Syazlin yang khusyuk bermain Snapchat terus terkedu apabila mendapat panggilan masuk.
Nama pemanggil itu membuat dia berasa seram sejuk.
Bulu romanya menaik.
Badan yang daripada tadi tidur menelentang terus mengiring menghadap cermin kaca yang menampakkan segala aktiviti para jururawat di luar.
Syazlin menarik nafas panjang sebelum menekan ikon berwarna hijau itu tanda dia sudah menerima panggilan itu.
Dengan perlahan, telefon didekatkan ke telinganya.
Arh, kenapa jadi slowmo macam si coki pulak ni?
"Hello, assalamualaikum anak mama." suara itu terus menjengah ke gegendang telinganya.
"Wa--waalaikumsalam mama. " tergagap-gagap Syazlin cuba menjawab salam Datin Ani yang tiada angin tiada ribut menelefonnya.
"Kenapa lama tak datang rumah mama? Syaz marahkan mama ke? " sayu kedengaran suara Datin Ani menyoal Syazlin yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
"Mana ada Syaz marahkan mama. Mana mungkin Syaz marahkan mama. Mama janganlah fikir macam tu. " Syazlin terus mengeluarkan ayat-ayat pujukannya yang entah berhasil atau tidak.
Tubuh badannya terus disandarkan ke kepala katil hospital.
"Kalau tak marah, kenapa tak datang jenguk mama?"
Syazlin menelan liurnya sendiri. Apa yang perlu aku buat ni?
"Maa, rindu. " dia cuba mengubah topik perbualan mereka pada masa itu.
"Datanglah rumah kalau rindu mama. "
Tapi tak berjaya!
Datin Ani tetap sahaja menyebut rumahnya itu.
Haish.
"Syaz bukan tak nak pergi tapi---"
"Tapi kamu bergaduh dengan Adam kan? Betul kan jangkaan mama? " Datin Ani terus menembak Syazlin dengan soalan yang bertubi-tubi.
Syazlin hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu ada di mana sekarang ni? Mama nak jumpa. "
Syazlin terus menegakkan badannya dengan mata yang terbeliak luas.
Tangan yang masih dilekat jarum IV drip itu dipandang.
"Sekarang Syazlin Ameera! "
Syazlin menepuk perlahan dahinya berkali-kali. Aduh, mampos aku.
"Syaz ada di hospital ni maa. " perlahan sahaja suaranya namun masih didengari oleh Datin Ani.
"Apa?! "
Syazlin menjauhkan sedikit telefon daripada telinganya apabila mendengar suara Datin Ani yang meninggi. Boleh pekak kalau macam ni.
"Ya macam tu lah maa. " Syazlin tersengih seorang diri sebelum membalas jeritan ibu Adam itu.
"Kamu tunggu jap, kejap lagi mama sampai sana. Assalamualaikum. "
Belum sempat Syazlin berkata apa-apa, Datin Ani terus memutuskan panggilan telefonnya. Syazlin menghembuskan nafas berat sebelum menggaru dahinya.
Ish, apa aku nak buat ni.
Pandangannya dilepaskan ke arah syiling hospital yang kosong.
Eh, tapak kasut?
Siapa yang berjalan secara terbalik di syiling hospital ni?
Tak ada kerja ke?
Pandangannya kemudian dijatuhkan ke arah Kak Siti yang sedang membantu doktor memeriksa tubuh badan Mak Teh sebelum dia mengulum senyum.
"Kak Siti! " jerit Syazlin separa kuat.
Wanita yang berusia lebih kurang 30 tahun itu terus berhenti daripada menolak troli ubat-ubatan itu. Dia memandang Syazlin dengan pandangan pelik.
"Kak Siti datangla sini kejap. Syaz nak bagitahu something ni. " Syazlin mengamit Kak Siti sambil tersengih.
Kak Siti hanya menurut sebelum bergerak ke sebelah katil Syazlin.
"Syaz nak bagitahu apa?" terus Kak Siti bertanya sebelum lengannya ditarik untuk duduk di atas katil pesakit terlebih aktifnya itu.
Syazlin memdekatkan wajahnya ke telinga Kak Siti. Gaya orang berbisik.
"Something."
Sejurus perkataan itu, Syazlin mendapat cubitan daripada Kak Siti. Dia mengaduh kesakitan sebelum tergelak besar melihat wajah Kak Siti yang menahan geram.
"Gurau pon tak boleh."
"Kak Siti geram betul la dengan budak ni. Rasa macam cucuk jarum ni kat mulut budak tu. Baru tahu diam kot." Kak Siti menjeling Syazlin seketika sebelum tergelak kecil.
"Kak. " sekali lagi Syazlin menyeru namanya. Tapi kali ini berserta tangan yang masih berlekat IV drip dihulurkan ke arah Kak Siti.
Jururawat itu hanya mengerutkan dahi sebelum memandang wajah pucat dan cengkung itu.
"Buang kejap wayar-wayar ni." kata Syazlin sambil menunjukkan ke arah tiub saluran yang mengalirkan Sodium Chloride ke dalam badannya itu.
"Eh buat apa? Tak nak akak. " Kak Siti hanya membetulkan sedikit jarum di tangan Syazlin tanpa menghiraukan kepanjangan muncungnya.
Akak tak kisah okay?
"Buang la kejap akak. Syaz nak turun bawah jumpa orang jap ni. Tak nak heret benda tu. Annoying gila benda tu. " Syazlin mula memeluk tubuh. Mula lah tu nak merajuk.
"Tak ada, Syaz kena pakai benda ni lagi. Kamu tu belum sihat. Jangan degil." Kak Siti mula mengeluarkan aura tegasnya. Mengancam.
"Alaaaaaa. "
"Syaz ada dua pilihan. Satu, suruh kawan Syaz datang ke wad ni. Kedua, Syaz boleh turun bawah tapi kena bawa benda alah ni. Faham? Lagipon kalau doktor tahu Syaz turun, matilah kamu. " Kak Siti mula berdiri di sebelah katil sebelum membetulkan selimut Syazlin yang entah jadi apa.
Syazlin hanya mengangguk kecil mendengar penerangan Kak Siti.
Dia menjeling tiang yang disangkut botol Sodium Chloride itu seketika.
"Kau ni menyusahkan tahu tak?! " kata Syazlin sebelum baring mengiring membelakangi tiang itu.
Mesej yang masuk terus menarik perhatian Syazlin.
Mama dah sampai. Kamu ada di wad berapa? Biar mama naik.
Syazlin terus duduk tegak sebelum cuba menelefon Datin Ani.
"Hello maaa, mama duduk dekat anjung tepi taman tu tau. Kejap lagi Syaz sampai. Bye! " Syazlin cepat-cepat menamatkan panggilan sebelum menyarungkan selipar jepunnya.
Dengan pantas dia keluar daripada wad itu menuju ke lif.
"Akak, saya turun bawah kejap tau! " Syazlin sempat memberitahu kepada para jururawat yang berada di kaunter itu.
Setibanya di lobi, Syazlin bergegas ke anjung yang dikatanya tadi. Semakin laju dia berjalan, semakin kuat bunyi roda tiang itu bergesel dengan lantai.
Figura Datin Ani menyapa matanya sebaik sahaja dia tiba di taman itu. Petang-petang seperti ini, ramai kanak-kanak yang meluangkan masa bermain di taman permainan hospital.
Bahu Datin Ani disentuh perlahan. Datin Ani yang terkejut terus mengalihkan pandangannya sebelum terus memeluk Syazlin.
"Mama rindu Syaz. Kenapa Syaz lama tak datang rumah mama? " Datin Ani berkata dengan air mata yang deras mengalir daripada matanya.
Ah, tak sukanya.
Jejak kasih pulak ni.
"Syaz pon rindu mama. Rindu sangat-sangat. " Hampir tak terkeluar suara Syazlin menahan sendu.
Senyuman cuba ditarik. Wajah cuba dimaniskan.
Tapi dia gagal.
Dia juga turut jatuh dalam kesenduan bersama ibu angkatnya itu.
Pelukan dieratkan sebelum dia menghamburkan tangisnya di dalam dakapan seorang ibu.
Syaz rindu mama.
Syaz rindu arwah mummy.
selamat hari raya semua!
Share this novel