BAB 46

Young Adult Completed 21813

Berbulu mata Syazlin melihat Adam dan Laura. Dua-dua orang itu sama saja, gedik.

Janji Adam untuk mengajarnya subjek kimia itu hanya tinggal janji.

Betullah, promises are made to be broken.

Dengan adanya crush kesayangan di depan mata, sahabat baik pon boleh diabaikan. Hah, ajarlah kekasih hati kau tu. Apabila kau tahu kebenaran, jangan nak meraung pulak.

Syazlin memusingkan bola matanya. Geli.

Dia bangun daripada tempat duduknya lalu terus bergerak ke rak buku. Semua orang di dalam perpustakaan memandang dengan jari di bibir.

Syazlin tersengih sebelum memohon maaf.

Kuat sangat ke aku tolak kerusi tadi? Nanti orang ingat aku ni attention seeker pulak. Alaaaaa, menyampahnya.

Tanpa dia sedar, kakinya sudah berhenti di hadapan rak buku yang jauh daripada mejanya tadi.

Pandai betul kaki ni pilih tempat nak berhenti.

Rak novel.

Syazlin tersengih lebar sebelum mula meneroka rak tersebut. Banyaknya novel yang seronok. Rambang mata.

Relaks lah, SPM lagi 9 bulan.

Dari satu rak ke satu rak dia berjalan sehingga dia terjumpa satu novel yang menarik pandangannya.

The Silent Killer yang ditulis oleh Nur Izzah Hani.

Syazlin mengambil tempat di sudut perpustakaan sebelum mula membaca novel itu. Tempat yang jauh daripada gangguan manusia. Ayat-ayat yang dilontarkan dalam novel itu sumpah menusuk dalam hati.

Satu ayat yang menarik perhatiannya, 'Jangan lemah kerana aku tiada, kuatlah kerana Allah sentiasa ada.'

Helaian demi helaian diselak dan dibaca. Makin lama dia makin ralit membaca sehingga terlupa tujuan sebenarnya datang ke perpustakaan. Kakinya yang terasa kebas terus diunjurkan ke hadapan supaya lebih selesa duduknya. Badannya pula disandarkan pada dinding perpustakaan itu.

Rancangan untuk belajar pada petang itu hanya tinggal rancangan. Syazlin telah hanyut dalam keindahan kata-kata novel. Tidak mampu berpatah balik lagi.

-----

A

dam mengambil nafas untuk seketika setelah lelah mengajar gadis di hadapannya itu. Mujurlah Laura Hanna hanya mengikut sahaja apa yang diajarnya. Tak seperti Syazlin yang kuat menjawab.

Eh sebut pasal Syazlin, mana pulak perginya minah ni?

Kerusi di sebelah kirinya kosong tidak berpenghuni. Barangan yang berselerak di atas meja itu menunjukkan bahawa Syazlin masih ada di dalam perpustakaan.

Tadi cakap nak study kimia, tup tup hilang pulak. Adam mengeluh perlahan sebelum menyambung ajarannya kepada Laura.

Telefon Laura yang sudah disenyapkan tiba-tiba bercahaya. Walidnya sudah telefon, jadi sudah tiba masanya untuk pulang. Lagipun, sekarang dah pukul 4.30 petang.

"Adam, walid saya dah sampai. Saya balik dulu." Laura cepat-cepat mengemaskan barangannya. Buku-buku disusun dia atas meja sebelum dia bangun.

Adam turut bangun lalu tersenyum.

"Terima kasih ajar saya. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Sama-sama. Waalaikumsalam." Adam tersengih gembira. Haihlah crush. Kenapa cantik sangat ni?

Tanpa menuju ke tempat duduknya tadi, Adam terus bergerak ke arah rak-rak buku. Dia tercari-cari rak yang menempatkan novel-novel yang menjadi kegilaan remaja perempuan zaman sekarang.

Adam tersenyum senget apabila terlihat bayangan seorang perempuan yang selamba badak duduk berlunjur seperti berada di rumahnya sambil membaca novel di tangan. Strategik betul tempat yang dia pilih. Terhalang daripada semua orang.

Adam mendekati Syazlin sebelum mengusik Syazlin dengan cara memijak kuat kaki sahabatnya itu. Gurau kasar nampak.

Syazlin menahan jeritannya daripada terlepas daripada mulutnya. Novel ditangannya ditutup sebelum memandang makhluk Allah yang suka-suki memijak kakinya.

Adam yang berdiri sambil memeluk tubuh dengan selesanya bersandar pada salah satu rak buku di situ. Terbalik kang satu kerja pula nak kena susun buku petang-petang macam ni.

Muka Adam menyebabkan Syazlin berasa menyampah yang teramat. Aku bagi kau makan stoking aku baru tahu.

Syazlin terus bangun dan memijak kuat kaki Adam sebelum berlari anak ke rak novel untuk meletakkan novel yang dibacanya tadi. Rasakan kau! Sedap tak penangan kaki aku?

Adam terjingkit-jingkit bergerak ke arah sahabatnya itu. Kaki gajah ke apa? Macam nak tercabut jari kaki aku. Mukanya yang memerah menahan sakit cuba disembunyikan dengan sebaiknya.

Kelihatan Syazlin mula mengemas barangan mereka yang berselerak di atas meja itu. Rajin pula minah ni. Adam terus duduk berhadapan dengan Syazlin lalu terus memonyokkan muka.

"Jangan buat muka macam itulah. Buruk betul rupanya." Tegur Syazlin yang terlihat wajah muram rakannya itu. Dah dapat belajar dengan buah hati pun nak monyok lagi?

"Buruk aku pun ramai yang minat aku tau." Adam mula masuk bakul angkat sendiri.

Syazlin mencebik sebelum meletakkan kembali buku-buku yang diambil oleh Adam dan Laura ke raknya. Pandai guna, tak reti nak simpan balik. Geram betul aku dengan orang macam ni.

"Sudahlah, jom balik. Library dah nak tutup ni." Ajak Syazlin setelah melihat Adam yang seperti mahu memulakan sesi berangannya itu.

"Kaki kau ada besi ke? Sakit gila kaki aku lepas kau pijak tadi." Adam menyuarakan soalannya ketika mereka berdua mula memakai kasut di luar perpustakaan.

"Itulah makanan untuk orang gila macam kau. Kau pijak kaki aku, aku balas balik dengan tekanan dua kali ganda." Syazlin mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum senget memandang wajah Adam. Dia berjalan terus menuju ke tempat letak kereta dan diikuti oleh Adam.

"Aku saja nak usik kau. Lupa pula kau ni ada angin tantrum gila sewel." Kata Adam sebelum memasukkan anak kunci kereta ke dalam rumahnya. Dia tergelak terbahak-bahak dengan ayatnya sendiri.

"Kurang ajar kan?" kuat kedengaran suara Syazlin sebelum dia turut ketawa dengan lawan tak berapa cerdik Adam itu.

"Jom pergi makan? Aku lapar la." Syazlin memandang Adam sambil mengerdipkan mata berkali-kali sebelum menepuk perlahan perutnya yang sudah mula berkeroncong.

"Asal nampak muka aku je lapar. Aku je lapar." Adam mula membebel lalu memasukkan gear untuk memulakan perjalanan mereka.

Syazlin sekali lagi mengerdipkan matanya seperti kucing. Ingat comel ke?!

"Jangan buat muka macam tu! Kau ingat comel ke? Sudahlah, jom aku bawak kau pergi makan. Aku pon rasa macam lapar sangat bila tengok muka kau macam tu." Adam menjeling sahabatnya yang kelihatan tersengih lebar. Sukalah tu.

Mahunya mereka tak lapar, kali terakhir mereka makan pada waktu rehat di sekolah tadi. Sekarang dah jam 5.00 petang.

Adam menggelengkan kepalanya sebelum menekan minyak untuk cepat sampai. Perutnya tiba-tiba rasa macam tak sabar sangat nak menjamah makanan di warung Pak Abu itu.

Nasi ayam, tunggu aku datang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience