BAB 17

Young Adult Completed 21813

Ezmeer meletakkan sebelah tangannya di atas dahi. Dia tersenyum lebar. Dia gembira apabila dapat menghantar Laura Hanna pulang semalam walaupun hanya separuh jalan.

Flashback

"Hai." Tegur Ezmeer apabila dia bersama-sama Laura di dalam lift hospital.

Laura hanya menganggukkan sedikit kepalanya sebelum membalas 'hai'.

Suasana agak kekok. Mungkin Laura berasa tidak selesa.

"Awak dah lama kenal dengan Adam dan Meera?" Tanya Ezmeer lagi. Dia dan Laura berada di sudut yang bertentangan.

"Meera?" Tanya Laura sambil memandang Ezmeer dengan wajah peliknya.

Ezmeer menepuk perlahan dahinya. Mana ada orang panggil dia Meera. Bodoh lah kau ni Meer.

"Errr bukan Meera tapi Syaz."

Laura hanya meng-ooo-kan penjelasan Ezmeer.

"Saya kenal Adam dengan Syaz sebab diorang classmates saya. Baru tahun ni saya kenal diorang tapi kami tak rapat pon." Terang Laura sambil memandang kasutnya.

Ezmeer hanya mengangguk.

Pintu lift terbuka dan mereka berdua keluar dari situ. Mereka mula bergerak ke parking lot untuk mencari kereta Adam. Sepanjang perjalanan, Laura hanya berjalan di belakang Ezmeer kerana dia tidak selesa.

Mereka masuk ke dalam kereta setelah Ezmeer membuka kuncinya. Ezmeer menghidupkan enjin dan sementara menanti enjin kereta panas, dia mula berbual dengan Laura.

"Boleh tak saya nak kawan dengan awak, Hanna? " Ezmeer mengetuk-ngetuk stereng sambil menjeling Laura di sebelahnya.

"Laura. " ujarnya tiba-tiba.

"Hah? " Ezmeer hanya mampu menge-hah-kannya.

"Just call me Laura. Jangan panggil saya Hanna. " tegas Laura berkata.

"Why? "

"Sebab tak ada siapa pon yang panggil saya Hanna so you shouldn't call me that name okay?" Balas Laura panjang.

Ezmeer hanya mendiamkan diri sebelum memulakan perjalanan apabila dia merasakan kereta itu sudah panas.

"Rumah awak dekat mana? " tanya Ezmeer untuk memecahkan kesunyian yang telah lama berlaku.

"Taman Selasih."

Ezmeer hanya mendengar lalu terus bergerak ke taman itu.

Nasib dia tahu di mana letaknya taman itu.

Setelah sampai di salah satu simpang, Laura menyuruh Ezmeer untuk berhenti di bus stand.

"Eh kenapa saya kena hantar awak sampai sini je? Biarlah saya hantar awak sampai rumah." Tanya Ezmeer sambil memandang Laura dengan penuh tanda tanya.

"Tak boleh! Awak tak boleh hantar saya sampai rumah. Nanti walid saya marah kalau dia tahu saya balik dengan lelaki. Saya takut." Jelas Laura apabila mendengar ayat yang dipertuturkan Ezmeer.

"Saya boleh terangkan dekat walid awak yang--"

"Tak boleh! Saya cakap tak boleh tetap tak boleh lah. Kenapa awak tak faham! " jerit Laura memarahi Ezmeer.

Ezmeer yang terkejut hanya mengelip-ngelipkan matanya sahaja. Dah kenapa nak mengamuk pula ni?

Laura yang tersedar terus meminta maaf. Dia terus menundukkan pandangannya sambil mengaitkan jari-jarinya bersama.

"It's okay. Saya tak marah awak pon lah. Tapi untuk saya terima maaf awak tu ,maaf saya dah letakkan syarat. " ujar Ezmeer sambil tersenyum.

"Ishh nak maafkan orang pon bersyarat ke? Apa syaratnya?" Tanya Laura melulu.

"Can i call you Hanna? Please. That's name so cute. Cute as you." Ezmeer cuba menggunakan ayat-ayat kerat kakinya itu.

Wajah Laura bertukar merah apabila mendengar ayat Ezmeer itu.

"Ishhh apa awak ni. " ujar Laura malu-malu.

Ezmeer ketawa kecil.

"Boleh tak, Hanna? "

"Hmmm, boleh. " balas Laura lalu membuang pandangannya keluar tingkap kereta.

"Err by the way, apa nama awak? " tanya Laura apabila menyedari yang dia tidak mengetahui nama lelaki tersebut.

"Like seriously awak tak kenal saya? Tak tahu nama saya?" Ezmeer berasa terkejut. Aku ni instafamous kot. Macam mana dia tak kenal aku?

"Tak. Awak siapa yang saya perlu kenal segala." Ayat Laura menyebabkan Ezmeer mengeluh perlahan. Crush tak tahu nama kita geng. Siapa je tak broken.

"Ezmeer Adly but you can call me biy." Terkeluar segala aura mengayat Ezmeer apabila berada bersama Laura.

"Eiiii apa awak ni. Geli lah. Saya panggil awak Adly lah." Pintas Laura laju sambil menggalas beg sekolahnya.

"Anything for you, sayang" ujar Ezmeer sambil mengenyitkan matanya kepada Laura.

Laura hanya tersenyum malu sambil menggelengkan kepalanya.

"Dah lah awak ni, saya keluar dulu okay. Assalamualaikum. " Laura terus keluar lalu berjalan kaki menuju ke kawasan perumahannya.

"Waalaikumsalam." Jawab Ezmeer dengan senang hati lalu terus memandu ke hospital. Nak pulangkan kereta Adam.

End of the flashback

Ezmeer terus menggolekkan badannya di atas tilam sambil menekupkan mukanya ke bantal. Dia tersenyum bahagia. Gedik.

Dia mencapai handphonenya itu lalu membuka aplikasi instagram.

Ezmeer mencari username Laura dan menghantar pesanan di direct messagenya.

Ezmeer menunggu selama 5 minit namun hampa. Tiada balasan. Dia berputus asa.

Tiba-tiba, username Laura muncul di ruang notifikasinya. Ezmeer tersenyum lebar lalu mula membalas pesanan itu.

Mereka berbual sehingga jam menginjak pukul 2 pagi.

-----

Syazlin dan tiga orang lelaki kacak melangkah masuk ke dalam restoran Pizza Hut itu. Ini disebabkan perut Syazlin yang tak habis-habis berbunyi semasa dalam kereta.

Dia berjalan terhincut-hincut sambil mencari tempat duduk. Dia ni kalau bab makanan, sakit macam mana pon dia mampu harungi.

"Hah order cepat. Aku kelaparan ni." ujar Syazlin apabila mereka sudah menjumpai tempat duduk.

"Kau ni bukan kelaparan tapi kebuluran wahai Syaz. " perli Adam yang melihat Syaz yang sangat kelam-kabut itu.

"Hehehe, biarlah. Makanan hospital tak sedap wooo. Aku tak sanggup dah nak hadap makanan tu semua." jelas Syazlin bersungguh-sungguh.

Selepas memesan, mereka menunggu makanan mereka sampai.

"Akak, macam mana kita nak bagitahu daddy pasal ni? " Amril tiba-tiba buka mulut.

"Aikkk, daddy tak tahu lagi ke pasal akak? Akak ingat korang dah bagitahu." Dia cuba untuk mengusik adiknya itu sambil menayangkan wajah yang serious.

"Errrr, maaf kak. Am tak berani nak bagitahu daddy. Lagi-lagi pasal jantan tak guna tu. " Amril menggenggam penumbuknya yang berada di atas meja.

Syazlin yang melihatnya hanya tersenyum hambar lalu memegang penumbuk adiknya itu.

"Don't worry. I will tell daddy about that okay. I'm sure daddy will trust us. Just believe me . "  Syazlin mengusap perlahan buku adiknya itu.

"How do you know, sis? I don't think he will trust us. Since mama came to our family, daddy dah tak percaya kita lagi. I'm... Tired. " luah Amril.

Adam yang duduk bersebelahan Amril terus menepuk bahu lelaki itu.

"Just put your trust in your sister, bro" bisik Adam.

Amril tersenyum hambar.

"Kau kena percaya Am. Kita anak kandung dia dan kita perlu raih kepercayaan daddy semula from mama and her son, okay?  I'm your twin and always by your side. " ujar Aryan  yang duduk bersebelahan Syazlin  sambil memandang kembarnya.

"Okey. " senyum Amril sambil memandang satu per satu wajah yang berada di situ.

Mujur drama mereka telah tamat apabila pelayan restoran itu menghantar makanan. Mereka makan dengan berselera tanpa memikirkan gelora yang bakal melanda.

Semoga semuanya akan baik-baik saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience