Peti sejuk di dapur dibuka sebelum Syazlin memasukkan kepalanya ke dalam tempat sejuk untuk mencari makanan seawal 6.20 pagi. Perutnya yang sudah berkeroncong disentuh. Aishh dah nak kebulur aku kalau macam ni.
Lengan baju kurung sekolah disenteng sehingga ke siku sebelum hujung bibirnya dicarikkan dengan senyuman. Ha, adapun roti gardenia. Sambal yang dia tak tahu berapa kurun berada di dalam peti ais itu dikeluarkan lalu dihangatkan. Masih elok, boleh buat makan dengan roti.
Sambal ikan bilis yang selesai diperhangat terus dikaut masuk ke dalam mangkuk lalu diletakkan di meja dapur. Roti gardenia yang tinggal lagi sehari sebelum tarikh luput dibuka lalu dicicah dengan sambal itu. Umph, sedap!
Tangan kirinya mendail nombor sesorang dengan mulut rancak mengunyah makanan di pagi hari. Telefon diletakkan di telinga kirinya.
"Hello Am, turun makan cepat. Ajak Ari, suruh dia cepat sikit. Jangan bersiap macam perempuan." kata Syazlin sebaik sahaja adik lelakinya menjawab panggilannya tadi. Belum sempat Amril membalas, Syazlin terus mematikan talian. Habislah kredit aku kalau biar.
"Aish akak ni, aku tak sempat nak buka mulut, dia dah letak. Apo lah." kata Amril sebelum dia menyisirkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas. Pipinya ditepuk perlahan di hadapan cermin. Kacak jugak aku ni.
"Ari cepat, akak dah tunggu kat bawah. Kau lambat nanti kena bebel oi, boleh cair tahi telinga." Amril terus mengambil beg sekolahnya dan terus turun ke bawah menuju ke dapur. Kakaknya didekati sebelum kerusi di meja makan itu ditarik. Cawan yang berisi air teh yang dibancuh oleh Syazlin ditarik sebelum disisip sedikit.
Wow panas betul. Kau guna air dari neraka ke apa ni kak?
"Mana Ari?" tanya Syazlin yang tak habis-habis dengan roti dan sambal ikan bilisnya.
"Atas." balas Amril sepatah. Seperti biasa, adiknya yang ini hanya bercakap bila perlu sahaja. Tangan Amril mencapai roti yang dah tinggal separuh sebelum melakukan hal yang sama seperti kakaknya sebelum ini, sambal dicicah dan dimasukkan ke dalam mulut.
Pedas mat! Dah lah tak nak makan, kang sakit perut.
"Alohaaaa dunia tipu-tipu!" jerit Aryan kuat setelah dengan bahagianya dia turun daripada tangga rumah. Roti kosong diambil lalu dicicah dengan air teh kakaknya itu sebelum dikunyah perlahan. Urgh, nikmat!
"Terlebih bahagia nampaknya kau ni, dahla lambat." kata Syazlin sebelum bangun dari duduknya. Beg sekolah disandang dan menuju ke luar rumah. "Cepat, siapa lambat pergi sekolah jalan kaki."
Pantas, dua kembar itu berlari ke arah kereta yang sudah sedia menunggu mereka di garaj. Kakak tak pernah ada sifat simpati langsung! Roti ni pon belum habis kunyah lagi.
Geramnya rasa!
----------------------------------------------------------------------------
"Bye akak!" kata Aryan kuat sebelum melambai Syazlin yang masih berada di belakang dia dan Amril. Syazlin hanya melambai gaya malas nak layan. Haihla Ari, bila nak matang macam Am ni?
Tangannya diseluk ke dalam poket baju kurung sekolah untuk mencapai telefon pintar. Jauh lagi nak sampai kelasnya, jadi kacau Adam adalah salah satu cara menghilangkan bosan. Senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.
Nombor Adam didail.
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Masih tidak diangkat.
Syazlin berdecit perlahan.
"Mamat ni belum bangun ke? Dah 6.45 pagi ni. Last call, kalau dia tak response memang lantak kau lah datang sekolah lambat." Nombor yang sama ditekan buat kali terakhir.
"Helloooo." mendayu suara itu kedengaran di telinga Syazlin.
"Woi, kau tak bangun lagi ke? Dah 6.45 am ni? Kau nak lambat datang sekolah ke gila?" sembur Syazlin untuk menyedarkan sahabatnya yang masih mamai itu.
"Sabarlah, lagi 5 minit aku bangun." balas Adam perlahan, gaya orang malas mahu bercakap.
"Bangunlah Adam, subuh dah nak habis kau sedar ke tak ni?"
"Aku periodlah, nak solat subuh macam mana? Lagipon sejuk mat nak mandi."
"WHAT? Period apa benda! Kau bangun sekarang!" jerit Syazlin kuat sementelah mendengar ayat yang keluar dari bibir Adam itu. Merapu gila mamat ni.
"Yalah, yalah. Bisinglah kau ni, kambing. Dahla aku nak mandi, solat. Bye kambing!"
Dengan cepat Adam mematikan talian telefon sebelum telinganya berdarah akibat dibebel. Telinga aku ni nak guna lama tau.
"Kurang asam punya member!" kata Syazlin perlahan sebelum membelok ke koridor blok tingkatan lima kerana jalan itu lebih singkat berbanding jalan biasa. Tali beg ditarik untuk mengurangkan berat di belakang badannya. Matanya melilau melihat kelas-kelas tingkatan lima itu.
Tahun depan, aku pulak stay sini.
Bunyi erangan kesakitan daripada kelas 5 Orkid itu menghentikan kaki Syazlin. Dia cuba fokus kepada bunyi tersebut, sama ada dia berangan ataupun makhluk lain yang mahu mengusiknya di pagi hari.
"Erghhh!"
Kakinya melangkah setapak mendekat. Leher dipanjangkan untuk melihat ke dalam kelas itu. Lampu dah dibuka, pasti manusia bukan jin ni.
Satu tapak lagi dia mendekati kelas itu sebelum berhenti betul-betul berhadapan pintu bahagian belakang kelas itu. Badannya terkaku, matanya terpaku pada satu tubuh yang terduduk sambil memegang kaki kerusi. Rambutnya menutupi dahi yang penuh dengan renik peluh.
"To--tolong." sebutnya perlahan.
"Kau manusia ataupun jin?" tanya Syazlin berani. Tali beg galasnya digenggam kuat.
"Manusialah. Tolonglah saya." sebut suara itu lagi.
Syazlin mendekat sebelum menepuk bahu lelaki yang berpakaian seragam sekolah. Wajah itu terus terangkat memandangnya. Syazlin terkedu.
"Tolong kaki cramp." katanya sambil mengerutkan dahi.
Syazlin terus meluruskan kaki lelaki itu lalu bahagian tapak kaki yang berlapikkan stoking ditekan kuat. Ketegangan kaki lelaki itu cuma dikurangkan dengan teknik-teknik dia belajar dahulu. Proses itu dilakukan berkali-kali sehingga kaki itu tidak terasa kejang lagi.
Zip beg dibuka sebelum minyak cap kapak diberikan kepada lelaki itu. Lelaki itu terkedu lalu memandangnya pelik.
"Muka awak pucat sangat, hidu minyak tu. Sapu di dahi kalau rasa pening." kata Syazlin seakan menjawab persoalan yang tidak terluah daripada bibir lelaki itu. Zip beg ditutup dan dia kembali berdiri. Dah pukul 7 pagi, dia perlu ke kelas sekarang.
Kakinya melangkah keluar daripada kelas 5 Orkid itu.
"Err terima kasih!" kata-kata itu menghentikan langkahnya. Kepalanya dipaling ke belakang, senyuman diberikan sebelum dia membalas perkataan itu.
"No biggie!"
"Nama saya Ezmeer Adly. Selamat berkenalan."
I know, kau crush aku lah bro.
"Saya Syazlin Ameera, nice to meet you."
"Thank you tolong saya, I will repay you one day."
"No need to worry about that. Saya nak pergi kelas." balas Syazlin sebelum terus keluar daripada kelas itu dengan hati yang berbunga-bunga. What a good morning to start with!
Ezmeer mengambil minyak cap kapak yang diletakkan di atas meja tadi sebelum dibuka dan dihidu perlahan.
"Hah, sedap. Makin menjadi-jadi anemia aku sekarang." jarinya dicalitkan sedikit dengan minyak itu lalu disapu ke dahinya yang terasa mencucuk.
Terima kasih Syazlin.
Aku akan balas jasa kau.
Share this novel