BAB 43

Young Adult Completed 21813

"Esok kau pergi sekolah dengan aku lah. Aku pergi ambik korang esok." Kata Adam dalam talian telefon. Esok, sekolah mereka adakan program Back To School yang wajib dihadiri oleh pelajar. Cuma tingkatan 1 dan 4 sahaja yang menyertai program orientasi.

Tapi percayalah, sewajib mana pon pihak sekolah mengerahkan pelajar untuk datang pada 31 Disember, hanya segelintir murid sahaja yang patuh. Contohnya Syazlin dan Adam. Sungguh bagus dan berdisiplin. Ehek, angkat bakul jap.

"Okay bos, saya menurut perintah." Kata Syazlin sambil tabik. Bukannya Adam boleh nampak pon.

"Kau dah betul-betul sihat ke ni weh? Kalau tak sihat, kau tak perlu pergi." Entah nada apa yang Adam gunakan. Kejap bunyi seperti risau, kejap pulak macam marah.

"Dah seminggulah aku sihat. Dalam masa seminggu tu jugak lah kau tanya benda yang sama. Aduhai Adam Cassiel, pening kepala aku." Syazlin menampar perlahan dahinya tanda geram terhadap perangai Adam.

"Manalah tau, kau tiba-tiba tak sihat ke?" Adam tersengih.

"Aku sihatlah, kau jangan nak mendoakan kesakitan aku eh. Aku ketuk kau kang. Aku nak pergi sekolah esok and I'm totally fine, bruh. Don't worry too much." Kata Syazlin sebelum terus landing ke atas tilamnya.

"Mana ada, jangan main tuduh-tuduh eh. Dosa kau tahu."

Mata Syazlin semakin lama semakin kuyu. Kantuk sudah menguasai diri.

"Aku ngantuk, tidur dulu. Selamat malam." Syazlin terus menamatkan panggilan tanpa sempat mendengar balasan daripada Adam. Telefon diletakkan ditepi sebelum dia mengubah ke posisi yang lebih selesa. Ahh, indahnya dunia.

"Wei, aku belum habis cakap lagi lah!" Adam memandang geram telefonnya itu. Syazlin Ameera ni memang nak kena betul lah. Dia meletakkan telefon ke tepi sebelum berbaring memandang terus ke syiling rumahnya yang bercorakkan awan dan langit.

Apabila pandang syiling tu masa serabut, fikiran akan jadi lebih tenang sedikit. Tangan kirinya dilapik di bawah kepala. Haihlah lukisan, kenapa cantik sangat ni? Pandai betul aku design.

Lampu tidur ditutup sebelum dia menarik selimut mambaluti separuh tubuhnya.

Selamat malam dunia!

-----

Pin!! Pin!!

Selagi mereka tiga beradik tidak keluar rumah, selagi itu Adam terus menerus menekan hon keretanya. Tiga suku betul mamat ni.

Kelihatan tergopoh-gapah tiga beradik itu mendekati keretanya. Adam tergelak besar.

"Kau kenapa tiba-tiba ketawa macam ni? Kena sampuk ke apa?" Syazlin menjauhkan sedikit tubuhnya supaya melekat di pintu kereta. Kalau betul dia kena sampuk, aku dapat lari keluar dengan cepat.

"Muka kau hodoh betul masa kalut tadi. Buruk gila weyh sumpah." Kata Adam bersusah payah kerana masih terdapat sisa ketawa dalam percakapannya.

"Amboi, seronoknya gelakkan aku. Kau yang tekan hon macam orang gila. Mahu taknya kami berlari terus ke kereta kau ni. Halah mamat ni, sewel betul." Syazlin terus menarik tali pinggang keledar untuk dipakai apabila Adam sudah mula memandu. Safety first,dik.

"Aku saja hon banyak kali sebab nak kejutkan jiran-jiran kau ni bangun tidur. Apalah, dah tua pon still bangun lewat ke?" bersahaja Adam berkata sebelum tersengih seperti kerang busuk.

"Mana kau tau mereka bangun lewat? Jangan main tuduh eh, nanti jadi fitnah. Kau nak tanggung?" tegur Syazlin yang mendengar percakapan rakannya yang melalut tadi.

Adam cepat-cepat beristighfar. Pagi-pagi lagi kau dah buat dosa ya Adam. Dia memandang Syazlin seketika sebelum membuat tanda 'peace'. Ingat comel ke?

Syazlin menggeleng perlahan mengenangkan perangai Adam. Dia malas mahu melayan Adam lalu terus menyambung bermain telefonnya. Kau cakaplah sorang-sorang bang.

"Yang dua orang di belakang tu dah buat keputusan ke nak sambung course apa untuk tingkatan 4?" Adam memandang sekilas cermin pandang belakang untuk malihat wajah kembar itu. Segak bergaya memakai baju sekolah, full uniform.

"Am ingat nak pilih course akaun. Akak cakap akaun senang." Bersahaja Amril berkata sambil tersengih memandang kakaknya yang mengangkat jari tengah kepadanya. Kurang sopan gila minah ni!

"Ari pon nak sambung akaun. Bukan sebab akak tapi sebab Ari kan pro matematik." Aryan menyandarkan badannya ke kerusi kereta sambil memeluk tubuh. Mulalah tu nak belagak.

"Ikut suka koranglah nak sambung apa pon. Yang penting korang berdua ni boleh bawak subjek tu sampai SPM." Adam menasihati kedua-dua manusia itu.

"Ya, tahu. Lagipun akak cakap akaun tu senang so relaks la bang." Aryan dengan selamba menaikkan nama Syazlin buat kali kedua.

"Kau percayalah sangat cakap si Syazlin ni. Dia ni bukan boleh dipercayai sangat." Adam menjeling sedikit Syazlin yang khusyuk bermain handphone. Apa yang seronok entah.

"Kau baik-baik sikit. Aku ambil akaun, kau tak ambil. So, diam ya cik abang." Tanpa memandang wajah Adam, Syazlin menjawab. Geram betul apabila namanya yang menjadi kaitan.

"Yalah, yalah. Aku ni mana mampu nak ambik sepuluh subjek, kau je mampu."

"Tahu tak apa."

Adam melihat cermin pandang belakang sebelum menjuihkan mulutnya. Pasangan kembar di belakang hanya mengangkat kedua-dua ibu jari kepada Adam.

Lain kali, jangan sesekali cuba usik minah baran tu. Kang, tak larat nak menadah telinga.

Adam hanya redha mempunyai rakan-rakan seperti itu.

Apalah nasib badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience