Chapter 11

Romance Completed 4712


BAB 11

Raihan dan Musliha berjalan seiringan di taman istana. Masing-masing berpakaian indah mengenakan busana istana yang diberikan Ashuri. Titah Raja Rasturi agar melayan tetamu istana mereka itu sebaik mungkin, dituruti Ashuri.

Raihan diberikan persalinan melayu lama, berkeris dan bertanjak manakala Musliha ditata rias oleh Permaisuri Dahlia ibarat seorang puteri raja. Kedua-duanya dilayan bak tetamu agung di Istana Indera.

"Lalalala.." Raihan berlagu riang. Musliha mengekek tergelak mendengarkan suara Raihan yang mendendangkan irama lagu.

"Wahai hulubalang istana Hang Raihan..dimanakah diamnya kita sekarang wahai hulubalang..??" Musliha berlagak bagaikan puteri. Raihan dijadikan pula hulubalang pengikutnya.

"Ohhh..kita sekarang berada di negara pasir berdengung wahai tuan puteri.." jawab Raihan sekadar melayan telatah Musliha.

Letus tawa antara mereka berdua di taman itu sekadar dilihat Ashuri dari kejauhan.

"Oh ya tuan puteri..apakah benar tuan puteri mengatakan pada tuanku sultan bahawa kita datang ke sini untuk berdagang..??"

"Ya benar hulubalang..itu yang beta katakan tadi pada Raja Rasturi..mengapa..??" Mimik muka Musliha penuh keangkuhan. Jadi puteri raja perlulah angkuh fikirnya.

"Berdagang apa wahai tuan puteri..??"

"Emmm.." Musliha berfikir.

"Aaaa.." Raihan mengejek.

"Berdagang emas dan permata.." seloroh sahaja jawapan Musliha. Raihan masih cuba menahan tawa. Musliha terus dilayaninya.

"Berapakah harganya emas sekarang wahai tuan puteri..??"

"Owwww...aaaa...emmmm...kira-kira tiga ikat sawi wahai hulubalang.."

Kali ini jawapan Musliha langsung tak dapat diterima oleh Raihan. Sawi setanding emas harganya. Mana mungkin!

"Kau apehal emas kau samakan dengan sawi..kau ingat emas tu sama harga dengan sayur ke..??"

"Lahh..dah tentulah zaman dulu-dulu tak ada matawang lagi..kan dulu guna sistem barter..bagi satu barang untuk dapatkan barang yang lain..tak gitu..??" Musliha bijak pandai. Tapi tak sebijak Raihan. Kerana Raihan lebih panjang akalnya. Namun ada masanya, dia lebih rela mengalah tika bertengkar bersama Musliha. Kerana Musliha, si hati batu yang dalam hidupnya tidak mengenal erti mengalah.

"Hmmm..yelah..ambiklah kau menang..!"

"Yeayyyy..!!" Melompat keriangan Musliha. Hinggakan tercicir kudupan bunga kemboja putih di cuping telinganya. Membongkok dia sebentar mengutip bunga putih itu lalu disisipnya semula ke telinga.

"Cantik.."

"Kau cakap apa..??"

"Cantik..kau cantik bila pakai macam perempuan melayu terakhir ni..baju kurung, kain songket, berselendang..siap ada bunga lagi kat telinga.." Raihan pamerkan senyuman. Dia ikhlas. Kerana memang terserlah jelas keayuan gadis tomboy itu setelah didandan dan mendapat sentuhan dari orang lama. Berbeza sebelum ini asyik sahaja Musliha mengenakan t-shirt, seluar jeans dan kasut Converse lusuh. Macam jantan!

"Auchh..malu i...ahak ahak.." tersipu malu Musliha bila sekali sekala kata pujian terhambur dari mulut Raihan.

"Asal puji je melambung..apa pun tak boleh..!" rungut Raihan dalam hatinya.

"An..let's get serious..kita dekat mana sebenarnya ni..aku dari semalam memang blur gila..aku rasa macam tak logik dek akal kita ni tercampak ke masa silam..macam cerita back to the future tu..langgar hukum alam kita ni kalau dah sampai melangkau masa..sebab mana ada orang boleh melangkau masa..betul tak..??"

"Hmm.." Raihan turut bingung. Dari semalam puas dipujuknya Ashuri untuk menceritakan tentang perihal Indera Sakti itu. Cuba diselongkarnya satu persatu rahsia yang tersembunyi agar dapat dicantumkannya hingga terlerai segala persoalan. Namun Ashuri tetap mengulang kata benda yang sama.

"Kau di Indera Sakti..wilayah kecil yang penuh rukun kehidupannya.."

Hanya itu sahaja yang diulang Ashuri. Dia sendiri tidak dapat mengatakan lebih kerana kata-kata Raihan pada dirinya semalam dianggap seperti kata bohong. Tiada satu pun cerita dari mulut Raihan dipercayai Ashuri. Kerana itulah dia masih berteka-teki dengan Raihan.

"Kalau betullah kita ni sekarang dekat zaman-zaman pahlawan melayu..kau rasa apa patut kita buat..??" Soal Raihan tidak menjawab pertanyaan Musliha. Musliha garu kepalanya yang dibaluti selendang.

"Hmmm...nak buat apa ek..??"anak mata dibawa melihat awan. Seolah ada jawapan di celahan awan biru itu.

"Kita update-lah status dekat Fac..kata kita dekat zaman Hang Tuah..lepas tu letak hashtag, #jiwakacau #kauhaddoo #pray4us.."

Pek!

"Aduhhh..!" Belum sempat hendak dihabiskan kata-katanya, telapak tangan Raihan telah hinggap ke dahinya. Terjungkit-jungkit kening Raihan menahan marah. Soalannya dibalas dengan jawapan tak masuk akal oleh Musliha.

"Oi Leha..! Celah mana pencawang telefon ada dekat sini..?? Mana datangnya Fac zaman dulu-dulu..batu bersurat adalah..!"

Musliha memuncung bibir.

"Lagipun barang-barang kita semua tertinggal dekat tepi sungai tu sebelum kita jatuh dalam lubang..mana nak ada handphone kau nak update status Fac kau tu..kalau nak update status jugak..pergi dekat batu tu, conteng batu tu..tulis 'LEHA WAS HERE' besar-besar..!"

Tambah lagi seinci muncungan Musliha. Memetir Raihan memarahinya.

"Huh..!!" Musliha pusingkan badan. Tubuh dipeluknya rapat. Mengekek Raihan tergelak.

"Takkan ada aku nak pujuk kau de..!!" Perli Raihan makin memuncakkan rasa marah yang menyelubungi Musliha.

"Lelaki melayu tidak akan pernah membiarkan wanita dambaan hatinya menyemai rasa resah dan gundah dalam diri..hanya lelaki tidak berguna sahaja mengabaikan rajuk si wanita tidak dipujuk.." Ashuri muncul dari sisi kiri taman. Raihan terpinga-pinga, Musliha bergembira. Akhirnya ada juga yang menjadi tulang belakang kala Raihan mengenakan dirinya. Musliha tersenyum puas.

"Padan muka kau..!"

"Apehal pulak..?!"

"Kau lelaki melayu yang tak pandai jaga hati wanita..!"

"Ehhhhhhh...aku half Korea, half Malay.."

"Buwerkkk..!"

Memang pertengkaran itu langsung tak dapat dipisahkan antara mereka berdua. Ashuri tidak memahami butir kata yang diucapkan Raihan dan Musliha. Sekadar tercegat dan memerhatikan sahaja.

"Tengku..! Arahkan segala hulubalang tangkap jantan tak guna ni..masukkan dalam guni..campak dalam laut..!" wajahnya mengadap ke arah Ashuri. Jarinya menuding ke arah Raihan. Meledak tawa Ashuri melihatkan kerenah tetamu istananya itu.

"Sudahlah..usah kalian bertengkar lagi..bukankah tidak manis jika dilihat orang..kita bangsa Melayu terkenal dengan adab dan kesopanan.." Ashuri merapati Raihan selepas berkata begitu. Bahu Raihan dipegangnya erat.

"Katakan padaku Raihan..bagaimana rupanya tempat tinggalmu di Kuala Lumpur itu.."

Raihan berdehem. Wajah Musliha diperhatikan sedikit lama. Kening dijungkit pintakan pendapat Musliha. Si gadis hanya mengangguk. Ceritakan sahaja. Mungkin itu isyarat dari Musliha.

"Zaman kami terlalu jauh berbeza dengan zaman ini Tengku..kami tinggal di rumah batu, bekerja di pejabat tidak lagi di kebun, kami mempunyai kereta dan kapal terbang untuk bergerak kemana-mana, kami ada telefon untuk berhubung sesama sendiri dan macam-macam lagi.." ulas Musliha. Raihan sekadar mengangguk mengiakan. Ashuri terkebil-kebil.

"Dan di zaman kami waktu malamnya seperti siang..kami gunakan lampu untuk menerangkan malam, bukan lagi obor..kami gunakan sudu dan garfu untuk makan, bukan lagi menggunakan tangan untuk menyuap.."

Raihan terhenti menghela nafas. Ashuri masih terkebil-kebil dan Musliha mengerut dahi.

"Cukup..!" Ashuri mengangkat tangan mengarahkan Raihan untuk berhenti berkata-kata. Apa yang dikatakan Raihan langsung tidak difahaminya.

"Mungkin kalian masih lagi dibayangi mimpi ngeri akibat tersesat di belantara..kerana itulah cerita yang kalian perdengarkan seakan karut dan tidak masuk akal.."

"Hmmm.." Raihan sekadar mengeluh. Musliha mengangkat bahu tanda berserah. Mereka sudah menjangka bahawa Ashuri pasti tidak akan memahami apa yang cuba mereka sampaikan.

"Takpelah Tengku..mungkin suatu masa nanti, Tengku akan memahami apa yang kami katakan.." Raihan sendiri tidak berminat untuk menceritakan tentang zamannya pada Ashuri.

"Tengku..dekat sini, kampung ini je ke yang ada Tengku..?? Tak ada kampung lain..??" Musliha memainkan peranan mengubah haluan cerita.

"Tidak..banyak lagi perkampungan lain di sekitar kawasan ini..namun wilayah ini, semuanya di bawah tapuk pemerintahan Kerajaan Indera Sakti..dan kami bernaung di bawah kerajaan Langkasuka..kami dilindungi mereka dari ancaman musuh.." Ashuri terhenti.

"Namun di antara manusia, terdapat jua kaum jembalang yang sering mengadakan kacau bilau..dan juga kaum siluman yang katanya hidup bersembunyi di belantara sana..ada yang mengatakan bahawa kaum siluman dan jembalang sentiasa bersengketa.." jelas Ashuri lagi.

"Namun kami di sini tidak pernah bertemu dengan kaum siluman..mengikut kata orang yang terdahulu, siluman dan manusia pernah berhubung baik di suatu ketika, namun akibat perbalahan mereka terpisah dan tidak bersemuka hinggalah sekarang.." jelas Ashuri lagi. Raihan dan Musliha sekadar mengangguk.

"Fuyyoh..gila vaveng.." Raihan terpegun.

"Ha ahh..gila vaveng.." sokong Musliha pula.

Ashuri gelengkan kepala. Entah apa bahasa yang diucapkam dua sahabat itu.

"Tapi..boleh ke kita tengok kaum siluman tu Tengku..??" Musliha ingin tahu. Dia yakin siluman yang dimaksudkan adalah bunian. Bunian yang hidupnya di belantara tebal. Seperti juga zamannya. Ada penceritaan yang mengatakan bunian itu masih wujud dan ada menghuni di belantara mereka.

"Hmm.." Ashuri berfikir sejenak. Dia tidak pasti. Selama ini dirinya tidak pernah didedahkan mengenai kaum siluman. Dia hanya terperangkap di dalam istana dan tidak dibenarkan keluar jauh dari kawasan istana. Sukar hendak dijawabnya soalan dari Musliha itu.

"Boleh.." jawab seseorang yang muncul dari belakang antara mereka bertiga itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience