BAB 7

Young Adult Completed 21813

Aryan menepuk-nepuk wajah kakaknya.

"Akak please jangan tidur.  Buka mata please. Akak bangun lahhh. Benda ni tak lawak la kak. Sekarang bukan masa yang sesuai nak berlawak lah!  Akak! " Aryan bercakap dengan Syazlin namun tiada balasan.

Dia menangis sambil memeluk rapat kakaknya itu.

Antara Amril dan Aryan, Aryan lebih rapat dengan kakaknya berbanding Amril. Disebabkan hal itu, Aryan lebih mudah sedih apabila berkaitan dengan kakaknya itu.

Amril terus menerus memukul Aiman, si jantan dayus! Kurang ajar punya manusia, perempuan pon kau nak puku!

Aryan menjerit meminta tolong abangnya. "Am! Tolong aku Am! Akak pengsan weyh! Tolong aku Am!"

Amril yang menghentam Aiman terus menghentikan perbuatannya itu. Dia terkedu dan terkaku sebelum melangkah mendekati mereka berdua. Aiman yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ditinggalkan.

"Kita kena bawa akak pergi hospital ni Ari. Teruk sangat aku tengok keadaan akak."

"Ya, aku tahu Am. Sebab tu aku panggil kau. Please call Adam. Hanya dia seorang je yang tahu drive, takkan kita nak suruh akak drive sendiri kot?" Aryan masih sempat berlawak dalam kekalutan.

"It's not the right time to joke honey. " Amril membalas lalu terus mendail nombor Adam,  Adam Cassiel.

"Hello, Adam. Please come to our house!  Please!  Something bad happened to Syaz!  We have to bring her to the hospital. Please come as fast as you can! " Amril memberitahu Adam tergesa-gesa.

Salah satu tabiat pelik Shah Amril, dia akan speaking English bila dia cemas. It's sound weird but that's the truth.

"Oh okay. " hanya itu balasan Amril sebelum dia end call.

"Apa Adam cakap? " Tanya Aryan.

"Adam akan datang. " Amril dengan muka seriousnya mendekati Syazlin lalu memerhati wajah kakak kesayangannya. Ya Allah, kenapa sampai jadi macam ni sekali akak. Tangan kakaknya dipegang lembut.

Bibir Syazlin pecah dan darah keluar melalu hidung serta mulutnya.

Kepala atau dahinya mengalami pendarahan akibat hentakan.

Pergelangan lebam membiru.

Ya Allah, sanggupnya si Aiman Aqil melakukan perkara terkutuk ini kepada adik tiri sendiri.

Amril bangun dan berjalan mendekati Aiman. Dah pengsan rupanya mamat ni. Harap mampos. Amril bermonolog dalam hati sambil tersenyum sinis.

Aryan pula hanya mampu meriba kepala kakak kesayangan dunia akhiratnya. Walaupun sering bergaduh, tetapi mereka tetap akrab. Tidak boleh berpisah langsung!

Aryan mengingati kenangan manis bersama Syazlin sebelum dia tersedar kerana terdengar suara perlahan kakaknya.

"Akak, akak! " panggil Aryan perlahan sambil melihat wajah Syazlin yang berdarah.

Aryan menangis kegembiraan.

"Kenapa menangis ni." Syazlin bertanya dengan suara yang perlahan.

"Ari ingat akak dah mati huwaaaaa." Jujurnya Ya Rabbi!

Amril mengetuk kepala adik kembarnya. "Cakap tu boleh berlapik sikit tak?  Akak tu tengah sakit kan? Apalah kau ni." Marah Amril.

"Maaf, tersasul."

Belum sempat Amril membalas percakapan adiknya, kedengaran bunyi loceng di tingkat bawah.

"Eh, mesti Adam dah sampai. " Amril terus meluru ke bawah untuk menjemput Adam masuk.

Syazlin memegang kepalanya yang semakin memberat. Argggghhh.

"Ar..adikkk.. Tolong ambik shawl akak. " arah Syaz sambil memegang kepalanya  yang semakin sakit dan berdenyut-denyut. Kenapa adik? Syazlin sudah tidak dapat mengecam sama ada dia adalah Amril atau Aryan.

"Okey kejap. " Aryan belari menuju ke almari kakaknya dan mengambil sehelai selendang berwarna maroon lalu bergerak ke arah kakaknya.

"Akak? Kak? Kakkk? " Aryan menggoyangkan badan kakaknya but... No respond.

Allah!!

"Am!! ! Ammmmm!  Adammm!  Tolong!! " Aryan memangku kepala Syazlin sambil menjerit memanggil mereka di bawah. Air matanya menitis kembali.

Dia memakaikan selendang itu ke kepala kakaknya lalu mengangkat turun ke bawah. Apa yang dua orang tu buat? Lambat betul!

"Wowowow asal ni." Tegur Amril.

"Kau tak nampak ke akak tengah nazak ni? Kau nak akak mati terus ke apa? Apa yang korang berdua buat sampai lambat gila nih!" Jerkah Aryan.

Adam yang terkejut melihat keadaan Syaz hanya membatu.

"Adam! Please bawa kami ke hospital. Aku dah tak sanggup kehilangan insan bergelar wanita dalam hidup aku. Cukuplah ibu dah pergi. " kata Aryan yang masih mendukung kakaknya itu.

"Aryan! Please behave!" Tegas Amril menegur.

"Dah-dah tak usah bergaduh!  Keadaan Syaz makin teruk.  Jom bawa dia ke hospital." Adam mencelah dan terus masuk ke dalam kereta Honda Citynya.

Dalam perjalanan ke sana, Aryan memeluk badan kakaknya kuat. Dia takut akan kehilangan kakak kesayangannya itu. Tangannya penuh dengan darah Syazlin turut menggigil.

Sumpah dia takut!

"Adam, tolong cepat sikit. Aku takut. " Aryan bersuara.

"Ari kau kena kuat, kau tak boleh begini. Kalau macam tu, how can Syaz survive? Please think about it Ari. I'm her best friend. I know she don't like to see you cry like a baby. You have to be strong Shah Aryan!! " Adam memberi kata-kata semangat kepada Aryan sambil memandu secepat yang mungkin.

Amril hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku akan cuba ." Balas Aryan perlahan sambil menggenggam tangan kakaknya yang semakin sejuk.

Mereka tiba di hospital hampir pukul tiga pagi.

Syazlin telah dimasukkan ke unit kecemasan.

Mereka resah di tempat menunggu. Telah sejam mereka menunggu namun tiada perkhabaran daripada doktor. Jantung berdegup kencang seakan-akan mahu luruh.

Lama. Tersangat lama. Seakan-seakan bumi berputar dengan begitu lambat.

Amril duduk di kerusi yang disediakan di tempat menunggu sambil menyandarkan kepala ke dinding. Adam, duduk sambil menongkat kepala. Aryan pula berdiri dan bersandar di dinding hospital sambil memejamkan mata.

Setelah beberapa ketika, doktor keluar dari wad kecemasan. Aryan yang berdiri itu terus meluru ke arah doktor itu.

"Macam mana keadaan kakak saya doktor? " Tanya Aryan sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya.

"Alhamdulillah, she's okay, but she needs rest. Kepala dia agak teruk but don't worry inshaAllah dia tidak akan mengalami amnesia. " doktor itu tersenyum handsome.

Mereka bertiga menghembus nafas lega sambil mengucapkan Alhamdulillah. Mereka bersyukur kerana kakaknya tidak apa-apa.

"Kami tak boleh melawat kakak kami kan doktor?" Tanya Aryan, lurus.

"Eh kenapa pulak?" Soalan dibalas soalan oleh doktor lelaki itu.

"Ye lah, selalunya dalam drama, doktor tak kasi family diorang masuk dulu? Tak gitu doktor? " Serentak dengan jawapan Aryan, Amril telah mendaratkan tapak tangannya di belakang kepala adiknya.

"Banyak tengok drama lah kau ni!" Marah Amril.

"Ya lah! Aku kan selalu layan k-drama dengan kak Syaz. Kau tu yang kuno sangat." Aryan membalas geram sambil menggosok kepalanya.

Sakitlah bijak!

"Yang boleh melawat ke tidak tu drama melayu, bukan drama korea." Amril memandang muka adiknya,malas mahu layan.

"Eh dah-dah. Korang diam boleh tak? So doc, kami dah boleh melawat Syaz? Maaf ya, adik-adik saya memang macam ni. Terencat akal mungkin?" Adam menyampuk sambil menyengih.

Doktor itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Haih kanak-kanak ribena.

"Ya, kamu boleh melawat Syaz tapi jangan kejutkan dia tidur eh. Like I said, she needs rest.Okay, I have to go. Bye kids! " Doktor itu berjalan dengan gayanya menuju ke lif.

Kids?  Apa ni doktor!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience