Chapter 28

Romance Completed 4712

BAB 28

Di luar istana, berhampiran gerbang, Ashuri berlegar-legar sambil tekun mengerah fikiran. Kepulangan Tantira memudahkan lagi dia untuk merencana perancangannya. Tabib Fansuri hanya memerhati sambil menasihati setiap gerak geri yang dirancang Ashuri. Walaupun dia pasti, kata akhir perancangan itu tetaplah tertakluk terhadap budi bicara Raja Rasturi. Pemimpin ulung di Indera Sakti itu.

Cahaya api obor di sekeliling istana menerangkan suasana. Tantira seakan tidak mengerti dengan apa yang dilihatnya kini. Seolah semenjak pemergiannya tempoh hari ke Lembah Cahaya, pelbagai peristiwa telah terjadi di istana itu. Namun tiada pula Ashuri menerangkan kepadanya secara terperinci.

“Patik tidak merasakan cadangan Tengku untuk menyerang perkampungan siluman itu adalah tindakan yang bijak Tengku..” hela Tabib Fansuri lemah. Rancangan Ashuri yang ingin menjadikan Dewi sebagai bahan ugutan terhadap kaum siluman, ternyata perkara yang amat berbahaya.

“Cuma itu sahaja caranya untuk kita mendapatkan semula kekanda sulungku Tabib..alang-alang kita mempunyai peluang seperti ini, tiada salahnya kita mencuba..”

“Sudah pastinya perbalahan akan terjadi Tengku..patik cuma bimbang jika berlakunya pertumpahan darah kelak..yang kita pertaruhkan adalah nyawa-nyawa hulubalang kita..yang sudah pastinya mempunyai anak juga isteri..”

“Jika buah fikiranku itu ternyata tidak senang untuk dirimu Tabib..cuba Tabib kemukakan sebarang langkah padaku..agar boleh aku pertimbangkan..”

Tabib Fansuri hanya menunduk. Benar dia tidak senang dengan cadangan awal Ashuri itu. Namun, dia juga tidak sanggup hendak mempertikaikan kemahuan Ashuri. Mahukan kembali kekanda sulungnya yang ditawan siluman.

“Tapi Ashuri..apa yang membuatkan kau begitu yakin bahawa kekanda sulungmu itu masih hidup..?? Mungkin juga dia telah mati selama berada di dunia siluman sana..” Tantira mencelah. Dirinya menjadi perhatian antara Ashuri dan Tabib Fansuri.

Terdiam mereka seketika. Hanya bunyi percikan api obor sahaja yang kedengaran diselangi bunyi cengkerik berlagu.

“Jika mati..pasti ada kuburnya..dan yang pasti, aku tetap akan mencarinya..” sayu jawapan Ashuri.

Dia sekadar menjangkakan sesuatu yang tidak pernah diketahuinya. Walaupun perkara itu sememangnya berlegar di benak fikirannya. Mungkin sahaja kekanda sulungnya itu telah lama mati di dunia siluman sana. Namun hatinya keras berkata tidak. Berat sungguh hatinya berkatakan bahawa diri itu masih lagi hidup. Bercampur gaul bersama siluman tanpa menyedari siapa dirinya yang sebenar.

“Jikalah benar Tengku berhasrat untuk memerangi siluman..bagaimana pula dengan penerimaan Raja Rasturi kelak..?? patik yakin bahawa Tengku pastinya lebih arif dengan apa yang telah dirancangkan..namun kata akhir, tetaplah perlu dirujuk terhadap Raja Rasturi..bukankah begitu Tengku..?” tegur Tabib Fansuri.

Ternyata perkara itulah yang kini menggusarkan diri Ashuri. Raja Rasturi masih tidak dikhabarkan lagi tentang apa jua yang berlaku. Setiap kali ditanya, Ashuri hanya mengatakan segalanya berjalan seperti sediakala. Seolah tiada apa yang terjadi di istana itu.

“Apa yang membuatkan ayahanda akan membantah..??” soal Ashuri pula terhadap Tabib Fansuri.

“Pastinya Raja Rasturi tidak akan merestui rancangan ini..kerana baginya, membuka laluan di antara manusia dan siluman bermakna melanggar Rukun Indera yang telah termaktub..patik pasti, Raja Rasturi pastinya akan berang apabila mengetahui tentang segala hal ini daripada mulut Tengku sendiri..”

Semakin gundah jadinya Ashuri memikirkan perihal yang diperkatakan Tabib Fansuri. Padahal niatnya sekadar ingin mengembalikan apa yang sepatutnya milik mereka. Tetapi jika benar mengingkari Rukun Indera itu langsung tidak dapat dielakkan, sudah pasti rancangan yang difikirkannya itu tidak mampu terlaksana. Ashuri merengus kehampaan. Jalan keluar harus difikirkannya.

“Bersurailah kita..sampai masanya, akan aku khabarkan berita ini kepada Raja Rasturi..aku harap, kalian teguh di belakangku saat berita ini aku sampaikan nanti…”

Kelak dia adalah pewaris takhta. Namun hatinya besar mengalun segala perencanaan demi kesejahteraan rakyat jelata. Bukanlah dia menongkah langit mendabik dada menegakkan pendiriannya. Namun Ashuri tetap merendah diri, tetap memerlukan nasihat serta sokongan dari orang-orang kepercayaannya.

Baru sahaja bangkit Tabib Fansuri dan Tantira dari duduk mereka, kedengaran jeritan suara memanggil dari kejauhan. Pengawal di gerbang istana pertegapkan tombak. Jika musuh, pastinya bersedia mereka berhunus senjata.

“Musliha..??” Tantira melihat susuk tubuh itu menghampiri gerbang istana. Dalam kepayahan Musliha mengatur langkah. Menghampiri istana memapah tubuh yang tidak dikenalinya.

“Tabib..bolehkah kau rawatkan wanita tua ini..??” Musliha bermandikan peluh. Tercungap-cungap dia mengatur kembali pernafasannya. Segera tubuh Dewi Siluman Bulan dipaut Tantira. Bergegas dia dan Tabib Fansuri bergerak ke dalam istana meninggalkan Musliha dan Ashuri di gerbang istana.

“Dimanakah kau berjumpa dengan wanita itu Musliha..?? apa kau kenal dirinya..??” soal Ashuri.

“Tak..hamba tak kenal Tengku..dia muncul dari celah semak sewaktu hamba duduk di tepi jeram tadi..”

“Dengan berkeadaan begitu..??”

Musliha mengangguk. Lirikan mata memerhatikan ke arah tubuhnya sendiri. Tubuhnya yang kotor harus dibersihkan. Baru sahaja dia mahu melangkah, Ashuri terlebih dahulu menggamit dirinya.

“Tengku ada apa-apa nak cakap ke..??”

Dilihatnya anak raja itu sekadar terdiam memerhatikan dirinya. Berwajah sugul seolah dibayangi resah. Seperti ada yang ingin disampaikan, tapi lidah seakan terkelu.

“Tengku..??” tegur Musliha semula. Leka Ashuri memerhatikan dirinya hinggakan merasa tidak senang Musliha dengan pandangan itu.

“Maafkan aku di atas pemergian Raihan..”

Pemergian itu sememangnya memeritkan. Namun bukan itu alasannya untuk kita terus bersedih. Dunia ini terlalu besar dengan keindahan. Yang pergi tetap pergi, yang masih hidup perlu meneruskan segala perjuangan. Walaupun terpaksa.

“Mungkin pada Tengku, Raihan telah pergi selamanya..tapi tidak pada hamba..dia masih bersama hamba..di dalam fikiran dan juga hati ini..” dan Musliha memahatkan senyuman. Berpura tabah di sebalik kesedihan itu.

“Hmm..jika begitu yang kau katakan Musliha..dengan senang hati aku menerimanya..” senyumannya tawar. Dia mengerti bahawa Musliha sekadar berselindung di balik senyuman. Bukan mudah untuk dihadapinya semua itu. Tapi ternyata, dia tabah. Sendiri mengubati kekecewaan dalam dirinya.

“Aku akan pastikan, kau ketemu juga jalan untuk pulang semula ke dunia kau..itu janjiku Musliha..” sambung Ashuri semula. Tiada apa yang termampu hendak dilakukan melainkan berjanjikan yang indah-indah. Agar terubat sedikit rawan di hati Musliha itu.

Dan Musliha, tidak langsung dia berdukacita. Janji Ashuri itu sudah pastinya akan ditepatinya nanti. Melangkah dia pergi, menuju ke arah istana, dengan memegang erat janji yang diberikan Ashuri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience