“Kau nak pergi mana, Suri?” Rapuh suara Syihan bertanya.
“Suri nak pergi jauh daripada abang. Suri dah tak nak sakitkan hati abang lagi. Suri dah banyak buat dosa pada abang. Suri tinggalkan abang. Suri kecewakan abang. Suri tak layak untuk lelaki macam abang. Abang berhak dapat perempuan yang lebih baik.” Empangan air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya pecah juga. Suri tak dapat menahannya lagi.
“Kau nak tinggalkan aku sekali lagi? Kau dah mengalah?”
“Sepatutnya daripada awal lagi Suri mengalah.”
Terasa sesak dada Syihan mendengar ujaran Suri. Tanpa menunggu lagi, dia terus menarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukan.
“Jangan pergi. Jangan tinggalkan aku lagi.” Air mata lelakinya tumpah.
“Jangan pergi Suri. Walaupun kau lukakan hati aku, kau tinggalkan aku, aku tetap sayangkan kau. Dan kenyataan tu tak akan pernah berubah.”
Tubuh Suri yang berada di dalam pelukan Syihan mengeras. Macam tak percaya dengan apa yang baru dia dengar daripada mulut Syihan.
“Aku tak pernah berhenti cintakan kau. Sesaat pun aku tak pernah lupakan kau, Suri.”
Makin kuat tangisan Suri sebaik mendengar luahan hati Syihan. Pelukan semakin dieratkan.
“Abang...”
***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
Suri terus keluar daripada perut kereta. Pak Leh, Mak Timah dan Mak Nah turut mengikut langkahnya daripada belakang.
“Ada apa ni?” soal Suri pada orang-orang kampung yang berada di situ.
Orang-orang kampung di situ berundur ke belakang. Memberi ruang untuk Suri melihat sendiri apa yang berlaku.
“Ayu? Apa kau buat kat sini?” Hampir luruh jantung Suri saat melihat Ayu turut berada di situ. Ayu tidak berpakaian. Tubuhnya hanya ditutup dengan sehelai selimut. Dia menangis teresak-esak di situ.
Luluh hati Suri bila melihat Syihan sedang lena tidur di pondok itu tanpa memakai pakaian. Badannya terdedah. Hanya tinggal seluar sahaja.
“Syihan! Ya ALLAH, bangun Syihan!” Mak Nah terus mengejutkan anaknya itu. Air matanya laju membasahi pipi.
Syihan terpisat-pisat bangun. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Matanya terpicing menahan sakit di kepala. Rasa macam ada batu besar yang menghimpap kepalanya ketika ini.
“Umi?” Syihan mengosok matanya berulang kali. Satu per satu wajah yang berada di hadapan matanya dipandang. Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebenarnya. Kepalanya benar-benar kosong ketika ini. Syihan tak ingat apa-apa.
“Apa Syihan dah buat ni? Ya ALLAH...” Luluh hati seorang ibu melihat keadaan anaknya.
Kaki Suri bagaikan terpasak di tanah. Matanya tak berkedip memandang sang suami. Suri rasa dunianya bagaikan terhenti buat seketika.
Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu
Share this novel
Hadoi...tak zabar la sis. Htr awai skit... leh tak?
maaf xjumpe
hahaha...akak salah follow rupanyer. yg akak follow tu orked ungu jugak tp wedding planner