Bab 9

Romance Series 3274

"Bang.. Tau tak isyah balik bile? Sebab setahu saye budak2 tu dah nak cuti sem.." tanya Datin Asyiqin sambil tangannya ligat melipat baju. Walaupun keluarga mereka mempunyai pembantu rumah, tetapi Datin Asyiqin lebih selesa dia yang membuat kerja melipat baju berbanding pembantu rumahnya.

"Entah.. Manelah saye tahu.. Isyah kan selalu call awak.. Tak pernah2 die call saye.. Call saye pon kalau die tak dapat call awak je.. Mane awak tau yang diorang tu dah nak cuti? " soal Dato, Faqruddin.

"Sakinah tu kan anak die masuk U yang same dengan Alisyah.. Tu yang saye tau.."

"Sakinah? Isteri Talhah ke eh?" teka Dato' Faqruddin.

Datin Asyiqin hanya mengangguk.

"Owh.. Yang Qayyum tu ke?" soal Dato' Faqruddin lagi.

"Ye lah bang... Qayyum sorang je lah anak die yang dah besar.. Yang Ahnaf tu kan kecil lagi.. Abang ni.." geram sungguh Datin Asyiqin dengan suaminya. Umur baru mencecah 54 tahun. Tetapi sudah nyanyok.

Dato' Faqruddin menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum. Ape ke nyanyok sangat aku ni..!" Habestu Iqin tak tanye ke bile anak die balik? "

Datin Asyiqin memukul dahinya apabila suaminya menujukan soalan itu. Haahlah... Macam mane boleh lupe pulak ni! "Lupe pulak Iqin nak tanya.. Tak pe lah.. Lepas ni Iqin call lah Isyah"

Isyah mengemas barang2nya setelah tamat kelasnya pada hari itu. Baru sahaja dia melangkah keluar dari kelasnya, tiba2 telefon bimbitnya memainkan lagu Kekasih Paksa Rela yang dinyanyikan oleh Cherpen band menandakan ada orang menelefonnya. Cepat2 tangannya menekan butang hijau apabila tertera nama uminya. "Assalamualaikum umi"

"Waalaikumussalam.."

"Umi sehat?"

"Alhamdulillah.. Sehat.. Isyah sehat?"

"Alhamdulillah... Isyah sehat je.. Umi.. Maaflah.. Tak call umi.. Sebab Isyah sebok sangat belakangan ni.."

"Owh.. Patotlah.. Umi ingatkan Isyah dah lupe kat umi.."

"Eh... Mane pernah Isyah lupekan umi.. Umi tak pernah luput dari ingatan Isyah tau.. Setiap mase Isyah ingatkan umi.. Nak call tak tercall2.. Kenape umi call Isyah ni?"

"Umi dengar budak2 U dah nak balik.. Tu yang umi nak tanye Isyah ni.. Bile Isyah cuti..?"

"Owh..Isyah memang nak bagi tau umi.. Tapi tu lah.. Tak de mase nak call.. Mane umi tau?"

"Anak kawan umi belajar dekat tempat yang same dengan Isyah belajar.. Tu yang umi tau.."

"Anak kawan umi belajar dekat tempat yang same dengan Isyah? Sape?"

"Haah.. Ni lah.. Cik Sakinah.."

Lama Alisyah mendiamkan diri cuba mengingati nama tersebut.

"Tak ingatlah umi.. Isyah kenal ke? Die ambil bidang ape?"

"Kalau tak silap umi Isyah kenal.. Anak die ambik same bidang dengan Isyah.."

"Same bidang dengan Isyah?Accauntent?"

"Hmm.."

"Ape name die?"

"Heeeii.. Melalut2 dah.. Umi tepon ni bukan nak cakap pasal budak tu.. Bile Isyah balik ni...?"

"Hmm..Isyah balik lagi 2 minggu"

"Owh.. Haa.. Ok lah.. Nanti ape2 call umi.."

"In sya Allah.."

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam... Eh... Umi.. Kejap.. Ape name..."

"Tut... Tut.."

Alah.. Tutup dah..! Gumam Alisyah. Hmm.. Baru nak tanya.. Sapa budak tu..?

"Pinggang kau dah okey ke?"

Alisyah tercari2 suara siapakah itu. Sepertinya suara itu sangat dekat dengannya. Apabila terasa tiada sesiape yang bercakap dengannya, Alisyah memulakan langkahnya.

Eh dia ni! Tak dengar ke aku tanya dia ni? "Kau tak dengar ke aku tanye ni?" soal Qayyum berjalan mengiringi Alisyah yang sudah meninggalkannya.

Alisyah menoleh kekiri setelah merasakan ada orang yang mengikutinya. Huh! Dia ke. Alisyah hanya mendiamkan diri tidak menjawab soalan Qayyum. Malas mahu melayan lelaki itu.

" Kau tak dengar ke aku tanya ni?" suara Qayyum sudah sedikit meninggi. Geram sungguh dengan kelakuan Alisyah yang tidak menghiraukannya.

"Awak cakap dengan saya ke?" soal Alisyah hairan.

"Tak lah.. Aku cakap dengan pasu bunga tu.. Pasu.. Pinggang kau dah okey? Mestilah aku tanya kau..." Heii geram betul aku dengan budak ni.. Nak je aku sekel kepala dia ni.. Mestilah aku tanya dia.. Boleh pulak tanya aku tanya sape.. Hisshh.. Sabo je lah...

"Mane saye tahu awak cakap dengan saye.. Lain kali panggillah name..." Hiiisshh dah lah tak tahu cakap dengan sape.. Pastu tiba2 nak marah.. Siap main ayat2 perli lagi.. Kang aku tumbuk baru tahu..

"Iyelah intan payung Alisyah .. Awak sakit pinggang lagi..?" kali ini nada suara Qayyum sudah bertukar manja. Siap delenggok lenggokan lagi suaranya.

Alisyah menjeling tajam melihat Qayyum. Menyampah! "Dah okey sebenarnya.. Tapi bile awak ade ni tibe2 sakit pulak.." sambil tangannya diletakkan di pinggang. Seolah2 memicit pinggangnya yang sakit.

Qayyum senyum sinis mendengar sindiran Alisyah.

"Isyah!"

Sergahan Luqman dari belakang itu mengejutkan Alisyah. Lantas die mengurut dadanya sambil beristighfar. Astaghfirullahalazim.. "Kau ni...terkejut aku.." laju tangan Alisyah mencubit pinggang Luqman.

Luqman tersenyum meleret. Sebenarnya tujuan die berjumpa Alisyah ingin bertanyakan khabar tentang Qaisarah. Sudah 3 hari dia tidak melihat gadis pujaan hatinya. "Err.. Aku ganggu korang ke.." sambil matanya melirik pada Qayyum.

Alisyah memandang Qayyum yang hanya mendiamkan diri dari tadi. Melihat reaksi bersahaja Qayyum Alisyah menjawab "Tak de lah.. Kenape?"

"Eerr.. Kite cakap privacy kejap boleh?" pinta Luqman.

Alisyah mengangguk. Belum sempat kakinya melangkah, tiba2 terasa tangannya dipegang. Apahal pulak mamat ni?! Alisyah memandang tangannya dan beralih pula pada Qayyum. Alisyah angkat kening. Hairan dengan perbuatan Qayyum." Cakap kat sini je.."

Erk! Apahal pulak dia ni. Sukati akulah.

"Ok lah.. Kite cakap kat sini je" kaki yang tadinya sudah melangkah setapak diundur semula. "Aku just nak tanya je... Sara mane? Dah 3 hari aku tak nampak die"

"Owh.. Mak die sakit.. Die dekat hospital sekarang.."

"Sakit? Sakit ape?" terbuntang matanya apabila mendapat tahu bakal ibu mertuanya sakit.

"Hmm.. Cancer buah pinggang" jawab Alisyah seperti yang diberitahu Qaisarah.

Luqman mengangguk kepalanya dengan muka yang sudah berubah keruh. Kesiannya Sara! Desis jatinya. "Ok lah.. Time kaseh.." mata Luqman beralih pada tangan Qayyum yang masih tidak melepaskan tangan Alisyah. Diorang ni ade ape2 ke? "Korang.. Ni eh.." tanya Luqman sambil membuat isyarat jari telunjuk kanan dan kirinya dirapatkan di rapatkan.

Err! Cepat2 Alisyah melepaskan tangannya dari pegangan Qayyum. "Eh mane ade.. Kau ni.. Ok lah.. Aku balik dulu" dengan senyuman yang manis Alisyah meninggalkan Luqman dan diikuti Qayyum.

Alisyah perasan kelakuan Qayyum tadi dierhatikan siswa dan siswi di kampusnya. Ada yang menjelingnya tajam, ada yang saling berbisik antara satu sama lain. Iya lah.. Mana tidaknya.. Orang terkenal di dalam kampus mereka. Aarrgghh!! Jangan esok aku kene sabotage sudah... Tiba2 Alisyah menjadi takut hendak mengadapi hari esok.

Qayyum yang pelik melihat kelakuan Alisyah yang hanya menundukkan kepalanya dari tadi memberhentikan langkahnya. "Kau okey tak?"

Hah? "Haaa okey" balas Alisyah memandang Qayyum. Eh... Kejap.. Asal dia ni macam baik sangat dengan aku ni?

Qayyum memulakan langkahnya apabila melihat perubahan air muka Alisyah. Dia sudah dapat mengagak, pasti Alisyah pelik dengan dirinya kerana tiba2 sahaja baik padanya. Dia pon tidak tahu kenapa. Tiba2 moodnya untuk menggangu Alisyah hari itu mati.

Alisyah buang jauh2 perasaannya. Malas mahu memikirkan tentang itu. Mungkin ni helah dia kot... Baik aku jalan cepat2. Takut pulak kalau dia buat bende bukan2. Cepat2 Alisyah meninggalkan Qayyum di belakang.

Melihat kelakuan Alisyah itu. Qayyum menjadi pelik. Berkerut dahinya melihat gelagat Alisyah. Dah kenapa budak ni? Qayyum menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tanpa disedari, perlahan2 bibirnya menguntum senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience