Datuk Mansor iaitu daddy kepada Syaz dan kembar melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu bersama isterinya, Datin Amnah. Mereka baru pulang daripada bercuti di Tokyo selama beberapa hari.
Anak-anak? Ah biarkan.
Dia berasa hairan apabila rumah itu terasa kosong. Mana pergi anak-anaknya?
Dia memerhatikan sekeliling ruang tamu itu, dia ternampak anak tirinya sedang elok tidur di atas sofa sambil menonton televisyen.
"Aiman. " panggil Datuk Mansor.
Tiada sahutan.
"Aiman Aqil. " panggilnya lagi. Masih juga tiada sahutan.
Datuk Mansor berjalan mendekati Aiman sambil isterinya mengikut dari belakang. Dia memegang bahu Aiman dan anak tirinya itu seakan-akan terkejut.
"Eh daddy, mama bila sampai? Aiman tak perasan pon? " tanya Aiman sambil mengusap belakang kepalanya.
"Macam mana kamu nak perasan kalau asyik berangan je. Daddy kamu tu berulang kali panggil Aiman. Kamu tu yang tak dengar." Bidas Datin Amnah iaitu ibu kandung Aiman Aqil.
"Err.. Sorry mama, daddy. " Aiman tersenyum paksa.
Datuk Mansor meneliti wajah Aiman. Asal nampak lain macam ni?
"Aiman, kenapa dengan dahi kamu tu? Mata lebam, bibir pecah. Kamu gaduh dengan siapa ni?" Tegur Datuk Mansor secara tiba-tiba.
Datin Amnah yang tidak perasan terus memandang wajah anak terunanya itu. Terus terbeliak matanya. Langsung, dia bergegas ke sofa yang diduduki anaknya. Muka Aiman dipegang dan dibelek sepuasnya.
"Hah? Err tak ada apa lah daddy." Terus dia senyum. Kekok.
"Please, Aiman. Jangan tipu mama and daddy. Siapa yang pukul anak mama ni. Pleaselah cakap! " Datin Amnah mengoncang kuat kedua-dua bahu Aiman.
Aiman menelan liurnya yang terasa kesat.
Kalau dia bagitahu perkara yang sebenar, mahu mampos dia kena belasah dengan daddy.
Aiman terfikir sesuatu dan tersenyum sinis. Matilah kau Syazlin. Aku akan buat hidup kau merana.
"Sebenarnya daddy.. Amril yang pukul Aiman."
"WHAT!!!" Datuk Mansor terjerit kuat. Terkejut dengan kenyataan Aiman bahawa anaknya yang paling pendiam boleh membelasah abang tirinya sendiri.
"Ya daddy. Tapi Amril tak rela pon daddy. Am terpaksa ikut arahan Syaz untuk pukul Aiman." Tipunya lagi.
"Hah?! Ya Allah! Kamu cakap benda betul ke ni? " Datuk Mansor memicit-micit perlahan kepalanya.
"Betul daddy, Syaz buat macam ni sebab dia takut Aiman bagitahu daddy perangai dia yang sebenar. Dia bawa masuk jantan dalam rumah ni. Aiman sebagai abang tegur dia tapi dia melenting dan tolak Aiman sampai terhantuk bucu meja. Then, dia suruh Am pukul Aiman. " dengan riak wajah yang sayu Aiman bercerita. Dasar pembohong.
Datuk Mansor termakan dengan pembohongan Aiman. Dia mengurut pelipisnya perlahan.
"Siapa jantan tu Aiman? " tegas Datuk Mansor bertanya. Dia memandang Aiman tajam.
"A-- Adam" gagap Aiman membalas.
Datuk Mansor meraup wajahnya. "Allahuakhbar. Sekarang Syaz dekat mana? "
"Tak tahu. Dia pergi dengan Adam sampai sekarang tak balik-balik. " Aiman menambah perasa. Jantan tak guna.
"Allahuakbar!!!" Datuk Mansor menguakkan rambutnya ke belakang. Dia tidak boleh berfikir apa yang anak perempuannya lakukan.
Takkan Syazlin sanggup buat perkara terkutuk tu? Betul ke apa yang Aiman sampaikan? Kalau tak betul, kenapa Aiman sampai luka-luka macam ni? Datuk Mansor mengeluh panjang.
"Anak abang ni memang dah melampau! Sanggup dia buat Aiman macam ni hanya sebab jantan?! Abang tolong ajar dia sikit, makin melampau dah sekarang." Datin Amnah melepaskan geram terhadap suaminya.
Tak guna punya Syazlin. Berani kau pukul anak aku.
"Awak diamlah Nah. Saya tengah runsing sekarang ni. Saya naik bilik dulu." Perlahan Datuk Mansor bersuara sebelum beredar mendaki anak tangga ke biliknya.
Datin Amnah memandang wajah kacak anaknya. "Sampai hati dia buat anak mama macam ni. Dia ingat dia siapa? " Marah Datin Amnah.
"Ma sebenarnyakan, Syaz tak salah pon tapi memang betul Amril yang belasah Aiman. " jujur Aiman secara tiba-tiba.
"Apa Aiman cakap ni? Jangan nak bela perempuan tu boleh tak?" Marah mamanya.
"Tak, ma. Sebenarnya..." Aiman menceritakan kisah sebenar kepada mamanya bersama plan yang telah dirancangnya. Aiman dan mamanya tersenyum sinis.
"Good job, Aiman. Mama sokong plan Aiman tu. Bijak jugak anak mama ni eh? " kata Datin Amnah memuji tindakan bodoh anaknya itu. Mak dengan anak sama-sama bodoh.
"Well, tengoklah anak siapa? Ni anak Datin Amnah lah." Aiman mendabik dada sebelum ketawa terbahak-bahak bersama mamanya.
-----
"Amril, Aryan korang tak nak balik rumah ke? Nanti daddy risau pulak." Syazlin memandang wajah adik kembarnya.
"Buat apa nak balik? Kami nak teman kau lah kak. Daddy? Biarlah. Anak bini kesayangan dia kan ada." Bersahaja Amril menjawab.
"Ewah ewah kau ni Am. Betul ni tak nak balik? " Tanya Syazlin sekali lagi.
"Ishhh betullah kak. Jangan tanya lagi." Aryan menjeling kakaknya itu. Banyak bunyi pulak minah ni.
"Ya lah. Dah tu, kau berdua ni nak tidur mana malam ni? "
"Tidur atas katil akak la. Tanya lagi." dengan serta-merta kembar itu terus memanjat katil kakaknya. Mulut Syazlin terlopong melihat tindakan kembar itu.
"Eh korang ni kenapa? Tidur kat sofa sana. Menyemak je." Ujar Syaz sambil menolak kedua-dua adik lelakinya supaya turun dari katilnya.
"Ishhh kedekut la. Bagila kitorang tidur sikit. Bukan luak pon katil tu." Aryan memuncung sambil memandang sayu ke arah katil itu.
"Sakit belakang lah kalau tidur dekat sofa. Please, bagi kitorang tidur dekat katil. " Amril merayu.
"Ahh mengada-ngada lah korang ni. Kalau hampa tidur sini, akak nak tidur mana? " Syazlin mengangkat sebelah keningnya.
"Hang tidoq dekat sofa la kak. Tanya lagi pasaipa." selamba Aryan berkata.
"Eh banyak cantik muka kau. Kau pergi tidur dekat sofa sekarang!" Jerit Syazlin kepada adiknya.
"Ishhh dasar Syaz Haji Bakhil. Okeylah, kami tidur dekat sofa. Bye! " balas kembar itu. Geram.
"Hahaha bye babies! Sweet dream. Mimpikan Syaz Haji Bakhil tau! " jerit Syaz kepada adiknya. Dia ketawa perlahan.
"Diamlah kak!" Sama-sama kembar itu memarahinya.
"Janganlah marah. Hahahaha." Syaz ketawa kuat apabila mereka menekup telinga dengan bantal yang ada di sofa itu.
Dia berasa bosan lalu mengambil gambar tangannya.
♥Liked by adam.cassiel, ezmeer.adly and 572 others.
syazlin.ameera bosannya. '(
View 94 comments
adam.cassiel nak teman boleh?
Share this novel