BAB 54

Young Adult Completed 21813

Suis lampu dipetik oleh pak cik itu untuk menerangi rumah yang berada dalam gelap. Syazlin yang berjalan di belakang Adam hanya memerhati sekeliling rumah yang bakal di sewanya itu. Rumah kecil yang berada di tanah corner lot milik lelaki tadi.

Rumah itu hanya memiliki satu ruang tamu, satu bilik air dan satu dapur. Sangat-sangat ringkas dan berpatutan dengan harga RM300 sebulan. Itu pun setelah dipujuk oleh Adam untuk menurunkan harga kerana Syazlin hanyalah seorang pelajar sekolah yang menunggu masa untuk peperiksaan SPM.

Duit deposit 3 bulan diberikan kepada tuan rumah dan segala barangan Syazlin dibawa masuk ke dalam oleh Adam. Sekeping not RM50 dihulurkan kepada Adam yang duduk bersandar di pintu rumah baharunya itu. Bayaran untuk ubatnya tadi. Janji harus ditepati.

Adam hanya mendongakkan kepalanya untuk memandang Syazlin yang berdiri tanpa mengambil wang kertas itu.

Sekali lagi Syazlin menghulurkan duit itu dengan lebih dekat tapi Adam masih berpeluk tubuh tidak mahu menerimanya.

"Ambillah." Akhirnya keluar suara serak Syazlin. Tekak terasa sakit apabila bercakap. Kena minum air asamlah macam ni.

"Wuuu rocknya suara kau." Adam mengusik sebelum tersengih lebar memandang wajah pucat sahabatnya itu. Syazlin yang mencebik itu mendatangkan tawa kuat Adam.

Kepala Adam diketuk perlahan.

Syazlin menjatuhkan duduknya berdekatan dengan pintu tetapi jauh daripada Adam. Duit bernilai RM50 diletakkan dilantai sebelum ditolak rapat ke kaki Adam.

Adam terus mengambil wang itu dengan sengihan lebar lalu dimasukkan ke dalam poket seluar sekolahnya. Rezeki jangan ditolak.

"Terima kasih sebab tolong aku." Syazlin menarik senyum sambil memandang tepat wajah rakan karibnya sejak tadika itu.

"Takda hal lah. Kawan mesti tolong kawan kan?"

Syazlin tersengih mendengar ayat Adam. Dia mengangguk kepala.

Adam terus berdiri. Punggung seluarnya ditepuk perlahan seperti mahu membuang habuk yang tidak wujud di situ.

Sedemikian itu, Adam memberitahunya untuk pulang ke rumah. Sekarang pon dah jam 4.10 petang. Solat zuhur masih belum ditunaikan. Mungkin, dia akan singgah ke masjid berdekatan untuk menunaikannya.

Kemudiaan mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh. [Surah Maryam: 56-60]

Adam yang baru sahaja menghidupkan enjin kereta terus gelabah mencari handphone yang secara tiba-tiba berbunyi. Nama pemanggil dilihat, Aryan.

Mukanya dikerutkan apabila mendengar apa yang Aryan sedang katakan. Suara Aryan kedengaran sangat-sangat serius. Tak pernah-pernah dia menjadi begitu serius seperti ini.

Jantungnya seperti berhenti berdetak mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Aryan.

Datuk Mansor mahu bertemu dengannya.

Tapi, untuk apa?

-----

Adam duduk termenung di mejanya. Meja kosong di sebelah kanannya dipandang lama. Masuk hari ini, sudah 2 hari Syazlin ponteng sekolah. Demamlah tu.

Suasana bising dikelas 5 Dahlia langsung tidak mengganggu lamunannya. Dagunya ditongkatkan ke meja. Masih ada masa selama 10 minit sebelum waktu rehat. Semua guru tingkatan 5 ada mesyuarat tergempar,sebab tulah susasana sekarang macam pasar malam.

Telefon didalam mejanya dibawa keluar. Ikon kenalan ditekan. Nama Syazlin dicari.

Lama nama sahabatnya itu diperhatikan. Tiga titik bertindih itu ditekan. Perkataan block disentuh.

Semua aplikasi media sosialnya dibuka dan Syazlin disekat.

Adam mengeluh perlahan. Aku minta maaf, aku terpaksa.

Dahinya dihentuk-hentuk perlahan di meja belajarnya. Sumpah, dia rasa sangat kosong sekarang. Hati tak tenang. Betul ke apa yang aku buat ni?

"Adam, awak tak turun rehat?" suara lembut itu menghentikan Adam daripada terus menghentukkan kepala ke mejanya. Kepalanya terus teralih ke arah suara yang menegur di sebelah kanan.

"Eh Hanna." Badan yang tadi kelihatan tidak bersemangat terus ditegakkan. Dia tersenyum memandang Laura Hanna yang ayu bertudung labuh itu. Haih, sejuk perut aku.

"Awak tak turun rehat ke?" tanya Laura sekali setelah Adam tidak menjawab pertanyaannya itu.

"Nak turunlah ni. Kita jalan sama-sama pergi kantin boleh?" Adam terus berdiri lalu berjalan ke arah Laura. Mereka berjalan beriringan tapi tidaklah terlalu dekat.

Dah tenang ke hati kau sekarang, Adam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience