BAB 36

Romance Series 39528

ELMAN terus ke pejabat Hadry setelah mendapat panggilan dari lelaki itu. Semalaman dia tidak tidur kerana baru selesai operasi pagi tadi mendapat panggilan yang penting dari abang sepupunya tidak sampai hati mahu menolak.

“Assalamualaikum.” Elman bersuara sebaik menapak masuk ke dalam pejabat Hadry.

“Waalaikumussalam ya Elman masuklah.” Hadry yang sedang membaca dokumen di meja terus berdiri dan mempersilakan Elman untuk duduk di sofa.

“Ada masalah ke?”

“Aku ada dengar semalam isteri aku larikan diri dari orang-orang kamu betul ke?”

“Oh fasal itu! Ya tapi kau tak payah risau abang aku akan pastikan dia tidak akan lari lagi. Memandangkan dia sangat licik aku akan ambil alih untuk pastikan dia selamat.” Elman senyum.

“Hmmm terima kasih Elman. Maaflah menyusahkan kamu pulak. Abang sendiri pun tak faham dengan dia. Susah sangat nak dengar cakap abang. Abang buat semua nipun bukan untuk abang tapi untuk dia sendiri.” Hadry meluahkan rasa geram.

“Biasalah tu. Dia jenis yang suka bergerak bebas sekali kena diawasi mana dia tak bengang.” Jawab Elman, cuba menahan katupnya. Dia menguap seketika.

Hadry tergelak. “Aah ada betul juga. Abang sendiri pun sebenarnya rimas kalau ada orang mengekor ke mana saja nak pergi. kadang kala cemburu tengok orang lain nak ke mana nak buat bebas tanpa fikir keselamatan diri. Tapi apa boleh buat bila dapat pangkat dato harta bertambah, hasad dengki manusia pun semakin hebat terpaksa guna khidmat pihak polis untuk menjamin keselamatan abang satu keluarga.” Berjeda Hadry menceritakan pengalamannya.

Elman hanya tersenyum. Sekali lagi dia menguap. Otak semakin kosong dan akal tidak boleh berfungsi lagi. Rasa kepenatan semakin menghimpit diri. Tidur sekejap jadilah asalkan hilang rasa mengantuknya.

“Nampak macam kamu penat sangat ni, semalam kerja ke?” Soal Hadry, menyedari kelakuan adik sepupunya itu.

“Operasi besar malam tadi tu penat sikit.” Balas Elman dengan suara keletihan.

“Maaflah tak fasal-fasal kau kena datang sini untuk settelkan masalah abang. Abang panggil kau ni nak bincang fasal isteri abang sudah kau cakap kau sendiri yang akan handle lega sikit hati abang. Rehatlah di sini dulu sebelum kau balik penat sangat nampak tu.”

“Takpe ke aku rehat sini sekejap abang?”

“Boleh nanti aku minta pembantu aku sediakan kopi untuk kau.

Elman mengangguk dan terus melunjurkan tubuhnya ke sofa.

Hadry bangkit dan terus keluar dari bilik. Membiarkan lelaki itu berehat seketika.

“Hadry apahal awak minta saya ke mari?” Soal Afina sambil menerpa masuk ke bilik suaminya.

Sepi saja pejabat suaminya. Saat dia melangkah masuk dia tersentap termelihat sekujur tubuh Elman yang nyenyak berbaring di sofa dengan tangan kanan memegang tangan kiri seperti orang sedang solat. Tenang sekali wajah Elman tatkala itu. Afina menghampiri dan menatap lama wajah Elman dengan sayu. Jaket yang terjatuh di capainya lalu diselimutkan pada Elman yang masih lena dibuai mimpi.

“Elman Furqan…” Seru Afina perlahan.

Dia melutut dibawah. Ingin sekali dia memeluk lelaki itu. Mahu menumpang bahu untuk meluahkan segala rasa yang terpendam di lubuknya kepada Elman. Lelaki pertama dan terakhir dalam hatinya. Tak mungkin ada pengganti lagi.

Andai kau tahu akulah Dhia Afina, orang yang kau tunggu dan tercari-cari selama ini. Apa yang awak akan lakukan Elman? Adakah kau akan merebut diri ini dari Hadry? Atau kau akan tinggalkan aku sama seperti dulu? Menderita sendiri tanpa ada orang tercinta di sisi. Gumam hati kecil Afina.

“Elman…Elman…Elman…” Seru Afina berkali-kali.

Elman seakan mendengar orang memanggil namanya. Dia cuba buka mata tapi masih terasa berat. Seakan dia sedang bermimpi.

“Elman, sungguh aku tak dapat membohongi diri aku sendiri. Aku memang bencikan kau sebab kau tak tunaikan janji kau untuk datang selamatkan aku tapi aku… aku tetap mencintaimu sepenuh hati. Tiada ruang di hati ini kecuali kau. Aku ingin sangat kecapi rasa bahagia walaupun hanya seketika, bukan dengan Hadry mahupun sesiapa tapi aku ingin hidup bahagia hanya denganmu Elman Furqan. Kenapa Tuhan tidak satu kan kita?” Afina berperang sendiri. Air matanya gugur dengan perlahan-lahan.

Di luar kawalan, Afina mengangkat tangan kanannya lalu mengelus lembut rambut Elman yang terjutai sedikit. Segala memori silam satu persatu terpapar di fikiran.

“Tak kira apa jua sekalipun saya akan selamatkan awak dari menjadi isteri lelaki itu, saya janji.”

“Awak yakin ke dengan keputusan awak tu Elman?”

“Ya saya yakin. Saya tak akan izinkan lelaki tua itu miliki awak. Dia tak layak untuk awak.”

“Ah, mana janji manismu yang dulu Elman. Kau suka tabur janji manis tunaikannya tidak. Aku benci kau Elman! Benci! tapi… kenapa hatiku tidak mampu untuk melupakan dirimu… Aku tak boleh lemah sekarang. Aku perlu kuat. Dendamku masih belum tertunai lagi! Afina mengigit bibir bawah menahan perasaan yang bercampur gaul. Hatinya mudah goyah setiap kali melihat Elman.

Elman tiba-tiba mengeliat, tangan kirinya tergawang lalu terkena pipi Afina yang asyik mengelamun.

Terduduk terus. Pijar anak mata Afina seketika menahan rasa sakit akibat kelakuan tidak sengaja dari Elman itu.

“Sakitnya!” Afina mengaduh kuat sambil menggosok pipi. Geram punya pasal dia menumbuk dada Elman dengan kasar. Balas dendam konon.

“Arghh!” Elman terus terbangun bila dadanya terasa sakit dihempap sesuatu terdengar. Dia memisat-misat matanya seketika sambil menggosok dadanya.

“Eh, Ana, kenapa ni?” Soal Elman kehairanan.

Afina yang masih menahan kesakitan hanya memandang saja wajah Elman.

“Kenapa dengan pipi awak?” Soal Elman lagi lalu bangkit memperbetulkan duduknya. Hendak dibantu gadis di hadapan tidak boleh kerana mereka bukan mahram.

“Uh! Afina mendengus. “Tangan awak tu ganas sangat! Masa tidur pun boleh lagi menampar orang. Memang dasar polis!” Perli Afina lantas bangkit berdiri.

Elman terpinga-pinga. Dia masih binggung. Dada terasa sakit mungkin dari wanita ini. Sesaat hati terdetik sesuatu dan masih berteka teki. ‘Tadi aku dengar suara dia… mungkin aku terlalu rindukan dia sampaikan termimpikan dia.’ Tanpa sedar Elman mengukir senyuman lebar.

“Ehem!” Afina berdehem sedikit. Geram bila melihat wajah lelaki itu begitu. “Kenapa awak tidur di sini?” Soal Afina cuba mengubah topik. Kasar nada suaranya.

Elman tersedar dari mengelamun. “Hah? Oh saya menumpang tidur sekejap semalam ada kes nak balik ke rumah Hadry call nak jumpa terus saya ke sini.” Jelas Elman sambil tersengih manis, matanya mengekori langkah Afina yang mengambil tempat di depannya.

Afina senyum pendek tak betah melihat lama senyuman lelaki itu.

“Hrmm…mana Hadry?” Elman tertinjau-tinjau mencari Hadry.

“Saya pun tak tahu. Saya datang pun sebab dia yang suruh tak sangka pula awak yang ada dalam bilik ini.”

“Hmmm.” Elman melihat jam di tangannya seketika. “Takpelah Ana saya minta diri dulu nanti saya akan ke butik awak. Saya harap tak larikan diri sebab saya terlewat nanti. Saya pergi dulu.” Elman mengundur diri.

Afina memuncungkan mulut. Tahu lelaki itu perli dia. Bila Elman bangkit meninggalkan dirinya, hati kecil dihimpit sayu. Ditoleh ke arah Elman perlahan-lahan. Air matanya gugur sekali lagi.

“Elman saya rindukan awak sangat-sangat…” Ujar Afina perlahan.

Hati Elman terdetik lagi. Terus dia menoleh ke belakang melihat Afina. Afina tersentak laju menyeka air mata yang gugur.

“Ada apa yang tinggalke?” Suara Afina dalam suara serak.

Elman membisu seketika. ‘Kenapa hati aku kuat mengatakan dia ada kaitan dengan gadis aku. Aku masih cari bukti.’

“Jaket saya tertinggal.” Elman mencipta pembohongan. Dia patah balik ke sofa mengambil jaket dan terus keluar dari situ.

Afina melepaskan keluhan berat. Air mata kembali gugur. Dia mengesat air mata yang mengalir dengan jari runcingnya berkali-kali sebelum dia bangkit dan menapak ke jendela syarikat yang dulunya milik Tuan Haris kini dipegang oleh Elmy Hadry cucu lelaki tunggal Tuan Haris. Kerana dendam dia sanggup korban dirinya menjadi isteri kepada cucu si tua keparat. Dia ingin memusnahkan semua isi keluarga Tuan Haris.

Dibuang pandangan jauh ke luar jendela melihat kelibat Elman yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Sedetik kemudian dia mendongak ke dada langit mengenang perjalanan masa depan hidupnya. Berapa lama lagi harus dia hidup begini? Membohongi semua orang tentang identitinya.

Hadry masuk ke pejabatnya. Semasa diluar tadi dia terserempak dengan Elman, dan lelaki itu minta izin mahu pulang dan menurut kata Elman isterinya ada dalam pejabatnya. Terus dia mempercepatkan langkahnya. Sebuah senyuman singgah di bibir. Dia melangkah dengan hati-hati supaya Afina tidak perasan kehadirannya di situ. Bila berdiri betul di belakang Afina dia terus memeluk isterinya. Sebuah kucupan hinggap di leher isterinya.

“I love you sayang.” Ucap Hadry penuh romantik.

Afina apa lagi terus terkejut. Nasib baik tak terkeluar jantung saja. “Hadry!” Jerit Afina lalu membalikkan badAnnya betul mengadap Hadry. Terkejut Anne tahu..

Hadry sengih sebuah kucupan diberikan lagi pada afina di tempat yang sama. “I really miss you.”

“Awak ni dah kenapa? Macam tak jumpa setahun aje?” Soal Afina dengan wajah cuak. Dia rimas dengan kelakuan suaminya itu.

Hadry tenung Afina lama seraya itu dia raih tubuh wanita itu lalu dirangkul seerat mungkin. “Abang sayang Ann sangat-sangat. Abang janji akan bahagiakan Ann sampai hayat abang.” Tutur Hadry penuh kesyahduan dengan air mata meleleh keluar.

Afina tergamam. Tubuhnya menjadi kaku tetiba. Titisan air mata Hadry yang menitis terkena bajunya dapat dirasa. Hatinya kosong. Walaupun tersentuh sedikit namun tidak mampu menyentuh hatinya supaya menerima cinta suaminya itu.

Hadry meleraikan pelukan. Bahu Afina dia pegang, wajah gadis itu di tatap lagi. Sebelah tangannya dijatuhkan lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar. “Nah!” Hadry menghulurkan sebentuk cincin yang cantik kepada Afina.

Mata Afina membulat. “Cincin?” Soalnya terkejut. “Nak buat apa? Jari Ann dah ada cincin.” Tolak Afina sambil menunjukkan jarinya yang sudah tersarung dua bentuk cincin.

“Itu yang lama, ini yang baru. Upah sebab sentiasa bersabar ketika abang selalu keluar daerah.” Suara Hadry sambil memegang tangan Afina. Dia tarik keluar cincin yang sedia ada di jari manis Afina dan menyarungkan cincin yang baru dua hari lepas ke jari manis Afina. Menggantikan yang lama.

“Abang membazir saja.” Nasihat Afina. Dia tidak suka Hadry menabur wang ke atas dirinya.

“Buat sayang, abang sanggup buat apa saja. Asalkan sayang sentiasa bersama abang.”

“Hadry, saya rasa awak ada sesuatu nak cakap kan kalau tak awak tak pelik semacam. Okey bagitahu saya sekarang apa yang sebenarnya?” Afina masih cuak dengan kelakuan aneh suaminya.

“Orang-orang Elman bagitahu abang yang sayang larikan diri dari mereka, kenapa sayang?”

“Saya tak suka dikongkong.”

“Sayang abang sanggup buat apa untuk sayang tapi untuk pastikan sayang ada dengan abang sepanjang masa memang mustahil dengan kerja abang sekarang sebab itu abang minta bantuan pihak polis untuk keselamatan sayang. Abang call Elman untuk bincangkan hal ni hati abang lega bila dia cakap sayang setuju untuk diawasi oleh dia sendiri. Terima kasih sayang… tolong jaga diri untuk abang.”

Mata Afina membulat memandang wajah keikhlasan suaminya. Belum sempat dia mahu membuka mulut untuk berbicara Hadry mematikan dengan sebuah kucupan ke bibirnya. Terkaku terus Afina.

Bip! Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

“Huh! Siapa yang kacau daun ni?” Marah Hadry

“Hello!” Kasar Hadry menyahut. Merosakkan moodnya untuk bermanja dengan isteri.

Afina cepat-cepat menjarakkan dirinya. Dia tidak suka diperlakuan begitu.

“Apa?! Betul ke apa yang kamu cakap ni? Baiklah saya akan ke sana tolong jagakan mamy untuk saya.”

“Sayang kita naik KL sekarang!” Laju Hadry mengheret lengan isterinya sebaik panggilan ditamatkan.

“Kenapa?” Soal Afina kehairanan.

“Mamy. Ada sesuatu yang menimpa dia.” Jelas Hadry tanpa menoleh ke belakang. Nombor Elman dicari terus didail.

“Elman,maafkan aku. Aku perlukan kau dan beberapa anggota kau untuk ikut aku ke KL ada hal penting.”

Afina sudah tersenyum panjang. Ini bermakna rancangan mereka telah berjaya. Puan Halina sudah terkena jeratnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience