BAB 8

Romance Series 39528

Pagi-pagi lagi Haydar mengayuh basikalnya ke sekolah. Dia menyanyi kecil, hatinya berbunga. Seronok dapat berkenalan dengan gadis bernama Dhia Afina. Dia juga kesal dengan dirinya sendiri kerana telah menjatuhkan hukuman tanpa sebarang bukti. Bagi Haydar, Afina seorang gadis yang istimewa.

Ya, dia gadisku yang sangat istimewa, senyumannya hanya milik aku saja, desis hati Haydar. Perasaan ingin kasih dikasih sudah mulai mekar di hatinya.

“Haydar, kau nak heret meja ke mana?” soal Yasman sambil menepuk lembut bahu Haydar.

Haydar menjawab pendek sambil mengangkat meja tanpa menoleh. “Adalah.”

“Hooo, sekejap! Kau tahu tak itu tempat anak si pelacur?” Yasman agak terkejut bila melihat Haydar meletak meja dan kerusinya bersebelahan dengan meja Afina.

“Aku tahu,” balas Haydar ringkas dan padat.

“Jangan kata kau dah jatuh cinta dengan dia?” tebak Yasman dengan dahi berkerut sedikit.

“Kalau ya, kenapa? Kau cemburu?” bidas Haydar sinis.

“Aku cemburu? Tolong sikit! Haydar kalau kau nak berkawan dengan anak si pelacur tu secara automatik kau bukan kawan kami!” Yasman memberi amaran tegas.

“Ada aku kesah? Tak berkawan dengan korang pun aku boleh hidup,” jawab Haydar selamba.

“Kau ni... okey! kita tengok nanti macamana?” ugut Yasman berlagak samseng.

“Fina!Fina! Sini,” Haydar melaung memanggil nama Afina sebaik melihat kelibat Afina melangkah masuk ke dalam kelas itu. Dia menuju ke arah gadis itu. Yasman dibiarkan.

Afina melihat Haydar dengan wajah terpinga-pinga. Haydar sangat aneh pada pagi itu, tiba-tiba ceria sahaja. Semua budak kelas turut terdiam sama bila mendengar Haydar memanggil Afina dengan wajah tersenyum lebar.

“Mulai hari ini saya akan jadi kawan sebelah awak,” kata Haydar dengan wajah ceria.

Afina semakin pelik. Dia mengambil tempat untuk duduk sebelum memulakan bicara. “Awak yakin ke Haydar?” soal Afina was-was.

“Hello! Yang duduk di sebelah awak ni siapa? Saya kan? Jadi awak kena yakinlah yang saya memang duduk di sebelah awak untuk selama-lamanya...” bidas Haydar hujung bicaranya diperlahankan sedikit bimbang didengari Afina.

Afina blur tiba-tiba.

Loceng tamat waktu rehat kedengaran, Afina berjalan dengan Haydar seiring untuk masuk ke kelas sambil tergelak-gelak. Afina tidak menyangka Haydar seorang banyak cakap dan pelawak. Hatinya sangat senang berkawan dengan lelaki itu. Segala masalah di rumah dapat dilupakan untuk sementara waktu.

“Tengok tu pasangan jijik masuk seiring! Bahagia nampak!” sindir Emma disokong dengan gelakan dari rakan-rakan yang lain.

“Pak kepong kepong kepak! Dia datang dengan lengang kangkungnya hahaha...”

“Kompang di palu pengantin baru, pasang jijik masuk tersengih...”

Ejekan demi ejakan bergema di dalam kelas itu.Haydar bengang tiba-tiba. Dia mengepal buku limanya untuk menyerang gadis si mulut kotor itu dan yang lain-lainnya. Afina menyedari perubahan sikap Haydar pantas dihalangnya.

“Haydar, jangan!”

Haydar menoleh ke tepi. Dia memandang wajah Afina yang tenang itu dengan rasa sebal. Tak de perasaan ke si Afina ni?

“Kalau awak lawan balik, bermakna awak sama seperti mereka,” ujar Afina sambil memandang wajah Haydar kemerahan menahan rasa geram terhadap budak kelas mereka. Tengok Haydar tidak terkutip dia tersenyum pendek kemudian berlalu ke tempat duduknya.

Haydar memerhati Afina dengan wajah berkerut. Hairan kenapa Afina lebih suka dirinya diejek dari membela diri sendiri. Aneh!

Cikgu Kalsom masuk ke kelas untuk mengajar subjek Sains. Dia meminta semua pelajar menghantar tugasan yang diberinya semalam. Afina tercari-cari bukunya di bawa meja mahupun di dalam beg tapi tidak dijumpai. Dia mengeluh berat

“Kenapa ni?” Soal Haydar dengan dahi berkerut.

“Buku latihan saya. Tadi ada je dalam beg ni sekarang dah hilang!”Adu Afina resah dan takut, siapa tak kenal dengan Cikgu Kalsom pantang pelajarnya tidak menghantar kerja sekolah pasti kena denda!

“Siapa tak hantar lagi sila keluar!” laung Cikgu Kalsom dari depan.

Afina semakin panik. Teragak-agak mahu mengangkat tangan. “Sa..saya cikgu,” ucapnya tergagap-gagap sambil berdiri.

“Uf! Awak memang Afina setiap kali mata pelajaran saya, awak memang tak pernah bawa. Dah keluar kelas sekarang,berdiri dekat pintu sana,” marah Cikgu Kalsom, menghalau Afina dari kelasnya.

Haydar yang baru keluarkan buku latihannya dari beg terus memasukkan ke dalam laci mejanya semula serentak itu dia mengangkat tangannya. “Saya juga cikgu,” laungnya tiba-tiba.

“Haa baguslah duduk lagi dengan Afina tu, habis berjangkit penyakit malas buat kerja sekolah. Dah keluar! Pantang betul saya kalau ada orang main-main dengan subjek saya ni,” bebel Cikgu Kalsom semakin geram, sebelum memulakan pembelajaran.

Yang lain terdekek-dekek ketawakan Afina dan juga Haydar kecuali Emma. Dia merengus geram. Rancangan untuk kenalkan Afina gagal kerana Haydar sanggup jadi hero kepada Afina. Bencinya aku... gila ke apa si Haydar tu? Anak jijik seperti Afina tu pun masih lagi mahu berkawan, ceh!

Dialah yang menyembunyikan buku latihan Afina semasa gadis itu sedang makan di kantin ketika waktu rehat. Niatnya mahu kenakan Afina saja tapi Haydar masuk campur. Bertambah bara lagi dendamnya pada gadis itu.

“ Fina..” seru Haydar sambil tersengih menayangkan giginya.

Afina menguis-nguis lantai lantas memanggung kepala. Dahinya berkerut. “ Awak buat apa kat sini?”soalnya cuak.

“ Saja. Taklah saya terlupa bawa buku,” balas Haydar masih lagi tersengih.

“Tapi tadi...” belum sempat Afina menghabiskan kata-kata Haydar pantas mencelah.

“Betul! saya tak tipu. Lagipun... tak syok duduk sorang-sorang dalam kelas tu. Temankan awak lagi best apa? Tambahan awakkan teman serta sahabat saya. Susah sama-sama susah senang gembira bersama-sama,” ujarnya dengan sengihan masih terhias di bibirnya.

“Haydar...” ucap Afina perlahan dan sebak. Belum pernah ada orang mahu berada di sisinya ketika senang mahupun susah. Ya Allah terima kasih atas anugerah ini.

“Fina.. betul ke mak awak pelacur dan ayah kaki judi?” Suara Haydar tiba-tiba.

Fina tersentap. Suasana menjadi tegang serta merta. Dia menundukkan pandangan mengadap kakinya yang dahulu berbalut kasut yang dijahit situ sini kini tidak lagi. Semuanya serba baru. Terima kasih uncle Haris. Kerana uncle Afina dapat belajar lagi. Suatu hari nanti Fina akan balas semuanya, desis hatinya.

“Kenapa awak bangkit soalan ini tiba-tiba? Atau awak masih belum siap mahu jadi kawan saya?” duga Afina, tuturnya sangat perlahan.

“Eh, tak lah! Saya cuma nak kenal awak dengan lebih dekat lagi. Lepas ni senang saya nak bela awak kalau awak disakiti lagi,” Haydar cuba menyangkal kecurigaan Afina terhadap persoalannya.

Afina membisu untuk seketika.

“ Afina...” panggil Haydar bila gadis itu tidak bersuara.

“Saya takut...takut sekiranya awak menjauhi saya. Yalah kan siapa mahu berkawan dengan anak pelacur dan kaki judi seperti saya...” balas Afina sebak.

“Fina, saya bertanya bukan nak hina awak ataupun menjauhi awak. Saya tanya sebagai sahabat awak. Saya taknak awak menderita seorang diri. Saya akan ada di sisi awak,”

“Kenapa Haydar? Kenapa awak layan saya dengan baik? Sedangkan kita baru sahaja kenal.”

Haydar mengeluh kecil. Anak mata Afina ditatap seketika. “Saya sendiri tak tahu kenapa...? Tapi ini kali pertama saya jumpa dengan gadis setabah awak, Afina. Seorang gadis baru berusia 15 tahun, diejek dicerca dimaki hamun tak pernah sekalipun awak melawan balik. Saya kagum. Sangat kagum dengan sikap awak tu. Kalau saya, tak pasti dapat hadapinya atau tidak.”

Afina tersenyum menyenget. “Habis awak nak suruh saya buat apa? Melawan balik? Hrmm... Haydar awak tanyalah semua manusia di dunia ini, mahu ke mereka hidup dalam penderitaan? Tiada sesiapa yang mahu meminta untuk lahir dalam keluarga yang sangat miskin. Tiada siapa juga mahu memilih punyai seorang ibu sebagai pelacur seorang ayah yang kaki judi. Kalau diberi pilihan seperti itu semua manusia akan hidup aman damai, tapi kita ini hanya hamba abdi-Nya, yang mampu untuk menerima saja dengan redha. Saya yakin akan ada kebahagiaan bakal menanti saya kelak,” berjeda Afina menjawab.

Kali ini Haydar pula yang membisu. Matannya melilau pada jalan raya di seberang sana. “Saya cintakan awak... saya akan jaga awak sampai bila-bila itu janji saya...” tutur Haydar tanpa memandang wajah Afina seraya itu dia melangkah pergi meninggalkan Afina terpinga-pinga.

Cikgu Kalsom sudah keluar dari kelas, Afina menapak masuk ke dalam kelas seorang diri. Haydar masih lagi belum muncul. Sebaik saja melabuh duduk Afina terpandang sebuah buku di bawah meja Haydar. Dia menarik keluar sedikit buku itu. Matanya menbuntang bila melihat buku latihan sains kepunyaan Haydar.

“Dia tipu aku...?” tutur Afina perlahan

“Saya terlupa juga...Saja nak temankan awak... awakkan sahabat saya.. Saya cintakan awak.. saya akan jaga awak sampai bila-bila itu janji saya..”

Masih terngiang-ngiang di cuping telinga Afina kata-kata Haydar yang baru dilontarkan kepadanya sebentar tadi.

“Betul ke apa yang dia cakap tadi? Tidak jijikkah dia mahu mencintai aku seorang anak pelacur dan juga penjudi ini...?”

“Itu buku saya,” ujar Haydar secara tiba-tiba muncul. Buku dari tangan Afina di ambil serentak itu dia melabuh duduk.

“Awak....” panggil Afina.

“Kalau awak terima cinta saya, balik nanti kita jumpa dekat garaj basikal,” cantas Haydar sambil mengenyitkan sebelah mata pada Afina yang terlopong tidak dapat berkata-kata.

“Dah focus! Cikgu kat depan yang sebelah ini saya,” sambung Haydar lagi cuba mengusik gadis itu. Tanpa membenarkan Afina berbicara langsung.

Loceng tamat sesi pembelajaran dan pembelajaran pada hari itu kedengaran. Belum sempat Afina mahu menegur, Haydar lebih pantas mengatur langkah keluar dari kelas itu.

“Haydar... haaa.. apa aku nak buat ni? Uncle Haris suruh aku balik awal hari ni. Tapi aku tak nak kehilangan Haydar...” Afina mengeluh. Dia keliru mahu memilih siapa. Uncle Haris yang memberi kemewahan padanya atau Haydar lelaki yang satu-satunya mahu berkawan dengannya.

Hampir sepuluh minit Haydar menanti Afina tapi tidak juga muncul. Dia mengeluh dan terus mengeluh. “Mana Afina ni? Dia tak datang ke? Dia tak suka dekat aku ke? Ahh, malunya kalau dia tolak aku?” desak Haydar dengan resah. Basikal di tolak tarik ke depan dan ke belakang menanti Afina.

“Haydar…” seru seseorang dengan wajah tersenyum nipis.

Haydar lantas memanngung muka. Wajahnya terukir senyum. Manis sekali. Kemunculan Afina di hadapannya menandakan gadis itu turut menyimpan perasaan suka padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience