BAB 40

Romance Series 39528

TUAN! Saya ada maklumat tentang kes dato Hadry.” Uzir rakan setugas Elman menyekat dia sebaik melihat kelibat lelaki itu mahu masuk ke pejabat.

Elman yang baru saja masuk ke pejabat, menghentikan langkahnya. “Macam mana? Apa jawapannya?”

“Lelaki yang memukul anggota kita dan Dato Hadry kita berjaya menangkap mereka semalam. Menurut mereka orang yang mengupah adalah seorang perempuan. Saya rasa perempuan itu mahukan Dato Hadry tapi Dato Hadry tak layan maklumlah Datin Ana kan cantik jadi dia layankan surat ugutan.” Kata Uzir memberi maklumat penting tanpa satu pun yang tertinggal.

Elman pulas tombol pintu pejabatnya. Dia melabuh duduk dan mempersilakan lelaki itu duduk sama.

“Perempuan? Hmmm kalau macam tu kamu siasat lagi cari bukti yang kukuh. Nanti minta Sarjan Halim lakarkan raup wajah perempuan itu. Saya perlu bagi pada Hadry secepat yang mungkin, mana tahu dia tahu tentang perempuan itu. Baiklah kamu teruskan siasat, saya nak keluar sekejap.”

“Aik tuan baru aje masuk nak keluar lagi ke?” Soal Uzir, hairan dengan semangat wajah yang dimiliki orang atasannya itu.

Elman tersengih. Menyiasat kes Hadry memang penting tapi yang membuat dirinya bertambah semangat menyelesaikan siasatan ini adalah bila berjumpa dengan isteri lelaki itu. Dia dapat rasakan gadis itu adalah gadis yang dia tertunggu-tunggu. Dia tahu berdosa mencintai isteri orang, dia tak ingin lakukan perkara yang mengundang maksiat. Apa yang dia inginkan adalah ingin pasti siapakan gadis yang bernama Ana Dahlia itu.

Afina yang sedang membaca majalah di sofa terganggu bila telefon Hadry berbunyi. Dia meletakkan majalah lalu mencapai telefon bimbit kepunyaan hHadry. Tertera nama Elman membuatkan hatinya berdebar-debar.

“Siapa yang buat panggilan tu sayang.” Tanya Hadry tangan masih ligat menyemak dokumen-dokumen penting.

Sejak kemurungan melanda diri, Afina jarang masuk butik tambahan pula Hadry sangat risaukan keselamatan dirinya. Setiap hari ke mana saja Hadry pergi mesti dia ada sama. Perhubungan dia dengan Hadry semakin baik walaupun mereka belum rasmi menjadi suami isteri yang betul-betul. Hadry sendiri bahagia dengan perubahan isterinya. Dia berharap satu hari nanti pintu hati wanita terbuka untuknya dan dapat menerima dirinya sepenuh hati.

Afina tidak menjawab. Dia bangkit dan terus menghulurkan telefon itu pada Hadry. Hadry menatap skrin telefon seketika kemudian memandang Afina serentak itu dia menekan butang hijau.

“Hello ya Elman.” Sapa Hadry.

Afina mahu melangkah pergi tapi Hadry cepat menangkap lengannya.

Afina tidak dapat mengimbang badannya terus terjatuh di paha suaminya. Hadry cepat memaut pinggang ramping isterinya. Afina senyum terus memaut batang leher suaminya. Bergayut pada batang leher itu.

“Hah, betul ke? Baiklah sekejap lagi kita jumpa dekat tempat biasa.”

“Apa hal abang?” Soal Afina sebaik Hadry menamatkan panggilan. Panggilan nama sudah ditukar kepada abang.

“Elman cakap pihak polis sudah tangkap orang yang memukul abang.” Jelas Hadry tangannya masih ligat bermain-main di pinggang Afina.

“Err.. maksud abang, pihak dah tahu siapa yang buat dekat keluarga kita?” Soal Afina untuk kepastian.

“Macam tulah kot. Dia cakap penjenayah itu perempuan, kenapa sayang cemburu?” Soal Hadry kembali bila melihat wajah Afina berubah sedikit.

“Takde maknanya nak cemburu. Tak hairanlah perempuan yang buat sebab abang kan jutawan siapa yang taknak jadi isteri abang kan, dato lagi tu! Baguslah pihak polis dh tahu siapa yang buat. Kalau dia dapat ditangkap Ann rasa bahagia sangat lepas ni kita dapat hidup dengan tenang.” Dalihnya lalu memeluk batang leher suaminya.

Habislah kalau Elman dapat tahu siapa orang itu sebenarnya. Apa aku nak buat ni? Aku pasti diitangkap dan dipenjarakan… inikah pengakhiran hidup aku? Kak Ruby… Ann sudah buntu sekarang. Afina menggigit bibir.

“Abang tak kesah orang itu tertangkap atau tidak, sebab adanya Ann di sisi abang, abang akan rasa tenang setenangnya.” Hadry bermain kata-kata lagi, bahu Afina di tolak ke belakang sedikit, mata mereka berlaga seketika.

Afina senyum dalam paksa.

Selepas membuat pesanan Hadry meminta untuk ke tandas sekejap. Temu janji dengan Elman untuk bincangkan kes dia dibuat pada petang itu. Orang yang masuk berpusu-pusu dalam kedai makan ini yang agak terkenal dengan masakan ikan patin terletak bersebelahan dengan sungai temerloh itu langsung tidak diendahkan. Yang menjadi fokus pada pandangan wanita itu adalah sungai di hadapannya. Di mana dulu tempat ini sering menjadi tempat lepaknya bersama Elman. Setiap kali dia ada masalah pasti di sini Elman akan membawanya dengan membonceng basikal sepanjang jalan. Sungai ini menjadi sumber ketenangan untuk merawat hatinya tika berduka.

Semua sudah tinggal kenangan. Kenangan yang akan terkubur tanpa batu nisan. Dia kembali ke sini Elman langsung tidak kenal, tidak mengenali dia. Kalaulah lelaki itu dapat kenali dia pasti dia tidak teruskan rancangan jahatnya. Sekarang semua sudah berakhir. Rancangkan jahat akan terbongkar nanti. Dia akan dihukum dengan apa yang dia telah buat. Hadry akan bencikan dia. Elman akan tinggalkan dia. Memang takdir dia berakhir dengan kesedihan kerana permulaan hidupnya juga begitu.

Pelayan lelaki kedai mendekati meja membawa pesanan yang dipesan mereka tadi. Semasa pelayan itu mahu meletakkan hidangan di meja, seorang kanak-kanak berlari lalu terlanggar pelayan tersebut. Tanpa sengaja mangkuk yang berisi gulai tempoyak ikan patin berada di tangan pelayan itu terjatuh dan tertumpah tepat di kaki kanan Afina.

Afina terkejut lantas menjerit kesakitan. “Aauuu!!”

Elman yang kebetulan baru sampai terdengar suara jeritan Afina terus berlari mendapatkan gadis itu.

“Maafkan saya.” Pelayan itu meminta maaf atas kecuaiannya.

Afina membongkak sambil menggosok kaki yang kesakitan.

“Ana awak takde apa-apa?” Sergah Elman dengan riak cemas.

“Sakit...” Rengek Afina sambil menggosok kakinya yang sudah kemerahan dengan lingangan air mata.

Melihat wajah Afina mendung Elman lantas duduk bercangkung untuk melihat kaki wanita itu.

“Mari saya tengok.” Pinta Elman

Afina dengan perlahan-lahan menyelak sedikit skirt panjangnya untuk memudahkan Elman melihat kesan terkena kuah gulai tempoyak ikan patin itu.

Mata Elman terbuntang bila melihat kaki Afina ada kesan parut berjalur panjang di belakang kaki gadis itu.

“Sayang kenapa ni?” Hadry yang baru keluar dari tandas terus mendapatkan Afina. Pelik kenapa Elman duduk bercangkung di depan isterinya.

“Maafkan saya encik, saya tak sengaja tumpahkan kuah panas atas kaki dia.” Belum sempat Afina membuka mulut pelayan tadi cepat meminta maaf.

“Kenapa cuai sangat awak ni?!” Sergah Hadry. Dia mencuit bahu Elman meminta lelaki itu beralih sedikit. “Lain kali buat kerja betul-betul!” Bebel Hadry.

Afina hanya membisu begitu juga dengan pelayan tadi. Dalam hati sudah gusar sekejap lagi pasti akan di marahi bosnya.

Elman bangkit perlahan-lahan memberi ruang kepada Hadry melihat keadaan kaki Afina kerana lelaki itu lebih berhak.

‘Parut itu… hanya seorang saja yang ada. Dhia… Dhia Afina saja yang ada parut itu. Ya bekas parut akibat terkena zink buruk ketika cuba larikan diri dari Tuan Haris dan akulah yang merawat luka itu. Jangan-jangan Anna adalah…’gumam hati kecilnya.

Elman cuba menyedut oksigen. Dia perlu bertenang sekarang. Perasaannya sekarang sukar untuk digambarkan. ‘Elman tenang…kalau betul dia gadis kau…hah! Tolonglah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Memang tak masuk akal langsung. Aku tak boleh nak terima kenyataan ini!’

Bip! Satu notification whatsup masuk ke dalam telefon bimbit milik Elman.

“Mana tauke kedai ni, saya nak jumpa dia?! Macamana dia boleh ambil pekerja yang cuai macam awak ni!” Marah Hadry dengan tangan terangkat-angkat. Hatinya panas akibat kecuaian pelayan lelaki itu.

Afina mengeluh dengan sikap Hadry yang terlalu mengambil berat dirinya. Bukan dia tak mahu tapi kadang-kadang sikap itu membuatkan dia bosan dan rimas.

“Abang dah la tu, Ann takde apa-apa.”

“Mana boleh biarkan sayang. Kaki sayang sudah lencur sayang ingat abang nak bairkan begitu saja? Kalau ikutkan marah abang, nak saja abang saman kedai ni!”

“Kenapa dato? Ada masalah ke?” Tiba-tiba seorang lelaki separuh abad muncul mungkin terdengar suara tekingan Hadry. Pelayan lelaki tadi semakin pucat nasib baik tak terkencing dalam seluar saja.

Dari bercangkuk Hadry berdiri tegak sambil bercekak pinggang. “Pekerja kau ini tak pandai buat kerja. Boleh dia tumpahkan kuah yang panas atas kaki isteri aku?!” Amuk Hadry, jari telunjuknya tepat ditunding ke arah pelayan yang baru lepasan SPM.

“Abang…”Afina turut bangkit lalu menarik lengan kemeja Hadry, supaya bersabar.

Elman yang berada situ juga hanya memerhati saja padahal dia anggota polis tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tahu sikap abang sepupunya itu. Nasihat orang lain tak mahu terima pakai kecuali orang tersayang.

Bip sekali lagi telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk berkali-kali tapi dia biarkan sahaja. Sesaat kemudian dia membuka dan mendownload beberapa imej yang dihantar oleh Uzir. Matanya membulat besar. Imej lakaran wajah suspek yang dicari jelas di matanya. Terus dia pandang wajah Afina di hadapannya.

“Maafkan pekerja saya dato. Nanti saya ganti…” Belum sempat lelaki itu mahu menyambung bicara. Hadry terlebih dahulu mencantas dengan tajam.

“Nak ganti apa? Kaki isteri aku dah lencur, kau nak ganti dengan kaki kau?!”

“Abang! Dah lah sikit aje pun Ann takde apa-apa.” Afina menjerit geram dengan sikap Hadry semakin menjadi-jadi. “Encik maafkan suami saya.” Afina tunduk sedikit meminta maaf atas sikap kasar suaminya. Dia malu percuma mereka menjadi pelakon swasta yang disaksikan oleh pelanggan yang lain. Dia menarik tangan Hadry untuk pergi dari situ.

Hadry tergamam. Tubuhnya terdorong mengikut langkah Afina. Semasa melepasi Elman, Hadry sempat berbicara.

“Elman kita jumpa lain kali ya?”

Elman masih binggung hanya mengangguk.

‘Isteri sendiri yang mengupah orang untuk membunuh Hadry? Apa maksud semua ini? Hmmm ya Allah memang tak sangka kuasa cinta boleh mengatasi segala-galanya tapi siapa sangka orang yang dicintai itu musuh dalam selimut. Dia tersenyum nipis. Ann Dahlia ataupun Dhia Afina bukan lagi miliknya. Hadry sangat bertuah memiliki gadis itu.

“Betul sayang okey ni? Kita ke hospital ya.” Tanya Hadry sebaik mereka masuk ke dalam kereta.

“Abang sikt saja ni balik rumah saya minta mak letak ubat okeylah nanti, abang jangan emosi sangat boleh? Walaupun abang ada pangkat dato harta bertimbun tak bermakna abang boleh marah orang lain sesuka hati abang.” Kali ini Afina pula yang menjadi panas hati.

“Entahlah sayang sejak macam-macam yang berlaku terhadap keluarga kita fikiran abang tak boleh nak berfikir waras. Abang rasa orang di sekeliling tidak boleh dipercayai kita tak tahu sama ada mereka musuh kita ataupun tidak. Macam tadi mana tahu pekerja itu sengaja nak cederakan sayang kita tak tahu kan?” Hadry masih menegakan keadilan bagi pihak diri dia sendiri.

Afina keluh lembut. Berhadapan dengan lelaki ini dia perlu berlembut. Dia angkat tangan lalu memegang wajah Hadry untuk menatap wajahnya.

“Look Dato Elmy Hadry bukan semua ada niat jahat terhadap kita. Dia memang tidak sengaja tadi ada budak yang langgar dia. Saya nampak tadi jadi abang tak boleh nak hukum begitu. Abang sendiri cakap pihak polis sudah tangkap penjenayah itu kan jadi kita sudah selamat. Abang jangan risau penjenayah itu tak mungkin buat jahat lagi pada abang…” Hujung kalam Afina kedengaran agak perlahan. Penjenayah yang dimaksudkan dia adalah dia sendiri dan sekarang dia tiada sesiapa jadi tak mungkin dia bertindak sendiri. Cuma apa yang hairan siapakan penjenayah yang ditangkap oleh pihak polis.

Hadry mengangguk dan sempat dia mengucup tangan isterinya. Ya dia terlalu ikutkan emosi marahnya. Dia sebenarnya lebih kepada perasaan cemburu. Dia cemburu kerana masa Afina terkena Elman terlebih dahulu ada di situ. Dia tidak mahu lelaki itu dekat dengan isterinya. Sekarang dia sudah tahu Elman dan Afina sepasang kekasih satu ketika dahulu dan dia tidak mahu kisah cinta antara mereka berdua berputik semula. Dia harus sembunyikan identiti isterinya pada lelaki yang bernama Elman Furqan.

ELMAN meraup wajahnya sebaik usai membaca doa yang panjang. Dia bertelukur lama di tikar sejadah. Dia memerlukan masa bersama Pencipta. Dia mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya sekarang. Apa yang berlaku apa yang dia rasa semuanya sudah ditentukan. Air mata lelakinya tidak dapat dibendung lagi, akhirnya dia biarkan air mata itu mengalir turun dengan laju.

“Allah…kenapa Kau uji aku begini. Aku tak sanggup untuk hadapinya. Dia gadis aku Dhia Afina. Sekarang dia sudah menjadi milik orang.” Elman mencapai dua keping gambar yang dia dapat dengan Uzir petang tadi. Lama dia menatap. Gambar pertama Dhia Afina sewaktu berusia 15 tahun sekeping lagi gambar Ana Dahlia.

“Kenapa aku tak boleh nak kenal kau Afina…kenapa? Wajah kau jauh berbeza berbanding dulu. Tahi lalat di hujung mata kiri kau dulu kau buang tapi mata redup kau langsung tak berubah kenapa mata aku buta nak kenal kau? Wajah lembut kau yang selalu tersenyum walaupun hati kau terluka telah berubah menjadi tiada perasaan. Hati kau sukar untuk aku tafsirkan kau jauh sudah berubah sebab itu aku langsung tak syak itu kau.”

Elman pejam mata. Terbayang wajah Afina tersenyum, menangis, marah sewaktu bersama dengan dia semasa wanita itu menggunakan identiti sebagai orang lain. Hati Elman bertambah pedih. Orang yang dia tunggu selama ini rupanya ada di depan mata.

“Arghhh!” Elman menjerit kuat. Melepaskan rasa sebak di dada yang semakin menghimpit.

Mak usu Elzahrah di luar tamu tersentap terus berlari menerjah masuk ke bilik anak buahnya itu.

“Elman kenapa ni sayang?” Sergah wanita itu terus mendapatkan Elman yang masih di tikar sejadah.

Elman meremukkan gambar-gambar itu. Sama seperti hatinya sekarang sedang remuk berkecai.

“Hati Elman sakit mak usu…sakit sangat…” Elman pegang dada kirinya sambil menumbuk berkali-kali.

Mak usu Elzahrah menahan anak saudaranya dari mencederakan diri. “Cuba cerita dekat mak usu elman siapa yang buat Elman sakit?”

“Dhia Afina…dia masih hidup mak usu…dia masih hidup. Rupanya dia ada depan mata kita. Bertahun Elman tunggu dia akhirnya dia hadir juga.”

“Betul ke ni Elman? Elman tak tipu?”

Elman menganggukkan kepalanya.

“Syukurlah kalau begitu. Tak sia-sia penantian Elman.” Mak usu Elzahrah sudah memanjat kesyukuran.

“Tapi kalau dia kembali kenapa Elman nak rasa sakit sepatutnya Elman gembira?” Soal wanita itu kehairanan.

Elman senyum tawar. “Dia sudah jadi milik orang mak usu…milik Abang Hadry abang sepupu Elman sendiri. Dhia Afina dengan Ana Dahlia adalah orang sama… orang sama pernah tinggal di rumah ini orang yang sama makan bersama kita dulu…”

Mak usu Elzahrah sudah terngadah. Dia terduduk lemah.

“Hati Elman sakit mak usu… Elman tak boleh nak terima ini semua…” air mata Elman semakin laju.

Mak usu Elzahrah memaut kepala Elman rapat ke dadanya. Dia turut menangis sama. “Sabarlah nak…mungkin dia bukan jodoh untuk kamu. Kamu harus tabah sayang… mak usu yakin kamu boleh hadapi ujian ini mak usu percaya kamu. “ Pujuk Mak usu Elzahrah.

Memujuk hati yang sedang terluka. Sungguh dia tidak sanggup melihat lelaki itu menangis lagi. Kali terakhir dia melihat Elman begini 15 tahun yang lalu. Penerimaan berita tentang kemalangan keluarganya. Malam ini untuk kali pertamannya hati lelaki ini terluka lagi. Dia berjanji tidak akan benarkan air mata lelaki ini keluar lagi. Dia berjanji dengan dirinya sendiri akan menjauhkan Afina dengan Elman. Dia mahu Elman hidup bahagia juga.

Elman menangis sepuas hatinya. Merengek seperti anak kecil. Hati yang sangat rapuh sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience