SYIHAN memecut laju keretanya selepas menghantar Ayu pulang ke rumah. Melihat seluruh kawasan kampungnya gelap-gelita menimbulkan kerisauan di hatinya. Entah bagaimana keadaan Suri di rumah sendirian.
“Suri!” Kakinya melangkah laju masuk ke dalam rumah. Syihan menggunakan lampu daripada telefon bimbitnya untuk melihat memandangkan keadaan rumahnya gelap-gelita sekarang ini.
“Suri!” Dada Syihan diasak debaran apabila panggilannya tidak disahut. Kemana Suri pergi? Takkan dah tidur kut?
“Suri!” Syihan terus mendapatkan isterinya yang sedang duduk di depan muka pintu bilik. Lafaz syukur meniti di bibir.
“Abang...” Suri yang tadinya menekup wajah ke lutut perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Matanya yang basah itu mencari wajah Syihan.
“Suri! Kau okey?” soal Syihan risau. Dia duduk melutut di hadapan Suri.
Suri tidak menjawab. Tangisannya makin kuat kedengaran.
“Shh... Aku ada. Jangan menangis.” Tubuh Suri dibawa ke dalam pelukannya. Belakang tubuh isterinya itu diusap-usap perlahan.
Suri mencengkam kuat baju t-shirt yang dipakai Syihan. Wajahnya disembamkan ke dada bidang suaminya itu. Kehadiran Syihan saat ini buat dia rasa selamat.
Share this novel