BAB 27

Romance Series 39528

“Anne! Macam mana awak boleh ada dekat sini?” Hadry terkejut besar bila melihat tunangannya ada di bumi Temerloh. Dia yang baru selesai urusan dengan client di restoran yang bersebelahan dengan bangunan Tabung Haji terkejut bila terlihat kelibat Afina sedang berlari sambil menangis. Terus saja dia mendapatkan gadis itu.

Terpandang saja Hadry yang sedang terkejut besar itu. Dia berlari mendapatkan Hadry seraya memeluk erat tubuh sasa itu.

“Bawa saya pergi dari sini Hadry. Tolonglah! Bawa saya pergi...” Afina sudah teresak di dada Hadry. Dia tidak sanggup untuk menyaksikan kematian ayahnya itu.

“Tolong! Ada orang kemalangan!”

Hadry terdengar satu jeritan terus kalih. Seorang lelaki tua sedang nazak di atas jalan raya. Dia cuba mengalih Afina ke sebelah. Dia mahu membantu lelaki malang itu.

Sedar akan hal itu, kuat baju t-shirt yang dipakai oleh Hadry digenggamnya.“Tolong… Tolonglah bawa saya pergi dari sini Hadry.” Dia merayu.

“Tapi…” Hadry kerut dahi. Tiadakah rasa belah dalam hati gadis itu?

“Kalau awak sayangkan saya Hadry... Tolong bawa saya pergi dari sini...tolongla...” Afina masih merengek.

Hadry mengeluh lembut. Kasihan pula pada mangsa kemalangan itu. Kerana sayangkan Afina dia terpaksa menunaikan permintaan gadis itu. Tubuh Afina ditarik rapat ke dada sebelum melangkah untuk masuk ke dalamkereta.

Bila mana mahu melangkah pergi. Afina sempat kalih ke tempat kejadian itu. Nafas ayahnya sudah tercungap-cungap. Seolah ayahnya sedang bertarung nyawa dengan malaikat maut. Tak sanggup nak pandang lagi terus dia berpaling. Tubuh Hadry di sebelah dipeluk erat.

Haydar seakan menyedari kehilangan bapa saudaranya dan Afina di situ meminta izin dari Mak Usu Anis untuk mencari mereka berdua. Dia berjalan sambil tertinjau-tinjau untuk mencari kelibat mereka berdua. Terdengar ada suara menjerit laju saja dia ke sana.

“Kenapa ni?” Tanya Haydar sambil berjalan perlahan. Orang ramai penuh sesak di hadapan menyukarkan dia untuk melihat apa yang terjadi.

“Ada orang kemalangan. Seorang pak cik tua kena langgar lari.” Ada suara yang memberitahu.

“Tolong beri laluan. Saya polis.” Terdengar saja suara Haydar menyebut saya polis orang ramai terus ke tepi memberi laluan untuknya.

Haydar kini sudah berada di hadapan mangsa kemalangan. Badan dia tiba-tiba kaku dengan matanya membulat besar dan mulut terlopong.

“Allah! Pak usu! Boleh sesiapa tolong telefon ambulans tak?” Dia tersentap terus mendapatkan jasad yang tercungap-cungap itu. Dipangku kepala Pak usu Husin ke ribanya.

“Kenapa boleh jadi macam ni pak usu... Siapa yang langgar?” Haydar cuba menahan kesedihan. Siapalah yang kejam sanggup melanggar pak usunya ini.

Pak usu Husin cuba menahan kesakitan. Tangan Haydar digenggam lemah.

“Fir...Firdaus… pak usu nak... minta tolong dari kamu… Tolong cari anak…pak su...tolong jaga dia...pak su harap sangat... pada kamu…Bim..bimbing dia ke jalan...yang benar Firdaus. Pak usu amanahkan..DhiaAfina..kepada kamu.” Habis bicaranya Pak usu Husin telah menghembus nafas terakhirnya dipangkuan Haydar.

“Pak usu! Cepat telefon ambulans sekarang!” Haydar menjerit. Tubuh tua yang terkulai tidak bernyawa itu digoncang kuat bersama linangan air mata. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu melihat saja.

Sampai di banglo dua tingkat, hadry berhentikan kereta tapi tidak mematikan enjin. Dia kalih ke sebelah melihat Afina masih lagi menangis tersendu-sendu. Hati dia makin gusar. Kenapa gadis itu jadi macam ni.

“Anne...”panggilnya. Bahu Afina disentuh lembut.

“Adry...saya takut... takut sangat.” Afina terus kalih lalu memeluk tubuh lelaki itu.

“Syhh..apa yang awak takutkan? Saya akan ada ini.” Hadry memujuk. Belakang bahu Afina digosok lembut.

Dahi dia berkerut sedikit. Dia baru perasan akan pemakaian gadis itu. Berbaju kurung dan berselendang nipis yang hanya disilang tanpa brooch.

“Awak takde masa tu hadry. Awak takde! Saya hampir diperkosa. Mana awak ketika itu? habis semua barang saya diambil. Saya menjerit minta tolong. Tak siapa yang mahu bantu saya.” Afina berbohong untuk menutupi kejadian yang sebenarnya.

Dia mengungkit kejadian yang telah berlaku tiga hari yang lepas. Dia tidak mahu hadry tahu, mangsa kemalangan tadi adalah ayah kandungnya. Penyebab dia menangis beria-ia adalah itu juga. Walaupun dia berharap ayah dia mati namun jauh di sudut hati kecilnya berdoa agar lelaki tua itu masih lagi selamat.

Hadry tersentap sedikit.

“Allah! Kenapa boleh jadi macam tu sayang? Siapa yang buat? Kenapa awak datang sini tak telefon saya?” bertubi-tubi soalan terpancul di mulutnya.

Afina menggeleng. Buat masa sekarang dia buntuhkan ketenangan dalam diri untuk bercerita kepada lelaki itu. Dia tiada kekuatan sekarang. Hadry seakan mengerti perasaan buah hatinya tidak lagi mendesak. Mereka berpelukkan seketika sebelum Hadry membawa Afina masuk ke dalam rumahnya.

“Mak tolong buatkan air lepas tu bawa masuk dalam bilik kerja saya,” pinta Hadry kepada pengasuhnya sebaik mereka bertembung di ruang tamu.

Mak cik Imah yang kebetulan nak masuk ke dalam berpaling ke belakang sebelum mengangguk kecil. Dahi tuanya berkerut sedikit. Pelik. Siapa gadis yang dibawa pulang oleh Hadry? Ini kali pertama pemuda itu membawa balik seorang perempuan ke rumah ini.

“Anne, awak tidur dulu. Nanti saya telefon Kak Ruby, cakap yang awak ada dengan saya sekarang.” Hadry cuba menenangkan hati sang kekasih sebaik dia membaringkan Afina ke sofa berkembar tiga.

Afina mengangguk lemah. Dia cuba memejamkan mata walaupun susah baginya. Kejadian tadi masih lagi terbayang di pandangannya. Sekujur tubuh tua sang ayah terbaring lemah penuh dengan darah, menggamit agar dia mendekat.

‘Maafkan Fina, ayah. Fina ayah mati dengan aman… tolong jangan hantui Fina kelak. Fina… Fina masih tak dapat nak maafkan ayah semudah itu.’

Sebaik lihat Afina sudah terlena, Hadry bangkit lalu keluar dari bilik itu. Dia menuju masuk ke ruang dapur untuk mendapatkan pengasuhnya.

“Mak…” dia menyapa lembut. Kerusi ditarik sebelum melabuh duduk. Dagu ditopang dengan tangan sebelah sambil mengeluh.

Mak cik Imah berpaling. “Hah, Adry. Macam mana dengan kawan kamu?” Soalnya. Bubur yang siap dimasak dituangkan ke dalam mangkuk. Selepas itu dia melabuh duduk di hadapan Hadry.

“Itulah Afina mak…” suara Hadry perlahan. Terbuntang biji mata orang tua itu.

“Afina…? Maksud Adry budak perempuan tadi adalah Afina? Begitu ke?!” Asak Mak cik Imah seakan tidak percaya.

Hadry mengangguk perlahan. “Itulah Afina yang selalu kita tunggu,”

“Ya Allah… akhirnya dia kembali pada kita jua. Mak nak pergi lihat dia sekarang Adry!” Mak cik Imah mahu bangkit tapi, dihalang oleh Hadry,

“Nanti dulu mak. Sebelum mak nak pergi jenguk dia, Adry nak bagitahu sesuatu. Sekarang dia dah tak guna nama itu lagi. Nama dia sekarang adalah Ana Diana. Hadry nak mak buat macam tak kenal dia. Buat macam kali pertama mak baru jumpa dia. Hadry tak nak dia tahu yang kita tahu pasal dia. Adry takut dia akan lari dari kita nanti.”

Mak cik Imah terpinga seketika kemudian mengangguk.

Sudah lama benar dia tidak menatap wajah Afina yang polo situ. Disangka gadis itu sudah dijemput Illahi rupanya umurnya masih panjang. Tak sabar rasanya dia ingin memeluk tubuh gadis itu. Masih ingatkah Afina padanya?

“Hmmm...Begitu ke? Baiklah mak faham. Mak pergi dulu ya?”

Mak cik Imah keluar dari dapur, Hadry terus menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbit milik dicapai untuk mendail nombor Kak Ruby. Mahu mengkhabarkan Afina dan bersama dengan dia.

Mak cik Imah menapak masuk ke dalam secara perlahan-lahan menuju ke katil bujang di bilik itu. Takut menganggu tidur gadis itu. Dulang yang dibawa diletak ke meja. Afina yang sedang terlena bersama sendu dia dekati sebelum melutut di bawah.

“Fina anakku... lama mak cik tak jumpa kamu,” lembut Mak cik Imah bertutur. Rambut Afina yang berjuntai turun dikuap perlahan sebelum bibir tuanya menyapa di dahi gadis itu. ikutkan hati si tua mahu saja dirangkul tubuh itu seerat yang mungkin.

“Anne dah makan ke mak?” soal Hadry sebaik dia melangkah masuk ke dalam selepas membuat panggilan kepada Kak Ruby nun di Subang Jaya. Mengatakan Afina berada dengan dia sekarang.

Mak cik Imah kalih seraya bangkit dari melutut, “Hmmm...Dia masih lagi tidur Adry. Adry...mak betul-betul terharu. Tak percaya pun ya. Mak sangkakan dia telah pergi meninggalkan mak, tapi hari ini di depan dua belah mata mak dia sedang terlena. Mak nak sangat peluk dia Adry..." ujar Mak Cik Imah dalam sendu. Air mata yang jernih berkaca di hujung tubir matanya diseka dengan hujung lengan baju kurung kedahnya.

"Adry pun begitu jugak mak. Memang takde siapa yang tahu kecuali kita pasal ini. Adry nak mak jangan bagitahu sesiapa pun termasuk ayah. Adry taknak hal ini terbongkar dan dia akan pergi sekali lagi. Adry tahu dia banyak terluka dengan keluarga ini. Demi memenuhi amanah atuk untuk bahagiakan dia, Adry akan pastikan dia menjadi milik Adry," ikrar Hadry. Wajah tenang Afina dipandang lembut. Benar kata orang, cinta itu datang tanpa kita pinta. Tidak kira datangnya bagaimana. Apa yang pasti rasa itu boleh mengangaukan pemilik rasa itu.

Afina tersedar dari lena yang terasa agak lama. Objek pertama yang muncul di depan matanya adalah wajah Hadry yang setia menatap wajahnya.

"Selamat petang sayang," ujar Hadry seraya tersengih. Dia membetulkan kedudukan asalnya. Tadi dia duduk dengan dagu dilapik oleh kedua belah tapak tangan. Kini dia ubah kepada menopang dagunya dengan sebelah tangan.

"Saya dekat mana ni?"soal Afina dengan mata terkebil-kebil pandang sekeliling.

"Dalam rumah abang,"

Afina membisu untuk seketika. Sunggguh otaknya sekarang kosong. Langsung tak ingat pada yang terjadi pada diri. Tiba-tiba wajah ayahnya terlayar. Air matanya jua tertumpah sama. Kini Afina dah jadi yatim piatu. Dah takdr keluarga. Tapi bukankah itu yang Afina mahukan?

"Abang dah telefon Kak Ruby pasal sayang. Sekarang dia dalam perjalanan ke mari," kata Hadry.

"Eh, kenapa sayang menangis ni?" Hadry mahu menyeka air mata yang mengalir di wajah Afina, namun gadis itu cepat menepis. Dia tidak mahu Hadry mengesyaki apa-apa pasal dia.

"Saya masih takut dengan kejadian yang menimpa saya Adry...Saya...saya...tak boleh nak bayangkan kalau takde orang yang bantu saya ketika itu...saya takut... mujurlah ada seorang lelaki yang baik hati membantu saya. kalau tak…"

Tidak menggunakan kewarasan akal Hadry terus memeluk Afina.

"Syyhh…jangan ungkit lagi perkara yang melukakan hati. Maafkan abang sayang...Abang tak tahu yang sayang ke mari...”

"Adry lepaskan saya. Kita masih belum ada ikatan yang sah,” tegas suara Afina. Sejak bertemu semula dengan Haydar, Afina seakan telah berubah. Dia bagaikan mahu dilahirkan semula. Dia tidak mahu meneruskan misinya ini. Dia mahu bersama lelaki yang dia cinta. Haydar Firdaus bukan Hadry Iskandar.

Hadry melepaskan tubuh Afina dengan hati yang berat. Sungguh tika ini dia mahu Afina berkongsi sejuta rasa yang terbuku di dalam hati gadis itu.

"Maafkan abang... abang tak dapat nak kawal perasaan abang. Mak ada masak bubur untuk sayang, abang suapkan ya,"

Afina mengangguk seraya membetulkan kedudukannya. Dari berbaring dia menyimpul sila di hadapan Hadry yang sudah memegang sudu untuk menyuap bubur kepadanya.

Hadry langsung tidak puas menilik wajah Afina yang nampak berselera sekali menikmati bubur masakan pengasuhnya. Tambah dia yang jadi tukang suap. Setiap kali ada sisa yang terlekat di hujung bibir Afina dia yang lebih terdahulu menyapu.

Afina mengelak dari terus disuap oleh Hadry bila terasa perut penuh.”Saya dah kenyang Adry. Kak Ruby akan ke sini kan? bila dia akan sampai nanti?” tanya gadis itu.

“Mungkin petang nanti kot. Awak rehatlah dulu. Kak ruby datang saya akan kejutkan awak,” ujar Hadry sebaik meletakkan mangkuk ke dalam dulang.

“Terima kasih Adry. Kalau takde awak saya tak tahu apa yang akan terjadi,” Afina pandang wajah hadry dengan pandangan redup. Dia sangat bersyukur Hadry hadir ketika mahu larikan diri dari kenyataan sebenar. Dia tidak mahu kewujudan seorang gadis remaja yang lama menghilang rupanya masih hidup.

“Anne bakal isteri abang. Sudah pasti keselamatan Anne menjadi tanggungjawab abang. Kalau terjadi sesuatu pada Anne lagi abang tak akan maafkan diri abang,”

Afina tersentak. Kata-kata Hadry mengingatkan dia pada Haydar. Haydar pernah menabur janji. Janji akan menjaga dia sepenuh hati. Tapi tengoklah sekarang. Apa yang dia dapat? Sebuah kebahagiaan ataupun sebuah dendam yang tersimpul mati di dalam hatinya.

Afina senyum sinis sendiri.

“Sayang...?” Hadry menegur. Hairan dia dengan gadis itu. Tiba-tiba senyum sendiri. Dia buat lawak kah?

Afina lantas berpaling. Kedua belah kening terjungkit sebagai isyarat soalan kenapa.

“Okey tak ni?” soal masih menyoal. Afina senyum lembut sebelum mengangguk beberapa kali, tanda dia okey sahaja.

Hadry tak banyak soal lagi. Dia fikir Afina masih penat dengan masalah yang dihadapi. Dia bangkit dan sempat menyentuh lembut bahu gadis itu.

“Berehatlah dulu. Abang keluar sekejap,” Afina senyum lagi. Suaranya bagaikan tersekat untuk berbicara dengan lelaki itu.

Sebaik Hadry keluar dari bilik, Afina kembali menjatuhkan tubuhnya ke tilam bujang itu. Bayangan Haydar muncul dipandangannya.

“Haydar perlu ke saya teruskan niat saya ni? Atau saya balik kepangkuan awak dan mengaku saja yang saya ni Afina, gadis yang awak selalu tunggu itu?”

Afina menangis sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience