SPECIAL CHAPTER 1

Young Adult Completed 21813

"Eh Adam, kau nak pergi mana ni? Kenapa gelabah sangat? " suara yang menegurnya dari arah belakang menyebabkan Adam berpusing 180 darjah sambil tersenyum hambar. Lengan panjang kemejanya dilipat hingga ke siku.

Aduh, masa-masa macam ni jugalah ada yang nak tegur. Beg laptop yang digalas itu cuba dibetulkan tempatnya. Kening yang berkerut seribu itu digaru perlahan. Rambutnya diraupkan ke bahagian belakang.

"Kau ada apa panggil aku? Aku nak cepat ni. " tanya Adam jujur sebaik sahaja rakan sekerjanya itu mula mendekat. Kening dijongketkan berkali-kali.

"Kau ni, asal jumaat petang je mesti kalut nak balik. Dari kau mula kerja sampai sekarang. Kau pergi mana sebenarnya. " suara itu mula menyoalnya lagi sambil tangannya laju menyalakan rokok dihujung bibir.

Adam menggulingkan kedua-dua biji matanya. Dia ni memang tak reti hormat orang ke? Aku sumbat rokok tu dalam tekak kau, baru kau tahu langit tinggi ke rendah.

"Aku nak pergi kubur. Hari ni jumaat, pahala lebih sikit. " jawabnya bersahaja sambil menjeling mamat berjanggut ciput itu. Sudah-sudahlah tu hisap rokok. Perit dah dada ni.

"Kubur? Buat apa kat sana? Minta nombor ekor? "

"Syirik lah bro, aku pergi kubur sebab nak ziarah orang yang aku kenal lah." Adam mula berasa serabut dengan mamat itu. Kesabarannya semakin menipis. Sekali lagi ayat entah apa-apa keluar daripada mulut dia, memang aku hempuk guna beg laptop ni.

"Manalah aku tau, kotkot lah kau main nombor ekor kan? Orang zaman sekarang mana boleh percaya." Kata lelaki itu sebelum kembali menghisap baki rokoknya dan berlalu menjauhi Adam.

Adam mengurutkan dadanya perlahan tanda menahan sabar dengan ayat minta kaki mamat tu tadi. Nasib baik aku ni lebih matang dari dulu, kalau tak bersepai muka kau makan penumbuk aku ni.

Lif ditujuinya dengan pantas butang anak panah ke bawah ditekannya. Sambil-sambil dia melihat jam ditangannya itu.

4.00pm

Ting!

Adam terus melangkah ke dalam lif dan butang G ditekannya. Dia bersandar ke dinding lif untuk seketika. Bolehlah rehat kejap sementara nak sampai ke tingkat bawah dari tingkat 17 ni.

"Hi Encik Adam."

Terus terbuka mata Adam yang baru separuh tertutup. Badannya ditegakkan sebelum tersenyum memandang wanita bertudung yang menegurnya tadi.

"Hai Cik Wani." Balas Adam pendek. Cukuplah untuk tidak membuatnya nampak sombong. Badannya yang terasa letih ni kadang-kadang tak memberi kerjasama yang baik. Risau terlepas pada orang lain.

"Awal Encik Adam balik harini. Ada emergency ke?"

Ah, here we go again dengan soalan yang sama.

"Macam biasa, hari Jumaat saya ke kubur dan harini mama saya suruh balik rumah parents saya. Sebab tulah balik awal sikit harini." Jawab Adam agak panjang,

Wani menganggukkan kepalanya tanda faham apa yang disampaikan oleh Adam itu.

"Encik Adam ziarah kubur siapa?" Wani menyambung pertanyaannya.

Ting!

Adam hanya tersenyum dan keluar daripada lif itu lalu menuju ke keretanya. Soalan Wani itu dibiar tak berjawab.

Wani yang melihat situasi itu hanya menggigit bibir perlahan menahan malu. Itula kau Wani, kenapa pergi tanya soalan sensitif kat Encik Adam! Aduhai!

Kepalanya diketuk perlahan sebelum turut keluar daripada pintu lif itu.

"Encik Adam kelihatan sangat elok ya rupanya harini. Kemeja biru cair dilipat hingga ke siku dengan seluar slack hitam. Tali leher sudah ke mana tapi tetap tak mencacatkan peribadinya yang serba-serbi elok. Tapi sayang, single." Gumam Wani perlahan.

Oh Wani stop it! Kalau Encik Adam dengar ni, mampos kau kena potong 18!

-----

Adam memarkirkan keretanya di bawah pokok sebelum bergerak masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan yang sudah sebati dengan dirinya.

Assalaamu’alaikum yaa ahlal qubuur, yaghfirullahu lanaa walakum, wantum salafunaa wanahnu bilatsari.

Semoga keselamatan terlimpah kepada kalian wahai ahli kubur. Semoga Allah mengamupni kami dan kalian, kalian adalah pendahulu kami dan kami akan menyusul kalian. (HR. Tirmidzi)

Adam mengucapkan salam sebagai adab menziarahi kubur. Dia mengambil tempat di tepi kubur Syazlin sebelum surah Yasin dibacanya dengan penuh khusyuk. Doa buat sahabatnya turut disampaikan.

Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar juga menyebut:

"Disunatkan bagi penziarah kubur untuk memperbanyakkan membaca al-Quran, zikir dan doa untuk ahli perkuburan tersebut, seluruh orang lain yang telah meninggal dunia serta kaum Muslimin keseluruhannya. Disunatkan juga selalu menziarahi kubur dan selalu berada di sisi kubur-kubur orang yang baik dan soleh. "

Adam dah melakukan hal yang sama sejak Syazlin meninggal. Awalnya, untuk mengurangkan rasa bersalahnya kepada Syazlin. Namun, lama kelamaan ia sudah menjadi rutin mingguan kepada Adam. Sekali pun dia tak pernah rasa terbeban.

Batu nisan sahabatnya itu disentuh perlahan sebelum luahan kecil terkeluar dari bibirnya.

"Syaz, aku rindu kau lah wey. Parahlah macam ni. "

Cintanya kepada Syazlin pada 10 tahun yang lalu mulai pudar. Kini yang tinggal hanya perasaan kasih dan sayangnya kepada seorang sahabat.

Bukan mudah untuk dia move on dan teruskan hidup setelah kematian Syazlin. Adam mengambil masa selama 5 tahun untuk dia benar-benar terima kenyataan di mana sahabat baiknya itu telah tiada. Selama ni, dimana ada Syazlin, di situ ada Adam.

10 tahun telah berlalu, kini Adam menginjak usia 28 tahun dan Syazlin masih 18 tahun selamanya.

Tipulah kalau dia katakan bahawa dia tak teringin nak lihat wajah Syazlin pada usia sekarang. Tipu sangat. Adam hidup membesar bersama Syazlin, jadi sudah tentu perasaan ingin tahu itu membuak-buak.

"Syaz, ingat tak aku ada sebut pada kau tentang Ina? Qasrina Wardani nama dia Syaz. Kami dah nak bertunang bulan depan tapi esok aku ada date dengan dia tentang hal pertunangan ni. Yang lawaknya, abang dia pon ikut sekali wey. Lawak betul la. Tapi aku takutlah juga sebab first time aku nak lepak dengan bakal abang ipar. Selama ni, kawan Ina yang teman." panjang Adam bercerita sambil tangan kirinya menarik hujung baju lengan kanan yang melorot ke bawah.

"Kau jangan risau Syaz, aku bukan kena kahwin paksa. I chose her by myself. Itu pon selepas bertahun kau seksa jiwa aku Syaz, baru aku nak buka hati pada orang lain. Tak baik betul kau ni, dah kat alam lain pon nak kunci hati orang. " bebel Adam sambil tangannya laju mencabut rumput liar di tepi bahagian kubur Syazlin.

"Doakan kebahagian aku, Syaz." Adam tersenyum kecil sebelum bangun menuju ke keretanya.

Jam sudah menujukkan angka 6 petang, dia perlu segera ke rumah mama.

-----

"Assalamualaikum ma!" sergah Adam setelah nampak kelibat ibunya di dapur. Sengehan lebar diberi kepada syurganya sebelum dia mendekat dan mencium tangan wanita itu.

"Waalaikumsalam, terkejut mama! Adam ni memang nak kena ya? " kata Datin Ani sambil menjentik perlahan telinga anak terunanya yang sedang mencium kekura tangan tuanya.

Adam memuncungkan bibirnya sambil menggosok telinga yang dijentik. Drama ja lebih mamat ni.

"Mama masak apa tu?" kepalanya mula menjengah ke arah periuk yang isinya tengah menggelegak di atas dapur. Bau yang harum untuk seperti mengetuk pintu perutnyabyang tidak menjamah walau sebutir nasi sejak dari pagi tadi.

"Mama masak tomyam dengan telur dadar je untuk dinner. Okay kan Adam?" tanya Datin Ani sambil mengacau tomyam yang sudah naik baunya. Laju tangannya menutup dapur gas itu.

"Okay je ma. Apa yang mama, semua Adam suka." jawab Adam sambil tersenyum lebar.

"Adam laparlah ma tapi tak mandi lagi." kata Adam perlahan.

"Ha pergi mandi cepat. Nanti papa sampai, kita boleh makan terus." Datin Ani terus menolak badan anakknya ke tingkat atas untuk bersihkan diri.

Aduhai anak, dah jadi engineer pon manja lagi. Apa nak jadi ni.

Datin Ani menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum kecil. Tangannya ligat mencapai jag kaca untuk membancuh air berais bagi makan malam nanti.

-----

Jam di pergelangan tangannya dipandang seketika sebelum kaki melangkah laju ke dalam kafe di hadapannya. Matanya mula melilau mencari gerangan orang yang dijanjinya.

Gadis bertudung biru lembut itu terus mengangkat tangannya sebagai tanda kepada Adam. Adam terus tersenyum melihat Qasrina. Kalau dia tak angkat tadi, sampai ke esok ya aku tak jumpa dua beradik tu.

"Maaf lambat, assalamualaikum bang, Ina." tegur Adam sebaik saja dia melabuhkan punggung bersebelahan abang Qasrina. Tangan dihulurkan untuk bersalam.

Fuh, berdebar jantung ni!

"Waalaikumsalam, tak apa Adam. Biasalah jalan kat KL ni tak pernah sehari pon sendu." jawab abang Qasrina sambil menyambut salam Adam.

Berpeluh.

Ketar sangat mamat ni.

Dia tersenyum senget.

Abang Qasrina ni nampak fit betul. Ni kalau sekali cari masalah, memang terbang Adam ke alam lain.

"Ha alang-alang kita bertiga dah di sini. Jom kita break the ice first. Okay abang, mulakan taaruf." suara Qasrina mula memecahkan keheningan yang berlaku antara mereka.

"Okay, baik. Nama diberi Qaayed Wakeel bin Abdul Qayyum. 28 tahun, kerja Bomba EMRS je. Still single sebab kekasih hati lari tinggalkan aku." Ringkas dan padat pengenalan Qaayed menyebabkan Adam dan Qasrina terkedu.

"Abang." Qasrina terus menyentuh lengan abangnya yang berada di atas meja. Qaayed tersenyum kecil.

"Abaikan Ina ni Adam. Drama je lebih. Ha giliran kau pula taaruf . Oh ya, tak perlu guna honorific ya dengan aku sebab kita sama umur kan?"

Adam angguk sebelum mula perkenalkan diri.

"InshaAllah, nama Adam Cassiel bin Azman Cassiel. Umur 28 tahun ni dan kerja as engineer."

"Wow engineer? Bahagian mana?" perkataan jurutera itu sangat menarik perhatian Qaayed.

"Civil je bro" jawab Adam sambil tersenyum melihat Qasrina yang sudah tergelak kecil mendengarkan soalan abangnya itu. Apa yang lawak pon dia tak tahu.

"Civil, boleh pecah otak. Aku dulu belajar engineering juga. Chemical engineering je tapi end up pilih bomba sebab it's my passion."

"Serius, bro? Aku tak sangka kau geng-geng engineering gak. Alhamdulillah, dapat abang ipar sekepala lah nanti." kata Adam sebelum tergelak kecil yang dituruti Qaayed dan Qasrina.

"Boleh je nak sembang, tapi nanti aku balas konsep bomba je lah." Suasana semakin hangat dengan jawapan tak terjangka Qaayed.

"Korang ni asyik sembang berdua ja, janganlah lupakan Ina juga. Bukan abang tau yang nak tunang dengan Adam, lebih-lebih pulak dia." kata Qasrina apabila dirinya semakin ghaib antara mereka berdua.

Dah dapat geng, terus lupakan bunga yang seorang itu.

"Alahh relaks, nanti dah kahwin kau sembanglah dengan dia. Tak payah tidur langsung, sembang aje sampai minggu depan." jawab Qaayed sambil menjeling adiknya yang muncung itu. Sibuk aja lah orang tua nak bercakap.

"Abang! Bencilah cakap dengan dia ni!" Semakin panjang bibirnya muncung ke hadapan. Umur dah 26 tahun pon nak muncung macam Donald Duck.

Adam yang menyaksikan pergaduhan itu hanya mampu ketawa.

Aku janji Qaayed, aku akan jaga Qasrina sebagaimana kau jaga dia selama ini. Aku takkan ulang kesilapan yang aku pernah buat terhadap Syazlin dulu. I will treat her like a queen because I know what a heartbreak felt like.

Dan aku pon doakan yang terbaik dalam pencarian kekasih kau yang hilang itu Qaayed.

Qaayed Wakeel : watak dalam MALAIKAT TAK BERSAYAP, jadi bolehlah jenguk buku tu hehe.

MALAIKAT TAK BERSAYAP, kisah seorang bomba dan seorang underground fighter, graduan juvana. Male lead talkative meanwhile female lead pendiam sikit. Banyak halangan dan cabaran yang mereka perlu hadap, hanya untuk bersama.

Sehingga kadang-kadang, muncul rasa putus asa dalam diri. Bolehlah jenguk dan baca MTB, sedikit spoiler, HAPPY ENDING♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience