"Awak, jom keluar?" ajak Ezmeer secara tiba-tiba setelah beberapa minit dia berbual melalui telefon.
"Awak ni biar betul? Macam mana saya nak bagitahu walid nanti?" tanya Laura sambil memicitkan dahinya. Ah, sudah!
"Awak bagitahu je lah walid awak yang kita bercinta. Senang sikit kerja saya nanti. Nantikan saya nak masuk meminang awak." Ezmeer tersengih-sengih sambil berkata. Saja nak usik Laura.
"Awak ni gila ke Ya Allah. Main-main betul lah." Marah Laura tapi masih dalam ton yang lemah lembut.
"Saya saja bergurau dengan awak. Awak dah 2 minggu kan cuti sekolah? Saya ni baru seminggu habis SPM. Saya rindu awaklah, sayang. Nak jumpa, dah beberapa bulan dah kita tak pergi dating." Ujar Ezmeer dalam nada memujuk. Mari kita pancing Laura Hanna.
"Jangan bersayang-sayang sangatlah eiiiiii. Geram betul dengan awak ni!" kata Laura sambil menahan senyum.
"Kalau nak senyum tu, senyum jelah. Tak perlu nak tahan." Ezmeer mengusik Laura sekali lagi. Sukanya dia!
"AWAK!" terjerit kuat Laura sebelum tergelak kecil. Eiiii mencik la macam ni!
Ibunya yang terdengar suara jeritan terus meluru ke biliknya. Pintu bilik Laura pantas dibuka. Wajahnya kelihatan cemas.
Laura yang terkejut dengan tindakan itu terus mematikan panggilan telefonnya.
"Kenapa Hanna jerit? Ada sesuatu terjadi ke?" tanya ibu Laura dengan keadaan termengah-mengah. Mungkin penat berlari.
Laura menarik tangan ibunya untuk duduk di katilnya. Dia membiarkan ibunya mengambil nafas sebelum mula berkata-kata.
"Hanna tak apa-apalah, umi. Tadi terjerit sebab tengah bersembang dengan kawan Hanna. Dia buat lawak, Hanna tak boleh tahan diri daripada tergelak." Ujar Laura sebelum tersengih memandang ibunya. Dia memegang dan mengusap perlahan tangan syurganya itu.
"Hanna buat terkejut umi je. Ingatkan Hanna sakit ke apa." ibunya melurut rambutnya yang panjang sehingga ke paras pinggang sambil tersenyum. Anak-anaknya memang selalu buat orang kus semangat betul.
"Umi, esok Hanna nak keluar dengan kawan?" tanya Laura setelah lama dia berfikir. Dia mahu berjumpa Ezmeer Adly, kekasih hatinya itu.
"Nak keluar dengan siapa? Yang tu Hanna kena tanya walid. Umi taknak ambil risiko tau." Dengan lembut ibu Laura menjawab pertanyaan Laura sebelum bangun dan keluar daripada bilik anak perempuan.
"Alaaaa umi." Laura terkejar-kejar mengikut langkah ibunya itu.
"Umi taknak masuk campur." Ujar ibu Laura sebelum bergerak meninggalkan anak perempuannya itu.
Nak kena tanya walid pulak. Nak goreng apa pulak ni?
Laura mengusutkan rambut sebelum berbaring di katilnya memikirkan idea untuk memujuk walidnya itu.
Serabutlah!
-----
Setelah dipujuk dan digoreng walidnya, akhirnya Laura Hanna dapat keluar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya. Dia memberitahu walidnya bahawa dia keluar berdua dengan Syazlin. Tak pasal-pasal nama perempuan tu kena petik.
Dia berjalan pantas menuju ke kereta Ezmeer yang diparkirkan di perhentian bas yang berdekatan kawasan perumahannya. dia berlari-lari anak untuk cepat-cepat berjumpa dengan Ezmeer.
"Assalamualaikum awak. Maaf lambat." Ujar Laura sambil tersenyum memandang Ezmeer.
"Tak apa. Jom kita dating!" jawab Ezmeer sebelum memasukkan gear untuk memulakan perjalanan mereka.
Mereka memang have fun habis-habisan. Tapi, batas pergaulan tetap dititip beratkan. Tiada pegang-pegang tangan. Haram!
Entah kenapa dengan kepala otak Laura sekarang. Dia tak sedar ke apa yang dia buat ni berdosa?
Zina hati kerana dia menyimpan perasaan terhadap lelaki ajnabi.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Israa' 17:32)
Laura Hanna sudah banyak terpesong daripada landasan yang telah sehabis baik diterapkan oleh walidnya.
Dia tak sedar.
Dia berasa apa yang dilakukannya sangat betul.
Bergelak ketawa bersama Ezmeer menyebabkan hidupnya terasa sempurna. Dia gembira. Gembira yang dia tidak pernah rasa selama hidup bersama keluarganya.
Maafkan Hanna walid, umi. Hanna dah pilih jalan ini dan tak akan berpatah balik.
Share this novel