Langkahnya dilajukan menuju ke arah surau sekolah. Kasutnya dibuka dan disusun di atas rak yang disediakan. Beg sekolah diletakkan di beranda surau. Syazlin bergerak ke bilik wuduk untuk mengambil ambil air sembahyang di samping dapat menyejukkan hati.
Telekung di dalam almari dicapai sebelum bergerak ke ruang solat wanita. Suasana sekarang sangat riuh-rendah. Pelajar sesi petang sedang menunggu waktu solat tapi keadaan seperti di pasar, bising!
Syazlin duduk di bahagian saf belakang sambil bersandar pada dinding surau. Dia cuba menutup mata untuk menenangkan diri. Tapi bagaimana mahu tenang dengan suasana hingar-bingar begini.
Syazlin berdiri memandang seluruh surau. Lelaki atau perempuan sama saja. Banyak mulut!
"DIAM!"
Dengan satu perkataan mampu menyurutkan suasana bising tadi. Semua mata tertancap pada Syazlin yang cantik bertelekung di bahagian belakang. Tak kira pelajar lelaki atau perempuan, semua memadang wajah garangnya.
"Semua duduk dalam saf elok-elok. Jangan bising. Ini rumah Allah bukan zoo yang korang semua nak bising!" kuat kedengaran suara Syazlin di dalam surau yang kini senyap sunyi. Jika jarum jatuh mesti kedengaran.
Adik-adik tingkatan satu dan dua terus duduk dalam saf. Tidak berterabur seperti tadi. Bagus, mengikut arahan.
"Kalau tak nak baca al-Quran, tak apa. tapi, hormatkan sikit orang yang nak mengaji. Kita berkongsi tempat, jadi tolonglah tunjukkan sedikit adab korang." Syazlin meraup perlahan wajahnya. Dia cuba bersabar.
"Lain kali jaga adab dalam rumah Allah. Aku minta maaf sebab marah korang. Lagi aku tak marah, korang ni tak dengar cakap. Sampaikan kadang-kadang aku tengok cikgu-cikgu tegur pon korang buat tak tahu. Lepas ni siapa bising, aku denda lari 10 pusingan mini stadium. Faham!"
Mereka semua terus mengangguk laju. Aura Syazlin Ameera ni lain macam. Siapa sahaja yang tidak mengenali Syazlin Ameera, atlet sekolah dengan otak gila-gila tapi tetap tegas orangnya. Dan apa yang mereka pasti, Syazlin tak pernah main-main dengan setiap katanya.
"Apa yang aku cakap tadi bukan valid untuk hari ni saja. Tapi valid untuk selama mana korang berada di sini. Ingat, ke mana pun kita pergi, adab mesti dilazimi. Jangan tinggal dekat rumah. Kita ni umat Islam, ikon kepada agama kita yang akan sentiasa diperhatikan oleh orang lain. So, jadilah yang terbaik antara yang terbaik. Aku minta maaf sebab berkasar. Assalamualaikum." Syazlin kembali duduk di tempatnya tadi. Kedengaran suara adik-adik yang menjawab salamnya.
Dia bersandar sebelum memejamkan mata. Suasana semakin tenang tanpa suara bising yang berbual hal yang hanya merugikan masa. Hanya kedengaran alunan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh mereka.
Terasa tangannya dicuit perlahan. Syazlin membuka mata dan memandang wajah ayu dihadapannya. Berkulit kuning langsat dan muka berbentuk bujur sirih. Matanya yang bulat dan alis mata yang panjang sangat menambahkan kecantikan wajahnya.
"Saya minta maaf sebab buat bising tadi. Akak marah saya ke?" kata pelajar tersebut. Tiada tanda nama dipakai, mungkin pelajar tingkatan satu.
"Akak tak marah pun tapi lain kali jangan buat lagi tau? Tak baik dan Allah tak suka." Syazlin tersengih memandang tudung budak perempuan itu yang ke depan. Tariklah ke belakang sikit, dik. Tak nampak mata tu kalau tunduk. Dia seperti melihat dirinya sendiri dengan tudung seperti itu ketika tingkatan satu.
"Ya akak, saya janji."
"Nama apa?" Syazlin cuba menanya nama gadis cantik ini. Baru tingkatan satu dah cantik betul!
"Suhaila."
"Okay Suhaila pergi duduk dekat depan. Nak solat dah ni." Syazlin mengarahkan Suhaila bergerak ke saf hadapan apabila melihat pelajar lelaki yang berdiri di hadapan mikrofon. Bersedia untuk azan.
Suhaila menyalam tangan Syazlin sebelum cepat-cepat ke saf hadapan. Eh, menyempat betul budak ini.
Suara azan berkumandang di seluruh sekolah. Syazlin mengamati suara itu. macam pernah dengar tapi suara siapa ya?
Selesai sahaja azan, doa dibaca dan solat suna sebelum zuhur ditunaikan. Tak kisahlah siapa pon yang menjadi mua'zzin tadi,janji aku dapat solat berjemaah kejap lagi.
-----
Tiang surau menjadi tempat Adam bersandar sambil memandang sahabat yang menyarungkan kasut itu. Lama betul pakai kasut. Ikat tali guna mulut ke apa?
Dia bergerak mendekati Syazlin yang kelihatan seperti ralit memerhatikan pokok pinang di hadapan mini stadium sekolah. Adam juga memgalihkan pandangan ke arah yang sama. Tiada apa-apa yang menarik pun?
"Oii kau tengok apa tu? Nak pergi perpustakaan tak ni?" tegur Adam setelah lama dia berdiri di situ tapi masih tidak mendapat perhatian Syazlin.
Syazlin yang terkejut terus meletakkan di dada. Tindakan spontan apabila terkejut. It's much better than melatah.
"Nak pergi la." Pendek sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Syazlin. Dia terus bangun lalu mengambil beg galasnya dari bahagian luar surau. Dia berjalan beriringan dengan Adam menuju ke keretanya yang diparkir di tepi sekolah. Hanya guru dan staf sekolah sahaja yang boleh memarkirkan kenderaan mereka dan kawasan sekolah.
"Sedap eh suara kau azan tadi." Tegur Syazlin sebelum meletakkan beg sekolahnya ke tempat duduk belakang. Dia menarik tali pinggang keledar lalu memakainya.
"Macam mana kau tahu aku yang azan?" Adam memandang Syazlin dengan wajah yang penuh tanda tanya. Menyampah pula aku tengok dia ni.
"Aku kenal kau dah lama la weh, setakat suara kau tu apalah sangat." Syazlin mencebik bibir selepas berkata demikian. Hanya ketawa yang kuat daripada Adam yang dia terima sebagai balasan.
"Thank you! I take that as a compliment okay." Adam mengenyitkan sebelah matanya sebelum meneruskan pemanduan ke perpustakaan awam yang terletak hanya 15 minit daripada SMK Bukit Ungu.
Syazlin hanya membuat muka toya sebelum menelefon Aryan untuk memaklumkan bahawa dia pulang lewat ke rumah. Adik-adiknya yang baru sahaja menjadi pelajar tingkatan 4 selama dua bulan sudah sibuk dengan kerja sekolah yang menimbun. Tawaran daripada sekolah berasrama penuh yang mereka minta belum diketahui lagi.
"Padu kau sembur budak-budak tu tadi. Kesian aku tengok muka mereka. Yang tersebik-sebik menahan tangis disebabkan suara lantang kau pun ada. Nama saja lelaki tapi cengeng." Terburai ketawa Adam teringatkan budak lelaki yang berbadan gempal ditepinya tadi. Aduhai.
"Kuat sangat ke weh?" Syazlin memberi sepenuh perhatiannya kepada Adam yang ralit memandu.
"Kuatlah gila. Macam nak tercopot jantung aku." Adam tersengih memandang wajah cemberut Syazlin. Ingat kau cantik sangat ke buat muka macam tu? Hanna aku saja yang boleh buat macam tu dan semestinya bukan kau. Tapi kata-kata hanya tersimpan dalam hati. Kalau diluahkan, mahu biul kepala.
"Aku geram, diorang tu bising gila tadi. Aku bukannya sengaja pon nak marah macam tu. Aduh malunya." Syazlin menutup wajahnya menggunakan kedua-dua tapak tangan sebelum bersandar di kerusi kereta.
"Tak perlu nak malu sangat. At least, budak-budak tu dah tau nak beradab dalam surau. Aura kau menakutkan tau tak."
"Ya eh?"
"Ya."
"Kau sebenarnya marahkan aku kan? Sebab kita kena berdiri sampai balik tadi." Kata Adam sambil menarik senyuman.
Syazlin tersangkut di surah Lukman manakala Adam tak ingat langsung apa yang dihafalnya. Akhirnya, mereka diarahkan untuk berdiri sehingga tamat sesi pembelajaran.
"Yalah. Kau tu tak habis-habis nak bergosip bagai. Aku pon terheret sekali dengan kau. Geram betul aku. Nak aje aku tarik-tarik rambut kau tadi tahu tak?" Syazlin mula duduk bersila di atas kerusi kereta Adam. Kau sedar tak kau tengah pakai kain sekarang? Tapi jangan risau, legging sentiasa ada di dalam.
"Maaflah, tadi aku tertanya-tanya sangat sampai tak menyabar. End up, kena denda dengan ustazah pula. Jadi, kau kenal ke tunang Ezmeer?" sekali lagi Adam bertanya soalan itu kepada Syazlin. Mamat ni memang takkan puas hati selagi aku tak jawab pertanyaan dia. Lepuk kang baru tahu.
"Tak kenal." Syazlin menipu sahabat baiknya itu. maaflah, aku tak nak kau kecewa. Dia membuka tali pinggang keledar di badannya dan bergerak ke bahagian belakang. Beg sekolahnya diambil.
Syazlin dan Adam berjalan beriringan memasuki perpustakaan awam itu. matanya terbeliak melihat manusia yang menggoyangkan tangannya seperti melambai mereka berdua untuk ke meja itu.
"Kau ajak dia?" tanya Syazlin kepada Adam yang berwajah ceria.
"Yep." Hanya itu yang dia terima sebagai balasan sebelum Adam terus menuju ke meja yang berdekatan dengan rak buku SPM.
Syazlin menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya. Kau memang nak kasi aku dapat darah tinggi ke Adam?
Kenapa kau ajak dia?!
Share this novel