"Kau ni memang tak tahu nak jaga diri sendiri ke? Tahun depan dah nak masuk 17 tahun tapi makan pon nak kena paksa lagi?" Adam berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu bilik sahabatnya itu.
Geram betul dengan perangai Syazlin yang menolak untuk makan. Aku sumbat bubur tu dalam mulut kau baru tahu.
Syazlin yang tersandar di kepala katil menarik tudungnya ke belakang sedikit. Ni yang tak suka ni, asal aku makan je tudung gerak ke depan. Rimas.
Adam ni kuat bebel, jadi Syazlin hanya menadah telinga. Kalau menjawab mahunya dia tembak aku nanti. Dia menjeling Aryan yang memaksanya untuk makan. Aku tak ada seleralah!
"Makanlah wahai puteri intan payungku." Aryan menyuakan sesudu bubur ke mulut Syazlin. Degil betul orang tua ni.
"Aku tak nak." Syazlin memalingkan wajahnya daripada melihat ketiga-tiga makhluk berjantina lelaki di dalam biliknya. Amril terkekeh ketawa melihat perangai kakaknya itu. Alahai, ingat comel ke?
Adam yang dari jauh memerhati perangai sahabatnya itu terus mendekati sebelum selamba duduk bersila atas katil Syazlin. Dia meminta mangkuk bubur daripada Aryan. Kau tak nak makan kan? Kau tunggu kejap. Laju tangannya mengacau bubur nasi itu. Macam nak pecah mangkuk!
Tanpa bercakap, Adam menyuakan sudu ke hadapan Syazlin buat pertama kalinya. Dia memandang tajam Syazlin yang buat tak kisah tu.
"Makan ni."
"Tak nak."
"Aku cakap makan."
"Aku cakap tak nak."
"Aku cakap makan tu makanlah! Aku sumbat mangkuk ni dalam mulut kau baru tahu!" tinggi suara Adam kedengaran. Geram betul cakap dengan orang degil ni. Syazlin tersentak.
"Aku cakap aku tak nak, tak naklah! Kau ta--"
Belum sempat Syazlin memarahi Adam, terasa mulutnya penuh dengan sudu kayu itu. Dia memandang lama wajah Adam. Adam hanya tersengih.
Amril dan Aryan hanya ternganga melihat perlakuan Adam itu tadi. Amazing!
"Aku dah suruh kau makan elok-elok tadi, tapi kau tak nak kan? Ambik kau bubur nasi sekali dengan pakej sudu kayu aku kasi kau telan." Kata sebelum cuba untuk menyuap Syazlin sekali lagi. Kali ini Syazlin hanya menuruti. Takut lahtu.
"Sakit la gila. Kau sumbat sudu tu ganas sangat, macam nak tercabut gigi aku." Syazlin menjeling Adam yang sibuk menggaul bubur nasi di dalam mangkuk.
"Itulah akibat orang ketegaq. Lain kali aku cakap tu cuba dengar sikit. Asyik nak melawan je tak padan dengan sakit"
"Kau bisinglah, sakit otak aku dengar suara kau bebel." Syazlin mula memicit perlahan dahinya. Sakit betul ni.
"Ni makan sikit lagi." Adam menyudu kembali sebelum mulut Syazlin menjadi sasaran. Syazlin hanya menggeleng. Adam mengeluh perlahan.
"Penat mama masak, takkan nak buang kot. Tahulah mama tu masak biasa-biasa ja. Tak macam cef restoran. Itu yang anak angkat dia tak tahu nak hargai masakannya." Kata Adam berjauh hati sebelum cuba berdiri daripada terus duduk di katil empuk. Dia pura-pura berjauh hati dan merajuk. Kepalanya dipalingkan daripada terus melihat wajah Syazlin.
"Adam."
Adam yang mendengar hanya tersenyum simpul sebelum memandang Syazlin. Syazlin dengan muka monyok terus mengambil mangkuk di tangan Adam sebelum kembali memakannya.
"Good girl!!" Adam memeluk tubuh sebelum menaikkan ibu jarinya tanda bagus. Amril dan Aryan disebelahnya turut melakukan perkara yang sama. Orang degil memang seperti ini saja caranya.
"Kau yang psiko aku. Cakap banyak pulak." Menyampahnya aku dengan geng ni. Benci! Benci! Benci!
"Cuba korang tengok, dalam bilik ni ada itik angsa la. Panjang betul muncungnya." Kata Aryan mengusik kakaknya itu. mereka bertiga mengekek ketawa melihat Syazlin yang menjeling.
"Alalala angsa tu pandai jelinglah! Limited edition ni!" Adam turut mengusik Syazlin.
"Keluar!! Keluarlahhh!! Eiiii menyampahnya aku dengan korang ni." Syazlin melemparkan bantal kepada mereka yang sudah berlari anak keluar daripada biliknya. Sudah dapat diagak angin tantrumnya.
Mereka bertiga tergelak kuat sambil melakukan fist bump. Mission complete!
"Jom layan drama Am, abang Adam. Ari ada download kdrama baru." Aryan tersengih memandang dua orang jejaka kacak itu.
"Jom!" Adam terus ke dalam bilik Aryan tanpa segan silu dan dituruti oleh Aryan. Amril hanya terpaku di situ hanya menjongketkan bahu sebelum turut menjengah ke dalam bilik adiknya.
It's boys' day!
-----
Syazlin terus-menerus memicit kepalanya yang berdenyut. Ada adik lelaki pon dah naik tocang dengan Adam. Geram pulak aku.
Terasa sesuatu bergerak melawan arah pergerakan esofagus, Syazlin terus berlari menuju ke tandas.
Bluek!!
Segala isi perutnya dikeluarkan. Aduh habis segala bubur nasi yang dimakannya tadi. Badan yang sakit dan letih dibawa ke katil.
2 biji Panadol diambil lalu ditelan sebelum dia merebahkan badan ke tilam empuknya.
Dia pernah dengar bahawa musibah kecil itu penghapus dosa. Mungkin, Tuhan mahu menghapuskan dosa-dosa kecilnya.
Syukur, Ya Allah.
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadith riwayat al-Bukhari)
Share this novel