T-6

Romance Series 59726

“ABANG, sakit...” rintih Suri apabila Syihan menarik pergelangan tangannya keluar daripada kereta.

Syihan langsung lepaskan pegangan tangan Suri. Walaupun tengah marah, takdalah sampai dia nak sakitkan fizikal wanita itu.

“Oh sakit? Waktu bergaduh tadi tak sakit pula?” soalnya sinis.

“Ayu yang cari fasal dulu.”

“Tak kisahlah siapa yang mulakan dulu pun. Yang nak jadi budak-budak bergaduh depan orang ramai ni kenapa? Tak malu ke? Kalau tak ada rasa malu pun, tolonglah jaga maruah suami.”

Suri mengetap kuat bibirnya. Makin sebak hatinya bila dengar Syihan cakap macam tu. Air matanya mengalir perlahan.

“Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Suka ke kalau orang mengata nanti?”

Makin lebat air mata Suri mengalir. Syihan tak bagi peluang langsung untuk dia menjelaskan hal yang sebenar. Kalaulah Syihan tahu dia sanggup bergaduh dengan Ayu tadi hanya kerana ingin mempertahankan maruah keluarganya.

“Tolong jangan jadi budak-budak Suri. Bertindaklah matang seiring dengan usia. Sebelum buat tindakan, fikir dulu.” Syihan yakin pasti di kilang kecoh orang bercakap tentang Suri nanti.

“Tapi Suri...” Tak sempat Suri nak bersuara menjelaskan hal yang sebenar, Syihan sudah buka langkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Suri sendirian di luar.

Tangan Suri naik menyentuh pipinya yang ditampar berkali-kali oleh Ayu tadi. Masih terasa pedih dan pijar. Tapi sakit itu tak mampu menandingi sakit di hatinya ketika ini. Hatinya lebih sakit.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
SELEPAS bersiap memakai pakaian, Suri buka pintu biliknya. Belum sempat dia nak memanggil Syihan, lelaki itu sudah muncul di depannya.

“Mak cakap kau demam.” Tangannya terus naik menyentuh dahi Suri. Panas.

“Demam sikit je,” balas Suri.

“Kenapa tak beritahu aku?”

“Suri tak nak susahkan abang lagi.”

Jawapan Suri buatkan Syihan terdiam. Dia teringat kembali kata-katanya pada Suri tempoh hari. Kata-kata yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

Syihan menghela nafas berat. “Kita pergi klinik.”

Suri menggeleng. “Suri dah makan ubat tadi.”

Syihan melangkah mendekati isterinya itu. Pandangannya jatuh pada kesan lebam di pipi isterinya itu. Laju tangannya menyentuh kesan lebam itu.

“Ni... Ayu yang buat?” tanya Syihan.

Suri mengangguk kecil. Dia menepis perlahan tangan Syihan. Buatkan lelaki itu terdiam seketika. Tak sangka Suri menolaknya. Nampaknya wanita itu masih marah padanya.

“Tunggu sekejap.” Syihan terus berlalu keluar daripada rumah.

Suri pegang dadanya. Jantungnya berdebar-debar bila Syihan layan dia baik-baik macam ni. Tapi bukankah ini yang dia mahukan?

Tapi Suri tak rasa Syihan betul-betul ambil berat padanya. Mungkin saja lelaki itu rasa bersalah padanya. Atau mungkin orang tuanya yang minta Syihan datang ke sini melihat keadaannya.

Cukuplah Suri. Jangan terlalu berharap tinggi. Nanti sakit...

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience