BAB 35

Romance Series 39528

“KENAPA awak boleh tahu saya di sini?”

“Kenapa datin lari?” Soalan dibalas dengan soalan.

Afina mendengus geram. Lelaki itu hanya tersenyum dan turut melabuh duduk di sebelah Afina.

“Kali pertama awak saya jumpa awak di sini. Kali kedua saya jumpa awak di sini. Tidak pernah berjanji tapi tempat ini menemukan kita kan?” Tiba-tiba lelaki itu bertutur lembut.

“Apa yang awak cuba nak cakap sebenarnya ni Elman?” Hati Afina sudah goyah sedikit. Wajah lelaki itu ditatap tajam.

Elman berdehem kecil.

“Dua pegawai yang saya hantar untuk datin tu rasanya sudah cukup mahir untuk handle kes jaga isteri orang ternama tapi lain pulak dengan kes datin yang lincah dan liar ni. Boleh saya tanya kenapa ya datin tidak suka diawasi oleh pihak kami sedangkan keselamatan datin dengan Abang Hadry sekarang agak terancam.” Ada nada sinis kedengaran. Sengaja Elman menggunakan panggilan datin pada wanita itu. Geram dengan sikap degil wanita itu.

Tajam Afina menatap wajah Elman yang bercakap langsung tidak pandang ke arahnya.

“Kehilangan saya ni dilaporlah kan? Beginilah tuan polis, seseorang manusia ada hak untuk bebas daripada diawasi setiap masa, betul? Saya pun begitu. Hak kebebasan ke mana-mana tanpa mengawasan dari pihak polis rasanya itu hak saya jadi tolong jangan masuk campur hak kebebasan saya. Saya tak suka! Lagi satu panggil nama saya tak perlu berdatin-datin bagai geli tahi telinga nak mendengar.” Lancang Afina berkata-kata.

Elman mengeluh kecil. Wanita memang lain dari wanita di luar sana. Degil dan keras kepala! Susah nak dibawa berunding. “Datin ingat pihak kami ni suka-suka buat kerja macam ni? Tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap negara dan bangsa itu yang kami terpaksa lakukan. Kalau ada orang yang bersikap macam datin langsung tidak bagi kerjasama pada pihak kami macam mana negara nak aman. Kalau nyawa datin tidak dapat diselamatkan nanti jangan nak salahkan pihak polis pulak. Degil!”

Mata Afina membulat besar. Bibir mulut terkumat kamit mahu mengatakan sesuatu. Lelaki ini memang tak makan saman langsung.

“Suka hati tuanlah!” Suara Afina terkuat. Dia terus bangkit untuk beredar dari situ.

“Nanti!” Lengan Afina disambar laju. Elman turut bangkit. Lengan Afina dilepaskan.

“Ana, tolonglah. Sekarang awak dengan Abang Hadry dalam bahaya. Kalau awak tak fikirkan soal diri awak tolong fikirkan orang yang sayangkan awak. Abang Hadry merayu pada saya untuk jaga awak. Dia risaukan awak lebih dari nyawa dia sendiri. Biar pihak kami awasi awak tolong…”

Afina berfikir sejenak. “Baik saya setuju tapi dengan syarat.”

Elman jungkit kening.

“Awak yang kena awasi saya macam mana?” Afina senyum sinis.

Kali ini Elman pulak yang membisu.

“Awak tak akan setujukan? Jadi tak perlu hantar orang untuk awasi saya lagi.” Habis bicara terus Afina melangkah.

“Okey Ana! Saya sendiri yang akan awasi saya dan saya akan hantar orang lain untuk awasi Abang Hadry, puas hati?” Jerit Elman dari belakang.

Afina sudah senyum panjang. Ada terselit rasa bahagia.

“Kita nak ke mana ni?” Soal Afina bila kereta yang dipandu oleh Elman memasuki satu kawasan lorong yang agak berhutan sedikit.

“Janganlah risau saya bukan nak buat apa-apa pada isteri abang sepupu saya sendiri. Memandangkan hari ini hari jumaat jadi saya nak pergi melawat kubur arwah keluarga saya sekejap.”

“Kubur?” Soal Afina.

Elman mengangguk.

Sebaik kereta terparkir di luar pagar tanah perkuburan Islam, Elman mencapai sebuah yaasin lalu melangkah keluar. Sesaat kemudian dia menoleh ke belakang terlihat Afina masih membatu di dalam kereta. Dia mengeluh sendiri.

“Ana tak nak turun ke?” Soalnya sebaik membuka pintu kereta belah penumpang itu.

“Macam mana saya nak masuk kepala saya tidak bertudung.”

Elman gelak halus. Dia ke bonet mencari sesuatu dalam beg kertas yang selalu dibawa ke mana-mana.

“Nah, pakai ni?” Sehelai selendang berwarna pink peach dihulurkan.

“Tudung siapa ni?”

“Pakai jelah jangan banyak tanya. Tahu jugak awak ya bila nak datang kubur perlukan tudung untuk tutup kepala tapi diri sendiri tidak bertudung!” Tempelak Elman berbisa justeru dia melangkah masuk ke tanah perkuburan itu.

Afina tersentak. Selendang di tangan direnung sejenak sebelum dia menyarungkan di kepalanya.

“SadaqaAllahuaazim…” Surah yasin ditutup. Dia kalih pada Afina di belakang memberi isyarat untuk menadah tangan.

Afina dari tadi menahan sebak di dada. Sudah lama bibirnya tidak menyebut kalimah Allah. Kalimah ayat-ayat suci kalam Allah. Walaupun kehidupan dia mewah dengan harta tapi hatinya kosong. Keluarga angkatnya tidak mengamalkan sangat ajaran islam. Penuh dengan kebaratan sehingga dia membesar sehingga kini leka dan lalai kepada pencipta.

“Ini kubur arwah papa, omma dan adik-adik saya. Ditanam dalam satu liang. Sebelah sana kubur arwah pak usu. Masa mereka meninggal saya tidak dapat lihat dengan mata saya sendiri tapi masa pemergiaan pak usu saya lihat macam mana nyawa dia dicabut. Arwah selalu cerita pada saya dia seorang pendosa dan layak ke syurga untuk dia tapi saya yakin syurga sedang menanti dia kerana saat Izrail mencabut nyawa wajahnya tersenyum bahagia. Awak sendiri kenalkan dengan arwah pak usu, orangnya sangat baik. Bicaranya sangat berhikmah dan selalu bersabar sampaikan pemergian dia ditangisi orang kampung. Sungguh mulia hati dia. Kalau awak nak tah setiap kali hari jumaat saya akan curi masa dalam setengah jam begitu untuk ke sini. Membersihkan kubur, sedekah yaasin untuk mereka. Tadi saya dari balai nak ke sini tiba-tiba Amir telefon bagitahu awak larikan diri dari mereka. Tak sangka ternampak awak di sungai tadi.” Cerita Elman sebaik doa usai dibaca tanpa dipinta.

Afina menyeka air mata yang mengalir keluar mengelak dari dikesan oleh Elman. Langsung dia tidak bersuara.

“ Jomlah saya hantar awak ke butik lepastu saya nak balik mandi dan pergi solat jumaat pulak.” Elman bangkit sempat dia kerling pada Afina yang masih diam tidak terkutik dan terus menapak pergi.

Ayah… maafkan Fina. Tutur Afina dalam hati sebelum dia bangkit untuk membontot langkah Elman.

PERANCANGAN sedang dilaksanakan. Intipan Izzue bersama beberapa orang rakannya menghasilkan buah. Puan Halina membuat pertemuan dengan kekasihnya Dato Malik di sebuah hotel yang berhampiran dengan Bukit Bintang sepanjang seminggu wanita itu jauh dari Temerloh. Sebaik melihat pasangan itu mengatur langkah masuk ke hotel, Izzue mendail nombor Kak Ruby, memberitahu kedudukan.

“Kak Ruby mereka sudah masuk ke hotel.”

“Bagus, Kak Ruby sekarang ada dengan Datin Rosella ni tunggu kami di sana ya.” Balas Kak Ruby.

“Macam mana datin?” Soal Kak Ruby sebaik telefon dimatikan.

“Di mana mereka sekarang? Sudah lama saya syak suami saya ada scandal dengan perempuan lain. Yang hairan dia pandai sembunyikan dari saya. Saya sangkakan perempuan miang tu dari sini-sini saja rupanya dari Temerloh memang nak kena!”

“Puan nak buat dengan perempuan tu? Bunuh ataupun…” Kata Kak Ruby mati di situ. Sengaja.

“Ikutkan hati mahu saja bunuh biar dia rasa betapa sakitnya bila kebahagiaan kita dirampas tapi nampak kejam sangat. Saya ada satu perancangan yang sangat baik tidak terlalu kejam tapi membawa kesan sampai ke mati. Saya akan pastikan dia tidak akan merampas kebahagiaan wanita-wanita lain lagi selepas ini. Itu janji saya.” Bibir Datin Rosella senget sebelah.

Kak Ruby tersenyum dengan penuh rasa kepuasan dalam diri.

“Sayang…lama tak jumpa. Abang rindu pelukan dan belaian dari sayang.” Luah Dato Malik sebaik mereka naik ke katil. Rambut Puan Halina dibelai manja serta dikucup.

“Kalau rindu kenapa tak turun Temerloh? Seminggu saya di sini baru malam ni boleh kita luangkan masa bersama-sama.” Puan Halina tidak memberi tindak balas yang positif.

“Sibuk sayang…” Suara Dato Malik sudah tenggelam timbul.

“Sibuk atau takut dekat bini you, alasan!” Bebel Puan Halina. Dia terus turun dari katil. Peluk tubuh sendiri. Sengaja tunjuk perangai merajuk.

Dato Malik yang masih segak dan sasa tubuhnya turut bangkit, memujuk kekasih gelapnya. “Sayang janganlah macam ni sekarang kita dah jumpa kan, Dato Malik memeluk dari belakang.”

Puan Halina masih membatu.

Dato Malik memusingkan tubuh Puan Halina mengadap dia. “Okey sayang abang janji lepasni dua minggu sekali abang akan turun ke Temerloh dan kita boleh luangkan masa bersama-sama. Tolonglah malam ni jangan spoilkan mood. Kita menikmati masa berdua kita dengan sebaiknya ya sayang.”

Puan Halina termakan pujuk. Sebuah anggukan kecil diberikan.

“Inilah baru permata hati abang.” Sebuah kucupan singgah di bibir wanita itu.

Kak Ruby dan Datin Rosella dari Bangsar menuju ke Bukit Bintang. Izzue dicari.

“Izzue!”

“Kak Ruby.”

“Mana suami saya?!” Suara Datin Rosella kedengaran agak marah.

“Sekarang mereka dalam bilik tapi jangan risau saya sudah upah budak hotel ini untuk meletakkan kamera dalam bilik itu. Segala gerak geri mereka dapat kita lihat. Saya juga sudah tempah satu bilik untuk kita.” Izzue menjelaskan kedudukan rancangan mereka untuk skodeng pasangan haram itu.

“Saya nak pergi jumpa mereka sekarang juga. Saya nak ajar wanita tak guna tu cukup-cukup!” Datin Rosella sudah selak lengan baju. Tidak sabar mahu berjumpa dengan kekasih gelap suaminya.

“Sabar dulu datin kita tak boleh tergopoh-gopoh nanti rancangan kita tidak akan berjaya. Kita perhatikan mereka dulu esok masa mereka nak keluar dari hotel ini baru kita mulakan rancangan kita.”

“Awak nak suruh dorang bersedap-sedap dulu baru nak kerja kan mereka?!” Datin Rosella sudah panas.

“Datin nak ikut rancangan kami atau datin nak ikut rancangan datin?” Sindir Izzue secara lembut.

Kak Ruby hanya jadi pemerhati.

“Baiklah saya akan ikut rancang awak. Tapi saya akan hubungi orang saya untuk sedia sesuatu untuk saya. Saya akan pastikan perempuan itu akan menyesal seumur hidupnya.” Hati wanita itu mula sejuk dan mengikut rancangan asal.

Kak Ruby dan Izzue saling berpandangan bersama senyuman lebar.

“Macam mana Wan, nampak apa yang mereka buat?” Soal Izzue pada rakannya yang ditugaskan untuk merakamkan kelakuan Puan Halina dengan Dato Malik melalui camera tersembunyi, sebaik mereka bertiga menapak masuk ke dalam bilik hotel yang ditempah khas.

“Jangan risau semua berjalan lancar.” Balas lelaki yang berkaca mata sambil tersenyum.

“Ini rakan saya pakar dalam bidang IT, Safwan.” Izzue memperkenalkan sahabatnya yang bekerja dalam bidang komputer.

“Apa yang mereka berdua buat sekarang?” Terjah Datin Rosella tidak sabar.

“Nah, tengoklah!” Safwan mengalihkan skrin laptopnya sedikit. Memberi tatapan pada Datin Rosella supaya jelas. Tin coke dicapai lalu diteguk.

Mata Datin Rosella terbeliak luas. Mulut pula ternganga besar. Kelakuan suaminya dengan puan Halina yang sangat mesra membuat hatinya remuk dan hancur. Menjalinkan perhubungan tanpa ikatan halal, dia ditipu hidup-hidup oleh suami sendiri. Siapa sangka sikap baik suaminya di rumah langsung dia tidak dapat menghidu kecurangan Dato Malik di luar.

“Jadi inilah kerja mereka berdua ya? Memang dasar lelaki tak guna! Masa kau susah dulu aku yang sering bantu kau lepas kau senang kau buang aku macam sampah! Di rumah kau berlagak suami mithali seorang yang penyayang tapi di belakang aku kau curang!” Api kemarahan Datin Rosella membuak-buak di dada. Ikutkan hati mahu saja dia menerjah masuk ke bilik dan membunuh pasangan romantik itu.

Bip! Telefon Izzue bergetar. Ada panggilan masuk.

“Ya sayang.”

“Awak dekat mana? Saya sudah sampai Malaysia ni.”

“Maaf sayang, abang ada kerja sikit nak buat.”

“Awak selalu macam tu dari dulu lebih pentingkan kerja dari saya!”

“Maaf ini betul-betul kes penting. Esok abang janji akan jumpa sayang.”

“Ini mesti fasal kes Kak Ruby dengan Ann kan? Awak memang nak teruskan juga ke rancangan mereka tu?”

“Ya. Mereka keluarga saya jadi saya mesti bantu mereka.”

“Suka hati awaklah!”

Tutttttttt…

Izzue mengeluh lembut. Sang kekasih hati sudah merajuk tapi dia perlu selesaikan kes yang penting dulu. Esok-esok barulah dipujuk.

“Siapa Izzue?” Kak Ruby bertanya.

“Bakal isteri kak.” Balas Izzue.

“Mesti dia mahu jumpa kan? Maaflah kamu terpaksa korbankan masa untuk bakal isteri kau demi kami.”

Izzue gelengkan kepala. “Takpe.”

Tepat jam 6 pagi, Izzue yang terbaring di sofa terus mendapatkan kawan yang masih terjaga di meja sambil mengadap laptop. Kak Ruby dengan Datin Rosella masih terlena di katil.

“Macam mana dorang Wan?” Sapa Izzue bahu rakannya ditepuk lembut.

Safwan menahan katupnya. Berkali-kali dia menguap. “Dorang masih di bilik air.”

“Wow, tak puas di katil berasmara di bilik pulak!” Izzue gelak kecik.

Safwan juga turut tergelak sama.

“Benda haram beb mana nak penuh puas. Aku rasa kau patut kejutkan Datin Rosella sekejap lagi mereka akan check out bolehlah kita bertindak.”

Izzue menurut arahan rakannya, Kak Ruby dan Datin Rosella dikejutkan dari lena yang memenatkan.

“Mereka sudah keluar? Tanya Datin Rosella sambil memisat-misat kelopak matanya.

Kak Ruby di sebelah bangkit terus masuk ke bilik air.

“Sekejap lagi mereka akan check out .”

Mendengar jawapan Izzue terus Datin Rosella mencapai telefon bimbit di sebelah. Nombor seseorang didail segera.

“Cepat sikit aku perlukan benda tu. Kau datang dengan kadar segera!”

Klik! Telefon dimatikan.

“Siaplah kau perempuan. Tak sabar aku nak memusnahkan hidup kau.” Datin Rosella meluahkan rasa marah.

“Abang, malam nanti last kita luangkan masa bersama sayang harap abang jangan buat alasan lagi.” Ujar Puan Halina tangannya melekat di lengan sasa Dato Malik.

“Okey, abang cuba curi masa.” Balas Dato Malik. Tombol pintu dipusing. Sebaik kaki mahu melangkah keluar.

“Hai, abang!”

“Darling?!” Terbeliak mata Dato Malik sebaik melihat isterinya tegak berdiri di depannya. Serta merta pegangan tangan Puan Halina di lengannya, dia lepaskan dan terus mendapatkan isterinya.

“Darling ini kamu takde apa-apa jangan salah faham. Dia cuma kawan abang. Dato Malik masih lagi tidak mengaku kecurangannya.

Datin Rosella senyum sinis. “Kawan? Kawan peneman tidur…? Atau lebih dari tu?!” Suara Datin Rosella sudah bergema satu ruang.

“Darling…please dengar penjelasan dari abang.” Bahu isterinya disentuh lembut.

“Ah! Tak perlu abang nak jelaskan semuanya. Saya sudah tahu kegiatan abang selama ni. Abang pembohong! Saya tak boleh nak terima lagi!” Datin Rosella terus meluru ke arah Puan Halina di belakang membatu ibarat patung cendana. Dengan kasar dan pantas ditarik rambut wanita dan ditampar berkali-kali tubuh wanita itu.

“Kau perempuan memang tak reti nak tengok ke? Laki orang ke suami orang kau main rembat! Kau memang perempuan tak guna!”

“Kau tu yang tak reti jaga laki kau sendiri! Kalau kalau pandai jaga pasti dia tak akan cari perempuan lain di luar. Sedarlah diri kau tu perempuan tua! Suami kau pun takde selera nak tengok kau yang gemuk dan hodoh!” Herdik Puan Halina. Dia juga turut membalas perbuatan Datin Rosella. Tadi dia juga terkejut dengan kemunculan isteri kekasihnya bila si isteri mengamuk dan menyerang dia tak akan dia nak berdiam saja.

“Sayang, darling sudahlah tu!” Dato malik sudah pening kepala.

Di sebelah sana isteri tersayang di sebelah sini kekasih hati tercinta dua-duanya dia sayang. Ya memang isterinya tua 5 tahun dari dia. Dulu masih bergetah dan ramping sekarang isterinya sudah tidak menjaga badan yang semakin mengempal. Seleranya hilang bila mahu bersama itulah punca kenapa dia jalinkan hubung secara senyap-senyap dengan perempuan lain.

“Abang pilih dia dari saya? Dulu abang yang tergila-gilakan saya setelah harta daddy saya abang dapat abang buat saya macam tunggul kayu di rumah?” Tajam Datin Rosella menikam wajah suaminya.

Kemarahan yang melanda diri membuatkan akalnya tidak boleh berfikir secara normal lagi. Dia mengagau sesuatu dalam beg tangannya. Botol kecil berwarna oren pekat dicapai yang diberikan oleh orang dia tadi. Dibuka kasar penutup botol itu lalu menjiruskan pada wajah Puan Halina yang awek muda itu.

“Argh!!!” Puan Halina menjerit kesakitan yang amat.

“Rasakan perempuan. Asid akan membakar wajah kau tu dan akan mencacatkan wajah penggoda kau! Puas hati aku!” Botol di tangan dilempar ke bawah dan terus dia beredar dari situ dengan bangga.

“Sayang!” Dato malik terkedu dengan tindakan drastik isterinya terus dia meluru mendapatkan buah hatinya yang mengerang kesakitan.

“Muka aku….muka aku!!” Laungan Puan Halina semakin galak. Wajahnya disentuh lembut.

Dato Malik mati kutu

Datin Rosella menapak mendekati mereka bertiga di sebalik sudut bilik sana.

“Terima kasih kepada kamu bertiga kerana membongkarkan kegiatan suami saya.” Ujar wanita itu.

“Apalah sangat datin. Saya cuma jalankan tugas saya seperti apa yang datin mintak.” Balas Kak Ruby.

Kak Ruby memang sengaja berjumpa dengan Datin Rosella dengan menyamar sebagai seorang penyiasat peribadi kerana Dato Malik merupakan kekasih kepada Puan Halina. Kalau bukan sebab itu tidak mahunya dia nak ambil peduli fasal hubungan suami isteri itu.

“Saya balik dulu ini cek untuk kerja kamu.” Datin Rosella menghulurkan cek berpalang sebanyak 10 ribu kepada mereka berdua sebelum dia melangkah pergi.

“Izzue rancangan kita dah berjaya! Duit ni kak bagi dekat kamu berdua kerana berjaya membuat kerja dengan tip top.” Sebuah senyuman lebar terukir di wajahnya.

Kak Ruby angkat tangan kanan. Izzue turut mengangkat tangan kiri. Tangan mereka berlaga antara satu sama lain

Pap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience