BAB 5

Young Adult Completed 21813

"Akak cepatlahhhh! Tadi cakap nak ikut kitorang. Lambat betul lah. " jerit Shah Amril.

"Entah akak ni, bersiap apa lama sangat ni? Bukannya cantik pon. Naik kematu dah punggung adik tahu?" Tambah Shah Aryan, adik kembar Shah Amril.

"Eh cakap baik-baik sikit adikku sayang. Akak pelengkung sekali, baru korang tahu langit tinggi ke rendah." Ujar Syazlin sambil membetulkan shawl hitamnya yang sedikit senget.

"Dah, let's go! Yang korang tercegat dekat situ kenapa?" Ajak Syazlin setelah selesai memakai sneakers hitamnya. Dia bercekak pinggang melihat kedua-dua orang adiknya itu. Apa masalah pulak dah?

Amril dan Aryan memandang kakak mereka. "Akak nak pergi berkabung ke? Habis hitam dari tudung sampai ke kasut." Aryan yang suka bercakap lepas terus memerli Syazlin. Perangainya sangat kontra dengan Amril yang sopan dan kurang bercakap.

"Suka hati akaklah. Jomlah cepat. Tadi cakap nak pergi beli buku lah apa lah. " dah start dah enjin membebel Syazlin.

"Ya, jom pergi." Balas Amril lalu menuju ke arah kakaknya. "Tapi kita nak pergi naik apa?"

"Naik unta bang. " Aryan membalas se-savage yang mungkin. Amril terus tonyoh kepala adiknya. Lantaklah rambut kau nak jadi apa, aku tanya elok-elok kot.

"Woii Am! Janganlah main rambut aku. Aduh, kan dah tak hensem. Kau ni! " marah Aryan sambil mengangkat tangannya untuk meluku kepala Amril.

"Ehh dah dah. Tu abang grab kita dah sampai. Jom!" Syazlin menarik kedua-dua tangan adiknya ke arah kereta itu.

Syazlin terus masuk dan duduk di antara kembar. Kang bergaduh pulak dua orang tu.

Setibanya mereka di sana, mereka ke gelanggang ice skating. Enjoy!

Berjam-jam bermain, kemudian mereka terus berlalu ke kedai buku.

Adik-adiknya ke bahagian buku rujukan PT3 dan dia pula ke arah novel english. Favourite port!

Dia membelek-belek buku di rak. Tiada satu pon yang menarik perhatiannya. Dia berlalu pula ke arah buku rujukan SPM.

Sejak bila kau pikir pasal pelajaran ni Syazlin?

Dia mencari-cari buku latihan akaun yang terkini. Kang terbeli buku syllabus lama, tak ke naya? Duit terbang, ilmu yang latest tak dapat.

Dia tertarik dengan buku latihan keluaran Sasbadi itu. Nampak comel je cover dan tanpa banyak bicara, terus diambil buku itu dan bergerak mencari kembar.

Amboi bukan main lagi budak kembar ni. Seorang sampai 5 buah buku rujukan.

"Banyaknya korang ambik? Baca ke nanti? Aku tahun lepas tak beli pon." Tanya Syaz.

"Mestilah habis baca." pendek saja kata-kata Amril.

"Akak tak beli buku rujukan eh tahun lepas? Patut result PT3 teruk. Macam tuan dia, pemalas! " sinis Aryan.

Dan papppppp

Rasakan!

"Sakitlah kak! " balas Aryan sambil menggosok dahinya yang pedih. Bodoh jugak dia kalau selalu kena ketuk.

"Padan la muka kau. Kutuk result aku. Hey aku dapat 8A 2B okay! Hormat sikit. "balas Syazlin sambil membuat muka bangga.

"Riak dosa kak. Dosa." balas kedua-dua adik kembarnya.

"Lantak koranglah, aku nak pergi bayar buku aku. Buku korang, koranglah yang bayar okey? " kata Syaz sambil smirk dan berlalu ke counter.

"Eh akak! Akak!" Mereka berlari ke arah Syaz dan meletakkan buku mereka ke atas counter.

"Akak, kira sekali eh dengan kitorang. " ujar Aryan kepada akak cashier itu. Dia hanya mengangguk.

RM 204.95

'Hmmm, terbang duit aku.' Syazlin berbisik sendirian.

"Apa kak? " tanya Amril kepada Syazlin.

"Hah? Tak ada apa. Cepat angkat buku-buku tu. Jom kita balik" arah Syaz.

"Alaaa kenapa kitorang kena bawak. Akak paling tua jadi akak lah kena bawak. Kenapa kami--"

"Eh kau diam, akak dah bayar buku korang kan? Akak suruh bawa buku tu, bawa je lah. Banyak bunyi pulak." Syazlin memotong percakapan Aryan.

"Okeylah, jom balik. " cakap Amril perlahan. Mereka membiarkan Syazlin berjalan di hadapan.

"Akak tu kenapa? Bulan mengambang ke apa? " bisik Aryan kepada abangnya.

"Entahlah. Dah la jom. Nanti tak pasal-pasal kena balik jalan kaki. " bisik Amril perlahan kerana takut didengari kakaknya yang spesies singa itu.

"Woiii cepatlah! Dok bisik-bisik apa?! " jerit Syazlin kuat. Semua orang memandangnya.

"Ya kak! "mereka berlari ke arah kakaknya. Takut!

"Kak. Ermm ermm. " panggil Amril.

"Apa? " balas Syazlin tanpa melihat wajah adiknya.

"Ermm aa ermm.. Ari kau la cakap" arah Amril sambil menyiku Aryan.

"Eh kau la cakap. Aku takut lah. " balas Aryan sambil berbisik di telinga abangnya.

"Ehhh korang nak cakap apa ni? Erm erm erm tak habis-habis. " tanya Syazlin geram.

"Akak.. Kami lapar la. Jom kita pergi makan. " ujar Aryan sambil membuat muka yang comel habis. Ada abang pon pengecut. Apodahh.

"Ciss,bnak cakap yang tu pon berjam-jam! Jomlah! Aku pon lapar. Sebabtu hilang mood tadi. " kata Syazlin sambil menonong masuk ke dalam salah satu restoran berdekatan.

Mereka mencari-cari tempat kosong di dalam restoran itu. Ramai orang kat sini. Mesti makanannya sedap.

Setelah beberapa minit mencari tempat,akhirnya mereka mendapat meja di sudut restoran.

Sempit.

Tak apa lah. Syukur.

Mereka menyelak menu yang ada di atas meja.

"Hmmm nak makan apa ni?" Ujar Syaz sambil melihat kedua-dua orang adiknya.

"Tak tahulah akak. Semua nampak sedap." Balas Amril.

"Aku nak nasi goreng paprik,mee bandung, ABC, teh ais.. Ermm apa lagi eh? Ha, Ari nak Chicken Chop lagi satu!" Aryan dengan semangatnya memberitahu Syazlin.

"Wahai Shah Aryan. Kau ni perut tong ke kau membela ni? Macam tak makan setahun je nak order. " Syazlin memberi perlian pedas kepada adiknya. Amril hanya mampu ketawa perlahan.

"Hehehe lapar la kak. Banyak sangat berjalan tadi. Penat. " Aryan mengadu sambil membuat muka comel.

"Macam orang tua lah kau ni. Dah dah, kali ini order betul-betul. Akak nak panggil waiter. "

Syaz hanya memesan nasi goreng dan juga teh o ais limau.

Amril memesan mee rebus serta teh tarik manakala Aryan memesan Mee bandung dan juga ABC special.

Sambil menunggu makanan, Syazlin scroll feed instagramnya. Dia terhenti di post Adam.

cassiel.adam

♥Liked by s
♥Liked by s.amril and 128 others

cassiel.adam The best food ever; masakan mama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience