BAB 24

Young Adult Completed 21813

Syazlin menggalas beg sandangnya di bahu kiri sebelum melangkah masuk ke dalam gelanggang bola tampar yang terletak bersebelahan padang sekolahnya. Terdapat tiga court di bahagian belakang dan dua court utama di bahagian tengah atau pusat sekolah.

Syazlin menghayunkan begnya ke arah lelaki yang duduk bersila di hujung gelanggang. Beg itu terletak elok di atas riba Adam. Dia yang sedang berangan terus bangun kerana terkejut.

"Astaghfirullah Syazlin Ameera! Aku terkejut tahu tak? Ingatkan monyet Pak Ali yang selalu panjat pokok kelapa sebelah sekolah ni yang jatuh atas aku." Marah Adam seraya memandang tajam ke arah wajah Syazlin.

"Eleh kau ni, benda macam tu pon kau nak terkejut lebih. Tak jantan la weh." Balas Syazlin sambil menumbuk perlahan bahu Adam yang berlapik jersey pasukan sekolah mereka.

"Banyak cakap la kau ni Syaz. Dah la, jom training." Adam bergerak ke tengah gelanggang untuk menyertai rakan kumpulannya yang lain. Syazlin yang mendengar hanya buat tak tahu lalu dia melabuhkan punggungnya di tempat Adam termenung sebentar tadi.

Syazlin mula menongkat dagu dan dia juga mula termenung. Mengingati perkara-perkara yang semakin meretakkan hubungannya dengan daddy. Entah apa penyebabnya yang membuatkan daddy terlalu membenci Adam yang sudah lama dikenalinya itu. Aku dan Adam sudah lama berkawan and he know that! Daddy kenal Adam dari kecil. Sama seperti aku. Jadi apa masalahnya sekarang? Syazlin mula mengeluh perlahan.

Dia meraup wajahnya perlahan sebelum menunduk dan bermain dengan batu-batu kecil yang terdapat di dalam gelanggang itu.

"Adoiiii!" jerit Syazlin perlahan apabila sebiji bola hinggap betul-betul di kepalanya. Siapa punya kerja ni. Memang cari nahas betul la.

"Siapa mangkuk yang baling bola dekat aku tadi?! Mengaku cepat sebelum aku spike bola ni kat kepala korang!" jerit Syazlin sambil memandang semua orang di gelanggan itu yang terdiam membisu. Aura Syazlin Ameera sekarang ni memang tidak boleh dibuat main. Sangat dingin selepas keluar dari hospital hari itu.

"Cepatlah mengaku! Siapa yang baling!" Syazlin mula angin satu badan apabila tiada seorang pon yang menjawab pertanyaan itu.

"Hey babe, relax okay? Kenapa kau nak marah-marah sangat ni hmm? Mereka tak expect bola tu boleh terkena kau. Just chill okay. Today is our final day. Our day!" Secara tiba-tiba Adam datang dan menyejukkan hatinya.

Syazlin yang tegang memandang Adam yang tersenyum memandangnya. Mungkin sudah masak dengan perangai Syazlin yang agak panas baran dan dingin kebelakangan ini.

Syazlin mengeluh perlahan.

"Korang, aku minta maaf. Maaf sebab aku tengking korang. I'm really sorry. Korang sambunglah training. Kita kena menang hari ini!" ujar Syazlin sambil tersenyum dengan kedua-dua belah tangannya ditekapkan ke dada tanda minta maaf.

Semua teammates sudah faham dengan perangai Syazlin. Mereka semua telah berkerjasama dari tingkatan satu. Jadi mereka telah menganggap rakan-rakan dalam team bola tampar sebagai ahli keluarga sendiri tanpa mengira jantina. Mereka hanya tersenyum sambil menujukkan simbol 'okay'.

"We're cool Volley Queen!" balas Akram, ketua pasukan bola tampar bagi kategori bawah 18 tahun.

Syazlin tersenyum kecil sambil membalas kembali simbol 'okay' mereka. Mereka juga telah menyambung latihan yang tertangguh disebabkan insiden sebentar tadi.

Syazlin meraup wajahnya berkali-kali sebelum kembali duduk di tempat tadi. Kini, dia ditemani Adam di situ.

Dia menyembunyikan wajahnya di sebalik lututnya yang dilapik seluar track.Dia hanya mengendahkan kehadiran Adam di situ.

Adam mula berasa pelik dengan perangai sahabat baiknya itu. Sangat-sangat pelik hari ini. Training pon tidak. Yang dia tahu, hanya duduk seorang diri dan termenung.

"Syaz." Adam mula duduk berhadapan Syazlin. Dia mesti tahu sebab Syazlin berperangai seperti tadi.

"Hmm." Syazlin masih tidak mengangkat wajah daripada memeluk lututnya.

"Kau ada masalah ke? Kalau ada bagitahu aku. Mungkin aku boleh tolong kau." tanya Adam perlahan sambil menolak lutut Syaz. Tapi, yang dia terima hanya bunyi bising rakanmya yang lain.

"Woi, cakaplah dengan aku." Adam merengek-rengek sambil menggoyangkan kaki Syazlin. Ni yang susah berkawan dengan anak bongsu, suka betul merengek macam budak kecil.

"Ish kau ni,macam budak-budak lah." marah Syazlin lalu duduk bersila berhadapan Adam.

"Ya tahu aku ni comel. So, tell me. Apa masalah yang bermain dalam kepala kau sekarang ni? Serabut teruk aku tengok kau ni. Petang ni kau ada game tau tak? Sedar diri tak ni?" Adam mula menongkat dagu melihat wajah rakan karibnya. Dia tersenyum kecil.

"Shut up Adam. Kau membebel macam orang tua lah." Syazlin menjeling Adam yang tengah mengawal kekacakannya. Annoying gila!

"Aku ni tua ke muda sebenarnya? Aku tanya benda lain, benda lain yang kau jawab. Cepatlah jawab pertanyaan aku sebelum aku tanya Aryan. You'll regret it. Kau tau kan betapa kepohnya adik kau yang tu." Adam mula mengorek rahsia.

"Ya, aku ada masalah babe. Daddy aku. Arhhh aku penatla dengan perangai daddy aku sekarang. Entah kenapa dia macam suka sangat cari kesalahan aku. Dia macam benci aku gila-gila. Dia asyik lebihkan si Aiman bangang tu. Aku penat, aku letih. Sumpah, I'm freaking tired." Syazlin menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia mengeluh perlahan.

"Wait. What happened to your fist? Kenapa bengkak ni? Syaz, please explain." Adam menggelabah. Baru sahaja dia mahu membalas pernyataan Syazlin,tiba-tiba dia ternampak lebam di tangan Syaz yang agak teruk. Dia membelek-belek tangan sahabatnya itu dengan kelam-kabut.

"Aku tumbuk dinding." Balas Syazlin sebelum bangun dan berjalan ke court hadapan untuk melakukan latihan bersama rakan-rakannya yang lain.

"WHAT? Wei, story la." Jerit Adam apabila Syazlin mula meninggalkannya.

"Petang nantila kita story. Aku nak pergi training. Bye babe!" balas Syazlin sambil melambaikan tangan ke arah Adam sebelum tersengih kecil.

"Masalah la perempuan ni. Kejap sedih kejap happy." Ujar Adam sebelum mengambil bola dan menyertai rakan-rakannya.

Ciao!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience