BAB 39

Young Adult Completed 21813

Syazlin mula mengikat rambutnya menjadi ekor kuda dengan kemas sebelum menyarungkan tudung sarung berwarna pink belacan ke kepalanya.

Kenapa pakai tudung dalam rumah?

Kan Aiman Aqil ada dalam rumah ni. Walaupon dia abang tiri tapi mereka berdua tetap bukan mahram tau.

Syazlin dengan wajah yang ceria terus ke dapur untuk memulakan prosesnya. Lengan baju yang panjang disenteng sehingga ke siku. Segala bahan dan bekas dikeluarkan lalu diletakkan di meja dapur.

"Syaz nak buat kek apa ni?" Ibu Ida yang sedari tadi hanya mendiamkan diri terus menyoal Syazlin.

"Kek coklat lembap, Mak Ida. Harini Ibu Ida tak perlu masak okay, biar Syaz je yang siapkan semua." Kata Syazlin sebelum mengenyitkan mata kepada Ibu Ida yang melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengannya.

"Wahh, untunglah Ibu Ida hari ni ye. Nak Ibu Ida tolong apa-apa ke?"

"Ibu Ida boleh tolong tengok je, okay?" Syazlin tersengih sebelum mula menyukat bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam bekas. Ibu Ida hanya mampu tersenyum sambil memandang pergerakan Syazlin yang kelihatan tidak kekok ketika berada di dapur.

Syazlin memecahkan 3 biji telur ke dalam bekas lalu kulitnya terus dibuang ke dalam tong sampah. Dia tidak suka keadaan yang semak.

¾ cawan gula dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai telur. Bahan itu dipukul menggunakan mixer sehingga kembang. ½ sudu kecil garam, 1 sudu kecil esen vanilla, 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 cawan minyak masak dimasukkan ke dalam adunan tadi. Mixer di-on-kan lalu bahan-bahan tadi diadun rata. ½ cawan susu pekat dimasukkan lalu dipukul sehingga sebati.

Syazlin menyanyi kecil sambil mengacau adunan itu. Orang-orang tua dulu cakap, nak masak hati kena ikhlas dan gembira. Barulah masakan kita menjadi sedap.

1 ¼ cawan tepung gandum diayak sebelum dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan dipukul berselang-seli. Setelah itu, 1 cawan serbuk koko ditambah ke dalam bekas yang berisi adunan dan digaul sehingga sebati sekali lagi. Air panas dicampurkan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan adunan menjadi terlalu pekat.

Syazlin tertunduk-tunduk di cabinet bawah seperti mencari sesuatu. Mak Ida yang dari tadi memerhati terus menepuk bahu Syazlin perlahan. Mak Ida terus mengangkat-angkat keningnya sambil memandang Syazlin yang menggaru-garu kepalanya.

"Syaz cari apa ni?" tanya Ibu Ida setelah mendapat sengihan daripada Syazlin. Adalah apa yang budak itu fikirkan.

"Syaz cari tu, apa tu. Bekas yang orang selalu buat kek tu, Ibu Ida. Ala, Syaz tak ingat la nama benda tu." Tangan Syazlin menerawang membuat bentuk bulatan. Dia memang betul-betul taktahu nama benda alah itu sekarang ni.

"Benda ni?" Mak Ida terus menunjukkan bekas itu kepadanya. Syazlin melihat dengan mata bersinar sebelum mengangguk laju kepalanya. Cepatnya Ibu Ida jumpa benda ni. Pakai ilmu apa ni?

"Ini namanya bekas loyang. Benda senang pon tak boleh ingat ke? Apalah kamu ni, formula matematik boleh pulak ingat." Kata Ibu Ida setelah selesai mencuci dan mengelap bekas loyang yang dicari-cari oleh Syazlin sedari tadi.

"Itu lain Ibu Ida." Jawab Syazlin sebelum tangannya laju menyapu mentega ke dalam loyang yang berukuran 8 inci itu dengan menggunakan berus.

Dia menuangkan adunan tadi ke dalam bekas tersebut sebelum dikukus selama 40 minit dengan api yang perlahan. Tudung periuk kukus itu digalakkan ditutup dengan plastik untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas kek. Nanti buruklah kek tu, jadi macam kawah bulan nanti.

Sementara menunggu kek itu masak, Syazlin telah menyediakan toping coklat untuk dituangkan ke atas kek itu nanti. 250 gram coklat masakan, 1 sudu besar mentega dan ¾ krim putar dimasukkan ke dalam mangkuk aluminium yang dipanaskan di atas air yang mendidih. Kaedah ini disebut sebagai double boil. Kacau bahan-bahan tadi sehingga cair dan boleh dituangkan ke atas kek coklat yang sudah masak.

Moist chocolate cake is done!!

-----

"Bibik, bawakan I segelas air! Be fast please,I dahaga!" entah dari mana datangnya Datin Amnah yang terjerit-jerit waktu maghrib macam ni. Syazlin yang sudah menunaikan solat maghrib terus turun menuju ke dapur untuk menghiaskan keknya tadi. Dia menjeling ibu tirinya yang duduk di sofa sambil mengipas wajahnya itu.

Terbakar ke dengar azan tadi?

Syazlin bergerak ke dapur dan berselisih dengan Mak Ida yang kelam-kabut menatang dulang jus oren untuk dihidangkan kepada Datin Amnah. Syazlin hanya menggelengkan kepala perlahan. Datin Amnah layan Mak Ida dan Pak Mat macam hamba. Dia ingat dia siapa?

Kek coklat yang sudah siap lalu toping coklat dituang ke atas. Fuh, cantik berkilat toping ni. Dia menaburkan sedikit chocolate rice ke atasnya. Dia menepuk tangan perlahan melihat hasil kerjanya yang cantik itu.

Eh, aku dah boleh kahwin. Syazlin tergelak kecil. Bengong betul!

Dia bergerak ke meja makan utama sambil menatang kek coklat lembapnya dengan berhati-hati. Makanan akan dihidangkan kerana sebentar sahaja lagi, daddynya akan tiba di rumah.

"Eh ada kek murahlah." Entah dari mana Datin Amnah tiba-tiba datang ke meja makan semata-mata hendak menyakiti hatinya. Hello? Lantak kaulah nak cakap apa pon, yang penting aku tak kacau hidup kau.

Syazlin terus bergerak ke dapur untuk mengambil makanan yang lain. Dia berlalu tanpa menghiraukan ibu tirinya itu.

Sekembalinya dia ke ruang makan itu, darahnya terasa menyirap. Kek yang tadi berada elok di atas meja kini sudah tertiarap ke atas lantai!

"Ops! Macam mana kek murah ni boleh ada atas lantai?" suaranya membelah kesunyian secara tiba-tiba membuatkan Syazlin memandangnya tajam. Kurang ajar punya mak lampir!

"Jangan buat-buat tak tahulah aunty. Apa masalah aunty sebenarnya sampai sanggup buang kek saya? Saya tak kacau hidup aunty pon, yang nak gelabah sangat ni apahal!" Syazlin memandang tepat mata ibu tirinya yang mula tersenyum sinis. Kau ingat cantik ke?

"Kau nak bagi bapak kau makan kek murah masa hari jadi dia? Eh perempuan, agak-agaklah sikit. Laki aku tu Datuk tau, bukan kerja kerani!" suara Datin Amnah turut kuat sambil bercekak pinggang.

"Kau tu yang kena beragak! Sedarlah diri sikit, kau tu menumpang je kat sini. Dasar perempuan pisau cukur!"

Pang!

Terpaling wajah Syazlin mendapat tamparan daripada Datin Amnah. Eh, kau siapa nak tampar aku?

Dengan perasaan geram, dia menampar kuat muka perempuan tua itu. Rasain lo!

"Syazlin Ameera!"

Terpaling wajahnya memandang suara yang datang daripada pintu utama itu. Ha mampos!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience