Bab 26

Romance Series 3274

"Ya Allah.. Macam tu ke ceritanya.. Maafkan akak Isyah.. Akak tak tahu.. Akak fikirkan yang massage tu memang Alisyah yang hantar. Tak pernah pulak akak terfikir boleh jadi macam ni. Maafkan akak Isyah.. Lepas je akak baca massage tu terus akak jumpa abang Wan minta putuskan pertunangan kami. Akak tunjuk sekali massage yang Isyah bagi tu. " terang k. Ummi panjang lebar.

"Tak ape kak.. Isyah faham.. Isyah kalau duduk dekat tempat akak pon Isyah akan buat bende yang sama.."

"Lepas je kejadian tu, macam mana keadaan abang Wan bile dah balik rumah?" soal k. Ummi.

"Bile die dah balik tu, die terus cari saya. Umi dengan abi tak ada dekat rumah waktu tu. Jadi yang ada cuma saya dengan abang Iqbal je lah.."

Sekejap2 angguk sekejap2 geleng reaksi k. Ummi apabila mendengar cerita Alisyah.

Alisyah mengeluh perlahan setelah menghabiskan ceritanya.

" Alisyah tak tahu lah.. Macam mana nak cerita hal sebenar ni dekat abang Wan macam mane"

"Isyah jumpa je lah.. Abang Wan.."

"Nak jumpa macam mana kak.. Pandang Isyah pon dia tak nak.."

K. Ummi meletakkan jarinya di dagu seolah2 sedang befikir. Lama dia mendiamkan diri.

"Macam ni lah Isyah.." setelah beberapa minit mendiamkan diri tiba2 k. Ummi bersuara. Alisyah dan Qaisarah terus memperbetulkan ke dudukan mereka dan menumpukan perhatian mereka pada apa yang ingin di sampaikan oleh k. Ummi.

"Biar akak sendiri yang jumpa abang Wan.."

Terlopong Alisyah dan Qaisarah apabila mendengar cadangan k. Ummi.

"Kak.. Biar betul?"

K. Ummi mengangguk sambil tersenyum.

"Tak ape lah kak.. Menyusahkan akak je..." tolak Alisyah lembut.

"Mana ada menyusahkan.. Sebab akak kan sayang Isyah... Akak ni dah anggap Isyah ni macam adik akak sendiri dah.. Tu yang waktu tiba2 akak dapat massage dari Isyah tu akak terkejut. Akak macam tak percaya yang Isyah sanggup cakap akak macam tu.. Akak memang tak boleh terima. Sebab akak sayang Isyah sangat2.."

"Isyah minta maaf kak.. Ni semue salah Isyah... Isyah yang cuai..." kata Alisyah.

"Tak.. Mane ade sayang.. Ni semua ketentuan Allah.. Memang Allah dah tentukan yang k. Ummi dan abang Wan tak ada jodoh.. Kite tak boleh nak salahkan takdir Allah." kata k. Ummi sambil tangannya menggenggam tangan Alisyah apabila dia melihat Alisyah sudah mengalir air matanya.

"Mana akak tahu yang akak dengan abang Wan dah tak ada jodoh?" soal Alisyah dengan sisa tangisnya yang masih berbaki.

"Entah.. Tapi yang pasti kami memang tak ada jodoh lah.." pasrah sahaja ayat yang di lontarkan k. Ummi di pendengaran Alisyah. Alisyah tahu, pasti k. Ummi masih tidak dapat melupakan abang Wan dari ingatannya. Walaupon kejadiannya telah 7 tahun berlalu, tetapi perasaan sayang itu tidak pernah hilang dari dirinya.

"Hah! Alisyah! Macam mana cara akak nak jumpa abang Wan ni?" soal k. Ummi memecahkan keheningan.

"Owh.. Eerr... Akak call je lah abang Wan"

"Tapi akak nak call macam mana?" soal k. Ummi lagi. Haiihh Alisyah ni... Mana aku ada nombor Zakwan. Ada pon nombor lama dia itu aja lah.. Tapi tak akan lah dia guna lagi nombor tu kan?

"Akak tak ada ke nombor abang Wan?"

"Ade.. Tapi nombor abang Wan yang lama tu lah..."

"Abang Wan still guna lagi nombor dia yang lama tu kak.. Tak tukar pon.."

"Owh.. Ye ke.. Eh tapi isteri abang Wan tak marah ke kalau akak nak jumpa suami dia tu nanti?" soal k. Ummi. Risau pula dia sekiranya tiba2 isteri Zakwan itu jenis yang cepat jealous.

Hampir sahaja meletus tawa Alisyah dan juga Qaisarah tetapi cuba di tahan. Alisyah dan Qaisarah berpandangan antara satu sama lain. Timbul rancangan jahat ingin mengenakan k. Ummi.

"Entahlah.. Isyah tak pasti pulak.. Kalau macam tu ape kate akak sendiri yang cakap dekat isteri abang Wan yang akak nak jumpa suami dia."

"Nak cakap apa? Akak mana tahu.." seperti kanak2 pula lagak k. Ummi. Sedangkan umurnya sudah meningkat 28 tahun.

"Akak cakap aje lah.. Akak nak settelkan masalah akak dengan abang.. Lagipon dia tahu juga tentang masalah Isyah dengan abang.."

"Isyah ni.. Mestilah nanti isteri dia jealous.. Sebab akak ni kan bekas tunang abang Wan.. Haiihh.. Budak nii" k. Ummi menjeling sekilas Alisyah di hadapannya.

Tiba2 Alisyah dan Qaisarah sudah tertawa terbahak2. Berkerut dahi k. Ummi apabila melihat tiba2 sahaja kedua2 gadis di hadapannya ini sudah tertawa. Aku ada buat lawak ke? Alisyah yang faham dengan reaksi k. Ummi terus berkata.

"K. Ummi.. Abang mana kahwin lagi... Dia still single lah.. Sekarang.."

Terbuntang biji mata k. Ummi setelah mendengar penjelasan Alisyah. Dia tipu aku? Kurang hajaq punya budak!!!

"Isyah tipu akak!! Eh nak kene budak ni ni.." k. Ummi membuat acah2 ingin mencubit Alisyah. Alisyah hanya tertawa melihat gelagat k. Ummi.

"Itu sebab lah Alisyah kata.. Mana akak tahu.. Yang akak tak ada jodoh dengan abang Wan.. Dua2 still single lagi kan.." Alisyah mengenyitkan matanya pada k. Ummi. K. Ummi hanya membuat rolling eyes setelah melihat reaksi Alisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience