BAB 30

Romance Series 39528

Usai akad nikah di mahkamah syariah, Temerloh, mereka angkat kaki keluar dari situ dan mahu menuju ke destinasi masing-masing. Lihat Hadry rancak berbual dengan Izzue dan Kak Ruby, Afina mempercepatkan langkahnya. Sampai pada kereta Izzue dia bersandar sambil memeluk tubuh, fikiran dia melayang seketika. Majlis perkahwinan yang dilangsung cukup serba sederhana tanpa kaum kerabat, ibu mahupun ayah. Berwalikan kadi memandangkan ayahnya sudah meninggal dunia dan dia tiada wali untuk mengahwinkan dia dengan Hadry. Sungguh tika ini hatinya sebak dan terluka. Impian membina istana cinta dengan orang tersayang hancur berkecai disaat akad terlafaz dari bibir Hadry.

“Kak Ruby saya rasa nak bawa kakak dan Anne balik ke rumah saya. Kiranya majlis petang esok kita sama-sama berangkat ke hotel, macam mana? Saya taknak menyusahkan Izzue lagipun Anne dah jadi tanggungjawab saya sekarang ni. Saya akan telefon mak untuk siapkan bilik,” Hadry membuka mulut. Kak Ruby pandang wajah Hadry sekilas sebelum kalih mencari kelibat Afina jauh dihadapan.

“Akak rasa tak perlu kot. Malam ni kami boleh tumpang di rumah kawan Izzue saja petang esok baru kami gerak ke hotel. Bukan apa Adry, akak kalau boleh nak suruh Anne rasa juga majlis perkahwinan sama seperti orang lain. Walaupun majlis akad nikah yang cukup ringkas sekurangnya dia dapat rasa majlis sambut menantu yang dihantar oleh orang terdekat.”

“Ya Encik Hadry kami akan bermalam dekat rumah kawan saya. Soal Kak Ruby dengan isteri encik tak perlu risau saya ada untuk menjaga mereka.” Izzue mencelah sambil tersenyum. Hadry mengukir senyum nipis. Hatinya sedikit terkilan bila cadangan dia ditolak.

“Kalau akak dan Izzue sudah cakap macam tu saya tak boleh nak cakap apa-apalah tapi kalau rasa nak ubah rancangan telefon bila-bila masa saya boleh pergi jemput. Hmmm...baiklah saya nak ke hotel sekejap mahu tengok persiapan untuk esok.” Kak Ruby hanya mengangguk sebelum dia turun melangkah untuk mendapatkan Afina.

“Akak...” Hadry berhenti seketika. Kak Ruby kalih semula.

“Anne ada masalah besar ke?”

“Apa maksud Adry?” Kak Ruby muka cuak.

Afina pandang ke arah mereka bertiga sekilas. Serius saja nampak perbincangan mereka. Afina malas nak ambil kisah, pandangan terus dihala ke dada langit. Tiba-tiba air matanya mula bertakung.

‘Akhirnya aku sudah menjadi milik orang, Elman. Cinta kita memang tidak dapat disatukan walaupun kau telah muncul di hadapan aku, kau dekat dengan aku. Aku doakan kebahagiaan untuk kau walaupun aku sendiri menderita.’

“Saya tengok wajah dia langsung takde riak bahagia mahupun gembira hari ini. Dia marahkan saya ke kak? Sebab saya paksa dia kahwin dengan tergesa-gesa?” ujar Hadry, matanya setia memandang Afina dihadapan.

“Eh, mana ada! Jangan risau sangat. Sebenarnya dia cuma terkilan majlis perkahwinan dia tak macam orang lain yang ada majlis dan ada keluarga. Sebab itu dia monyok je,” Kak Ruby mencipta alasan.

“Lega sikit hati saya. Saya bukan apa kak, saya buat macam tu sebab saya terlalu sayangkan dia. Kalau boleh saya taknak lihat wajah dia murung. Saya nak jaga dia,” Hadry bercakap dengan perasaan ikhlas.

“Terima kasih, Adry sebab terlalu sayangkan Anne dan sudi terima dia yang yatim piatu. Awak jangan risau Kak Ruby yakin Anne pasti bahagia dengan awak,” Kak Ruby senyum manis. Namun senyuman itu ada seribu dendam. Hadry mengangguk.

“Anne,Adry dah nak balik ni!” panggil Kak Ruby. Afina terus kalih ke belakang seraya mengesat air matanya. Segera dia mendekat.

“Awak dah nak balik?” soalnya.

“Ya, sayang. Abang nak balik untuk buat persiapan majlis kita petang esok, sayang taknak ikut abang balik rumah?” tanya Hadry, kepala Afina yang bertudung disentuh lembut. Afina senyum saja sambil menggeleng.

“Takpelah. Esok izzue hantar Anne nanti jadi kita jumpa esok,” lembut Afina bertutur. Senyuman diberikan untuk menutup kesedihan yang baru melanda.

“Baiklah esok kita jumpa. Abang balik dulu,” habis bicara tubuh Afina dirangkul seketika sebelum melabuh sebuah ciuman di ubun-ubun Afina.

“Anne okey tak ni?” tanya Kak Ruby sebaik kereta milik Hadry meluncur pergi.

“Okey!” pendek saja jawapan Afina. Wajah dibuat ceria untuk menyelubungi wajah kepiluan.

Mereka bergerak memasuki kereta milik Izzue. Afina membuka tudungnya sebaik masuk ke dalam kereta. Tudung dipakai semasa majlis akad nikah tadi.

“Izzue, saya minta maaf kerana banyak menyusahkan Izzue dalam hal saya.”

“Anne saya tak kisah lagipun Kak Ruby kan kak sepupu saya,” Izzue senyum.

“Cukuplah keluarga Izzue bagi kami menumpang berteduh saya taknak menyusahkan Izzue sekeluarga lagi. Lepas selesai misi kita, saya akan ikut Kak Ruby balik Rusia nanti. Saya harap awak boleh bantu kami,” Afina menatap wajah Kak Ruby disebelah, tangannya jatuh pada tangan wanita itu sebelum mengenggam erat. Kak Ruby hanya mengangguk lembut.

“Jangan risau saya pasti akan membantu,” jawab Izzue sebelum menghidupkan enjin kereta.

“Kak rasa mamy Adry boleh terima Anne tak?” Afina tiba-tiba bersuara. Dia merangkap mendekati Kak Ruby yang baru mendaratkan punggungnya ke tilam.

“Kenapa Anne cakap macam tu pulak?”

“Tengoklah tadi hanya Adry sorang sahaja yang datang mana keluarga dia?” wajah Kak Ruby ditatap lama.

“Anne, tak akan tak kenal dengan perangai mamy suami kamu tu. Biarkan je dia tu tak payah pedulikan dia. Apa yang penting Anne sekarang dah berjaya masuk ke dalam keluarga mereka dan mereka langsung tidak mengesyaki sesuatu itu yang kita mahukan yang lain tak payah peduli,” jawab Kak Ruby mematikan prasangka buruk Afina. Tangannya masih lingat menyapu losyen pada kaki.

Afina mengangguk tapi masih terpancar pada riak wajahnya, wajah kerisauan. Kak Ruby bangkit tiba lalu mencapai sesuatu dalam beg tangannya kemudian dia menatap menghampiri gadis itu. Tangan Afina ditarik lalu dia melekatkan sesuatu yang berbungkus dengan surat khabar lama pada genggaman gadis itu.

“Ini ubat yang kita ambil dengan bomoh siam, Kak Ruby nak Anne bawa bersama untuk elakkan dia gauli Anne. Nanti Anne bancuh dengan air susu mahupun air milo ke air apa-apa sebelum masuk tidur. Masa tidur nanti nafsu dia akan tersekat dan Anne akan terselamat daripada dia. Kak Ruby tahu Anne risau pasal itu kan?”

Afina mengangguk lemah. “ Anne takutlah kak. Takut ubat itu tak berkesan nayalah Anne nanti. Anne taknak ada hubungan suami isteri dengan dia, Anne taknak dia tinggalkan benih dia dalam rahim Anne, Anne hanya nak balas dendam saja,”

“Jangan risau. Akak pasti ubat ini berkesan,” bahu Afina disentuh untuk memberi sedikit kekuatan pada gadis itu. Afina gigit bibir bawah. Pandangan kosong ditala pada wajah Kak Ruby. Dia juga berharap kata-kata Kak Ruby itu boleh dia percaya. Sesaat kemudian terdengar nada deringan masuk ke dalam talian telefon milik Afina. Gadis itu mencapai dan menatap seketika sebelum melemparkan balik gadget itu. Kak Ruby sudah mengerut dahi. Sekali lagi dan sekali lagi telefon milik Afina berdering namun gadis itu masih membiark

“Siapa yang telefon?” akhirnya Kak Ruby bersuara.

“Hadry,” jawab Afina pendek dan ringkas. Sungguh dia malas mahu bercakap dengan suaminya sekarang.

“Anne, angkatlah. Akak takut dia akan syak nanti belum apa-apa Anne sudah tunjuk perangai macam mana kita bereskan keluarga dia nanti,” mata bundar milik Kak Ruby redup memandang wajah Afina, berharap agar hati gadis itu lembut sedikit dengan Hadry.

Melihat wajah Kak Ruby begitu, akhirnya Afina mengeluh kasar sebelum menyahut panggilan itu. Dia sengaja menekan loudspeaker. Dia mahu perbualan itu didengari oleh Kak Ruby.

“Sayang! Abang baru balik dari hotel ni. Tengok persiapan majlis kita abang rasa macam nak pergi ambil dan bawa balik rumah sekarang juga abang rasa macam tak sabar nak peluk sayang,” suara Hadry kelihatan ceria saja. Dia baru selesai di hotel, belum sempat masuk ke dalam kereta terus dihubungi pengantinya. Ingin berkongsi rasa gembira.

“Sabarlah, esok lepas majlis itu nanti awak nak peluk, nak cium atau tak mahu lepaskan saya langsung ikut suka awaklah saya tak larang mahupun menolak yang penting awak sabar sedikit,” Afina membalas tanpa rasa. Kak Ruby hanya mampu menggeleng. Dia tahu rasa cinta buat lelaki bernama Hadry Iskandar memang tiada langsung di hati gadis itu melainkan hanya ada nama Elman Furqan.

“Abang tak pernah nak bersabar kalau berkaitan dengan sayanag, sumpah! Hari-hari abang selalu berangankan sayang tolonglah masa tolong berlalu dengan pantas,” Hadry mula melawak romantis untuk membeli hati sang ratu hati.

“Adry awak tak perlu nak gopoh-gopoh, saya kan sudah menjadi milik awak hari-hari awak nak telek nak belek saya sampai awak naik rasa jemu dan muak dengan saya pun saya tak ke....”

Puk! Satu pukulan lembut terkena pada paha Afina daripada Kak Ruby. Afina tersentap sedikit. Mata Kak Ruby sudah membesar sambil menggeleng perlahan-lahan, memberi isyarat kepada adiknya. Afina mengigit bibir. Terlajak perahu boleh kayuh untuk mengundur balik tapi bila terlajak kata mana boleh tarik balik.

“Ya saya tahu itu awak memang sudah sah menajdi milik saya. Saya bebas hendak buat apa saja ke atas awak tapi saya tak pernah tahu isi hati awak untuk saya, Anna Dahlia...” suara Hadry sudah mengendur. Afina mendengar terus berubah riak. Lama dia berdiam sebelum menjawab balik.

“Ab...abang... Saya...” kata-katanya tersekat-sekat. Sungguh Afina sudah terkelu. Dia terjerat dengan pengakuan daripada Hadry.

“Okeylah sayang, abang terpaksa pergi ada urusan sikit, bye.” Hadry sengaja mahu menguji hati isteri dia.

Tuttt...

Langsung tidak sempat untuk menjawab panggilan sudah dimatikan. Mata Afina sudah terkebil-kebil.

“Anne... Kan akak dah cakap layan dia jangan sampai dia syak tengoklah sekarang. Hmmm...” Kak Ruby mula membebel.

“Apa yang Anne nak buat sekarang, telefon dia balik?” soal Afina seperti keanakan.

“Tak payahlah lagipun dah lewat ni, Anne perlukan rehat yang cukup untuk majlis petang esok, nanti kita fikirkan,” Kak Ruby sudah membaringkan dirinya ke tilam. Telefon di tangan dibawa ke bawah dagu sambil mengetuk sedikit. Sungguh Afina tak tahu nak buat apa sekarang. Kejamkah dia?

“Dhia Afina keras betul hatimu.”

Hadry mengeluh lembut sebelum dia masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Mahu memilik hati seorang gadis bernama Dhia Afina sukar baginya. Sungguh Hadry tak pernah bercinta apatah lagi mahu bermain cinta dengan wanita lain sepanjang hayatnya. Hanya kerana sebuah amanah dia sanggup menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan gadis itu. Bukan senang! Sekarang gadis itu sudah menjadi miliknya secara mutlak jadi memulakan misi untuk menakluki seluruh jiwa gadis itu pasti dia akan cari jalan. Mencintai sesorang memang mudah tapi untuk mendapat cinta darinya amat susah.

“Papa!” Hadry terkejut dengan ketibaan ayahnya yang sudah bertahun lama tidak berjumpa. Terus dia melangkah laju untuk mendapatkan ayahnya itu lalu memeluk tubuh yang sudah memamah usia tapi masih kelihatan segak dan kuat.

“Lama tak jumpa dengan kamu Adry, tahniah untuk perkahwinan kamu,” suara Encik Fauzi sambil tersenyum.

“Bila papa sampai? Kenapa tak bagitahu Adry yang papa nak ke sini?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Hadry. Sungguh dia gembira dengan kedatangan ayahnya itu. Teringat lagi Hadry semasa dia menghubungi papanya melalui email yang mengatakan dia akan mendirikan rumah tangga dan mahu ayahnya hadir sama. Bermingu-minggu emailnya tidak berbalas dan akhirnya ayahnya sudah terpacak di depan mata. Siapa tidak terkejut.

“Papa sengaja taknak bagi respon masa kamu telefon saja nak bagi kejutan buat anak tunggal papa. Kamu satu-satunya anak papa tak mungkin papa tak akan datang pada hari bahagia kamu ni,”

“Papa ni! Papa nampak sihat bertambah kacak lag hmmm... Ada nak kongsi sesuatu dengan Adry ke? Ni papa nak menetap dekat sini atau masih nak merantau lagi?” kening Hadry sudah terjungkit sedikit, sengaja mahu bergurau dengan si ayah.

“Alhamduillah papa masih sihat lagi, Adry sekarang papa bebas takde komitmen dengan sesiapa lagi untuk adakan komitmen tu papa rasa tak lagi kot kecuali ada jodoh papa tambahanpula kamu pun sudah besar dan dah nak jadi suami orang jadi papa rasa papa lebih selesa begini,” jawab Encik Fauzi juga dalam nada jenaka.

“Tapi papa masih ada keluarga dekat sini lagi kan? Adry nak papa duduk dengan Adry,”

“Buat masa sekarang papa masih mahu mencari ketenangan dalam diri papa Adry. Jagalah bekas isteri papa,”

“Papa....” Hadry sudah hilang kata. Dia tahu betapa berdukanya hati seorang lelaki yang bernama Fauzi terhadap mamanya. Hadry tahu ayahnya begitu menyayangi dan mencintai mamanya namun hanya kerana sebuah kecurangan tiada lagi kemaafan yang boleh diampun.

“Papa taknak jumpa dengan mama?” soalan dari mulut Hadry hanya dijawab oleh senyum nipis oleh Encik Fauzi.

“Anne kita dah dik,” Kak Ruby di hadapan menyapa sebaik Izue memakir kereta di perkarangan halaman hotel. Keretanya sudah berhias dengan reben sebagai tanda kereta pengantin perempuan.

Afina yang asyik mengelamun terus kalih sesaat kemudian dia senyum. Senyuman yang cukup hambar.

“Jangan risau Kak Ruby percaya rancangan kita akan berjaya dan Anne akan selamat dan bebas,” tangan Afina ditarik lalu digenggam erat.

“Bila akan balik Rusia?” Afina sudah menukar topik.

“Lepas kita mula langkah pertama Kak Ruby akan terbang ke sana dan akak sudah bincang dengan Izue dia dah bersetuju untuk teruskan rancangan-rancangan yang kita rancangkan,”jawab Kak Ruby seraya mengerling pada Izue di sebelah. Izue mengangguk kecil. Bibir Afina juga terherot sedikit.

“Adry! Pengantin kamu sudah sam...pai....” kedengaran satu suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience