BAB 13

Young Adult Completed 21813

Adam melangkah masuk ke dalam wad Syazlin bersama sebuah beg kertas di tangannya.

Apa itu?

Sudah semestinya makanan puteri intan payung, Syazlin Ameera.

Adam memerhati Syazlin yang tersengih-sengih memandang phonennya. Dah kenapa perempuan ni? Apa yang bahagia sangat?

"Woi dah-dah la tu main handphone. " Adam merampas telefon bimbit yang berada dalam genggaman Syazlin. Dia hanyamenjeling Adam tajam. Mamat ni kenapa?

"Ishhh kau ni kenapa Adam? Suka hati aku lah nak buat apa pon. Yang kau sibuk sangat ni apahal." Marah Syaz sambil menjeling sahabatnya yang selamba badak duduk di kerusi yang disediakan.

"Lah kau ni, tak yah lah nak marah-marah aku. Macam tak biasa pulak. " balas Adam sambil memandang wajah Syazlin sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Aku benci la kau main rampas phone aku macam tu je tadi. Kau memang tak ada adab ke apa bro? Erghh" Syazlin memalingkan wajahnya daripada memandang wajah kuning langsat si Adam Cassiel.

"Yang kau bad mood sangat ni kenapa? Asal kau dengan aku je mesti kita gaduh punya. Kenapa ni? Setan apa yang dah rasuk kau? Dulu tak macam ni pon kan!" Jerit Adam sambil duduk dengan tegak. Mencerlung matanya memandang Syazlin. Geramnya! Cuba hargai sikit tenaga aku datang sini.

Syazlin menghembus nafas panjang. Sabar. Aku tak nak bergaduh.

"Sorry, aku tak sengaja marah kau. Mood tak stabil. Sorry Adam. " Syazlin mengelip-ngelipkan matanya kepada Adam. Adam memalingkan wajahnya. Tengah marah ni!

"Aku mintak maaf Adam. Janganlah marah aku lagi." Masih tiada balasan.

"Yalah, siapa suruh kacau aku. Aku tengah chat dengan Ezmeer weyh time tu. Sorry lah Adam baby boy ku bucuk-bucuk. Hmm? " Tanpa putus asa Syaz memujuk Adam. Kuat merajuk mamat ni.

"Kepala hotak kau baby boy bucuk-bucuk! Kau ingat aku ni anak patung kau ke apa hah?" Tersenyum kecil Adam mendengar ayat Syazlin. Syazlin hanya sengih menunjukkan barisan giginya yang putih.

"Kau chat apa dengan Ezmeer sampai nak berperang dengan aku? Sebab dia je kau marah aku? Tak lawak lah samdol." Adam membuat muka kepada Syaz.

"Ishhhh sorrylah pakwe. Aku chat biasa-biasa je. Dia tanya aku bila nak keluar and banyak lagilah. " Syazlin membetulkan selimutnya. Sejuk.

Adam yang melihat Syaz menarik selimutnya terus menaikkan suhu pendingin hawa.

"Suka hati je berpakwe-pakwe. Dekat insta pon, kenapa balas komen aku macam tu. Boyfie-boyfie bagai." Tanya Adam tak puas hati.

"Saja. Biarlah orang nak kata apa pasal aku or 'kita'. Asal aku bahagia, ye dak? "

"Ye la tu tak kisah. Nanti kau dulu yang mengamuk berubah jadi Hulk. Ingat aku tak tahu perangai kau? Aku kenal kau dah lama sis." Sindir Adam sambil senyum sinis.

Syazlin hanya mampu ketawa. Perutnya berbunyi kuat dan menyebabkan suasana dalam wad itu menjadi sunyi. Dia tersenyum kekok.

Adam yang mendengar terus ketawa terbahak-bahak. Lawak sia!

Terus Adam mencapai beg kertas yang berada di atas meja ditepinya lalu dihulurkan kepada Syazlin.

"Nah, mama aku masak nasi goreng kobis. Kobis lebih. Kau kan hantu kobis." Perli Adam dan Syazlin hanya menyengih.

"Kau bagitahu mama yang aku cakap terima kasih banyak-banyak dan aku sayang dia sangat!" Teruja Syazlim bercakap sambil membuka bekas makanannya. Dia menggosokkan kedua-dua belah tangannya sambil membaca doa lalu mengambil sudu. Dia memakan dengan tenang sekali.

Adam hanya menggeleng. "Okaylah, esok aku bagitahu mama pesanan kau. "

Syazlin hanya membuat tanda okay dengan jarinya. "Kau nak Adam?" Tanya Syazlin sambil menunjukkan ke arah nasi gorengnya yang masih berbaki separuh.

"Of course  lah aku nak. Aku tunggu je kau pelawa aku tapi kau sedap je melantak. " perli Adam sambil mula menyuap nasi goreng buatan mamanya ke dalam mulut. Sayur kobis ditinggalkan untuk Syazlin walaupun itu juga sayur kegemaran Adam.

Mereka berdua makan tanpa banyak bunyi. Selepas makan, Adam memasukkan bekas tadi ke dalam beg kertas.

Alhamdulillah, kenyang.

"Aku tidur sini Syaz. Aku mengantuk sangat dah ni nak drive balik rumah. " Adam memberitahu Syazlin yang tengah sedap berbaring atas tilam empuknya.

Hanya 'hmmm' yang dia terima daripada Syazlin. Sah dah tidur.

Adam hanya tidur di kerusi sambil melentokkan kepalanya di tilam Syazlin. Dia juga telah set alarm pukul 4 pagi. Sempatlah dia sampai rumah sebelum pergi sekolah.

-----

Datuk Mansor masih belum dapat tidur walaupun jam telah menginjak ke angka 2 pagi. Dia risaukan anak-anaknya yang belum pulang. Kata Aiman sudah 2 hari mereka bertiga tidak balik ke rumah.

Dia melurutkan cermin matanya. Dia duduk bersandar di kerusi empuk di bilik kerjanya. Dia memejamkam mata sambil mengeluh perlahan.

Apa dah jadi kepada anak perempuannya?  Tak cukupkah didikan agama yang dia beri selama ini? Atau Aiman sahaja memburukkan Syazlin?

Datuk Mansor runsing. Dia penat memikirkannya. Otak tua dia perlukan rehat!  Ya, rehat!

Perlahan-lahan Datuk Mansor bangun dari kerusi kerjanya dan berlalu ke bilik tidurnya. Dia perlu tidur! Esok baru cari anak-anaknya.

Dia meletakkan kepalanya ke bantalnya. Dia memandang wajah isterinya yang sedang enak diulit mimpi. Dia mengeluh lagi. Hari ini saja dah beberapa kali dia mengeluh. Apa nak jadi dengan kau ni Mansor?

-----

Ezmeer menantikan balasan Syazlin di direct messagenya. Tapi harapan tinggal harapan, dia tak mendapat apa-apa balasan daripada gadis itu. Mungkin dah tidur?  Sekarang pon dah pukul 2 pagi.

Ezmeer berbaring di atas katil sambil scroll instagramnya. Dia hanya melihat post-post followingnya tanpa menekan butang like.

Tiba-tiba dia terlihat satu post yang ada gambar crushnya itu. Mungkin gambar kelas sebab ada Adam dan Syazlin. Dan Ezmeer sangat beruntung sebab that guy yang post gambar crushnya itu ada tag gadis ayu itu.

Laura Hanna rupanya nama dia. Lawa macam tuannya. Ezmeer tersenyum senget. Instagram gadis itu dilihat sehingga tertidur dia ke alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience