Notifikasi yang menderu masuk ke dalam telefon pintar menganggu fokus Syazlin untuk terus mengimbangkan akaunnya.
Telefon yang berada di atas tilamnya dicapai sebelum notifikasi yang banyak itu dilihat satu persatu. Ada satu nombor yang tidak dikenalinya menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp. 9 mesej yang dihantar oleh anonymous itu dilihatnya.
Syazlin mengerutkan dahi sebelum mengeluh perlahan. Apa lagi yang dia nak ni?
Dia keluar daripada aplikasi WhatsApp itu.
Wifi ditutup. Telefon disenyapkan.
Syazlin kembali ke mejanya. Kertas kerja kursus Prinsip Perakaunan yang baru sahaja dia terima pada Khamis lalu dibelek. Tajuk tahun ni Perkongsian. Tajuk kedua tersusah bagi Syazlin.
Bukan mudah untuk menjadi pelajar sains tulen dan akaun. Kerja sekolah yang diberi berlonggok pada tahap yang menggilakan. Menyesal? Tak, aku tak menyesal.
Syazlin suka menuntut ilmu yang menyebabkannya berasa lebih cerdik dan sedar diri daripada biasa.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga."
(Hadith Riwayat Muslim).
Buku teks Prinsip Perakaunan tingkatan 5 diambil lalu bab 10 iaitu bab perkongsian dibukanya. Satu persatu ayat di dalam buku teks itu dibacanya. Perbandingan antara perniagaan perkongsian dan milikan tunggal, undang-undang, ikatan perjanjian dan banyak lagi. Segala jenis format akaun dilihatnya dengan teliti dan dihadamnya.
Laptop dibuka, ikon Google ditekan. Maklumat tentang perniagaan dicarinya. Rumah-rumah kedai yang berdekatan juga diambil alamatnya untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus yang mewakili 20% markah dalam SPM.
Apa eh nama perniagaan yang gempak untuk kedai dobi?
Syazlin menyandarkan badannya ke kerusi setelah lama duduk menghadap buku dan komputer ribanya. Badan direnggangkan sebelum laptop ditutup. Jadual untuk hari Isnin diikut dan buku-buku yang berkenaan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Barangan yang bersepah di atas meja dikemaskan sebelum dia melompat ke atas katil yang gebu.
Telefonnya diambil dan wifi rumahnya disambungkan. Berderu-deru notifikasi masuk. Haihlah manusia, bergosip apa tak habis-habis ni? Dalam group kelas pulak tu.
Chat yang lebih kurang 200 itu hanya dibaca tanpa ada perasaan untuk membalasnya. Hanya soalan tentang kerja kursus dan kerja sekolah. Itu pon sekejap je sebelum semua orang melalut dengan perkara yang merapu. Maleh aku.
Satu sembang masuk ke dalam notifikasinya lagi. Mamat ini memang tak tahu nak putus asa eh?
Muhsin masih mengacaunya walaupun dia tidak membalas mesej tadi. Walaupun satu kelas, Syazlin hanya menyimpan nombor telefon beberapa orang sahaja rakannya. Muhsin dikecualikan dan dia tak pernah pon berasa nak menegur mamat itu setelah hampir 2 tahun berada dalam kelas yang sama.
Nombor Adam dicari sebelum ikon telefon ditekan.
"Aku benci mamat tu weh. Sumpah aku benci." Tanpa salam, tanpa sapaan, Syazlin terus menghamburkan perasaan geramnya kepada Adam.
Adam yang terjaga dek panggilan telefon itu terpisat-pisat membuka matanya sebelum bangun untuk duduk.
"Apa kau ni?" suara yang serak membuktikan Adam benar-benar baru sedar daripada tidur. Rambut yang serabut dikusutkan kasar.
"Si Muhsin tu lah. Dia kacau aku weyh. Aku tak sukalah." Kepala Syazlin dilabuhkan ke atas bantal sebelum tangan kirinya diletakkan ke atas dahi. Matanya tegak memandang syiling biliknya.
"Kau layan jelah dia." Mulut yang menguap besar ditutup dengan belakang tapak tangan. Ha, kan syaitan tak dapat masuk.
"Kau merapu apa ni? Kau tahukan aku ni bukan senang nak berkenalan dengan orang baru. Dia tu lelakilah, kalau perempuan aku okay je." Syazlin mendengus kuat mendengar ayat Adam yang dianggap sangat tidak logik untuk dirinya yang pelik itu.
"Kau lesbian ke sia?"
"Kau cakap baik-baik sikit. Aku cili mulut kau kang!" naik seoktaf suara Syazlin setelah mendengar ayat luar kotak Adam itu. Suka betul tuduh aku macam-macam.
"Janganlah jerit, bingitlah!" Adam menggosokkan telinganya yang terasa seperti pekak seketika. Suara Syazlin ni memang boleh pecahkan gegendang telinga orang. Telan speaker ke apa?
"Lain kali jangan fitnah aku lah gila!" kali ini, Syazlin menjerit dengan sengaja. Padan muka kau, Adam.
"Ish yalah, aku nak usik pon tak boleh. Dah kau tak nak kawan dengan lelaki tapi dengan aku boleh pulak kawan?" terasa segar-bugar matanya mendengar suara getir Syazlin yang lagi dilarang lagi dibuat.
"Kau lain, Muhsin tu lain. Dia tu macam psiko kau tahu tak? Takut aku." Syazlin mula menyuarakan rasa hatinya yang rasa lain macam semenjak dia dikacau oleh Muhsin demikian hari.
"Dia buat apa dekat kau? Dia raba kau ke?!" kini, suara Adam pula mula meninggi. Kalau betul apa yang difikirnya, sumpah bersepai gigi Muhsin tu esok.
"Tak adalah sampai macam tu tapi aku dapat lihat dia psiko. From his sight, dia tengok aku lain macam. Aku memang betul-betul nak lari daripada dia. Kalau boleh aku nak dia pindah kelas atau kalau boleh pindah sekolah terus." Syazlin menghela nafas berat. Hatinya berasa tak sedap.
"Kau ni janganlah sampai macam tu sekali. Perasaan kau je tu. Tak ada apalah.Jangan risau. Sudahlah, jom tidur. Esok sekolah la." Adam cuba untuk meredakan perasaan tidak selesa sahabatnya itu. Tapi, rasa kantuknya menguasai diri.
"Okaylah kalau macam tu. Aku tidur dulu. Assalamualaikum." Dengan pantas Syazlin mematikan panggilan tanpa sempat mendengar balasan daripada Adam.
Lampu ditutup, selimut ditarik sebelum dia memejamkan mata.
Doa tidur dan ayat kursi dibaca dengan harapan esok dia masih bernyawa.
Share this novel