Pintu bilik yang diketuk berkali-kali mengganggu konsentrasi Adam untuk terus membaca al-Quran.
Selepas isyak, dia akan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.
Quran ditutup dan diletakkan di atas rehal sebelum dia bergerak ke arah pintu dan dibukanya.
Wajah mamanya menjamah pandangan Adam sebaik sahaja dia membuka pintu.
"Ada apa mama? " tanya Adam sebelum membuka pintu seluas-luasnya.
Katil ditujui sebelum dia duduk bersila di atasnya.
Datin Ani yang baru sahaja menjatuhkan duduknya di atas katil terus didekati.
Peha Datin Ani yang duduk disampingnya itu dijadikan bantal untuk Adam berbaring telentang agar wajah ibunya dapat dilihat.
"Manja." senyum segaris ditarik oleh Datin Ani sebelun rambut anak lelakinya itu dimainkan.
"Memanglah Adam manja, Adam kan satu-satunya anak mama dan papa." kata Adam sambil tersengih. Tangan ibunya yang daripada tadi mengusutkan rambutnya dipegang sebelum dicium lama.
Syurganya.
"Adam dah 18 tahun sayang, janganlah manja sangat. " Datin Ani tersenyum seketika sambil tangannya yang tidak henti mengucar-kacirkan rambut Adam.
"Biarlah sampai Adam umur 80 tahun pon, Adam tetap akan jadi anak manja mama. " Adam tersengih lebar.
Bahagianya dia rasa.
"Adam tak nak cerita dengan mama? " Datin Ani cuba cucuk jarum.
"Cerita apa? Adam rasa Adam tak ada apa-apa untuk diceritakan." kepalanya didongakkan untuk memandang wajah ibunya.
Daripada sudut bawah pon, ibunya tetap cantik. Ah, sukanya dia melihat wajah ibunya. Patutlah dia kacak, ibunya sangat cantik!
"Cerita tentang Adam dan Syazlin. Yang tiba-tiba renggang tanpa sebab. Kenapa Adam? " lembut suara Datin Ani sambil memandang tepat mata anaknya yang seperti kehilangan suara.
Liurnya ditelan. Badan ditegakkan. Belakang kepalanya digaru.
"Ada sebab, bukan tak ada sebab. " ayat pertama yang keluar daripada mulut Adam setelah lama Adam berdiam diri.
"Jadi, apa sebabnya? "
"Datuk Mansor. " Wajah Datin Ani dikerling seketika sebelum Adam tunduk memandang kakinya.
"Kenapa sebab daddy Syaz pulak ni? Adam cuba terangkan elok-elok. Mama tak faham." Datin Ani cuba membetulkan duduknya agar selesa. Dia semakin ingin tahu tentang cerita sebelah anaknya. Cerita sebelah Syazlin sudah diketahui.
"Dia larang Adam dekat dengan Syaz. Kembar pon dia larang. Dia cakap kalau Adam dekat dengan Syaz, dia akan tarik balik share dia di syarikat papa. Adam tak nak susahkan hati papa. Sebab itu Adam ikut arah Datuk Mansor. Adam block Syaz di semua media sosial. Termasuklah hidup Adam sendiri. " sukar untuk dia katakan.
Tapi itulah kebenaran. Perit untuk diluahkan. Pahit untuk ditelan.
Kepala Adam semakin menunduk sehingga badannya kelihatan bongkok. Wajahnya diraup seketika.
"Kenapa Adam tak bagitahu mama awal-awal. Adam tahu tak, Datuk Mansor tu bukan pemegang saham terbesar di syarikat kita lagi. Sudah 3 tahun dia jual share dia kepada papa. Apa Adam dah buat ni? " kata Datin Ani sambil memandang tajam wajah anaknya.
Adam memang suka buat keputusan terburu-buru. Penat dinasihatinya tapi dia masih ikut kepala sendiri. Sekarang, hadaplah padahnya.
Mata Adam terus membulat mendengar ayat mamanya tadi. Telinganya digosokkan berkali-kali untuk memastikan apa yang didengarinya itu benar.
