“Abang, lamanya abang tidur. Bila abang nak bangun? Suri rindukan abang...” Air mata Suri tumpah lagi. Tangan kaku Syihan digenggam erat.
“Abang cakap abang nak teman Suri lahirkan anak kita. Macam mana kalau abang anak kita lahir sebelum abang sedar? Siapa yang nak temankan Suri? Suri takut...”
“... Abang tak kesiankan Suri ke? Abang tak rindukan Suri?” Tangisan Suri makin kuat.
“Suri.” Belakang tubuh Suri dielus lembut.
Suri tersentak. Dia tidak sedar bila ibu mertuanya itu tiba.
“Umi... Kenapa abang masih tak nak bangun?”
“Kita doakan semoga Syihan cepat sedar ya? Suri baliklah berehat dulu. Suri kena jaga kesihatan Suri juga. Kesian baby dalam perut tu.”
Suri menggeleng perlahan. “Suri nak temankan abang sampai abang sedar. Macam mana kalau abang bangun tapi Suri tak ada? Mesti dia sedih kan umi.”
Mak Nah mengangguk kecil. “Umi faham. Tapi Suri pun perlukan rehat. Kalau Syihan tahu Suri tak jaga kesihatan Suri sebab nak jaga dia, mesti dia pun sedih juga.” Dia masih cuba memujuk menantunya itu. Kasihan dia melihat Suri. Dia tahu pasti Suri letih menjaga Syihan di hospital. Lagi-lagi dalam keadaan sarat mengandung.
“Suri balik dulu ya? Umi tengokkan Syihan. Kalau Syihan dah sedar nanti, umi cepat-cepat telefon Suri ya?”
Akhirnya Suri terpaksa akur. Badannya juga sudah terasa letih. Walaupun tiada selera makan, Suri paksakan diri juga untuk makan. Kalau dia tak makan nanti, bagaimana dengan kandungannya? Jadi mahu tak mahu, Suri paksakan juga diri untuk makan.
***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Harini hari terakhir.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
...
Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu
Share this novel