“Aku tidur sini je malam ni. Esok kita balik rumah kita,” putus Syihan. Biarlah Suri tak ajak dia tidur di sini pun, dia tetap nak bermalam di sini.
“Hah? Tapi...” Mata Suri melingas memandang sekeliling biliknya. Syihan nak tidur di mana nanti?
“Kenapa? Tak boleh? Kalau tak boleh, biar aku beritahu mak dan abah kau tak bagi aku tidur sini.”
“Bukan macam tu...” Panik Suri dibuatnya. Kalau Syihan mengadu nanti, sudah tentu dia kena marah dengan Mak Timah. Dia dah boleh bayangkan bebelan panjang Mak Timah nanti.
Bibir Syihan ternaik sedikit. Baru usik sikit, Suri dah panik.
“Suri, kau betul-betul tak ingat ke apa yang jadi dekat hospital hari tu?” tanya Syihan meminta kepastian. Sampai sekarang dia masih tak puas hati bila Suri cakap dia tak ingat apa-apa. Suri tak boleh lupa!
Kalau Suri lupa, biar dia buat sampai Suri ingat semula.
“Apa yang jadi?” tanya Suri kembali.
“Betul? Kau tak ingat?” Syihan mendekatkan wajah mereka.
“T-t-tak...” Gugup suara Suri kedengaran.
“Betul? Kau memang tak ingat apa-apa?” tanya Syihan lagi.
Suri menggeleng laju. Sumpah dia rasa macam nak pengsan sekarang ni! Kenapa dengan Syihan?
“Takpalah. Kalau kau tak ingat. Biar aku ingatkan.” Syihan menarik perlahan dagu Suri.
“Ab-abang...” Suri menahan tangan Syihan. Apa Syihan nak buat ni?
“Shh...” Syihan memejamkan matanya perlahan. Dagu Suri ditarik perlahan. Belum sempat bibirnya menindih bibir Suri, suara Mak Timah di luar bilik kedengaran.
“Suri! Syihan!”
Suri yang panik terus menolak dada Syihan menjauhinya. Dia langsung turun daripada katil dan menuju ke muka pintu.
“Ya mak!” sahutnya. Mak Timah balik tepat pada waktunya. Sekurang-kurangnya dia ada alasan untuk lari daripada Syihan.
Syihan meraup perlahan wajahnya. Rancangannya gagal!
***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
“Kenapa abang tidur dekat sini?” soal Suri. Dia terus menukar posisinya daripada berbaring kepada duduk.
“Tak boleh?” tanya Syihan kembali.
“Abang dah lupa yang abang pernah cakap, kita kahwin sebab orang tua kita.” Suri mengingatkan kembali andai Syihan sudah lupa.
Syihan terdiam seketika. Sekali lagi kata-katanya memakan diri.
“Kita cuma tidur sekatil. Tak buat apa-apa pun. Malam ni je. Esok, kita balik rumah kita semula.”
“Jangan risau. Aku tak akan buat apa-apa dekat kau,” ujar Syihan lagi.
“Tak apalah. Biar Suri tidur bawah. Abang tidurlah atas katil ni.” Suri sudah berkira-kira mahu turun daripada katil tapi pergelangan tangannya pantas dilelar Syihan.
“Kau takut aku buat macam tadi tu?” tanya Syihan. Matanya tunak merenung wajah Suri. Dia masih dapat melihat jelas wajah Suri dengan bantuan cahaya lampu jalan di luar.
Suri terus larikan wajahnya. Liur ditelan kesat. Jantungnya berdegup kencang. Macam mana kalau Syihan buat lagi macam tadi? Mak! Tolong Suri...
Syihan tiba-tiba menarik tubuh Suri berbaring di atas tilam kembali kemudian dia bangun menindih tubuh isterinya itu.
“Abang...” Tangan Suri pantas menahan dada Syihan.
“Suri, waktu dekat hospital hari tu kau cium aku,” ujar Syihan tanpa berselindung lagi.
Suri tergamam. Apa? Dia cium Syihan? Biar betul?
“Kau tak ingat?” soal Syihan.
Suri menelan air liurnya. Jadi malam itu dia tak bermimpi? Kejadian itu benar-benar terjadi rupanya. Macam mana dia boleh tak sedar? Ah! Malunya. Mana dia nak sorok muka? Patutlah Syihan tak sudah-sudah bertanyakan kepadanya. Tapi dia memang betul-betul tak ingat. Kenapalah dia memalukan diri sendiri ni?
“Suri tak sedar waktu tu. Suri mengigau.”
Hujung bibir Syihan ternaik sedikit. “Bahayanya mengigau macam ni. Nasib baik orang tu aku. Kalau orang lain macam mana?”
Sumpah, Suri rasa macam nak hilangkan diri sekarang ni!
“Kau nak aku ingatkan semula?” Syihan tersenyum mengusik.
Terus berubah raut wajah Suri. Rasa macam nak menangis pun ada sekarang ni. Suri... Suri... Kenapalah kau buat perangai pelik-pelik malam tu?
“Dah, tidurlah. Aku tak akan buat apa-apa pun.” Tak sampai hati nak terus mengusik isterinya itu lagi, Syihan terus bangun dan berbaring kembali di sebelah Suri.
“Selamat malam Suri,” ucapnya.
Suri hanya diam. Tidak membalas. Lekas-lekas dia memejamkan matanya. Manalah tahu kalau tiba-tiba Syihan ubah fikiran. Entah kenapa dengan lelaki itu. Padahal sebelum ni Syihan juga yang tidak mahu tidur dengannya. Siap bagi bilik asing-asing lagi.
Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu
Share this novel