"Adam silap dengar ke ni?"
"No, this is real. Adam tak salah dengar. Adam dah buat silap."
Nafas dihela perlahan.
Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?
Aku menyesal sebab tak pernah ambil tahu urusan syarikat papa.
And it's too cliché. I hate myself!
Kedua-dua tangannya digenggam kuat sehingga meninggalkan bekas kuku pada telapak tangannya. Nafas ditarik panjang.
"Maaa, Adam pukul Syaz." wajahnya ditolehkan ke arah Datin Ani. Terus membulat mata ibunya itu.
"Apa? Apa Adam cakap? " terus tinggi suaranya. Matanya memanah tepat ke dalam anak mata Adam.
Syazlin tak ceritakan hal ini kepadanya tadi. Apa ni?
"Adam pukul Syaz. Adam pukul Syaz maaaaa. Adam pukul Syaz! " jatuh setitik air mata jantannya.
"Ya Allah maa, Adam dah pukul Syaz. "
Terus Datin Ani memeluk tubuh tegap anak lelakinya itu. Belakang badan Adam ditepuk perlahan untuk menenangkannya.
"Adam pukul Syaz sebab dia tipu Adam. Adam tak salahkan maa? " mata yang memerah itu terus dialihkan ke arah ibunya.
"Walau apapun yang terjadi, Adam sebagai lelaki tak boleh pukul perempuan. Walau dalam apa situasi pon. Adam mesti minta maaf dengan Syaz. Kesian dia Adam." wajah anaknya disentuh. Air mata yang menghiasi wajah Adam dikesat perlahan. Hidung yang memerah itu dipicitnya perlahan sebelum tersenyum tawar.
Dia sakit, Adam.
Dia perlukan kita untuk berinya semangat.
Bukan menjatuhkannya.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
[Surah An-Nisaa (4:34)]
"Dia tipu Adam, Adam tak boleh nak terima." suara yang serak itu menjamah telinga Datin Ani.
Dia mengeluh perlahan.
Ego melangit.
Salah satu hal yang sukar diubah dalam diri anaknya itu. Kenapa perlu menangkan sangat ego tu? Tak dapat apa-apa pon.
"Adam boleh berfikir dengan waras tak ni? Adam dah besar, takkan hal sekecil tu pon nak makan hati lama-lama macam ni. Dia tipu apa sampai Adam benci dia? "
"Adam tak benci dia cuma Adam kecewa. Kenapa dia tak cerita hal yang sebenar? Apa guna persahabatan kami selama berbelas tahun kalau dia nak menipu?" Adam meraup wajahnya kasar. Dia geram. Sangat-sangat geram.
Hatinya sakit bila ditipu sedemikian.
Sangat sakit apabila kita letakkan sepenuh kepercayaan terhadap seseorang namun dia dengan mudahnya menipu.
Tak ada rasa bersalah ke dalam diri? Walaupun sekelumit?
"Kenapa nak ambil hati sangat ni sayang? I think it's normal for your friendship which stand for years. Mama rasa, dulu Adam dan Syaz ada masalah lagi terok daripada yang ini. Tapi tak adalah sampai masing-masing menjauhkan diri. " Rambut anaknya diusap-usap perlahan.
Api perlu berlawan dengan air.
Kalau dia marahkan anaknya, mungkin tercetus pergaduhan antara mereka malam itu.
"Adam tak tahu maaa. Adam tak tahu kenapa Adam rasa macam ni. Even me didn't understand myself."
Dia benci perasaan seperti ini. Perasaan seakan-akan dia lost.
Badan anaknya itu ditarik untuk menghadapnya. Dagu Adam disentuh sebelum didongakkan sedikit ke atas. Matanya tajam merenung mata Adam.
"I think you're falling in love. "
Mata Adam terus terkerdip laju memandang Datin Ani sebelum menepis lembut tangan wanita itu didagunya.
"Yes, Adam suka Laura Hanna. Sebab dia lah, Adam tak percayakan Syaz. " dada yang berdebar-debar disentuh seketika.
Dah kenapa pulak ni?
Datin Ani tersenyum melihat tingkah laku anaknya. Kenapa nak gelabah ni?
"I think, you fall in love with Syaz not that Laura. "
"Mama merapu apa ni? Tak mungkinlah Adam suka Syaz. Nonsense maa." Adam ketawa kecil sebelum melarikan pandangan ke seluruh bilik.
Dia sebaik mungkin cuba mengelakkan daripada bertentang mata dengan syurganya itu.
Jantung yang berdegup kencang itu hanya dibiarkan.
Langsung tak beri kerjasama wahai jantungku.
"Yes you are. Jangan lupa mama ni ibu Adam, you can't lie to me. Dari mata Adam,mama dah tahu isi hati anak mama. " tangan Adam dipegang kejap seperti menyalurkan kekuatan untuk anaknya itu.
Dada Adam disentuh perlahan.
"Find her, tell her the truth. She deserves to know the real stories from you."
"And don't forget to confess. I know you so well my son."
Kata Datin Ani tersenyum lebar sebelum terus keluar daripada bilik Adam.
Dia perlu beri masa untuk anaknya berfikir.
Dia yakin, Adam keliru dengan perasaannya sendiri.
Budak-budak baru nak up, biasalah.
Pemergian Datin Ani hanya dihantar melalui ekor matanya. Rambutnya dikusutkan sebelum dia terus berbaring secara kasar di atas katilnya.
Bantal diambil sebelum ditekup ke muka. Dia menjerit kuat untuk melepaskan segala perasaan yang semakin memberat.
Bantal dilepaskan sebelum dilapik di bawah kepalanya. Tangan diletakkan ke dahi sebelum matanya diarahkan tepat ke syiling.
Satu persamaan antara Adam dan Syazlin. Mereka suka renung syiling tanpa sebab.
Mungkin daripada kecil, mereka suka mendongak ke langit tapi masih tidak lupakan tanah yang dipijak.
Satu persatu peristiwanya bersama Syazlin seperti bermain-main di kotak memori. Kisah suka dan duka. Pahit dan manis.
Mereka sentiasa bersama daripada kecil sehingga besar.
Kerana perjanjian bodohnya dengan Datuk Mansor semuanya hancur.
Kerana cinta monyetnya kepada Laura Hanna semuanya lebur.
Pada akhirnya, crushnya itu sudah bahagia membina masjid pada pagi tadi.
Ah, ini semua gila.
Mereka sentiasa berdua, ke mana-mana pon berdua.
Apabila mereka renggang seperti ini, Syazlin memang lebih suka menyendiri. Adam sendiri nampak bagaimana Syazlin suka menghabiskan masa di perpustakaan seorang diri.
Mungkin untuk menjimatkan wang.
Bukan tiada manusia yang mahu bersahabat dengannya tapi Syazlin lebih selesa berkawan dengan Adam.
Tapi, Adam sentiasa melarikan diri daripada Syazlin. Dia boleh nampak betapa kecewa dan sakitnya Syazlin. Namun, Adam hanya buat endah tak endah.
Dan dia sedar bahawa mata Syazlin berkaca tiap kali dia cuba untuk bercakap dengan Adam.
Untuk sekian kalinya, air mata Adam jatuh lagi.
Bukan setitik dua tapi cukup untuk membasahi bantal yang dibuat pelapik kepalanya sekarang.
"Ya Allah Syaz, aku minta maaf. "
Perlahan suara Adam yang hanya mampu didengari oleh dirinya sahaja.
Telefonnya di ambil. Gambar kenangan Adam bersama Syazlin dilihat satu persatu.
Video bodoh mereka dimainkan berkali-kali.
Sekejap dia tersenyum, sekejap dia tersengih.
Sah, aku dah angau.
Aplikasi WhatsApp dibuka.
Pesanan suaranya dan Syazlin diulang ribuan kali.
Aku rindu kau.
Buat pertama kali selepas kita berjauhan begini, aku rindu kau.
Rindu sangat-sangat.
"Aku minta maaf. Betul cakap mama, aku sayang kau.
Lebih daripada seorang kawan. "
Share this novel