BAB 1

Young Adult Completed 21813

Tingggg!

Bunyi notifikasi telefon pintar itu menjadi pemecah kesunyian antara mereka semua.

Tinggg!

Sekali lagi notifikasi itu berbunyi membuatkan semua kepala di dalam kelas 4 Dahlia itu cuba mencari dari mana sumber datangnya bunyi tersebut.

Syazlin Ameera yang berada di barisan tepi kelas hanya buat tak tahu. Ya lah, handphone dia yang berbunyi tadi. Kalau dia gelabah, auto kantoi dengan semua orang di situ. Jadi berdiam diri lebih baik.

Tinggg!

'Ya Allah, kenapa bunyi lagi ni! Matilah aku, dahla sekarang waktu Cikgu Ju Jambul.' Syazlin hanya menyumpah dalam hati sambil mengawal riak wajahnya agar tak terlalu ketara.

Kenapa nama panggilannya Ju Jambul? Rambut cikgu sejarah itu sangat maintain, kedudukannya, keras dan juga berkilat setiap masa. Kalau nak potong rambut dia guna gunting pokok yang besar tu pon tak boleh tau.

Cikgu Ju Jambul yang menulis di whiteboard menoleh ke arah pelajarnya.

"Phone siapa yang bunyi tu!" Tanya Cikgu Ju Jambul sambil menolak cermin matanya ke atas.

Semua pelajar kelas 4 Dahlia menumpukan perhatian mereka ke arah Syazlin, ada yang memuncungkan mulut sebagai cara untuk mendedahkan kesalahan si minah tu. Syazlin hanya membuat muka selamba cekadaknya tanpa berpaling sedikit pon perhatiannya dari papan putih di hadapan.

Tinggg!

'Kejadahnya! Siapa yang hantar mesej banyak-banyak masa aku tengah kelas ni? Nak mampos ke?' Syazlin menahan geram sebelum handphone di dalam laci meja dipegang lalu dimatikan. Hidup kau ni menyusahkan aku ja!

Dia tersengih dan pasrah apabila Cikgu Ju Jambul memandang tajam ke arahnya. Hadaplah bebelan berapi daripada cikgu, wahai Syazlin Ameera. Ambik kau, siapa suruh cari nahas.

"Syazlin! Phone awak kan yang bising tadi?" Cikgu Ju Jambul mendekati meja Syazlin sambil bercekak pinggang. Matanya membulat melihat anak muridnya yang sorang itu. Ada saja masalah yang dia nak buat setiap hari.

"Er hehehehe ya cikgu. Saya lupa silent tadi." Syazlin menggaru kepalanya yang dilapiki tudung sekolah. Terasa gatal pulak tiba-tiba. Kutu daripada rambut Cikgu Ju ni terbang ke kepala aku pulak ke?

Syazlin menjeling tajam Adam Cassiel yang berada dihadapan mejanya. Badan lelaki itu kelihatan bergegar akibat menahan tawa. Tak guna punya member.

"Lupa lupa lupa! Apa ja yang kamu ingat ni Syazlin! Kamu tahu kan tak boleh bawa phone ke sekolah? Tahu ke tak tahu?" kuat Cikgu Ju Jambul menyerang sambil mengetukkan marker pennya pada permukaan meja Syazlin.

Syazlin hanya mengangguk tanda menjawab persoalan gurunya tadi.

"Tapi kan ada pekeliling yang baru dikeluarkan oleh pengetua sekolah beberapa hari lepas. Pelajar dah boleh bawa handphone ke sekolah. Jadi, dah tak menjadi satu kesalahan bagi saya kalau saya bawa phone sekali pon. Sekarang dah abad ke-21 lah cikgu, janganlah kolot sangat pemikiran tu. Be rational okay? " Kata Syazlin sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Wah, ini namanya pelajar berani mati. Nyawa kau ada 9 ke Syazlin?

"Betul tu! " Adam menyokong tapi hanya mendapat jelingan daripada Cikgu Ju Jambul. Adam tersengih sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan semula. Jangan cari pasal!

"Ya betul apa yang kamu cakapkan tu, pekeliling baru dan so on. Tapi dalam masa yang sama kamu dah mengganggu kelas saya bila noti handphone kamu berbunyi. Jadi, tolong ada sedikit rasa bertanggungjawab dalam diri tu. Faham ke tak ni, Syazlin Ameera?" suara Cikgu Ju Jambul naik seoktaf menahan amarah dengan perangai anak muridnya itu.

Syazlin mengangguk dengan muka seposennya mengangkat tabik kepada gurunya. "Aiy, aiy captain!"

"Arahan ni bukan hanya valid untuk Syazlin sorang, tapi saya nak semua pelajar ada rasa hormat dalam kelas ketika saya mengajar. Tak kisahlah awak anak petani ke anak menteri ke anak tan sri sekali pon. Adab tetap nombor satu. Boleh faham kelas? "

Semua pelajar di kelas itu mengangguk tanda faham kecuali Syazlin yang kelihatan agak bosan. Berapa kali nak ulang benda yang sama? So boring.

"Kelas kita takat ni je untuk harini, saya dah tak ada mood nak mengajar. Ketua kelas,nanti hantar barang saya ke bilik guru ya." Ketua kelas 4 Dahlia hanya mengangguk laju.

"Terima kasih kelas."

"Terima kasih cikgu." balas semua pelajar sebagai tanda penghargaan kepada guru mereka.

"Sama-sama." kecuali makhluk Tuhan bernama Syazlin Ameera

"Apa pandang-pandang! " jerit Syazlin kepada classmatesnya yang sedang memandang tajam. Syazlin hanya mengulingkan biji matanya sebelum kembali melabuhkan punggung pada kerusinya.

"Syaz, plan kita menjadi! Yeah, terbaiklah kau! " jerit Adam sambil mengangkat kedua ibu jarinya betul-betul di hadapan batang hidung sahabat baiknya itu. Sengihan yang mekar di bibir lelaki itu menunjukkan dia betul-betul gembira.

"Bising ah kau. Dahla jadi biawak hidup je tadi pastu sekarang paling kabut. Kecoh ah." kata Syazlin selepas menolak kuat jari Adam di hadapan hidungnya tadi. Wajah putih itu dijeling tanda menyampah.

"Alaaaa, sorry la babe. Janji plan kita dah berjaya. Kan kan kan?" pujuk Adam sekali lagi walaupun tidak dilayan.

"Senyum la sikit woi!" Adam terus menghempuk awning tudung Syazlin menggunakan buku teks Sejarah tadi.

"Woi tudung aku jangan kacau lah! Pantang betul lah mangkuk ayun macam kau ni aish!" marah Syazlin sambil membetulkan kembali tudungnya yang sudah hancur kejadiannya. Lelaki mana tahu perasaan awning tudung tak jadi, yang tahu merosakkan je. Geram betul.

"Kenapa korang buat Cikgu Ju macam tu tadi? Tak baiklah." Tegur Laura Hanna, seorang PRS berbaju ungu di kelas 4 Dahlia. Bertudung labuh, pakai handsock dan lapik dagu. Boleh dikatakan beragama dan sangat menjaga aurat.

"Eh yang minah ni pon apahal nak bising pulak? Aku ada kacau hidup kau ke? Tak kan? So, just shut your freaking mouth up!" Balas Syazlin dengan amarah yang ditahan. Sudahlah geramnya dengan Adam belum surut, ditambah pulak dengan bala lagi sorang.

"Memanglah tak kacau hidup saya Syaz. Tapi tak baik korang buat macam tu kat Cikgu Ju. Dia tu cikgu kita, nanti ilmu yang kita dapat tak berkat pastu nanti kita --"

"Ahhhh dah dah! Semaklah kau ni! Jaga kain kau sendirilah. Tak payah nak menyibuk jaga tepi kain orang! Aku lempang muka kau baru tahu langit tinggi ke rendah." Potong Syazlin lalu keluar dari kelas 4 Dahlia. Badannya terasa panas membara.

Tak guna betul!

Adam bangun dan "Woiiiii Syaz! Kau nak pergi mana tu?"

Dia lalu di depan Laura Hanna lalu berhenti.

"Errr awak, saya nak mintak maaf pasal Syaz. Dia memang macam tu dan awak pon baru pindah sini kan? Mesti tak jangka perangai dia macam tu. " ujar Adam sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak pe. Saya faham, awak pergi la cari Syaz. Entah ke mana pulak dia pergi nanti." balas Laura lembut.

"Okay,sorry again, Hanna. Saya pergi dulu."

Berdesup Adam berlari anak untuk mencari jejak seorang Syazlin yang selalu sangat menyerabutkan kepala otaknya.

Laura memegang dadanya yang sedikit berdetak apabila dipanggil Hanna. Belum pernah lagi orang lain memanggilnya dengan panggilan itu. Hujung bibir tersungging senyuman kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience