dengan Elman yang membisu dari mencelah perbualan antara pasangan suami isteri itu.

“Elman, aku nak kau tetap awasi Ann… hati aku rasa tidak tenang kalau dia tidak diawasi. Tapi aku taknak dia tahu fasal ini.” Minta Hadry sebaik Afina keluar dari bilik itu untuk ke bilik air.

“Iyalah abang, kau jangan risau. Isteri kau tu lagi degil dari kau.”

Hadry tergelak. Tahu sangat perangai Afina yang degil dan keras kepala. Kalau sudah hitam katanya hitamlah juga tak boleh bertolak ansur langsung.

“Abang macam mana kau boleh kemalangan sebenarnya. Bukan ke Iskandar dengan Amir ada dengan kau kan?”

“Masa kami lalu dekat highway tu ada orang tahan kereta kami, dia cakap kereta dia rosak. Jadi kami turun tengok tak sangka pula ada orang menyerang kami dari belakang. Amir dengan Iskandar tak sempat nak elak turut terkena sekali. Sebut fasal mereka macam manalah mereka berdua?”

“Alhamduillah mereka takdelah teruk macam kau sampai berbalut seluruh badan ni. Aku rasa mereka nak kau cedera parah bukannya nak bunuh kau.”

“Tulang terkehel aje bukanya patah. Itulah aku sendiri semakin pelik sekarang semakin menjadi-jadi. Aku tak pernah bermusuh dengan orang sebelum ni. Mamy tu iyalah aku faham sebab dia ada hubungan sulit dengan suami orang jadi tak hairan isteri lelaki itu marahkan mamy dan pihak polis sudah selesaikan kes itu.”

“Yang tu kau jangan risau abang, datin itu sudah disoal siasat tapi biasalah bila berharta ni semua boleh diselesaikan dengan wang tak perlu masuk lokap.”

“Hmmm… aku sendiri pun tak boleh nak melarang mamy buat sesuka hati jadi aku pasrah apa yang berlaku pada dia. Dia sendiri yang cari penyakit. Aku risaulah Elman minggu lepas mamy sekarang aku lepasni aku takut mereka akan apa-apakan isteri aku pula. Tolong ya awasi Ann aku taknak dia disakiti lagi. Aku tak kesah aku disakit tapi bukan dia.”

“Abang kau terlalu sayangkan dia?” Elman bertanya tiba-tiba.

Ya, Elman. Aku cintakan dia sejak dulu lagi. Aku tak pernah kenal dia tapi kerana sebuah amanah aku rasa cinta aku berputik untuk dia. Siapa sangka jodoh menemukan kami dalam pertemuan yang tak disangka.”

Elman kerut dahi. Hatinya tidak tenang. Bila perkataan amanah keluar dari mulut Hadry. Hadry anak kepada pak longnya dan cucu kepada Tuan Haris. Jangan kata isteri Hadry tu adalah Afina. Oh tidak. Elman menafikan kenyataan yang dia keluarkan sendiri.

“Dia sangat beruntung dapat kau abang. Aku tumpang bahagia untuk kau dan dia. Orang yang cintai masih hadir untuk kau aku harap orang aku cintai juga turut hadir untuk aku juga.” Elman cuba menyedapkan hati sendiri.

“Hah? Kau ada kisah cinta macam aku juga ke?”

Elman senyum sambil menggeleng. Belum tiba masanya untuk dia bercerita kisah cintanya. Cukuplah dia simpan dalam hatinya sendiri.

Hadry dibawa balik ke rumah. Afina dipaksa oleh lelaki itu agar tidak ke butik dan menemani dia di rumah. Dalam masa yang sama Hadry khuatir akan keselamatan wanita itu. Afina bukanlah jenis manusia yang mendengar kata. Apa yang dilarang itulah yang dibuatnya. Dia tetap berdegil untuk ke butik. Dia tidak boleh mengadap wajah Puan Halina hatinya bertambah benci dan berdendam. Dulu sebelum kejadian buruk menimpa wanita itu masih boleh duduk lama di rumah kerana Puan Halina sering tiada di rumah. Sekarang bila sudah sakit begini 24 jam dia kena mengadap wajah wanita itu.

“Sayang cantik-cantik ni nak ke butik ke?” Soal Hadry yang bersandar di kepala katil. Membaca wasap yang dikirim oleh orang pejabat.

Afina masuk bersama dulang tersenyum manis. “Ya hampir dua minggu saya tak masuk butik jadi saya nak masuk hari. Awak pun semakin sembuh boleh kan?”

“Boleh tak jangan ke butik dulu? Tunggu abang sembuh sepenuhnya baru masuk butik.” Tangan Afina dipegang lalu dibawa rapat padanya.

“Hadry, saya bosan duduk rumah. Bila saya di butik saya rasa tenang.” Afina melabuh duduk di sebelah suaminya.

“Awak bosan mengadap saya 24jam sayang.” Nada Hadry keadaan sedih.

Afina mengeluh kecil. “Bukan begitu maksud saya. Saya tak pernah bosan dengan awak sayang sudah tanggungjawab seorang isteri merawat suaminya tapi, saya tak boleh kalau tinggalkan buku lakaran saya lama-lama.” Kalimah sayang diungkap. Sengaja! Mahu memujuk jiwa suaminya.

Hadry berbunga bahagia bila mendengar kalimah sayang dari mulut sang isteri. Bukan senang nak dengar. Perkataan abang pun sudah nak dengar apatah lagi sayang. Faham sangat dengan minat isteri abang ni. Designer yang tak pernah duduk diam.

“Bolehkan saya ke butik hari ni? Awak jangan risau saya akan pastikan ayah hantar saya ke butik dan jemput saya di butik dengan selamat, okey!” Wajah Hadry dibelai lembut.

Hadry mengangguk. Tangan isterinya dicapai lalu dibawa ke bibir tebalnya dan dikucup lama.

“Dah, makan bubur ni. Saya masak tau.” Mangkuk yang berisi bubur diambil.

“Baiklah bidadariku.”

Ayat Hadry bergula. Mahu menggulakan hati isteri yang keras itu.

Afina senyum sedikitpun tidak termakan.

“Arghhhh! Wajah aku….wajah aku yang cantik sudah hilang!”

Prang! Bunyi amukan dan kaca pecah dari bilik Puan Halina.

Kenapa tu? Soal Hadry yang baru siap makan disuap oleh afina.

“Sekali lagi. Hmmm kalau awak nak tahu mamy sedang mengamuk.” Bagitahu Afina sebaik meletakkan mangkuk bubur ke dalam dulang.

“Sejak bila?”

“Sejak awak sibuk di pejabat. Selepas mandi dan bersiap mengenakan pakaian dia akan mengamuk macam orang gila. Dia tidak boleh menerima apa yang dia alami sekarang.” Cerita Afina.

“Kesian dekat mamy.” Keluh Hadry.

“Takpe awak berehatlah dulu biar saya jenguk mamy sekejap.” Afina menepuk lembut bahu Hadry sebelum dia bangkit untuk keluar dari situ.

“Mamy kenapa ni?” Suara Afina sebaik melangkah masuk ke bilik. Pintu bilik itu dikunci dari dalam.

Puan Halina yang kelihatan takut di hadapan cermin terus kalih dan laju dia berlari mendakap kemas tubuh menantunya.

“Siapa tu…siapa yang wajah buruk tu…mamy takut sayang takut sangat…” Wajahnya disembunyikan takut melihat bayangan sendiri pada cermin itu.

Afina senyum sinis. “Mamy tak kenal ke siapa tu?”

“Tak sayang…mamy tak kenal. Buruk sangat wajahnya!” Jari telunjuk Puan Halina lurus menunding ke arah cermin meja mekapnya.

“Itulah mamy sekarang. Buruk…hodoh…takde lagi wajah yang cantik.” Kata-kata Afina sangat lembut tapi tajam.

“Bukan…bukan…bukan mamy tu!” Semakin kuat dia memeluk Afina sambil menggeleng menafikan kenyataan afina.

Senyuman Afina semakin lebar. Dia menolak ke dua belah kepala bahu mentuanya ke belakang sedikit.

“Mamy…dengar cakap Ann. Mamy sekarang bukan lagi wanita cantik yang digilai oleh semua lelaki sekarang wajah mamy sudah buruk macam hmmm…” Sengaja Afina bermain kata. Dia mahu emosi wanita itu terganggu.

“Tak…tak…”Puan Halina menafikan dalam keadaan takut. Dia menundukkan pandangannya.

Afina menarik lengan Puan Halina dibawa mengadap cermin yang besar dalam bilik wanita itu. “Cuba mamy tengok siapa yang ada dalam bilik ini kecuali kita berdua. Itu saya yang cantik dan sempurna wajah dan itu mamy dulu yang cantik sekarang sudah ho…doh!” Hasut Afina di cuping telinga wanita itu. Suaranya cukup perlahan tapi kedengaran keras, takut perbualan mereka didengari oleh orang lain.

Puan Halin melihat cermin itu dalam keadaan takut-takut. Dia angkat jari telunjuk kanan lurus ke hadapan cermin. “Itu..itu hantu bukannya mamy…”

“Ya itulah sebenarnya diri mamy! Seorang yang keji seorang yang jahat! Itulah diri mamy memang patut mamy kena macam ni sebab mamy tak pernah nak jaga perasaan manusia lain kecuali perasaan mamy sendiri. Sekarang rasakan apa yang orang lain rasa. Ann sangat gembira mamy jadi macam ni rasa macam dunia ini memihak kepada Ann bukan lagi mamy. Terimalah mamy sudah hodoh untuk selama-lamanya.” Habis bicara Afina terus keluar dari bilik itu dengan semua senyuman yang sangat puas. Membiarkan mentuanya mengamuk seorang diri.

“Arghhhh! Bukan …aku tak hodoh! Itu bukan aku tapi hantu!!” Semakin kuat jeritan Puan Halina bergema.

Usai kerjanya, Elman terus memandu menuju ke butik Afina. Pesanan Hadry berkali-kali meminta dia untuk awasi Afina tanpa pengetahuan wanita itu. Walaupun penat hati Elman seakan rasa tenang bila berhadapan dengan wanita yang kadang kala membuat kesabaran dia tercalar sedikit. Perangai dan tingkah laku wanita itu sedikit sebanyak ada persamaan dengan gadis dia sebab itu dia rasa sangat selesa bila bersama isteri abang sepupunya yang keras kepala itu.

“Assalamualaikum, Datin Ana ada?” Sapa Elman pada salah seorang pekerja Afina.

“Waalaikumussalam maaf ya tuan, Datin Ana sudah balik tadi.”

“Balik? Ada orang jemput dia?” Tanya Elman dengan dahi berkerut sedikit.

“Tak tahu pulak saya tuan, tadi dia cuma pesan dia balik dulu. Rasanya saya tak nampak ada mana-mana kereta yang jemput dia pulang.”

“Hmmm aku tahu dia memang sengaja cari hal. Degil betul!” Bebel Elman sendiri seraya dia keluar dari butik itu.

Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Mencari jejak Afina. Dia tahu ke mana wanita itu pergi.

Afina duduk termenung di atas tebing yang berbatu dengan kaki berjuntai ke bawah terhayun-hayun. Dia senang begitu. Rambut dibiarkan bebas ditiup angin petang. Mata tidak lepas dari memandang air sungai yang luas terbentang itu sudah banyak mengalami berubahan mengikut peredaran masa. Kecil-kecil dulu tempat inilah dia selalu lepak bersama orang yang tercinta. Tempat ini jugalah menjadi saksi ikrar sang kekasih hati. Memori silam dikenang.

Elman memarkir kereta di bahu jalan. Terlihat seseorang yang termenung di seberang sana dia gelengkan kepala. Terus dia mendapatkan gadis itu.

Awak memang jenis yang tak makan saman kan?” Suaranya sebaik mendapatkan wanita itu.

Afina terus kalih. Dia mendengus marah. “Awak ni pasang alat pengesan dekat mana-mana tubuh saya ke? Ke mana saya pergi mesti awak orang pertama yang akan jumpa saya.”

“Sesiapa pun boleh jejak kalau setakat hilang di dalam Temerloh ni. Tambah-tambah kalau orang itu adalah awak ke mana lagi nak pergi kalau bukan sini tak gitu Puan Datin Ana? Hadry call saya cakap awak tak balik lagi dia suruh saya jemput awak dari butik tapi awak pulak takde di sana. Hmmm Ana boleh saya tanya kenapa awak suka sangat datang ke sini ya?” Elman mengambil tempat di sebelah Afina.

“Tenang! Tiap kali ke sini rasa tenang itu pasti hadir. Dunia yang sibuk dengan pelbagai urusan terus hilang. Rasa gelisah, serabut seolah tercabut semuanya. Kenangan saya banyak di sini. Kenangan yang sukar untuk saya padamkan dalam memori saya. Ke mana saya pergi pasti saya akan ingatkan tempat ini. Manis dan pahit suka dan duka semuanya bermula di sini.” Terus Afina meluahkan perasaannya tika ini. Wajahnya terpancar wajah orang tengah bahagia.

Hati Elman terdetik tapi cepat dia menempis. Dia tidak mahu perasaan itu muncul dengan wanita ini. Isteri kepada abang sepupunya.

“Okey, Puan Datin Ana tak payah nak mengenangkan memori lampau. Sekarang kita balik rumah ya nanti risau pulak suami Puan Datin Ana di rumah.” Setiap kali geram dengan sikap wanita itu pasti dia akan memanggil nama begitu.

“Awak nak balik baliklah dulu saya taknak!” Bantah Afina laju.

“No, Puan Datin Ana jangan berdegil.” Suara Elman masih lagi berlembut tapi ada kedengaran keras.

“Elman tolonglah…” Rengek Afina.

Elman geleng. “Tak boleh!”

“Elman…please… tolonglah Elman sekejap aje. Saya nak tenangkan fikiran di sini boleh ya Elman…” Afina sudah gosok tapak tangan. Memohon pengharapan pada lelaki itu.

Elman pandang wajah Afina lama. Rengekan itu. Gaya itu sama! Laju dia gelengkan kepala berkali-kali. Tak mungkin!

“Tak payah nak merayu bagai Puan Datin Ana. Saya bukan suami awak.” Elman mencapai sesuatu di belakang seluarnya.

Klik! Terus dia menggarikan tangan kanan Afina dengan tangan kirinya.

“Apa ni?” Bantah Afina terus menarik tangannya yang selamat tergari.

“Tadi cakap nak tenangkan fikiran dan menikmati angin petang jadi apa lagi jomlah kita jalan-jalan sepanjang jalan ni.” Elman jungkit kening sebelah.

Mata Afina bersinar-sinar. “Serius Elman?”

“Cepatlah sebelum saya ubah fikiran!”

“Baik!” Terus Afina melompat turun dan mahu berlari tapi tersekat dek gari di tangan Elman. Afina kalih belakang dan tersengih.

“Opss… lupa.”

Elman hanya menggeleng.

Sepanjang alan Afina menghayun-hayun tangan yang bergari itu. Tangan Elman turut terhayun sama. Walaupun sepi di antara mereka hati masing-masing terbuai indah. Seakan memori silam menguasai fikiran mereka.

“Jujur saya kata awak macam dia.” Suara Elman tiba-tiba memecahkan kesunyian.

Afina terus kalih, “siapa?”

“Dhia Afina, gadis saya.”

Langkah Afina terus berhenti. Jantung bagaikan terhenti berdegup. Mata pula terkebil-kebil.

“Erk… maafkan saya.” Elman senyum tawar. Sedar akan kesilapan diri.

“Sebelum ni mana ada awak sebut fasal gadis awak. Kenapa tiba-tiba awak boleh cakap saya macam tu, pelik?” Soal Afina, cuba mengawal perasaan sendiri. Dia meneruskan langkah. Takut dikesan oleh Elman.

“Sekali pandang gaya awak tu kadang kala buat saya teringatkan dia. Bicara awak kedengaran sama tapi satu yang tidak samakan awak dengan dia.” Elman senyap seketika.

Afina berhenti lagi. Dia toleh ke belakang mengadap Elman. “Apa yang bezakan saya dengan dia?”

“Bila dia senyum ada keikhlasan terpacar di wajahnya. Bila bercakap tak pernah menipu. Terlalu menurut apa yang orang buat pada dia langsung tak melawan kata. Paling ketara dia tak degil dan kepala batu macam awak. Suka melawan cakap!” Habis bicara terhambur tawa Elman.

Pandangan mata Afina dalam menatap lelaki itu. Wajahnya kosong.

“Kalau saya ni dia awak percaya?” Afina sudah bermain kata.

Elman kerut dahi dan terus menggeleng. “Tak mungkin awak dia. Saya kenal sangat dia macam mana seorang gadis yang lemah lembut bila bertutur dan tidak melawan macam awak, degil!”

Mata Afina terjungkil. “Awak…. memang jahat! Sudahlah saya nak balik rumah!” Afina terus melangkah mahu menuju pada kereta yang beberapa meter di belakang.

Tubuh Elman turut terdorong sama mengikuti langkah Afina.

“Itulah yang beza awak dengan dia. Degil dan suka bertindak suka hati.” Tawa masih kedengaran.

Afina berdecit geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience