BAB 37

Romance Series 39528

ELMAN dan Uzir serta seorang lagi anggota polis tiba di rumah banglo milik Hadry. Hon dibunyikan menandakan mereka sudah sampai.

“Kenapa saya perlu ikut sekali?” Afina meluahkan rasa tidak puas hati.

“Wajib ikut. Abang taknak tinggalkan sayang seorang diri di sini. Abang perlukan Elman untuk ikut abang jadi sayang pun kena ikut juga.”

“Kenapa tiba-tiba kau nak naik ke KL abang?” Soal Elman sebaik membolos keluar dari pintu kereta belakang.

“Ada sesuatu yang menimpa mamy.”

“Kau rasa ini kerja orang yang sama mengugut kau, abang?” Soal Elman lagi. Pintu kereta bahagian belakang dibuka untuk mempersilakan lelaki itu dan isteri masuk.

“Entahlah Elman aku sendiri tak faham dengan keadaan sekarang. Kes ini semakin serius sehingga nyawa mamy hampir melayang tu yang abang perlukan kamu untuk ikut sekali dan terpaksa memaksa isteri yang degil ini.” Mata Hadry meleret ke arah Afina yang sudah memeluk tubuh di sebelahnya.

“Takde apa pun ini sudah jadi tanggungjawab saya untuk pastikan keluarga abang dalam keadaan selamat.”

Afina mendengus geram terus membolos masuk tanpa menghiraukan dua orang lelaki itu.

Dalam perjalanan Afina hanya memandang keluar jendela. Bosan mendengar topik perbualan mereka berempat. Semuanya fasal kes yang keluarga Hadry yang dilanda musibah sampaikan dia naik jemu. Maklumlah empat orang yang berada dalam kereta Honda City milik Uzir hanya dia seorang perempuan.

“Sayang…” Sapa Hadry di tengah antara Afina dan Elman.

Afina kalih ke sebelah. Di sebalik suaminya dia dapat melihat Elman yang sudah terlena. Mungkin kepenatan dan tidak cukup tidur pagi semalam terpaksa ikut mereka ke Kuala Lumpur sana.

“Nak monyok aje, sayang marahkan abang?” Hadry bertanya.

Afina menggeleng. Sungguh dia tiada mood mahu berbicara. Saat dia mahu memalingkan tubuh bersandar ke pintu kereta, Hadry pantas menyambar tubuh kecilnya dibawa ke pangkuan. Tangan Afina digenggam erat sebelum ditarik ke atas untuk dikucup.

“Hadry tolong…” Afina menolak lembut tubuh Hadry dan menjarakkan kedudukan mereka. Dia mahu menyedarkan suaminya mereka di dalam kereta yang bukan hanya mereka berdua.

Hadry mengeluh lembut. Nafsunya bergelora bila dekat dengan Afina tapi bila mahu bersama ada sesuatu yang menyekat. Mereka melayan perasaan masing-masing sehingga mereka di perkarangan Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Sayang nak masuk?”

Afina menggeleng. “Awak masuklah dulu wad kecemasan mana boleh ramai-ramaikan?”

“Kalau macam tu abang masuk dulu sayang tunggu di sini.” Afina mengangguk.

Afina ditinggalkan di luar wad bersama dua orang rakan Elman. Elman sendiri masuk ke dalam wad bersama Hadry.

Saat Afina mahu melabuh duduk telefon dalam mode silent hanya bergetar terasa. Menandakan ada panggilan masuk.

“Kak Ruby?” Dia menyeru lembut. Kalau wanita itu menelefon dia bermakna ada sesuatu yang penting dan dia perlu menyahut jauh dari pihak polis.

“Maaf. Saya nak ke tandas sekejap boleh?”

“Baiklah puan.” Balas Uzir

“Pergi sorang takde masalahkan?” Kening Afina terangkat sedikit.

“Maafkan kami, tak boleh.” Uzir senyum manis.

Afina mengeluh berat. “Bolehlah lagipun tandas dekat tu aje.” Dalih Afina lagi.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Afina pamer wajah penuh pengharapan. Akhirnya mereka mengangguk.

“Terima kasih.” Afina senyum lebar.

Nasib dia baik saat dia mahu melangkah masuk ke tandas ada kerja pembersihan sedang dijalankan. Seorang wanita sedang menolak troli penuh dengan penyapu dan cecair pencuci yang bewarna kuning dapatlah dia menyelit untuk melarikan diri dari pandangan mereka berdua.

“Ya, Kak Ruby.” Panggilan terus dijawab sebaik dia keluar dari kawasan wad kecemasan.

“Ann kita sudah berjaya. Sekarang Puan Halina akan menanggung seksa dan malu. Kakak pasti dia akan meroyan macam orang gila lepasni. Gembiranya akak!” Kedengaran suara Kak Ruby riang di sebelah sana.

“Apa juga yang Kak Ruby dengan Izzue buat dekat dia sampaikan masuk wad kecemasan?”

Kak Ruby di corong sana tergelak besar. “Well macam cerita dalam tv bila suami ada kekasih gelap dekat luar yang berwajah cantik persis model. Isteri yang tidak berapa nak cantik ni akan mencacatkan wajah yang cantik itu.”

“Maksud Kak Ruby…”

“Ya! Disimbah asid ke wajah yang cantik itu.” Terus percakapan Afina dicantas laju.

Afina senyum. “Puas sangat kak, Ann puas sangat tapi kalau dia kena teruk dari itu lagi Ann tak kesah. Perbuatan dia dulu pada Ann belum cukup apa yang dia terima sekarang. Perasaan Ann masih terasa sakit tiap kali pandang wajah dia.” Suara Afina kedengaran sayu.

“Ann nak kami buat lagi?”

“Tak perlulah Ann rasa dia akan terseksa perlahan-lahan biar dia gila apa yang dihadapi sekarang. Orang seperti dia yang pentingkan kesempurnaan pasti tidak boleh terima wajah dia sekarang. Terima kasih Kak Ruby terima kasih banyak-banyak. Izzue mana? Ann nak cakap sekejap dengan dia.”

“Izzue dia jumpa kekasih hati dia yang baru balik Malaysia. Dia kirim salam dekat Ann. Hasil kejayaan perancangan kita semuanya kerana Izzue. Dia sanggup tolong kita, sayang jadi untuk balas balik apa yang dia buat pada kita, kita mesti pulang ke Rusia secepat mungkin supaya pihak polis tidak dapat siasat kelakuan kita sayang. Kes Puan Halina kalau dikaitkan kita tidak terlibat sebab bukan kita yang simbah asid tu tapi isteri dato tu. Ann…lepasni kita balik Rusia ya.” Kak Ruby masih memujuk.

“Hadry macam mana kak?” Afina seakan berdalih.

“Begini Kak Ruby ada cadangan kita akan buat Hadry cedera biar dia rasa dia tidak layak jadi suami Ann jadi senanglah Ann nak berpisah dengan dia.”

Afina membisu seketika. Memikirkan sesuatu.

“Ana.”

Satu suara menegur dari belakang. Tidak lain tidak bukan hanya seorang sahaja yang memanggil nama itu. Elman semakin menapak ke arah gadis itu. Wajahnya kelihatan tegang sedikit.

Afina terus kalih ke belakang. “Kak, Ann kena letak dulu nanti kita bincang semula.”

“Suara Elman kan tu?” Kak Ruby masih ditalian.

“Aah kak. Ann letak dulu ya!” Tidak sempat mengucap salam perpisahan terus dia menekan icon end.

“Hmmm… Ana awak memang tak serik-serik lagikan? Awak pernah janji dengan saya nak jaga keselamatan sendiri dan tak perlukan orang awasi awak tapi sekarang awak buktikan yang awak perlukan orang. Pantang terlepas pandang terus menghilang. Hadry cari awak, mamy dia sudah sedar.”

“Awak sendiri pun tak pernah tunaikan janji suka hati nak marahkan orang!” Tempelak Afina tapi perlahan.

“Apa awak cakap?” Soal Elman.

“Takde apa!” Terus afina melangkah. Sempat lagi dia menjeling tajam semasa berselisih bahu dengan lelaki itu.

“Ummm… degil dan keras kepala! Ciri-ciri Afina memang ada pada dia tapi sikap dan perangai dia bukan seperti gadis aku. Afina akan mendengar cakap orang bukan seperti dia tu.” Gumam Elman sebelum dia melangkah pergi.

“Puan!” Seru dua pegawai polis itu serentak.

“Mana suami saya?”

“Masih di dalam. Awak masuk dalam ada disediakan pakaian khas.” Celah Elman kebetulan sampai di situ.

Afina kalih sekilas pada lelaki itu sebelum melangkah pergi.

Elman berkerut dahi. Isyarat mata menghantar setiap langkah wanita itu sehingga hilang dari daun pintu.

“Kenapa tuan?” Tanya Uzir tiba-tiba.

Elman pandang kedua orang bawahannya dan dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Sayang ke mana?”Soal Hadry sebaik Afina mendekatinya.

“Ke tandas. Macam mana mamy?” Sekujur tubuh Puan Halina yag terlena dipandang tanpa perasaan.

“Sudah tidur. Tadi dia sedar dan mengamuk sebab tak dapat nak menerima keadaan dia sekarang jadi doktor beri suntikan untuk tenang mamy.”

Afina herot hujung bibir. Satu kepuasan yang dia rasakan sekarang.

“Sayang jaga mamy sekejap boleh? Abang nak jumpa doktor untuk transfer mamy ke Temerloh,”

Afina menggangguk.

“Terima kasih sayang.” Sempat lagi Hadry mengucup ubun-ubun isterinya sebelum dia melangkah keluar.

Afina tarik kerusi dan duduk menyilang tangan dan kaki. Wajah Puan Halina yang berbalut dipandang dengan senyuman sinis.

“Rasakan perempuan. Dulu kau selalu seksa aku, herdik, pukul apa lagi yang kau tak buat sekarang aku nak kau pula yang rasa. Penderitaan yang aku alami dulu tak seteruk kau alami sekarang. Kau sudah selesai sorang lagi yang belum selesai, anak perempuan kau! Aku tak tahu di mana dia tapi dia tidak akan terlepas dari pembalasan aku. Alia… aku tidak sabar menanti kemunculan kau.”

Afina melepaskan rasa benci pada mentuanya.

AFINA termenung sambil mengacau air di cawan. Rutinnya setiap dua kali minggu sekali pasti dia akan bagi Hadry minum ubat guna-guna untuk menyekat nafsu lelaki itu terhadap dirinya. Afina mengeluh berat. Permintaan Kak Ruby untuk mereka kembali ke Rusia seminggu yang lepas membuatkan hatinya terasa sangat berat untuk melepaskan seseorang. Elman! Ya semakin hari dia dapat rasakan getaran di hatinya semakin membuak-buak. Seakan tiada lagi dendam terhadap lelaki itu. Cuma kerana sebuah keegoan dia menafikan perasaan sendiri.

“Ann.” Seru Mak cik Imah dari belakang.

“Oh mak kau!” Dia tersentap dan terdorong ke belakang sampaikan bungkusan ubat guna-guna Hadry habis tertumpah ke dalam sinki.

Habislah aku…ubat tu dah tumpah! Kak Ruby…Ann nak buat apa nanti dengan Hadry! Batin afina menjerit kuat. Menangis tak berlagu.

“Ada apa mak?” Suara Afina kedengaran cemas. Dia pandang wajah wanita tua itu dan bungkusan yang tertumpah silih ganti.

“Elman ada dekat depan sekarang.”

“Elman? Suaranya kedengaran agak girang. Tanpa disedari sendiri wajah terukir senyuman bahagia. Air yang masih terkacau dan bungkusan ubat yang tertumpah ditinggalkan begitu sahaja. Sungguh hatinya telah terbang menuju ke hati tetamu yang datang berkunjung.

Wajahnya berbeza. Tiap kali bersama Hadry nampak ada kekosongan tapi sekarang wajah Afina yang dulu kembali semula. Jangan-jangan…” Mak cik Imah berteka teki sendiri.

“Ya tuan inspektor ada apa malam-malam bertandang ke rumah?” sapa afina kedengaran agak sinis. Sengaja dia menyembunyikan perasaan sebenar. Dia menapak pada elman yang berdiri sambil bercekak pinggang, membelakangi dia.

Elman terpandangan kelibat Afina memlalui biasan cermin pintu. Kebetulan ruang itu cahayanya agak malap. Dia nampak senyuman tersembunyi di bibir Afina. Hatinya tiba-tiba terdetik semacam.

Elman kalih. Wajahnya kelihatan sangat cemas dan tidak terurus sedikit. “Abang ,Hadry suami awak.”

“Kenapa dengan dia? Tadi dia baru telefon saya cakap dah nak sampai.”

Elman menyepi seketika. Teringat akan pesanan lelaki itu jangan memberitahu isterinya takut wanita itu risau.

“Elman…?”

Elman masih membisu. Hatinya berdegup.

“Elman…” Panggilan kedua Elman juga tidak memberi respon.

“Elman!”

“Huh, ya! Maaf. Dia kena pukul tadi dekat highway belakang.” Elman tersedar dari mengelamun. Sungguh dia sedang membayangkan panggilan wanita itu sama seperti perempuannya.

Afina membulat mata. “Pukul…?” Soalnya.

Elman mengangguk laju. “Cepat bersiap kita ke hospital sekarang.”

Afina terus naik ke atas hanya menggantikan pakaian tidurnya pada tshirt dan seluar jeans. “Mak, Ann ke hospital dulu nak tengok hadry. Kalau ada apa-apa berlaku pada mamy mak call ann ya.” Ujar Afina sebaik mendapatkan Mak cik Imah di dapur.

“Ya Allah apa sudah jadi pada Adry, Ann?” Cemas Mak cik Imah bertanya.

“Nanti balik Ann cerita. Nak cepat ni.” Selepas berpelukan dengan Mak cik Imah, Afina terus mendapatkan Elman yang sudah berada dalam kereta.

“Jom!” Suaranya sebaik masuk ke dalam perut kereta.

Elman menatap wajah Afina. Hatinya kuat mengata wanita di sebelahnya sama seperti perempuannya. Namun ada bisikan pula menafikannya.

Kak Ruby…tak akanlah sepantas ini kak bertindak. Baru seminggu kami sampai di Temerloh dan perempuan itu baru dibawa balik ke rumah tak akanlah Kak Ruby sudah upah orang untuk cederakan Hadry. Betul ke? Kalau betul kenapa aku tidak diberitahu apa-apa? Gumam hati Afina. Semakin keliru dengan perancangan dia sendiri. Langsung dia tidak perasaan akan orang di sebelah ralit memerhatikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience