“Macam mana abang tahu Suri ada dekat stor?” tanya Suri.
“Aku dah cari kau dekat rumah. Rumah mak abah. Rumah umi. Tapi kau tak ada,” jelas Syihan.
“Suri minta maaf sebab dah susahkan abang. Suri tak tahu macam mana pintu tu boleh terkunci.”
Syihan diam. Sebelum ni tak pernah ada masalah dengan pintu stor itu. Nampaknya seperti ada yang sengaja mengunci pintu itu.
“Mak, abah dan umi risau sangat dekat kau. Dia orang sayangkan kau sangat-sangat.”
“Abang?”
“Hah?”
Suri mengukir senyum. “Abang tak risaukan Suri? Abang tak... Tak sayangkan Suri?”
Tubuh Syihan mengeras. Lidahnya seakan tergulung di lelangit. Tak mampu nak jawab soalan Suri.
“Suri faham kalau abang tak risaukan Suri. Suri faham juga kalau abang dah tak sayangkan Suri. Suri dah kecewakan abang.” Bergetar suara Suri menuturkan ayat itu. Sebak mencengkam dada. Air mata yang menitis lekas-lekas dikesat dengan belakang tangan.
Bibir Syihan terbuka seperti ingin mengatakan sesuatu tapi suaranya seakan tersekat di celah kerongkong.
“Maaf. Suri buat abang rasa tak selesa,” ujar Suri bila Syihan masih lagi diam. Mungkin lelaki itu tidak senang apabila dia membicarakan tentang hal itu.
***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
Wajah Suri yang sedang nyenyak tidur itu ditatap lama. Perlahan tangannya mengusap rambut Suri. Kata-kata umi semalam terngiang-ngiang di telinganya.
“Cuba Han tenung muka Suri. Umi percaya Han tak tega nak sakitkan hati dia. Rasa cinta tu masih ada cuma dah diselaputi dengan rasa dendam. Buang dendam tu. Insya-ALLAH hati Han akan tenang dan Han akan bahagia.
Haruskah dia memberi peluang kedua buat Suri? Macam mana kalau Suri tinggalkan dia lagi? Tidak. Dia tidak akan sanggup untuk kecewa sekali lagi. Andai Suri patahkan lagi hatinya sekali lagi, Syihan tak rasa dia boleh tanganinya.
“Abang! Abang tolong Suri! Buka pintu ni!” Suri tiba-tiba meracau dalam tidurnya.
Syihan terkedu. Dia terus bangun daripada kerusi.
“Suri. Suri kenapa ni?” tanyanya risau.
“Abang! Suri takut...” Kali ini Suri tiba-tiba menangis pula.
“Hei, Suri. Kenapa ni?” Makin cemas Syihan dibuatnya. Kedua belah tangannya menangkup pipi Suri.
Mata Suri yang terpejam tadi akhirnya terbuka. Dia sudah berhenti menangis. Wajah Syihan ditatap lama tanpa suara.
“Suri, kau okey tak?” tanya Syihan lagi. Makin risau lelaki itu dibuatnya.
“Abang...” Serunya perlahan.
“Ya. Aku ada dekat sini. Jangan takut,” pujuk Syihan.
“Jangan tinggalkan Suri,” pinta Suri.
Syihan terdiam seketika.
“Jangan tinggalkan Suri,” ulang Suri lagi.
“Tak. Aku tak akan tinggalkan kau.”
Suri tarik tubuh Syihan agar lebih rapat dengannya. Wajah mereka didekatkan.
“Suri.” Syihan terkedu dengan tindakan tak terduga Suri. Jantungnya sudah berdetak hebat. Dia tak pernah rasa segugup ini seumur hidupnya.
“Abang.” Suri menatap dalam mata Syihan. Tangannya naik menyentuh pipi suaminya itu. Dengan lembut dia melabuhkan ciuman di tepi bibir Syihan. Perlahan-lahan matanya tertutup selepas itu.
Tubuh Syihan mengeras. Dia terkaku seribu bahasa. Otaknya masih cuba mencerna dengan apa yang berlaku.
Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu
Share this novel