"Oh sebab tu lah kamu buat apa yang daddy larang? Macam itu?" Sinis Dato Mansor membalas.
"Syaz buat apa sampai daddy sindir-sindir Syaz sampai macam ni sekali? Pleaselah bagitahu." Syazlin mula menggenggam tangan Amril yang berada di sebelahnya. Takut dan geram bercampur aduk.
"Daddy tak suka kamu berkawan dengan Adam! Thats it! Takkan kamu tak faham lagi?!" Dato Mansor mula menguatkan suaranya.
"Tapi Syaz dah lama berkawan dengan Adam, daddy. Dari sekolah rendah lagi. Takkan daddy tak tahu kot." Rendah ton suara Syazlin, dia sedaya upaya mengawal suaranya.
"Daddy tak kisah langsung. Yang daddy kisah, sanggup Syaz pergi makan dengan dia dekat warung tu? Dekat-dekat maghrib pulak tu, kamu ni dah kenapa sebenarnya?" Dato Mansor mula duduk menyandarkan badannya sambil berpeluk tubuh. Ingat hensem ke?
"Mana daddy tahu Syaz pergi warung dengan Adam?" Soalan perangkap walaupon taklah perangkap mana pon.
"Abang kamu hantar gambar Syaz dengan Adam tengah makan dekat warung tu. Kalau Aiman tak bagitahu daddy, mesti daddy tak tahu yang Syaz keluar dengan Adam."
Syazlin menjeling tajam wajah Aiman yang duduk bersila panggung itu. Kurang ajar. Patutlah result SPM kau teruk. Perangai serupa tokwan setan!
"Jadi,daddy dah tengokkan gambar tu? Daddy nampakkan yang Syaz dan Adam macam orang kebulur tengah makan? So, apa masalahnya sekarang?" Syazlin sudah menjongketkan sebelah keningnya memandang wajah tua daddynya.
Amril menggenggam kuat tangan kakaknya. Cuba memberi kekuatan.
Dato Mansor memandang sekali lagi gambar yang dihantar oleh anak tirinya itu di aplikasi WhatsApp. Ya betul, tiada apa yang mencurigakan.
"Tapi kenapa kamu tak balik makan dekat rumah? Sebab benci sangat nak hadap muka daddy atau Syaz dah suka sangat tengok muka Adam?"
"Ya Allah daddy! Apa ni? Syaz dengan Adam baru habis game tadi. Volleyball. Syaz nak balik rumah terus tapi Adam nak tumpangkan balik ke rumah. So, kami singgah warung tu, nak makan." Suara Syazlin sudah mula meninggi. Mukanya juga memerah.
"Kenapa kamu tak balik sendiri? Nak jugak menumpang Adam tu kenapa?" Orang tua ni memang tak faham bahasa ke?!
"Daddy sanggup ke biar anak gadis daddy balik jalan kaki dekat-dekat maghrib?" Syazlin menyoal dengan sabar yang hanya tinggal 20%.
Jawapan Dato Mansor membuatkan Syaz tak tahu nak memberikan apa-apa reaksi.
"Kamu tu gadis ke? Rasanya macam dah tak ada."
"Bodoh! " Hanya itu jawapan Syazlin sebelum dia berlari menaiki tangga ke biliknya.
Sumpah sekarang ni, dia dah tak boleh bersabar lagi. Ayahnya sendiri menghina dia! Anak mana yang tak marah!
Syazlin menghempas pintu biliknya kuat sebelum menumbuk dinding biliknya berkali-kali.
Satu titis.
Dua titis.
Dan berderaulah air matanya mengalir. Sampai hati daddy.
Darah yang mengalir dari buku limanya itu tidak diendahkan.
Syazlin jatuh terduduk dan memeluk lututnya. Dia menangis sepuas hati.
Daddy tak sayang Syaz lagi!
Syaz benci daddy!
Dia menangis sepuas hatinya sehingga tertidur.
-----
3.45 pagi.
Syazlin mencelikkan matanya.
Argh pedih gila!
Dia memandang sekeliling, kelam dan badannya mula berasa sengal.
Mahu tak sengal, siapa suruh tidur atas lantai?
Syazlin bangun dan bergerak ke arah tandas. Dia memandang wajahnya di cermin tandas.
Buruk gila!
Dengan hidung merah,mata bengkak dengan eyebag tebal, lingkaran hitam lagi. Haih.
Dia tergelak kecil melihat pantulan dirinya.
Dasar hodoh, patutlah daddy benci kau.
Syazlin membuka pili air untuk membasuh wajahnya. Sebaik sahaja tangannya terkena air, dia berdesir perlahan.
"Auwwww, pedih gila." Ujarnya seorang diri.
Dia melihat buku lima kanannya. Bengkak dan darah kering mengelilingi kawasan bengkak itu.
Dia tersenyum sinis.
Dasar bodoh ,kenapa cederakan diri sendiri? Petang nanti kau ada final gamelah Syazlin Ameera. Asal bodoh sangat? Simpan sikit bodoh tu untuk cicit kau. Sumpah Syazlin dalam hati sambil mencuci lukanya.
Walaupun agak-- bukan.
Walaupun memang sakit, dia gagahi juga.
Syazlin keluar dari tandas dan mengambil tualanya di ampaian.
Mandi pada jam 3 pagi? Benda biasa. Selalu je buat semasa kem.
Selesai saja mandi,dia mengambil first aid dan mula merawat lukanya seorang diri. Dia hanya menggunakan plaster sebesar kapas yang selalu digunakan sebelum memakai toner.
Dia taknak gunakan bandage. Nanti susah nak gerak,walaupun sekarang ni seksa ya amat. Mungkin sebab buku limanya semakin membengkak. Tangan kanannya juga kelihatan dua kali ganda besar dari tangan kiri.
Hiperbola teroks!
Sebijak-bijak manusia akan ada satu hari dia akan menjadi sangat bodoh.
Syazlin mengambil phonenya dan mengunci jam pada 5.45 pagi.
Dia meneletangkan diri di atas katil sebelum kembali terlelap.
Satu kerugian, bila Allah dah bangunkan kau pagi-pagi buta macam ni, buat la solat sunat!
Kau lupa ke? Aku uzur okay!
-----
"Akak oo kak, bangun. Akak oii oiii dah 6.15 ni, tak nak sekolah ke?" Aryan mula menggoyangkan tubuh kakaknya.
Dia menolak ke kiri dan ke kanan.
Hidup ke mati perempuan ni?
"Kak bangunlah, akak ada game kan hari ni? Bangunlah." Aryan dah terduduk di hujung katil kakaknya.
Syazlin mengeliat kecil sebelum duduk dengan rambut panjangnya menutupi sebelah wajahnya. Dia memandang lama Aryan yang menilik handphonenya itu.
Aryan yang terasa dirinya diperhatikan terus mengangkat wajahnya menghadap Syazlin.
"ASTAGHFIRULLAH!" dan kedebuk terus jatuh ke bawah katil Syazlin yang boleh dikatakan agak tinggi.
Syazlin ketawa terbahak-bahak melihat adiknya itu. Dia mengambil getah rambut di meja lampu dan mengikat rambutnya yang panjang mengurai.
"Hei Aryan, tak nak bangun ke?" Tegurnya dan bangun untuk mengambil tualanya.
"Akak, kenapa buat macam tu? Ari terkejut tahu tak! Nasib tak ada sakit jantung." Marah Aryan yang masih mengusap dadanya.
"Padan muka. Dah pergi keluar, akak nak mandi."
"Tak nak, nak stay sini."
"Ikut suka engkau lah." Syazlin mula melangkah ke arah bilik airnya.
"Kak! Nak main phone akak boleh?" Jerit Aryan. Dia buat macam kakak dia tu pekak sangat.
"Bukan kau tengah main ke tu?" Syazlin jerit dari dalam tandas. Faham sangat perangai adiknya itu.
"Tapi jangan tengok cerita blue oii!" Tambah Syaz sebelum tergelak terbahak-bahak. Dia memandang tangannya yang bengkaknya sudah surut.
Surut sikit je,tak banyak.
"Ari tak layan blue lah akak!!!"
Share this novel