Shower dibuka sebaik sahaja dia masuk ke dalam tandas rumahnya.
Syazlin perlu bersihkan diri untuk mengelakkan dirinya demam akibat terkena hujan tadi.
Baju sekolah dan baju kerjanya dicuci sebelum di sidai di bawah kipas angin.
Faktor utama untuk mempercepatkan proses penyejatan.
Semua kerja sekolahnya diletakkan di satu tempat untuk memudahkan Syazlin menyiapkannya. Tak sampai 2 bulan saja lagi sebelum dia akan berperang berhabis-habisan di dalam dewan sekolahnya.
Tepat jam satu pagi, Syazlin menutup semua buku sekolahnya. Dia akan bangun semula pada jam empat pagi untuk membuat ulang kaji pada subjek-subjek tertentu. Contohnya, sejarah, biologi dan pendidikan islam.
Lampu ditutup, tempat tidurnya ditujui. Sekarang, tempat tidurnya sudah upgrade daripada sebelum ini.
Dia membeli toto dan juga bantal buat dirinya. Kalau tak, mahu sakit badannya tidur di lantai.
Selimut ditarik melepasi dadanya, tangan kanan diletakkan ke atas dahi. Matanya memandang syiling yang kosong.
Tuhan, aku rindu bilik aku yang bersyilingkan bintang.
Ingatan Syazlin kembali kepada pertemuannya bersama Aiman Aqil di perhentian bas tadi.
Nafasnya dihela berat.
-----
"Kenapa kau buat semua ni Aiman? Apa salah aku dengan kau. " kuat suara Syazlin melawan lebatnya hujan. Matanya tajam mencerlung ke arah Aiman yang membuat muka bersalah.
"Aku minta maaf. " perlahan sekali suara Aiman. Seperti betul-betul berasa bersalah.
Tapi kali ini,aku tak akan mudah percayakan orang lain. Semua orang penipu!
"Mintak maaf? " Syazlin tersenyum sinis.
"Kau nak mintak maaf dengan aku? For what? Semuanya dah terlambat! Aku dah kena buang keluarga! Semua orang tinggalkan aku! Kau tak nampak ke? " tangannya tergawang-gawang ke kiri kanan. Dia benar-benar marah.
Walaupun hujan yang menimpa bumi menyebabkan suhu menurun tapi Syazlin merasakan bahawa badannya sangat panas!
Sangat panas sehinggakan dia berasa seperti mahu bunuh orang!
"Aku mintak maaf."
"Memang tu saja perkataan yang kau tahu? Maaf maaf maaf! Kenapa sebelum kau buat tu, kau tak fikir dulu? Kau dah hancurkan hidup aku Aiman!!! " berombak dadanya Syazlin menahan marah.
Kedua-dua tangannya diletakkan di kepala sebelum dia menjerit kuat. Lututnya terasa lemah sebelum dia jatuh melutut ke tanah. Satu persatu air matanya jatuh ke bawah. Esakannya bersatu dengan lebatnya hujan ketika itu.
Aiman menelan liur. Dia meraup wajahnya perlahan. Dia bangun sebelun berjalan mendekati Syazlin yang tersedu-sedan melepaskan perasaan.
"Syaz, bangun duduk di bangku tu. Aku nak ceritakan semuanya kepada kau. Aku tak sanggup nak tanggung rasa macam ni lagi. Aku rasa berdosa sangat. " Aiman memegang lengan Syazlin menariknya untuk duduk di bangku perhentian bas itu.
"Lepaslah. Jangan pegang aku!"
Aiman hanya mengangkat kedua-dua tangannya gaya bersalah. Dia tak nak bergaduh dengan adik tirinya itu.
Dia turut melabuhkan punggungnya bersebelahan Syazlin. Syazlin bergerak menjauhinya sedikit sebelum meletakkan beg sekolahnya di antara mereka sebagai penghadang.
Air mata yang membasahi wajahnya tadi dikesat. Kenapa murah sangat air mata aku ni? Dulu tak macam ni pon.
"Sebenarnya, mama yang suruh aku buat semua tu. Dia yang suruh aku edit gambar kau dan Adam. Dia yang buat daddy bencikan kau."
Aiman menelan liur sebelum menyambung ceritanya.
"Kau tak ada air ke? Aku haus. " Aiman tersengih memandang Syazlin sambil memegang belakang lehernya.
Syazlin mencebik sebelum membaling botol air mineral kepada abang tirinya itu.
Potong feel betullah mangkuk ni.
"Mama, nak buat daddy percayakan dia. Dia nak yakinkan daddy supaya dia boleh mewarisi semua harta daddy. Dia nak pujuk daddy untuk ubah wasiat keluarga kau! "
Badan Syazlin terus tegak mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Aiman.
"Aku dah nasihatkan mama tapi dia tak nak dengar. Aku rasa bersalah sangat dengan kau. Aku rasa berdosa. " Aiman bermain-main dengan jarinya. Dia tak sanggup untuk memandang wajah ayu adik tirinya itu.
"Kalau kau rasa berdosa, kenapa kau tak bagitahu daddy yang kau dan mak kau jahat sebenarnya. Kenapa Aiman, kenapa" dada yang terasa perit dipegang.
Ya Allah, aku tak kuat.
"Aku dah bagitahu daddy tapi dia tak percayakan aku. Dia hanya percayakan mama seorang je. Aku--aku pon dah tak tahu nak buat apa. Aku minta maaf. Aku menyesal buat kau macam ni. " kali ini, wajah Syazlin yang lesu terbentang di matanya.
"Aku--Aku penat. "
Air matanya mengalir lagi.
"Apa salah aku. Apa dosa aku hingga aku diuji begini. Aku tak kuat. " wajahnya ditekup lama. Biarlah kegelapan yang menghiasi ruang matanya.
"Kau jangan cakap macam ni, aku tahu kau kuat. Kau orang yang paling kuat yang pernah aku jumpa. " Aiman cuba memujuk Syazlin yang sedang sibuk melayan perasaannya.
"Aku tak kuat. Aku tak kuat."
"Aku rindukan Amril dan Aryan. Kenapa mereka jauhkan diri daripada aku. Jijik sangat ke aku ni?" Syazlin memandang tepat ke wajah Aiman yang masih memandang wajahnya dengan pandangan simpati.
Aku benci pandangan itu!
Telefon pintarnya dibawa keluar daripada jaket kulit hitam yang Aiman pakai sedari tadi.
Ikon kenalan ditekan sebelum nama Aryan dicari dan ditelefon.
Handphonenya dihulurkan kepada Syazlin.
Dengan tangan yang menggigil, Syazlin menyambut huluran itu. Telefon didekatkan ke telinganya.
"Hello, ada apa kau telefon aku malam-malam ni? "
Kedengaran suara Aryan yang sudah lama dia rindui.
Syazlin menekup mulutnya kuat untuk menahan esakkan. Matanya berbalam-balam dipenuhi air mata.
"Hel--Hello Ari. "
Aryan yang mendengar suara itu terus terdiam. Dia menelan liur sebelum cuba berpura-pura seperti tiada apa-apa.
"Yes, hello. Siapa ni? "
"Ari, ni akak. Rindu." hanya perkataan itu yang dapat dikeluarkan daripada mulutnya sebelum esakkan mengiringinya.
"Sorry saya tak kenal awak. Salah nombor rasanya. Saya letak dulu. "
Tanpa sempat Syazlin berkata apa-apa, panggilan telah diputuskan Aryan.
Maafkan Ari kak, Ari terpaksa.
Dadanya dipegang kuat, bibir bawahnya digigit.
Sakitnya ya tuhan.
Kenapa aku diuji begini?
Kenapa semua orang bencikan aku?
Kenapa aku?
Kenapa?!
Telefon Aiman diletakkan ditepi sebelum dia menggalas beg dan meredah hujan menuju ke rumahnya.
Biarlah.
Biar aku pula yang benci diri aku sendiri.
Share this novel