BAB 5

Romance Series 39528

“Arghhh! Alia benci atuk!” bentak Alia sambil menghentak tangan ke meja dengan begitu kuat sampai bergegar satu meja makan.

Tuan Haris tidak menghiraukan amukan cucunya itu. Dia meneruskan makan malamnya seolah tiada apa yang berlaku. Melayan kerenah manja si cucu buang masa bagi dia. Puan Halisa hanya memerhati saja. Nak membela si anak takut denga dia sekali dimarah.

Melihat atuknya buat bodoh, Alia berlari memanjat anak tangga tanpa sempat menjamah menu makan malam gara-gara hati dia membahang marahkan atuk dan perempuan simpanan atuknya itu. Puan Halisa bangkit dari situ, membontot Alia naik ke atas.

“Lia! Kenapa biadap sangat dengan atuk tadi?” soal Puan Halisa geram sebaik melangkah masuk ke bilik tidur sang anak.

“Mom pun nak marahkan Lia jugak? Mom.. atuk dah berubah. Atuk dah tak sayangkan Lia lagi! Atuk lebih rela menyebelahi budak hingusan itu dari Lia yang cucu kandungannya. Atuk sanggup pulaukan Lia!Ada ke patut dia marahkan Lia tadi? Atuk kan tahu Lia suka makan kepak ayam yang tiba-tba atuk bagi semua dekat budak tu kenapa?!” amuk Alia sambil mendengus geram.

“Lia... sekarang kita dekat rumah atuk hormat sikit. Jaga kelakuan kamu,”Puan Halisa memujuk.

“Buat apa nak hormat, kalau atuk dah tak sayang Lia, mom!”jerit Alia kali ini kakinya dihentak-hentak ke lantai. Protes!

Puan Halisa mengeluh kecil. Dia mengatur langkah menghampiri anak daranya, “sayang, kita sekarang tiada siapa-siapa dah. Dady kamu pun dah tinggalkan mama. Sama juga dengan abang dan papa kamu. Mereka semua dah tidak hiraukan kita. Hanya atuk je yang kita ada. Jadi mama nak, apa yang atuk suruh kita patuh saja.” Puan Halisa cuba memujuk Alia. Digosok lembut belakang anaknya itu yang mudah naik angin itu.

“Mom,Lia tak suka budak tu! Lia rasa mungkin dia sengaja berlakon sebab mahukan harta atuk. Tengoklah sekarang baru masuk dalam rumah ni dia dengan senang dapat rampas segala hak kita dalam rumah ini. Bilik tidur Lia dia rampas, tempat makan Lia pun dia dah milik. Ini tak adil mom! Alia lebih berhak sebab Lia cucu Tuan Haris Mukriz bukan dia ?!” bentakan Alia semakin menjadi-jadi.

“Ya, sayang mama tahu. Tapi apa yang boleh mama buat. Ini rumah atuk. Atuk berhak lakukan apa yang atuk mahu.” Puan Halisa masih memujuk anaknya.

“Jadi mom setujulah budak tu tinggal dengan kita? Lia yakin atuk akan jadikan budak tu sebagai mistress or wife. Macam tak kenal dengan perangai kaki perempuan atuk tu. Anak angkat hanya sebagai alasan nak lindung dari buah mulut masyarakat. Entah-entah mereka dan pernah tidur sekatil kut mom?” teka Alia sendiri sambil merenung anak mata Puan Halisa. Mata mereka saing bertatapan.

“Hmmm... entahlah Lia mama tak pasti pulak perkara itu. Lagipun budak tu muda dari Lia mustahil atuk dah tiduri dia. Tak payah nak serabutkan kepala sangat fikirkan hal tak penting. Mama nak kita ikut telunjuk dia dulu buat sementara kita cari jalan bagaimana nak hapuskan dia ya, sayang,”

Alia senyum menyenget, “baiklah Lia setuju,” ucapnya seraya memeluk tubuh Puan Halisa. Siap kau selepas ini. Ada hati konon nak jadi perempuan atuk aku, bisik hati jahatnya.

Selesai membantu Mak cik Imah di dapur Afina ke ruang tamu. Sunyi saja ruang itu. Yang kedengaran hanya bunyi penghawa dingin. Rumah punyalah besar tapi penghuni tak ramai! Memang menyeramkan betul!

Kong!Kong!

Tiba-tiba cuping telinga Afina terdengar ada suara seseorang batuk di bilik sebelah. Dia melangkah dengan perlahan-lahan ke ruangan bilik yang sederhana besar itu. Bila dijenguk ke dalam sedikit kelihatan Tuan Haris sedang duduk berehat santai di kerusi malas. Mata terpejam sambil memegang rokok paip di tangan.

Afina melangkah masuk ke dalam. Matanya melilau sekeliling, terpegun melihat hiasan di dalam bilik itu. Sungguh cantik! puji Afina. Bilik itu hanya terdapat dua buah kerusi yang agak panjang belakangnya dan sebuah meja bulat mengadap unggun api sahaja sebagai perabot. Sesuai sangat bagi pasangan hendak berkasih sayang dalam bilik ini tanpa gangguan dari orangluar.

Afina memeluk tubuhnya sendiri bila terasa angin malam menerpa masuk dengan sepoi-sepoi bahasa. Kain langsir yang tergantung berterbangan melalui pintu gelangsar yang terbuka luas. Afina melangkah semakin jauh ke dalam ruangan bilik itu sambil menyentuh dinding dengan jari jemarinya. Belum pernah dilihat rumah yang cantik itu apatah lagi mimpi untuk menghuninya sebelum ini. Langsung tidak pernah berangan dek akal remajanya untuk menjejak kaki ke rumah yang gah ini. Bagaikan mimpi si cinderalla menjadi jutawan, kerana pada malam ini dia sudahpun menjadi sebahagian penghuni di rumah yang gah seperti istana.

Sampai di hadapan Tuan Haris Afina berhenti melangkah. Berdiri tegak mengadap Tuan Haris yang masih langsung tidak menyedari kehadirannya di situ. Ditenung lama wajah yang tidak dimamah usia itu. Masih gagah dan kuat.

“Untungnya nasib uncle Haris dapat hidup mewah. Punyai segala-galanya tidak perlu risau nak beli apa-apa sebab duit dah banyak,” tutur Afina perlahan pada dirinya sambil mengeluh kasar.

“Kalau aku ni betul-betul anak uncle Haris pasti kehidupan aku tak susah. Nak pergi sekolah pun boleh tak perlu kerja sendiri. Nak makan nak pakai semuanya dapat tak perlu mengikat perut,” sambung Afina lagi.

Lama di bilik itu Afina mula membuka langkah mahu keluar dari situ. Belum sempat kaki melangkah keluar tiba-tiba nama dia dipanggil.

“Afina...”panggil Tuan Haris dengan suara parau dan garau kedengaran.

Bunyi derapan tapak kaki seseorang dalam bilik menyedarkan dia dari terlena. Bila mata terbuka dilihat kelibat Afina mahu keluar dari bilik privasinya.

Afina lantas membalikkan tubuhnya. “Eh! uncle dah sedar? Maaflah kalau Fina menganggu uncle tidur,” ucap Afina lembut.

“Meh duduk sini, sebelah uncle,” ajak Tuan Haris kedudukannya ditegakkan sambil menunjuk kerusi di sebelah.

Afina menurut arahan. Dia menapak dan melabuh duduk di kerusi sebelah Tuan Haris.

“Kenapa Fina masuk sini?” soal Tuan Haris sambil menatap gadis itu. “Fina tahu tak tiada sesiapa yang boleh masuk ke sini kecuali selepas mendapat arahan dari uncle,” tegas suara Tuan Haris, wajah manis Afina direnung tajam.

“Fina minta maaf uncle. Fina janji tak buat lagi. Fina keluar dulu,” suara Afina ketakutan. Takut akan dimarahi kerana masuk tanpa kebenaran. Afina mahu bangkit dari situ namun lengannya pantas ditangkap oleh Tuan Haris.

“Tunggu! Uncle tak habis cakap lagi ni,” Tuan Haris menghalang.

Afina duduk semula. “Ada apa uncle?” soalnya.

“Hurm... kamu masih nak bersekolah ke?” Tuan Haris bertanya dengan lembut. Dia sendiri tidak tahu kenapa setiap kali memandang wajah gadis yang berusia lima belas itu hati lelakinya betul-betul terusik. Adakah kerana raup wajah Afina ada sedikit mirip dengan arwah isterinya?

Afina teruja bila soalan itu dibangkitkan. Matanya jelas bersinar-sinar. Dengan pantas dia menganggukkan kepala dengan laju, “Saya nak!”

“Kalau macam tu, esok kamu boleh kembali ke sekolah semula,” balas Tuan Haris tenang tanpa secarik senyuman di wajahnya.

“Terima kasih uncle,” Afina masih lagi teruja. Tidak menyangka yang dia dapat kembali lagi ke sekolah semula. Bolehlah dia mengejar cita-cita yang hampir terkubur itu.

“Sama-sama. Satu lagi, Alia juga akan belajar satu sekolah dengan kamu. Uncle harap kamu berdua tak cari pasal dekat sekolah nanti,” Tuan Haris memberi peringatan.

“Satu sekolah dengan Fina ke? Tapi...” Afina senyap seketika. Hatinya resah bila dapat tahu Alia akan satu sekolah dengan dia. Dia bukan tak tahu penerimaan Alia terhadap dirinya.

“Tapi apa?” soal Tuan Haris menampak banyak garisan kedutan di dahi, maklumalah walaupun awet muda tapi usianya semakin lanjut tak boleh nak menghalang dari terbitnya kedutan itu.

“Uncle janganlah marah–marah macam tadi dekat Kak Alia. Kesian dia. Dia kan cucu uncle...” Afina menyusun bicara dengan hati-hati bimbang akan mengundang marah pada lelaki tua itu. Tak akanlah dia mahu berterus terang bagitahu yang dia takut Alia akan cari pasal dengan dia dulu. Jadi Afina terpaksa berbohong sedikit.

“Uf! cucu apa ke benda macam dia tu! Pasal aku langsung tidak ambil kisah. Mereka balik sini sebabnya mereka dah tak de apa-apa dekat sana. Bagi aku, selepas isteri aku mati, aku dah tak de sesiapa kecuali diri aku saja. Dari kecil aku bela mereka bagai menatang minyak yang penuh. Bila dewasa, menikah, semua tinggalkan aku sendirian! Nak datang jenguk aku sehari pun susah! Itu dinamakan anak?!” radang Tuan Haris tiba-tiba sambil tangan dikepal kemas.

Afina terdiam. Dia juga turut bersedih dengan apa yang dialami Tuan Haris itu. Sesaat kemudian, dia bangkit lalu melutut di depan Tuan Haris . Dipegang tangan kanan Tuan Haris lembut sebelum menjatuhkan wajah ke paha lelaki tua itu.

“Uncle janganlah sedih... Finakan ada. Fina janji akan jaga uncle... akan sayangi uncle macam ayah Fina sendiri,”

Bendul betul budak ni, aku buat sedih sedikit dah tertipu, desis Tuan Haris dalam hati dengan segaris senyuman jahat muncul di hujung bibir. Tapi apa yang baru diluahkan sekejap tadi. Itulah yang dia alami sepanjang hidupnya. Sejak kematian isteri tercinta hidupnya seakan tidak bererti. Setiap kali merindui arwah isteri dia pasti pergi berhibur dekat kelab malam.

Pagi itu seawal jam lima setengah pagi Afina bangun. Tidurnya tidak lena kerana terlalu gembira nak kembali ke sekolah semula. Usai mengenakan pakaian seragam sekolah Afina terus keluar dari bilik dan menuju ke kamar Tuan Haris. Dia mengetuk beberapa kali daun pintu kamar itu, tapi tiada sahutan. Afina memberanikan diri untuk menyelak sedikit daun pintu itu, dia menjenguk ke dalam sedikit. Kelihatan Tuan Haris masih nyenyak terlena. Bersama senyuman gembira Afina menapak masuk ke dalam dan terus menghampiri Tuan Haris di katil. Bahu Tuan Haris dia goncang lembut.

“Uncle ... bangunlah....”

Tuan Haris tersedar sambil mengeyeh-geyeh kelopak matanya perlahan,“ada apa Fina masuk bilik uncle pagi-pagi ni?” soalnya, dengan nada serak garau sedikit

“Uncle cepatlah bangunn... hari ini kan, Fina nak kena pergi sekolah,” rengek Afina, tangannya masih di lengan Tuan Haris digoncang-goncang.

“Sekarang dah pukul berapa?” soal Tuan Haris, dia masih lagi mengantuk.

“Pukul enam....” balas Afina masih tersenyum manis.

Tuan Haris tersentap tiba-tiba. Sebaik mata terbuka luas senyuman manis Afina terhidang di hadapan terus saja jantungnya tak senang duduk.

“Enam? Fina awal lagilah sayangg...” Tuan Haris sudah naik miang keladi. Suara dileret sedikit dengan tangan naik mengelus rambut panjang lurus Afina yang bebas tanpa diikat hanya dikepilkan pin rama-rama kecil dicelah telinga.

“Cepatlah uncle! Fina dah tak sabar dah ni....” desak Afina sedikit merengek.

Tuan Haris hanya menggeleng kemudian bangkit. Bersemangat betul! Secara tidak sengaja Tuan Haris terlihat pakaian yang tersarung di tubuh gadis itu. Warna sudah luntur dan lusuh macam orang tak basah setahun. Hati sebagai seorang ayah tiba-tiba meruntun. Rasa belah buat si anak si miskin.

“Fina takde pakaian lain lagi ke?”

“Hah?” Afina kaget sambil meneliti pakaian sekolahnya. “Tak de, uncle....” jawabnya sebak. Pandangan ditundukan seraya jari telunjuk naik ke mulut untuk digigit.

“Hrmm... petang kita pergi shopping baju baru ya?” Tuan Haris cuba menyedapkan hati gadis itu.

Serta merta Afina panggung wajah dan laju anggukannya. Seronok tidak terkata bila sebut nak pergi shopping baju baru.

“Alia! Cepat sikit. Kita dah lewat ni!” jerit Tuan Haris sebaik menyarung kasut di kaki. Afina berada setia di sisinya sambil memegang briefcase .

“Ya datang ni... Uf!” sahut Alia sedikit mendengus sambil meniti turun. Beg sekolah di serahkan kepada Mak cik Imah untuk dimasukkan ke dalam kereta.

“ Dia sekolah sekali dengan Lia juga ke atuk?” soal Alia dengan wajah cuak. Afina dipandang hanya hujung mata. Sungguh benci nak tatap wajah yang menyampah itu.

“Ya, kenapa?” soal Tuan Haris kembali sambil berjalan menuju untuk masuk ke dalam kereta.

Alia tidak menjawab balik. Hanya diam. Hatinya sudah mencemuh. Kenapalah aku perlu satu sekolah dengan dia. Malulah aku kalau orang dapat tahu dia perempuan simpanan atuk. Gadis berusia 15 tahun sudah menjadi gundik seorang lelaki yang berpangkat datuk tua bukan datuk gelaran! Aih....

“ Afina petang nanti Pak Cik Salleh akan menjemput kamu dan Alia. Jangan ke mana-mana pulak, ingat tu,”pesan Tuan Haris sebelum berlalu pergi ke pejabat untuk membuat pendaftaran cucunya.

Afina hanya mengangguk seraya bersalaman dengan Tuan Haris sebelum melangkah ke kelasnya. Hati sudah berbunga riang. Walaupun tiada sesiapa yang hendak menantikan dia di sekolah ini, Afina langsung tak ambil kisah. Bagi Afina, dia hanya mahu belajar dan berjaya untuk mendapat kesenangan di masa hadapannya.

Sebaik dia melangkah masuk ke kelas, suara ejekan galak kedengaran.

“Anak kaki judi datang sekolahlah! Aku ingat dah berhenti!”

“Baguslah kau ingat dia berhenti. Aku pulak ingatkan dia dah mampus macam mak dia! Hahaha!”

Itulah suara-suara sambutan dari rakan sekelasnya. Afina malas nak ambil pusing. Kalau dilayan buat sakit hati saja lebih baik diamkan diri. Afina berjalan terus ke meja yang terletak di hujung belakang sekali.

‘Anak judi dan pelacur!!’

Itulah yang tertulis di atas mejanya. Suara-suara ejekan masih kedengaran. Afina mengangkat muka dengan wajah tiada senyuman. Wajah masam macam buah kelubi. Semua terus terdiam.

Tahu takut! sekali aku buat gila, haru mereka semua!

Afina memadamkan tulisan yang di tulis dengan pensel dengan pemadam. Itulah rutin hariannya jika dia ke sekolah. Semua pelajar di situ bencikan dia disebabkan perangai buruk ayahnya yang suka berhutang duit jiran tetanga semata-mata mahu berjudi. Jiran tetangga pun tiada orang lain iaitu pelajar di sekolah ini juga. Yang menyedihkan lagi, bila ibunya menjadi pelacur lagi bertambah deritanya. Disebabkan ibunya ketagih dengan lelaki, semua lelaki dia rembat. Termasuklah bapa-bapa pelajar sekolah ini juga.

Demi membaiki masa depannya Afina tak ambil kisah tentang semua itu. Biarlah cikgu-cikgu atau pelajar di situ membencinya asalkan dia dapat masuk universiti dan dapat kerja yang baik. Afina percaya dia dapat baiki kehidupan sendiri dengan adanya ilmu di dada.

Sepanjang pembelajaran Afina kusyuk memberi penumpuan walaupun dia tidak dilayan dengan baik. Waktu tamat sekolah tinggal 15 minit lagi, guru kelasnya Puan Rogayah tiba-tiba masuk bersama seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali semua pelajar kelas itu.

“Assalamualaikum semua. Eh! Afina awak dah datang? Cikgu ingatkan kamu dah berhenti,” sinis sekali teguran Cikgu Rogayah.

Afina mengalih sekilas pada Cikgu Rogayah. Dia tahu cikgu itu juga tak suka padanya . pasal lelaki cikgu itu pernah melanggan ibunya. Pelajar yang lain semua berdekak ketawa.

“Okey, diam! Hari ini kita ada pelajar baru. Dia dulu sekolah dekat Korea, atas sebab-sebab tertentu dia pindah balik Malaysia,” sambung Cikgu Rogayah lagi.

Afina yang termenung di luar jendela kalih memandang budak lelaki itu sepintas lalu, kemudian dia kembali merenung ke luar jendela. Walaupun pelajar baru dan langsung tidak tahu akan cerita pasal dia pasti esok lusa budak-budak kelas akan bercerita dekat budak itu. Tak mustahil budak itu akan membenci dia juga. Orang dah popular dekat sekolah tak sampai sesaat pasti cerita dia dah kecoh.

“Wah, Korea! Mesti pandai cakap koreakan?” Pelajar yang lain sibuk bertanya.

“Aah, muka pun macam ala-ala pelakon Korea!” tambah pelajar perempuan pula.

“Awak mesti pernah jumpa Psy secara live, oppa gangam sytle,” sampuk pelajar lain sambil membuat gaya sekali.

Budak lelaki itu hanya tersenyum.

“Salam perkenalan. Nama saya Haydar Iskandar, sila beri tunjuk ajar, ya.” Budak itu memperkenalkan namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience