BAB 31

Romance Series 39528

“SIHAT Halina?” Sapa Encik Elzikri.

Sebuah senyuman manis dihulurkan kepada bekas isterinya yang semakin nampak anggun dan bertambah seksi itu. Seorang isteri dikahwini atas dasar cinta suatu ketika dahulu sudah menjadi tawar bila sikap masing-masing tersingkap sedikit demi sedikit.

“Adry, isteri kamu sudah sampai pergilah jemput.” Soalan dari Encik Elzikri tidak diendah malah Puan Halina siap menjeling bagai. Sungguh dia benci akan lelaki itu.

“Mamy, papa Adry ke depan dulu ya.” Terus Hadry berlari anak untuk mendapatkan isterinya.

“Halina, aku ada benda nak cakap dengan kau.” Halang Encik Elzikri bila Puan Halina mahu angkat kaki dari situ.

Puan Halina terus kalih. Namun hanya sekilas pandang. Dia tidak mahu menatap wajah itu. Tangan diangkat terus memeluk tubuh.

“Apa lagi abang nak cakap dengan saya? Urusan kita sudah selesai lama.”

“Fasal Alia, aku ada jumpa dia di Belgium bersama dengan seorang lelaki yang pasti lelaki itu bukan muslim. Apa yang kau dah buat pada dia Halina? Kau sedar tak kau telah rosakan anak kita?”

“Anak kita? Hello bukan ke Adry seorang yang abang mengaku anak abang?” Cukup sinis kata-kata Puan Halina.

“Walaupun aku tak tahu Alia itu dari benih jantan mana tapi masa Alia lahir aku masih lagi suami kau dan aku juga yang iqamahkan dia jadi tanggungjawab sebagai seorang ayah masih ada dalam diri aku. Kalau aku tahu kau akan rosakkan Alia rasanya lebih baik aku bawa dia pergi bersama dengan aku dulu.”

“Kelakar betul jawapan abang. Kalau abang nak tahu ya betul Alia bukan anak abang tapi anak bekas suami saya yang kedua. Dia sangat cintakan saya. Semua benda yang saya nak dia kasi tapi abang? Abang hanya tahu tinggalkan saya, menghalang segala aktiviti saya sebab itu saya sengaja buat hal. Saya nak abang ceraikan saya tapi abang degil masih nak angkat darjat saya sebagai isteri abang. Saya rimas! Saya mahukan kebebasan. Papa tak pernah sekat segala yang saya buat. Kalau bukan sebab cintakan abang saya pasti tak akan kahwin dengan abanglah!” Sungguh bongkak kata-kata yang terbit dari bibir Puan Halina.

“Aku sayangkan kau sebab itu aku ambil kau sebagai isteri. Aku mahu didik kau dari terus hanyut dengan syurga dunia ini. Ya aku akui aku silap sebab tinggalkan kau dan anak-anak semata-mata aku mahu menggembara untuk aku hasilkan satu manuskrip buku aku tapi aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku. Segala nafkah batin dan zahir aku selalu tunaikan. Untuk pengetahuan kau aku mengembara disebabkan kau yang buat hal dulu Halina, kau tak ingat? Kau main dengan lelaki lain di belakang aku, kau duakan aku diranjang. Kau yang mula buat perangai baru aku buat perangai. Aku paksa diri aku merantau untuk elakkan aku dari bersedih.”

“Aku memang mampu untuk berikan kau kemewahan tapi aku tak mampu untuk mengizinkan kau terus bebas. Aku sayangkan kau sebab itu aku sekat segala-galanya tapi kau telah mencabar keegoan aku sebagai suami kau. Kau yang sendiri pilih jalan kau jadi aku izinkan. Kau dapat apa yang kau mahukan, sekarang kau puas hati Halina sayang?” Encik Elzikri sengaja mengungkit cerita lama. Dia mahu bekas isterinya itu sedar diri sedikit.

Puan Halina mengigit bibir, ketat. Sakit hatinya bila sejarah lama diungkit. Ya, betul. Dia yang sengaja cari fasal dengan lelaki di hadapannya kini. Dia bukan jenis seorang yang isteri yang taat akan perintah suami. Arahan ayah kandungan sendiri dia boleh langgar apatahlagi dengan arahan si suami, ajnabi baginya. Didikan dari seorang bapa yang dilimpahi dengan kemewahan sejak kecil lagi menjadikan dia tidak pernah untuk bersyukur.

“Halina belum terlambat lagi untuk kau bertaubat dan berubah. Kembalikan ke pangkal jalan.”

“Tak payah nak sibuk fasal akulah Elzikri! Aku tahu jaga diri aku. Kehidupan aku sekarang sudah cukup bahagia. Mulai sekarang aku taknak lihat wajah kau, kita saling tak kenal lagi selepas ini!” Bicara Puan Halina agak kasar kerana terlalu marahkan bekas suaminya itu.Terus dia beredar dari situ.

Sungguh dia tidak akan berjumpa lagi dengan Encik Elzikri. Dia suka akan kehidupan dia begini. Tak perlu terikat dengan mana-mana lelaki. Bebas untuk keluar dengan sesiapa yang dia suka.

Encik Elzikri hanya mampu menggelengkan kepala. Nampaknya bekas isterinya itu tidak boleh menerima sebarang perubahan. Semoga Allah mencampakkan hidayah kedalam diri Halina, itulah doanya.

“Papa!” Hadry memanggil dari jauh. Dia menggamit agar ayahnya datang mendekat. Encik Elzikri terus tersedar dari berkhayal terus ke sana.

“Papa, ini isteri saya Ana Diana.” Hadry memperkenalkan Afina kepada ayahnya.

“Selamat datang dalam keluarga kami Ana. Hadry patutlah kamu tiba-tiba nak kahwin secara mendadak, cantik orangnya.” Encik Elzikri tersenyum manis dan sempat memuji menantu sendiri.

Hadry gelak kuat. Mereka bersalaman seketika. Afina pula hanya menunduk wajah.

“Papa macam pernah lihat kamu, kita ada jumpa ke sebelum ini?”

“Papa, Ann ni satu-satunya designer di Rusia dari Malaysia tak hairanlah kalau papa macam pernah lihat. Wajah dia sudah merata masuk majalah sampai ke Malaysia.”

“Laa patutlah. Wah, tak sangka papa dapat menantu orang tersohor!” Encik Elzikri melawak ringan.

Hadry sekali lagi gelak besar.

“Takdelah tersohor sangat papa. Biasa-biasa aje.” Afina merendah diri.

“Sayang, abang tinggalkan sayang dengan papa ya. Abang mahu ke depan sekejap.” Hadry mula melangkah meninggalkan mereka berdua sebaik terlihat kelibat seseorang yang cukup dia kenali.

Afina hanya memerhati setiap derapan langkah suaminya. Terasa kekok bila berhadapan dengan bapa mentuanya itu.

“Sudah lama kamu kenal dengan Hadry?”

Afina terus kalih bila suara Encik Elzikri kedengaran.

“Hah? Hmmm…Tak sampai dua bulan pun.” Ringkas saja jawapannya.

“Tak terasa terlalu cepat kamu buat keputusan untuk menerima Hadry dalam hidup kamu?”

Afina tersentap. Lihat berubahan pada wajah menantunya itu Encik Elzikri mengukir senyuman nipis.

“Papa bukan apa Ana, biasalah zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu belum kenal hati budi masing-masing sudah buat keputusan mahu hidup bersama macam terburu-buru pulak. Papa harap kamu bersetuju untuk menjadi isteri Adry bukan ada niat tertentu. Papa taknak kamu berdua mengikat satu ikatan mulia ini hanya sementara saja. Papa cukup kenal dengan sikap Adry, dia tidak mudah menyerahkan hatinya pada seorang wanita begitu saja sebab itu seorang yang sangat memilih dan berprinsip. Mungkin ada sesuatu yang cukup istimewa dalam diri kamu yang mampu mencairkan hati dia. Papa harap kamu dapat jaga dia dengan baik. Papa yakin kamu tidak akan menyesal dapat suami seperti dia.”

Afina terpinga-pinga. Dia cuba menghadam setiap bait kata-kata yang keluar dari bibir mentuanya itu seakan lelaki itu terhidu niat jahatnya.

Encik Elzikri seakan menyedari terus tergelak kecil.

“Papa bukan tuduh kamu buat sesuatu terhadap Adry. Papa cuma kagum dengan kamu kerana berjaya memikat hati Adry. Selepas papa dengan mamy dia bercerai dia macam anti dengan perempuan dia seakan membenci kaum hawa pun ada. Sudah berbuih mulut papa nasihatkan dia untuk tidak membenci kaum hawa tapi hatinya begitu keras. Nasib dia masih menghormati dan menyayangi ibu kandungannya. Bagi dia wanita ini satu makhluk yang cukup kejam. Sanggup curang terhadap suami sendiri, sanggup melepaskan tanggungjawab seorang ibu terhadap zuriat sendiri. Hatinya sukar untuk papa dalami sekarang papa bersyukur sangat sebab dia sudah berubah disebabkan kamu. Papa sangat bangga dengan menantu papa ni.” Habis bicara terus Encik Elzikri memeluk tubuh Afina sesaat dua.

Afina terkelu dan terkedu.

“Sebuah perkahwinan ini ada satu ikat perjanjian antara dua insan, lelaki dan perempuan sama-sama berikrar mahu hidup semati bukan semata-mata mahu hiburkan hati masing-masing. Perkahwinan ini lebih kepada kepercayaan dan tanggungjawab. Papa kenal dengan Hadry. Dia susah hendak jatuh cinta dengan seorang perempuan dengan mudah sebab dia tidak mahu menjadi seperti papa dengan mama. Jadilah permata untuk dia. Hiduplah dengan dia kerana papa yakin kamu layak untuk bertahta di hati Hadry.”

“Ingat sesebuah perkahwinan ini ada satu ikat perjanjian antara dua insan, lelaki dan perempuan sama-sama berikrar mahu hidup semati bukan semata-mata mahu mengecapi kesedapan sahaja.” Bersama sulaman senyuman Encik Elzikri menepuk lembut bahu Afina.

Kesedapan yang itu maksudkan oleh mentuanya itu Afina mengerti, namun dia hanya senyum hambar.

“Papa jangan cakap macam tu. Saya hanya seorang wanita biasa. Takde yang istimewa dalam diri saya. Mungkin saya jodoh yang Allah titipkan untuk Adry jadi pintu hati dia terbuka untuk menerima cinta seorang wanita.” Bersahaja Afina menjawab. Pandangannya sekejap pada wajah Encik Elzikri sekejap melilau-lilau. Seolah dia tidak selesa berbicara dengan lelaki itu.

“Ana Dahlia kan. Designer jenama A&D kan?” Seorang wanita muda menegur.

Afina kerut dahi dan lambat-lambat dia mengangguk. Dia menarik nafas lega kerana terlepas dari disoal siasat oleh pak mentua.

“Boleh saya bergambar dengan puan?”

Afina mengangguk. Sungguh tak sangka dia dikenali juga oleh masyarakat sini. Hanya yang minat pakaian berjenama akan mengenali dia. Dia meraikan wanita itu dengan hati terbuka.

Encik Elzikri mengerti situasi raja sehari tambahan pula gadis itu seorang designer dia terus undur diri.

Elman melangkah masuk sambil tertinjau-tinjau di sekitar dewan Hotel Green Park. Bertandang ke majlis Hadry yang agak meriah hanya seorang diri bagi memenuhi jemputan lelaki itu memandangkan Uzir lewat sikit. Sebungkus hadiah yang sederhana besar dibawa untuk pasangan itu.

“Inspektor Elman.” Hadry mencuit bahu Elman sebaik ternampak kelibat lelaki itu seorang diri.

“Eh, Encik Hadry! Tahniah atas hari paling istimewa Encik dengan pasangan. Ini sedikit hadiah dari saya untuk encik dengan isteri.” Hadiah bertukar tangan selepas mereka berjabat tangan

“Sorang saja inspektor pasangan mana?”

“Aah sorang lagi setakat ni lainlah encik sudah ada suri di hati.” Senyuman diberi.

Hadry tergelak kecil.

“Elman Furqan! Elman kan?”

Satu suara dari belakang terus kedua-duanya kalih.

“Pak long Elzikri kan?!” Sungguh Elman terkejut bila melihat orang di hadapannya kini.

“Ya, ya ini pak long! Ya Allah memang kamu kan? ” Encik Elzikri terus meluru ke arah Elman. Tubuh lelaki itu didakap kemas.

“Allah Elman lamanya tak jumpa kamu. Kali terakhir mak usu hubungi pak long 3 tahun yang lepas cerita fasal kamu. Macam mana keadaan kamu semua?” Soalannya sebaik dakapan dilepaskan.

“Alhamduillah pak long kami sihat. Pak long sendiri sihat ke? Lamanya kita tak jumpa pak long. Pak long tahu keluarga saya dah takde?”

“Pak long beginilah Elman. Tahu dari mak usu kamu ada bagitahu pak long maafkan pak long masa tu pak long jauh dari bandar line takde tak sempat nak balik ke sini. Dengar kata mak usu kamu kahwin lagi?”

“Tak pelah pak long semuanya dah berlalu. Majlis pengebumian pun dah selamat dibuat pak long.

Air mata Encik Elzikri menitis turun segera diseka.

Hadry yang sedari dari tadi hanya membisu, lebih kepada mendengar saja. Dia tidak tahu mahu mencelah apa-apa. Cuma dia tertanya-tanya siapakah Elman dengan papanya.

“Lupa pula nak kenalkan kamu pada anak lelaki pak long. Ini Hadry anak lelaki pak long. Hadry ini Elman anak pak ngah kamu.”

Hadry dan Elman saling bertatapan. Kedua-duanya terpinga-pinga.

“Be..betul ke ni papa?Elman sepupu saya?” Hadry meminta kepastian.

“Hadry abang sepupu saya pak long?” Elman turut mencelah.

Encik Elzikri mengangguk. “Ya kamu berdua berkongsi darah yang sama. kita satu keluarga tapi tidak pernah berkumpul apatah lagi berjumpa. Adry kita memang jarang berjumpa dengan pak ngah kamu sebab papa sendiri pun tidak pernah bawa kamu jumpa ahli keluarga papa yang lain mamy kamu tak suka dengan keluarga papa. Papa pula masa itu sayangkan mamy kamu ikutkan saja. Pak ngah kamu belajar dan kerja di Taiwan isteri orang Korea dan menetap terus di sana masa papa belum kahwin lagi tak hairanlah kamu saling tak kenal. Papa sangat menyesal dengan sikap papa yang dulu, sangat pentingkan diri dan suka membuat haluan sendiri. Tengoklah adik kandung papa sendiri meninggal papa tak dapat melawat memang patut pun mamy kamu sendiri tinggalkan papa. Sikap papa yang terlalu pentingkan diri kamu berdua saling tak kenal padahal selalu berjumpa. Maafkan pak long Elman, maafkan papa Adry. Papa yang berdosa pada kamu berdua.” Terlalu emosi Encik Elzikri merangkul kedua-duanya sekali. Sungguh baru sekarang dia rasa menyesal kerana gagal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah dan juga seorang abang kepada adik-adiknya.

“Papa cheer uplah! Hari ni kan hari bahagia Adry tak nak sedih-sedih. Bagi Adry papa adalah papa yang terbaik. Walaupun kita tidak boleh hidup bersama mamy macam dulu kehadiran papa pada majlis hari ini sangat membahagiakan Adry, okey! Malah pada hari ini juga Adry dapat tahu yang adik masih ada ahli keluarga yang lain ini betul-betul hadiah paling bermakna pada Adry.” Hadry memujuk. Belakang Encik Elzikri dan Elman ditepuk-tepuk.

“Ya pak long jangan sedih. Sudah yang lepas jangan dikenang. Kita yang masih hidup teruskan hidup dengan bahagia dan titipkan doa untuk arwah. Betul kata Hadry kedatangan pak long pada hari ini ada hikmahnya. Saya dapat tahu yang saya masih ada abang sepupu belum pernah yang jumpa sejak lahir.” Wajah Hadry ditatap lama. Sungguh dia bersyukur kerana percaturan Allah sangat hebat.

“Oh ya kamu berdua saling kenal?” soal Encik Elzikri

“Kami kenal atas urusan peribadi papa sebabtu Hadry jemput dia ke majlis ini.” Hadry dahulu bersuara.

Elman hanya mengangguk, mengiakan.

“Baguslah tu secara tak langsung perhubungan kamu jadi lebih rapat. Darah yang sama mengalir dalam tubuh kamu berdua seakan menarik satu sama lain. Bila sudah darah daging tidak boleh lari mesti akan terdetik perasaan kekeluargaan ini. Oh ya Adry jangan lupa yang kamu ada seorang ibu saudara lagi papa nak kamu pergi melawat dia, satu-satunya adik perempuan papa, Elzahra dia juga ada seorang anak lelaki. Allah betapa kejam papa terhadap kamu kerana pisahkan kamu dengan sepupu-sepupu kamu. Maafkan papa.”

“Papa janganlah bersedih. Kita akan pergi melawat sama-sama ya papa.”

“Ya papa pun nak jumpa dengan dia juga. Elman nanti kamu bawa mak usu kamu ke sini malam ni bolehlah kita berkumpul satu keluarga.”

“Boleh pak long malam nanti saya bawa mak usu ke sini.”

Sekali lagi senyuman terukir di bibir masing-masing. Rasa bahagia menyelit di hati. Air yang dicincang tak akan putus. Perhubungan kekeluarga akan tetap terasa walaupun tidak pernah bersua muka.

Penat melayan kerenah tetamu yang tidak putus-putus hadir ke majlis mereka, Afina membawa diri keluar dewan untuk menghirup udara segar. Hampir Afina terlupa yang Hadry salah sorang orang hartawan yang berpangkat dato di Temerloh ini jadi tak mustahil ramai kenalannya. Mungkin satu bandar ini dijemput barangkali!

Afina mengeluh kecil sambil memeluk tubuh sendiri. Dada langit yang sudah bertukar warna ke waktu senja ditatap. Kicauan burung berterbangan mahu pulang ke sarang menjadi sajian pancarinderanya.

Kata-kata Encik Elzikri sedikit sebanyak membuat Afina berfikir panjang.

“Sebuah perkahwinan ini ada satu ikat perjanjian antara dua insan, lelaki dan perempuan sama-sama berikrar mahu hidup semati bukan semata-mata mahu hiburkan hati masing-masing. Perkahwinan ini lebih kepada kepercayaan dan tanggungjawab. Papa kenal dengan Hadry. Dia susah hendak jatuh cinta dengan seorang perempuan dengan mudah sebab dia tidak mahu menjadi seperti papa dengan mama. Jadilah permata untuk dia. Hiduplah dengan dia kerana papa yakin kamu layak untuk bertahta di hati Hadry.”

“Dalam hati aku ini hanya ada dia. Cinta aku penuh dengan namanya tapi kenapa…kenapa dia khianati cinta aku. Aku kahwin dengan Hadry takde sedikitpun rasa cinta. Hati aku kosong! Aku tak rela! Tapi aku terpaksa lakukannya… demi sebuah dendam yang belum terlunas. Elman, aku mahu kau muncul di depan aku sekarang. Bawa aku pergi dari sini. Bawa aku jauh-jauh dari sini. Kita bina hidup baru. Hanya kita berdua. Tolonglah Elman….” Afina merintih sendiri.

“Mana pulak Uzir ni beria mesej nak tumpang balik tak sempat nasi turun ke perut kalut ajak nak balik sekarang dia pulak menghilang. Ish!” Elman berdecit geram.

Kepala dipusingkan ke kiri dan kanan mencari kelibat orang bawahannya. Di dalam takde di luar pun takde.

Saat mata mencari kelibat …. Tiba-tiba jantungnya terusik. Seakan ada orang menyeru namanya. Tertancap satu susuk tubuh sang gadis yang tidak kenali. Pakaian pengantin gaun bewarna biru air sedang memeluk tubuh membelakangi dia.

“Adakah itu isteri Abang Hadry? Masa dekat dalam tadi tak sempat nak menyapa.” Elman bersoal sendiri. Ada satu bisikan menyuruh dia mendekati wanita itu. Mahu mengenali wajah pengantin perempuan itu. Gadis pilihan hartawan di Temerloh.

“Tuan, sorry!”

Langkah Elman terhenti bila suara kedengaran dari belakang. Kepala dipusing ke belakang.

“Hah! Ada pun. Mana kau pergi?”

“Jumpa bekas awek tuan. Borak-borak itu yang lama sikit.” Senyum kerang busuk terpancar di wajah.

Elman menggelengkan kepalanya. “Nasib aku baik hati kalau tak tinggal aje kau di sini balik jalan kaki.”

“Jom tuan!” Lengan Elman ditarik. Malas nak mendengar lelaki itu membebel. Elman sempat jungkil matanya.

Semasa melangkah pergi sempat Elman kalih memandang pengantin perempuan tadi. Hatinya sedih kecewa kerana tidak sempat bertemu empat mata.

Afina memegang dada sendiri. Rasa denyupan di dadanya. Dengupan yang sukar untuk dia tafsirkan. Ada rasa rindu membuak. Dia kalih ke belakang. Kelibat dua orang lelaki sedang melangkah pergi. Dia hairan sendiri. Kenapa rasa itu seolah-olah membara hari ini. Di hari perkahwinan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience